Pages

Ads 468x60px

.

Labels

June 30, 2010

|JJCM| Chicken Cordon Bleu

Kalau pergi Restoran Secret Recipe, asyik order menu sama je. Balik-balik spaghetti meatballs. Tapi kali ini, nak test rasa Chicken Cordon Bleu. wahhhh... sebut nama pun cam nak tergeliat lidah.

Hidangan Chicken Cordon Bleu ini terdiri daripada ayam tanpa tulang (boneless chicken chop) yang disumbat dalamnya dengan ayam dan keju. Set menu nie dihidangkan bersama kentang goreng dan salad segar.


Sedap tapi secara jujur sangat tak recommend makan banyak. Chicken cordon bleu yang disumbat dengan cheese membuatkan kita cepat kenyang dan cepat rasa muak.


Ice lemon tea sebagai minuman pelengkap 

Memandangkan set hidangan chicken cordon bleu nie agak memuakkan, minuman yang dicadangkan adalah sesuatu yang tidak mempunyai unsur-unsur susu. Jadi, ice lemon tea adalah pilihan yang terbaik. 



Jom lunch....



June 29, 2010

Salah ke tak suka kucing??


Iye..saya tau kucing-kucing tue comel tapi........... iskhhh..saya tak minat kucing la. Saya tak reti nak manja-manja dengan kucing, nak belai-belai bulu kucing yang tebal macam karpet dari pakistan. Sungguh..itu bukan saya. 

Takut nak angkat kucing. Paling risau kalau kucing tue macam nak mencakar je. Meoowww..meowww.. Gedik la kucing nie.

Saya tak suka rumah bersepah macam kapal karam. Saya juga bukan pemalas tapi saya jadi malas kalau kena bersihkan taik kucing. Eeee...serius tak suka!! Tak suka!! 

Sebab tue saya tak nak bela kucing. 

Salah ke kalau saya tak suka kucing? Saya bukan benci cuma tak suka. Walaupun tak suka tapi tak pernah pun dera kucing, cubit, pijak, pukul ataupun sepak kucing.

Cuma masa kecik-kecik pernah potong misau kucing masa kucing tengah tidur hehehheheh tapi lepas kawan bagitau dosa buat kucing macam tue, terus saya tak buat lagi.

Seriously... I just don't like cat. Salah ke?

June 28, 2010

Langkawi 5: Banana Boat Pantai Cenang

Selepas tamat aktiviti berjalan-jalan ke dua buah pulau dan juga tempat lepak helang, aktiviti seterusnya adalah naik bot pisang @banana boat. Waahhh..nampaknya aku dan sepupu-sepupu masih kemaruk air laut lagi. 

Warga veteran rombongan kami pastilah tak kuasa nak naik bot pisang ronda-ronda tengah laut kan... so kami berpecah kepada dua kumpulan. Golongan veteran pergi lunch, jalan-jalan dan shopping di sekitar Pantai Cenang. Manakala golongan muda belia yang ekmaruk nak main air laut pergi naik banana boat. 


Biasanya setiap orang dikenakan bayaran RM15 seorang tapi kalau pandai 'kautim' bolehlah dapat diskaun. Memandangkan mulut manis aku yang potpet potpet, kami dapat diskaun!!! hooray... alahaii..naik atas pisang pusing2 tengah laut je..itu pun nak teruja kan..

Ini kali kedua aku dan my cousin, Fid naik bot pisang. Cousin-cousin yang lain semua pertama kali naik. Cuaakk muka diorang... siap warning kat brother yang bawak speed bot tue jangan buat banana bot kitorang terbalik. 

Langkawi 4 : Island Hopping


Selepas sarapan, aktiviti seterusnya adalah naik bot ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan ke tempat yang diberi jolokan 'Eagle Feeding'.

Hujan turun renyai-renyai namun tetap memaksa kami menangguhkan seketika rancangan untuk membuat aktiviti island hopping. Almaklumlah... rombongan kami kan terdiri daripada warga veteran. Kalau berhujan nanti ada pulak yang demam. Sebagai ketua rombongan kebajikan ahli rombongan haruslah menjadi keutamaan kan.

Melihat awan yang penuh dilitupi awan buat aku sedikit risau. Takkan lah nak batalkan aktiviti  island hopping. Duit bot semua dah bayar. Hampir 9.30 pagi, brother yang in charge bot call my cousin, Fid. Mereka kata cuaca okay. Bahagian hujung pulau tempat kami bakal memulakan aktiviti sudah mulai cerah.

