*
Waahhh...entri panas hari ahad. Kelmarin baca surat khabar.
'Zul Suphia'an Rela Berbogel', 'Babak bogel Zul Lulus!!'
Sebelum ni kecoh pasal Arja Lee menimbulkan kontroversi dengan lakonan mandi bogel dalam filem Anu.... Dalam Botol. Kini Zul Suphia'an pulak berani bogel dalam filem Mantera. Ada sesiapa dah tengok filem Mantera??
Ada orang kata 'Apa nak hairan? Ramai je orang mandi bogel.'
Ek eleh baiiii... tue mandi memang la tak hairan. Cuba kalau ko tengah mandi bogel tetiba ada orang skodeng, kau tak malu ke?? Kalau dah namanya berlakon. Lagi la satu negara tengok.
Apa yang bangganya kasi satu negara tengok kau tanpa seurat benang???
Bajet boleh buat gadis2 meleleh air liur macam tengok Jacob dalam Twilight??? hohohoho
Kalau tengok movie selalunya kita nampak girl bila diorang nampak lelaki macho pastu badan tough tak pakai baju, diorang akan duk jerit-jerit sambil lompat2 sambil tunjuk muka terpersona sambil jalan pastue langgar tiang or maybe jatuh dalam kolam.
Tapi kalau girl nampak lelaki bogel, confirm diorang akan jerit macam nak kena rogol rompak.Walaupun lelaki tue lalu je depan girl tu. Tak usik pape pun. Mungkin lelaki tu bogel sebab lelaki tue baru je lepas disamun.
Aku pernah dengar hearsay lebih kurang macam nie la 'woman see half naked man as sexy but naked man... seksa'.
Pasal agama, aurat segala tue aku tak mau komen. Rasanya semua pun dah sedia maklum. Kali nie aku bercakap dari segi rasional. Hmmm..aku tak jumpa di mana rasionalnya keperluan berlakon babak bogel bagi pelakon lelaki mahupun perempuan.
Peliknya aku..apa perlunya berbogel? Last-last yang ditayang pun bukannya seluruh badan pun. Yang sulit-mulit ditutup jugak. Baik tak payah bogel.
Bogel itu seni??? Poddaahhcittt... Nak kata aku tak berjiwa seni? Katalah...ada aku kisah?? Sungguh tidak.
Mak aku kata pengarah yang bagi macam2 alasan suruh pelakon berbogel nie tak pandai mengarah. Aku rasa cakap mak aku betul sebabnya pengarah nie tak kreatif memanipulasikan skrip & teknologi untuk tunjukkan gambaran sebenar yang diinginkannya.
Sebagai penutup entri kali ini. Dipetik dari kata-kata seorang artis berani bogel:
"Saya memang berani. Berani kerana saya buat benda betul....Semasa bersetuju dengan pengarah untuk adegan bogel saya sudah sedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang saya akan terima" (Zul, Kosmo!16 Julai 2010).
*pic credit to mediamalaya.com