Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

December 4, 2010

|Ladies| Pump Up Your CLEAVAGE Meter

..
Jangan tanya aku apa itu CLEAVAGE. 

Kalau direct translation maksudnya pembahagian. Sila google sendiri. Or boleh juga buka wikipedia, ada macam-macam maksud cleavage. 

Apa hal pulak aku tiba-tiba cakap pasal cleavage nie kan..hehehe  siap nak pump up bagai lagi.. Sebenarnya nak cerita pasal promo Triumph kat Sunway Pyramid.


Offered:
  • FREE Panty dengan setiap pembelian Bra, limited to the 1st 50 customers per day.
  • Dapat buat makeover when you spend RM200 and above in a single receipt.

Amacam?? ada rasa-rasa teruja tak?? Gaji dah masuk kan?? hik hik Yang dah kahwin tue mintak la suami korang sponsor sket..sponsor sepenuhnya lagi la digalakkan..alaaa untuk isteri & diri sendiri gak kan... Asyik-asyik beli kat pasar malam je, sehelai RM5.Kemut sungguhla hangpa..

Yang belum kahwin nak mintak sponsor tunang or pakwe korang, tue korang punya pasal. Jangan lepas dia sponsor korang tayang kat dia terus sudahh.. kasik pelempang baru tau.

Lazimnya..push bra bra nie dipakai oleh gadis-gadis, perempuan-perempuan & wanita-wanita yang bersaiz kecil. Dah kata nasi lemak kecik kan..daripada spend duit sumbat silikon pastue meletup baik tak payah kan..

So..mane2 wanita yang kurus kering tue korang tak perlu lah menangisi nasib korang dianugerahkan  anugerah yang tak berapa besar. Dengar katanya, pemilihan & pemakaian bra yang betul boleh membuatkan seseorang nampak 'WOW'. A,B,C, D, E,F or Z sekalipun tak penting. Yang penting hati mesti mau baeeekk..

Location: Concourse, LG2 West Wing, Sunway Pyramid
Sale: 3 Dec 2010 – 12 Dec 2010

April 15, 2010

Suami-suami di Malaysia berkenan dengan Wanita dari Sumatera


Waduhh..waduh. Bikin panas la ini berita. Benarkah ramai suami di Malaysia berkenan sangat dengan wanita dari seberang (Sumatera) untuk dijadikan isteri yang nombor dua???

Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan bahawa secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Berita lanjut di Utusan Malaysia Online.

Agaknya, apalah sebab musabab lelaki-lelaki nie berminat dengan wanita dari Sumatera ek?? Sebab mereka cantik dek penangan pelbagai jenis jamu? Atau adakah wanita-wanita dari Sumatera nie lebih lemah lembut dari wanita di Malaysia? Berlambak-lambak wanita kat Malaysia ni..mengapa wanita seberang juga yang jadi pilihan. hmmm..ada sesiapa nak tolong jawab?



nota kuku: hebat kerana goyang gerudi kah??

March 11, 2010

Kadar kesuburan wanita Malaysia merosot


Gara-gara pentingkan kerjaya dan berminat terhadap gaya hidup moden yang bebas tanpa sebarang ikatan menyebabkan ramai wanita terlepas dari lingkungan umur yang sesuai untuk berumah tangga. Sekaligus menyebabkan kadar kesuburan wanita di Malaysia dijangka menurun. 

Antara masalah yang dikenalpasti menjadi punca wanita berkahwin pada usia yang lewat:

#1. Sukar mencari pasangan yang sesuai. Lelaki yang muda, bujang atau seusia biasanya belum mepunyai ekonomi dan kehidupan yang stabil. Lelaki yang stabil pula biasanya sudah berkahwin. Poligami?? ohh..tidakkk

#2. Semakin ramai wanita yang berpendidikan tinggi menyebabkan lelaki takut nak dekat. Baru nak berkenalan, lelaki dah asyik fikir berapa tinggi hantaran kena bayar. Ada juga lelaki yang rasa tercalar egonya jika berkahwin dengan wanita yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kerjaya yang hebat.

#3. Terlalu memilih. Nak yang tinggi, berpelajaran, berduit dan handsome macam Fahrin Ahmad je..

#4. Tentangan keluarga. Jangan tak percaya. Zaman sekarang nie pun masih berlaku kes cinta antara dua darjat.

#5. Phobia terhadap perkahwinan/ lelaki. Mungkin disebabkan sejarah silam pernah kecewa dengan lelaki atau masalah perceraian ibu bapa dan kaum keluarga.

note: Jodoh memang di tangan tuhan. Tapi kitalah yang perlu berusaha mendapatkan jodoh yang terbaik untuk diri kita & masa depan.