Legaaa hati teman..

Bila semua dah pakai life jacket, apalagi.... jom naik bot!!!

 Destinasi pertama adalah Pulau Dayang Bunting.

Struktur geografi pulau ini berbukit bukau kelihatan seperti wanita mengandung yang sedang tidur berbaring.

Kalau mengikut cerita pakcik bot, nama pulau nie ada kaitan dengan satu kisah lagenda tentang seorang puteri kayangan yang berkahwin dengan seorang putera dari bumi. Namun, anak yang lahir dari perkahwinan mereka telah mangkat menyebabkan puteri tersebut sangat berdukacita. 

Maka, dia pun menyemadikan mayat anaknya di pulau tersebut. Kononnya sebelum pulang semula ke kayangan, puteri tersebut telah menjampi air tasik ini sebagai penawar kepada mereka yang inginkan anak .

Di tengah Pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar. Lenguh kaki woooo... nak panjat tangga menghala ke Tasik Dayang Bunting.

Di sini kita boleh mandi atau pun merasai pengalaman merendam kaki ke dalam air yang ada ikan keli. Ala-ala foot reflexology gitu...

Amacam?? Berani tak rendam kaki dalam air yang ada ikan keli? Ikan keli nie masih ada sengatnya tau. Mana aku tau ada sengat?? Aku baca signboard kt situ la..

Masa mula-mula letak kaki..mak aiii gelinya tapak kaki terkena misai ikan keli yang sedang berenang-renang. Bila ada je kaki baru yang masuk ke dalam air, laju je ikan-ikan keli tue datang serbu.

Lepas dah puas bagi ikan keli makan daki main air di Tasik Dayang Bunting, kami ke kawasan Eagle Feeding. Di kawasan ini kita boleh nampak banyak burung helang.

Lepas tengok helang, kami dibawa pula ke Pulau Beras Basah. Hmm..aku pun tak tau kenapa di namakan begitu. Sepanjang di sana tak jumpa sebutir beras pun.

Cadangnya, nak bermain sukan air kat sini. Tapi nasib kurang baik sebab kedai yang menguruskan sukan air di Pulau Beras Basah tutup la pulak. So, aktiviti kami ialah makan, mandi & tengok monyet. Banyak sangat monyet kat sini. Pantang betul kalau tengok orang bawak bungkusan makanan.












Langkawi 4 : Island Hopping


Selepas sarapan, aktiviti seterusnya adalah naik bot ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan ke tempat yang diberi jolokan 'Eagle Feeding'.

Hujan turun renyai-renyai namun tetap memaksa kami menangguhkan seketika rancangan untuk membuat aktiviti island hopping. Almaklumlah... rombongan kami kan terdiri daripada warga veteran. Kalau berhujan nanti ada pulak yang demam. Sebagai ketua rombongan kebajikan ahli rombongan haruslah menjadi keutamaan kan.

Melihat awan yang penuh dilitupi awan buat aku sedikit risau. Takkan lah nak batalkan aktiviti  island hopping. Duit bot semua dah bayar. Hampir 9.30 pagi, brother yang in charge bot call my cousin, Fid. Mereka kata cuaca okay. Bahagian hujung pulau tempat kami bakal memulakan aktiviti sudah mulai cerah.

Legaaa hati teman..

Bila semua dah pakai life jacket, apalagi.... jom naik bot!!!

 Destinasi pertama adalah Pulau Dayang Bunting.

Struktur geografi pulau ini berbukit bukau kelihatan seperti wanita mengandung yang sedang tidur berbaring.

Kalau mengikut cerita pakcik bot, nama pulau nie ada kaitan dengan satu kisah lagenda tentang seorang puteri kayangan yang berkahwin dengan seorang putera dari bumi. Namun, anak yang lahir dari perkahwinan mereka telah mangkat menyebabkan puteri tersebut sangat berdukacita. 

Maka, dia pun menyemadikan mayat anaknya di pulau tersebut. Kononnya sebelum pulang semula ke kayangan, puteri tersebut telah menjampi air tasik ini sebagai penawar kepada mereka yang inginkan anak .

Di tengah Pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar. Lenguh kaki woooo... nak panjat tangga menghala ke Tasik Dayang Bunting.

Di sini kita boleh mandi atau pun merasai pengalaman merendam kaki ke dalam air yang ada ikan keli. Ala-ala foot reflexology gitu...

Amacam?? Berani tak rendam kaki dalam air yang ada ikan keli? Ikan keli nie masih ada sengatnya tau. Mana aku tau ada sengat?? Aku baca signboard kt situ la..

Masa mula-mula letak kaki..mak aiii gelinya tapak kaki terkena misai ikan keli yang sedang berenang-renang. Bila ada je kaki baru yang masuk ke dalam air, laju je ikan-ikan keli tue datang serbu.

Lepas dah puas bagi ikan keli makan daki main air di Tasik Dayang Bunting, kami ke kawasan Eagle Feeding. Di kawasan ini kita boleh nampak banyak burung helang.

Lepas tengok helang, kami dibawa pula ke Pulau Beras Basah. Hmm..aku pun tak tau kenapa di namakan begitu. Sepanjang di sana tak jumpa sebutir beras pun.

Cadangnya, nak bermain sukan air kat sini. Tapi nasib kurang baik sebab kedai yang menguruskan sukan air di Pulau Beras Basah tutup la pulak. So, aktiviti kami ialah makan, mandi & tengok monyet. Banyak sangat monyet kat sini. Pantang betul kalau tengok orang bawak bungkusan makanan.












|JJCM| Dinner @ RasaMas

Sebelum menonton Karate Kid haruslah mengisi perut dulu kan... Since mr partner nak makan something yang agak berat a.k.a nasi, kami pun pilih Rasamas. 


Menu pilihan adalah hidangan Family Feast for two dengan pilihan ayam panggang Pepper (Pepper Roaster). Set hidangan ini terdiri daripada 2 nasi ayam, 1/2 ayam panggang, 1 fish cake, 1 tofu jepun, 2 sup dan 2 gelas air jus oren.

 Portion nasi ok. Kenyang wooo.. 


Ayam panggang sedap. Lebih kurang macam ayam kat Kenny Rogers.
  Fish cake pun not bad tapi cili agak masam, terlebih cuka kot..

Fish tofu nie sangat sedap. Rasa nak mintak tambah je hehe

 sup cendawan. Kureng kick la..

 Fresh oren... layan......

Restoran Rasamas ini terletak di Lot LG 30 & 31 Lower Ground Floor Mid Valley Megamall. Staf baik, bermuka manis =) dan servis pun cepat. Maybe sebab tak ramai sangat orang kot. 

Restoran Rasamas :
Persekitaran: 4/5
Perkhidmatan/layanan: 4/5
Makanan: 3.5/5
Harga: 3/5 ~~~ 


June 27, 2010

Polis Bantuan yang CUN dalam Koc Wanita


Walaupun Koc Wanita dikhaskan untuk wanita sahaja, ramai lelaki didapati masuk/termasuk/tersengaja masuk/dibawa masuk ke dalam koc ini. Nampaknya ada yang tak ambil pusing dengan banner, poster dan pelekat yang ditampal merata-rata di sekitar kawasan stesen komuter. 




Nie la contoh lelaki yang tak faham bahasa. Nak kata buta, celik je aku tengok. Nak kata buta huruf... mungkinla kot. Tapi khusyuk je bermain sms. Nak kata tak perasan tanda koc wanita, terang-terang dah KTM tampal sticker KOC WANITA kat pintu dan juga dalam koc.


Ini waktu tengah hari dan koc adalah sangat tidak sesak okay. Mamat nie walaupun dah perasan orang semua jeling-jeling dia tapi dia buat muka sardin je..Takdenya nak keluar. Bajet awek jeling, dia ingat dia hensem.. 





Brader baju coklat nie pun sama. Dengan senang hatinya duduk dalam koc wanita sedangkan ada ramai lagi wanita lain yang terpaksa berdiri. Hmmm.. korang nampak mamat baju putih pakai topi warna belang-belang tu? ha..itu lah contoh pakwe yang ikut awek masuk dalam koc wanita.

Ambik kauu....famous muka kena tayang kat sini!! koc sebelah banyak lagi ruang, sibuk gak nak masuk koc wanita. Konon nak protect makwe.

Di sini la perlunya penguatkuasaan yang lebih tegas dari pihak KTM Berhad. Tahniah aku ucapkan atas inisiatif KTM meletakkan polis bantuan wanita di dalam koc wanita bagi mengelakkan lelaki-lelaki yang tak faham bahasa masuk ke dalam koc wanita. 