March 9, 2009

Selamat Hari Wanita

..8 Mac...
Selamat Hari Wanita buat mak tersayang, wancu, wah, wande,opah, nanie, santz, nursia, kak mars, sahabat2 wanita ku(xmuat nak tulis semua nama), my sisters...kenalan2 wanita ku..sepupu sepapat perempuan ku..kesimpulannya kepada semua wanita lahhh..
LOL semoga kita semua menjadi wanita yg hebat..bukan hebat untuk menandingi lelaki tetapi hebat dalam erti kata berjaya menjadi anak perempuan yg taat, muslimah yg solehah, isteri yg diredhai suami, ibu yg disanjungi anak2, pekerja yg disenangi majikan, bos yg dihormati pekerja2, sahabat yg disayangi dunia akhirat serta berjaya dlm kareer & setiap tanggungjawab yg diberikan...aminnnn...

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi,. kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan . Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.

Secara dasarnya merayakan hari wanita ini mengetengahkan dua perkara;

1. Untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa.

2. Untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.

"Bagi wanita di seluruh dunia, makna nya lebih luas dan simbolik. Ini lah harinya mereka melihat dan merenung kembali, sejauh manakah perjuangan mereka dalam mengendalikan keadilan, keamanan, keselamatan dan kemajuan. Di hari ini jugalah kita berkumpul dan berjumpa untuk bersatu, membina rangkaian 'networking', bergerak untuk satu agenda perubahan yang bermakna dan memberi faedah.

Beberapa dekad yang berlalu menunjukkan kemajuan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan. Wanita mula menonjol dalam pelajaran dan pendidikan, mereka mendapat hak penjagaan kesihatan yang memuaskan, penglibatan dalam tenaga buruh telah berganda, beberapa peraturan dan legislature yang menjamin hak dan peluang peningkatan kerjaya serta saraan hidup yang lebih baik telah di luluskan, hak hak asasi manusia terhadap wanita telah di ketengahkan malah beberapa negara di dunia telah melantik wanita dalam membuat keputusan 'policy makers' dalam sistem pemerintahan. Namun bilangan penglibatan wanita masih belum di tahap yang membanggakan

Walaupun begitu, isu isu wanita masih banyak yang perlu di ketengahkan dan di perjuangkan. Wanita adalah mahkluk yang termiskin di dunia, 1.3 billion orang miskin adalah wanita. Di Asia dan Afrika 75% wanita yang berumur 25 tahun keatas adalah buta huruf. Di sana sini wanita sentiasa menjadi mangsa perceraian, mangsa rogol, deraan dan keganasan rumahtangga yang menyebabkan kecacatan malah kematian.

Kesengsaran mental dan fizikal wanita Bosnia yang hidup ibarat menggalas biawak hidup kerana mengandungkan anak-anak hasil rogolan tentera Serbia perlu di tafakuri. Terkini wanita di Chechen telah menjadi mangsa buas nafsu ganas tentera Rusia yang merogol dan kemudian membunuh wanita tersebut. Walhal wanita itu perlu perlindungan, keselamatan, keamananan dan ini mencabul hak ahak asasi mereka untuk hidup bebas dari dizalimi. Wanita memerlukan satu kehidupan yang harmonis aman damai dan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Hanya wanita yang boleh mengetengahkan isu wanita dengan lebih berkesan. Oleh itu kita melihat betapa pentingnya wanita bermuafakat dan bekerjasama dan melibatkan diri dalam bidang politik dan ekonomi. Oleh itu hari wanita ini sememangnya perlu dijadikan hari untuk kita merenung kembali dan meneliti kemajuan-kemajuan yang telah dibuat, menggerakkan agenda wanita untuk perubahan, memperbaharui keinginan, keazaman, kemahuan dan semangat ingin maju untuk masa depan yang gemilang dari wanita biasa menjadi wanita pencipta sejarah dan memimpin masyarakat.

Untuk mengungguli isu wanita, pemimpin wanita perlu dilengkapi dan dibekali dengan keyakinan yang teguh dan ilmu yang kontemporari. Kerana hanya dengan keyakinan yang teguh dan mantap yang yakin dan semngat yang bernyala sahajalah boleh menjadi bahanapi dalam perjuangan menuntut keadilan, keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.

Kita perlu percaya bahwa wanita mampu melakukan apa yang mereka lakukan, wanita pula perlu keyakinan spiritual dalam diri mereka dan keyakinan itulah yang memberikan inspirasi kepadanya untuk bekerja dan berjuang."

Dipetik dari,
Dari Wanita kepada Wanita
Fuziah Salleh


Related Posts with Thumbnails