Tapi sayangnya, dah beberapa kali aku naik tren komuter hanya sekali sahaja aku jumpa ada polis bantuan wanita di dalamnya. Mungkin KTM hanya menempatkan polis bantuan ini pada waktu tertentu sahaja.


Instead of menempatkan 2-3 orang polis bantuan yang cun pada waktu tertentu sahaja, lebih baik menempatkan seorang pada setiap perjalanan. Selain daripada menghalang lelaki dari menaiki koc wanita, polis bantuan ini juga mampu mengelakkan gangguan seksual yang mungkin dilakukan oleh golongan wanita songsang.


Langkawi 3: Restoran Nelayan Langkawi II


Masih ingat cerita di entry yang lepas?? Pasal bad service di Restoran Nelayan Langkawi. Boleh baca kat sini [Langkawi 3: Restoran Nelayan Langkawi (Bad Service)]. Kali nie nak sambung menceceh.. 

Kami ternanti-nanti sekiranya budak perempuan tersebut datang semula ambil order. So, korang rasa dia datang ke tak???
..
..
..
..

Mestilah TIDAK!! Ishhh...aku rasa angin puting beliung macam dah sepoi-sepoi bahasa je nak datang. Boleh pulak dia mengelap meja kat tempat lain pada hal kami tak abes order lagi. Buat kali keduanya aku panggil dia suruh ambil order.

Dia datang, sekali lagi tanpa sehelai kertas mahupun sebatang pen. Aku pun cakap ' Dik, tadi kami belum habis order, adik dah pergi. Kami nie ramai, banyak nak order. Adik ada pen dengan kertas tak?'

Dia seluk poket cari kertas dan pen. Yang ada cuma pen. Dia berlari kejap cari kertas. uwaaaaaaa....nak nangis aku tengok ko... nie first time ko keje ke dik oiiiii...??? 


Kami pun sambung order. Nasi putih, mee goreng, bihun goreng, nasi goreng kampung, nasi goreng ayam bla..bla...bla...Paham-paham jela. Kalau dah ramai nie tekak pun macam-macam.

Air yang kami order dah sampai. Pakcik aku nak tambah air kosong tapi punya la susah nak order. Takde siapa nak layan. Last sekali pakcik aku bangun pergi dapur. Kejap je dah dapat. Nie la first time aku pergi restoran yang pekerja dia malas layan customer. 

Nak kata self-service, takde pulak tulis kat situ!!

Air dah hampir separuh diteguk tapi makanan masih tak sampai-sampai. Tak lama kemudian budak perempuan yang ambil order tadi datang semula

'Kuew teow takdok la..blablaaablaaa....'
'Siapa order kuew teow?' pakcik aku tanya pada kami. Semua geleng kepala.
'Kami takde order kuew teow, dik...' aku jawab. Terus budak perempuan tue pun blah masuk dapur. 

Hmmm..tadi macam hebat sangat nak ambil order banyak tanpa tulis.  

Finally, makanan pun sampai. Ikan siakap, kerang bakar, udang masak pedas, tomyam, kailan ikan masin & ikan-ikan lain yang aku tak tau nama. Nasi putih dan sebahagian dari makanan ala carte yang kami order pun dah sampai. yahooo...masa untuk makan!!!!

Tatkala kami semua hampir selesai melicinkan pinggan masing-masing, aku dengar cousin ku Adi merungut. Rupanya makanan yang dia order tak sampai-sampai lagi sedangkan dia la yang paling awal order. Makcik ku punya bihun goreng pun tak sampai lagi.

Merasakan gunung berapinya hampir meletus, Adi bangun untuk bertanya. Aku ingat dia nak tanya kat kaunter, sekali dia terus masuk dapur tanya nasi goreng dia dah siap ke belum. Boleh pulak orang tue cakap belum buat lagi. Memang hangin la cousin aku tue..Dah sejam tak siap-siap.

Bengang dengan service yang lembap tahap kura-kura, terus dia batalkan je order nasi goreng tue. Mintak nasi putih je.

Okay, enough pasal layanan yang sangat mengecewakan. Sekarang nak ulas pasal makanan pulak. Memang banyak pilihan ikan dan makanan laut di sini. Pilih je apa yang tekak korang nak makan.

Tapi bagi aku secara jujurnya, aku cuma boleh bagi 2 bintang dari 5 bintang. Ikan siakap 3 rasa kureng sedap sebab ikannya di masak terlebih garing. Udang masak pedas, boleh tahan la. Kerang bakar pun tak sedap sebab kerangnya jadi keras dan terlalu kering. Tom yam pula terlebih pekat & terover masam. Rasa tak balance. Yang lain biasa-biasa je. 

Masa nak bayar aku mintak bil, so boleh la aku claim sikit-sikit dari pakcik makcik kan... hehehe Masa di kaunter pembayaran aku tengok resit tue diorang tulis lintang pukang. Garis cancel sana sini. Aku pun susah nak faham. 

So, aku mintak la cashier tue tulis balik elok-elok. Errr..melampau ke permintaan aku nie?? Masa nak tulis tue dia pun faham tak faham je kawan dia tulis apa. Muka cashier tue mak aiiiii... masam macam air sunquick!

Dah la pakai sexy macam nak terkeluar tuuutt.. sakit mata aku tengok. Nasib bukan ko yang masak. Sorry la ek..aku memang banyak songeh. Dah aku tak paham, sape suruh ko tak tulis elok2!!

resit 1 

Lepas sampai hotel, aku tengok semula kat resit dan baru terperasan something. Nampak tak lukisan dalam bulatan merah tue. What the fish la kan lukis tue kat resit aku???!!! MOTIF???!!


Restoran Nelayan Langkawi :
Persekitaran: 3/5
Perkhidmatan/layanan: 1/5
Makanan: 2/5




June 26, 2010

Jualan Pertengahan Tahun di Sogo

Minggu lepas menemani mr partner shopping pakaian kerja. Sudah tentu salah satu target kami ialah di Sogo Kuala Lumpur. Kami suka shopping di Sogo sebab di sini ada banyak sangat pilihan pakaian dari pelbagai jenama. 

Masa paling best shopping mestilah ketika ada SALES!!! Kali ini sales di Sogo berlangsung dari 18 Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. 



Korang suka shopping kat mane?? 
Bila waktu paling best shopping?? ~~ masa ada duit hehhehe
Awal tahun, pertengahan tahun atau hujung tahun???


note: Jangan ghairah bila tengok sales! Bezakan keperluan dengan keinginan.  





Langkawi 3: Restoran Nelayan Langkawi I [Bad Service]


Destinasi selepas Oriental Village ialah Pantai Chenang. Shopping-shopping sikit beli t-shirt dan souvenir. Selepas maghrib kami bergerak ke tempat makan malam yang dicadangkan oleh my cousin, Fid.  Beria-ria dia promote restoran tue; sedap, harga murah, layanan best & sangat berbaloi.

Restoran Nelayan nie tak jauh dari Pekan Kuah dan dekat dengan Bukit Malut ke hape tah..Tapi yang pasti berhampiran dengan Hospital Langkawi. Restoran ini bukan kat tepi jalan, ianya agak terperosok ke dalam. Pertama kali dengar nama Restoran Nelayan, otak duk membayangkan ekslusif camne la agaknya restoran nie.

Sekali bila dah sampai.... looooooooooooooooooooorrr nganga sikit. Kedai makan biasa je...Lantai pun simen biasa takde tiles. Tak kisah la..Kalau makanan sedap, service pun tip top, pasal physical appearance boleh tolak tepi. 

Jejak kaki je, separuh dari kami pergi cari meja dan separuh lagi ke bahagian belakang. Kat belakang nie ada banyak pilihan ikan dan makanan laut seperti kerang, udang etc. Aku ambil kerang 1kg, mintak diorang buat kerang bakar. Yang lain pilih ikan siakap untuk masak 3 rasa, ikan loban dan beberapa jenis ikan yang aku tak tau namanya.

 ikan nie panjang sangat..takooot nak makan

Usai memilih, kami join yang lain di meja. Ketika itu perlawanan badminton Piala Thomas antara Malaysia & Jepun sedang rancak ditayangkan di kaca TV. Dua orang pekerja restoran tersebut sedang syok layan TV. Sorang lagi sedang lipat tisu, pun sambil menonton TV juga.

Kedatangan kami bagai tak dialukan. Hampir 5 minit berlalu tiada seorang pun pekerja datang ambil order. Cousin aku terpaksa panggil salah seorang pekerja bagitau kami nak order. Kemudian datangla seorang pekerja lelaki tanya kami nak minum air apa.

Dah kata kami ni datang ramai kan..err 15 orang kira ramai la kann..?? Kami panggil la salah seorang pekerja yang tengah syok tengok TV tue, bagitau dia kami nak gabung meja. Nak tau apa dia buat??? Dia boleh buat bodoh je... tiga kali pakcik aku ulang ayat 'Dik, kami ramai nie, nak sambung meja boleh?'. 

Mamat yang tengah lipat tisu tue dengar tapi dia boleh pandang je. Bengang dengan layanan acuh tak acuh, pakcik aku bangun tarik meja. Kalau tak boleh cakap jela tak boleh.. kami takde masalah nak duk separate. Nie boleh pulak buat bodoh je...

Sekali lagi kami panggil mereka bagitau kami nak order makanan ala carte. Lebih kurang 5 minit baru datang seorang pekerja perempuan. Datang tanpa sehelai kertas mahu pun sebatang pen. 

'Nok order ape?' tanya budak perempuan tue dengan pelat-pelat kelantan.
makcik aku (1) 'Mee goreng'
makcik aku (2) 'Mee goreng jugak'
mak aku 'Nasi goreng kampung'
pakcik aku (1)  'hmmm...' pakcik aku tengah fikir jap nak makan apa.

Tuptup budak perempuan tue blah pergi dapur macam tue je. Kami semua tayang muka pelik. Adik sedara aku siap tanya lagi 'Apsal dia blah..? orang tak abes order lagi. Tak tanya pun orang lain.. dahla tak catit. Macam terror je boleh ingat order.'

Lepas 10minit kami tunggu kot-kot budak perempuan tue datang balik. Korang rasa dia datang meja kami semula ke tak???
..
..
..
..
..
.. 

Next entry la aku sambung cerita. Menyampah lak nak sambung cerita pasal bad service kat restoran tue. Tapi seriously la kan.. sangat tak patut tau diorang layan customer mcm tue. Orang bukan ramai sangat pun.Pekerja syok tengok badminton, customer datang pun tak dilayan.




June 25, 2010

I Have No Back Up Plan

 Quick update!! It is because.. I can't sleep!


The Twilight Saga: Eclipse - lost.
Knight & Day - lost. 

But
..
..
..
..
..


The Back-up Plan - I Win 2 passes... yahooo... but the problem is my mr.partner is not here...uwaaaaa Unfortunately, I have no back up plan. Nak heret siapa nie????!! Aalaaaaaa.... tak bestnya...


Date : 28 June 2010
Time : 9 pm
Cinema: TGV Sunway Pyramid

June 21, 2010

Bahasa SMS Generasi Y

Semalam, niat dihati nak pergi melawat my sister di Puchong. Sebelum datang haruslah call dulu kan nak tanya ada kat rumah ke tidak. Malangnya, call banyak kali tapi tak berjawab. Sejam kemudian dapat satu mesej dari my sister.


"Cmeqom..cpe ny..?"

Ternganga kejap aku nak baca mesej tue. Sepatah haram pun tak faham. Berkerut-kerut dahi aku cuba memahami sms tersebut. Salah eja ke akak aku nie?? Tak pernah pulak dia hantar mesej pakai bahasa cenggini. 

Aku tanya partner kat sebelah. Dia pun dua kali lima berkerut dahi nak baca sms tue. Macam nak uraikan Da Vinci Code la pulak... Last-last kami agak apa yang tertulis dalam mesej tue:

"Assalamualaikum..siapa nie?"

Itu jela the most possible words yang kami boleh fikirkan. Kemudian, aku pun balas la tanya betul ke nie nombor telefon akak aku. Tuan empunya nombor tue pun balas mesej :

"Bkn larh..awk clah no qot.."


Rupanya aku silap nombor... owwhhh patutla pelik sangat bahasa dalam sms tue. Kami agak tuan empunya nombor tersebut mesti budak-budak muda generasi Y. Pening kalau baca sms diorg nie. Kot ye pun nak pendekkan perkataan biarlah yang orang lain boleh faham. Ini tidak, siap tukar huruf, dah kena baca gaya orang pelat la pulak...

Berikut adalah ejaan-ejaaan sms generasi Y yang aku baru belajar semalam:
aq = aku
ako = aku
ak = aku
ag = lagi
kowg = korang
wt = buat
ny = nie  
clah = salah
clap = silap
tao = tau
lark = lah
pew = apa
pun = pown
owg = orang
da = dah 
de = ada
cpe = ciape = siapa

Selain tue, ada jugak yang menggunakan 'w style'. Maksudnya hampir setiap perkataan yang hujungnya diakhiri dengan vokal 'a', 'e' & 'u' akan ditambah dengan huruf w. 

apa = apew
nape =  napew
je = jew
tau = taw
ada = adew
kerja = kjew
suka = skew
cuba = cbew
macam mana = cmnew
tak boleh = tablew

Satu lagi kes adalah jenis yang suka gantikan sesetengah perkataan dengan huruf 'Y' . Sekali baca aku ingat dia pakai istilah kalkulus matematik. 

dia = dy


Aku akui aku pun selalu juga menggunakan bahasa singkatan dan bahasa rojak (campur bahasa malaysia & english dalam satu ayat), tapi rasanya masih boleh dibaca dan difahami. Blog-blog yang guna ayat-ayat bahasa sms generasi Y nie memang malas sangat nak baca. Tak kuasa nak peningkan kepala.. berkerut-kerut dahi ku nanti. Buat tambah kedut je... hehehehe

 


June 19, 2010

Langkawi 2: Cable Car & Sky Bridge


Happy Saturday!!! Ini adalah ikan pekasam yang seterusnya..eh silap! Ini sambungan cerita pasal rombongan Cik Kiah ke Langkawi. Oh ya, jika melawat Langkawi jangan lupa mendaki Gunung Mat Cincang. 

MENDAKI???  Putus fius ke aku nak bawak makcik pakcik daki gunung??!! 

Just kidding!! Jangan la marah cik kiah...hehehe  

Memang dalam tentatif, aktiviti seterusnya adalah naik ke puncak Gunung Mat Cincang. Tapi tak perlu la nak mendaki segala. Mau putus segala urat-sendi-nafas makcik pakcik ku. Bayar tiket pastu duduk diam-diam dalam gondola sudehhh.... Tak sampai setengah jam sampai la ke puncak atas tue.

3.45 pm: Selepas rehat & check in lebih kurang sejam di Langkawi Seaview Hotel, percutian diteruskan ke Langkawi Oriental Village. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Langkawi Oriental Village mengambil masa lebih kurang setengah jam. 

Di sinilah terletaknya pintu masuk untuk naik kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang. Sila tunjuk MYCARD anda, bayaran hanyalah RM15 bagi dewasa & RM10 bagi kanak-kanak.

Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Cincang. Dari sini kita boleh melihat pemandangan menakjubkan lautan Andaman dan kepulauan Langkawi.

Bagi sesiapa yang berjaya sampai ke puncak, mesti jakun kejap melihat cantiknya keindahan alam ciptaan tuhan. Tak kurang juga yang ternganga memikirkan teknologi apa la yang digunakan sangat sampai boleh  buat cable car sampai ke puncak Gunung Mat Cincang.

Bak kata makcik ku, 'kecut perut naik cable car, berpeluh tapak kaki'. Ketika kami mula naik, cuaca agak redup, tidak begitu cerah. Semakin tinggi gondola menghampiri stesen, semakin tebal kabus kelihatan. 

contoh gaya orang jakun huhuhuhu 
tengok apa tah.. masa nie kabus tebal lagi..putih je sekeliling

Beberapa keping gambar yang diambil dari dalam gondola, Enjoice!!
..
..
..
..
Gondola bergerak menuju puncak meninggalkan stesen bawah, boleh nampak Geopark Hotel

 Air terjun telaga tujuh pun boleh nampak dari atas

 makin tinggi makin tebal kabus

 yeayy...malas nak turun stesen pertama, terus je ke stesen kedua @ stesen tertinggi

Perkara wajib buat apabila sudah sampai di stesen tertinggi adalah berjalan-jalan di jambatan gantung yang dikenali sebagai Langkawi SKY BRIDGE. Jambatan ini menghubungkan stesen kabel dengan banjaran Gunung Mat Cincang. 

 pemandangan sky bridge dari dalam gondola 

 amazing!!!

Kita perlu menuruni tangga-tangga batu yang agak curam untuk ke jambatan gantung ini. Kalau siapa yang lembik, takde stamina memang semputla... tue belum campur bab gayat nak jalan atas jambatan gantung yang hanya ada satu tiang je nie.  Amacam?? Ada berani??

Oh ya, masa aku sedang termengah-mengah menuruni anak-anak tangga tiba-tiba lalu di sebelah ku seorang wanita. Cantik. Tak ada bau tapi rambutnya mengerbang. Aku fikir wanita nie puteri gunung Mat Cincang agaknya..

Dia cuma dibaluti sehelai kain sutera. Dengan fesyen ala mak minah-berkemban-nak-pergi-mandi-di-sungai, kedek-kedek dia memanjat tangga-tangga batu di situ. Sambil tangannya menggenggam erat ikatan kain di dada. 

Aduhhh..risaunya aku... Lekas-lekas aku berdoa semoga angin tidak bertiup kencang dan genggaman tangannya kekal erat!!

 jalan-jalan atas sky bridge

 cousin ku diserang acro-phobia @ gayat!! Jalan pun nak kepit2

seriously...pancit!! 
Bahawa dengan ini, saya mengaku saya takde stamina yg kuat

Eh, tak silapnya ada satu movie hindustan tajuk Don pernah shooting dekat Sky Bridge nie kan..??



Info:
Waktu Operasi 
Isnin – Khamis  : 10 pagi - 6 petang
Jumaat - Ahad  :   9.30 pagi - 7 petang


June 18, 2010

'Like' Button

Click image to enlarge

Pernah jumpa tak 'Like' button?? Sangat popular dalam Facebook. Kini available di blog sendiri!!


Suka pergi blog yang ada 'Like' button. Sebabnya kadang-kadang bila baca blog orang lain, suka baca isi kandungan atau cara penulisan dalam blog tersebut tapi tak tau nak komen apa. So, bila ada 'Like' button, just klik kat situ. 


Untuk tutorial cara memasang 'Like' button yang sangat mudah, boleh follow instruction dari blog Miss Lemonade.


Selamat mencuba!!



June 12, 2010

Langkawi 1: Mahsuri.. Kami datang nie



Ini entri pekasam!! Sebab dah dekat sebulan aku simpan dalam tempayan hahaha Bulan Mei yang lalu, satu batalion rombongan dari keluarga Yeop Endat telah pergi melawat Langkawi. Kalau tengok tajuk, macam kamceng abes je dengan Mahsuri. Padahal sepanjang trip ke Langkawi nie, kami tak pergi pun melawat Makam Mahsuri. Kirim fatihah dari jauh jela ye..

11.00 am : Waiting area LCCT. As usual, my cousins semua stok camwhoring punya budak. Sementara tunggu flight, diorang snap sana snap sini. Posing sana posing sini. Gaya entah apa-apa.  Korean style la, Japanese style la..Mak & makcik-makcik aku pun pening tengok diorang Bak kata mak aku 'Ishh...udah-udah le tue. Bergambar mengalahkan artis'. 

kan dah kata... gambar kasut pun diorang nak snap
12.00 pm: Bertolak ke Langkawi.  

01.00 pm: Tiba di Langkawi.. Disambut oleh bestfriend makcik aku sambil menunggu ketibaan 2 buah Avanza. Kalau korang nak contact number kereta/van/MPV sewa, let me know. Avanza yang kami naik hari tue they charged only RM120/day/car. Kira murahla jugak sebab yang lain ada sampai RM160/day. Condition kereta pun elok, bersih & memuaskan hati. Nak deal dengan mereka pun sonang. Lagipun kami memang dah booking awal2. 

Kejap je kalau naik flight. Nak lena pun tak sempat. Potpet potpet..Tup2 pilot announce kata nak landing.
Avanza KV6615C
02.00 pm: Perut dah berkeroncong. Kami serbu restoran ikan bakar untuk makan tengah hari. Nama restoran tak sempat diketahui. Matlamat utama hanya satu ------> MAKAN!! Tapi yang pasti restoran nie seolah-olah menyambut kedatangan kami. Cewaahh..maaf aku terperasan pulak!hahaha Sebabnya warna tema restoran nie adalah ungu. Aiseh..sama warna pulak dengan baju aku. Cuma takde kompang je, kalau tak confirm aku makin perasan.!!


 kan dah kata...lapik meja pun warna ungu..

 02.45 pm: Check in di Langkawi Seaview Hotel. Solat & rehat.


Nanti sambung lagi k...ada dua tiga bijik pekasam lagi dalam draf nie hehhehe Happy saturday. Nak pergi umah orang kawen nie.



Related Posts with Thumbnails