Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

November 30, 2012

Water World I-City Shah Alam

Assalamualaikum XD
Holllaaaa..Lately, I'm having FUN u ollsss. Bersukaria je kerja daku kan??/ kehkehkeh Dengan siapa?? Wajiblah bersama family tersayang kan.. Abang sayang?? tettttt!! Not yet! hahahahaha

Previous weekend (2-3 weekend), kami sekeluarga telah menerjah I-City Shah Alam. Thanks to GROUPON, we manage to get lower price for both Water World & Snow Walk theme park.


Aktiviti bersuka ria di taman tema air Water World bermula selepas solat zuhur. Selaku agen PBB di Shah Alam kami mendapati aktiviti pembelian & penebusan tiket di kaunter Water World teramat-amatlah perlahan. Semoga perkhidmatan di kaunter bahagian hadapan ini dapat dipertingkatkan dalam masa terdekat.



*ahkak tudung hijau nie semedang je interframe tau*
 
Taman Tema air bernilai 25juta ini merupakan tarikan keempat di I-City selain daripada SnowWalk, City of Digital Light & Fun World.  Sangat sesuai untuk aktiviti hujung minggu dengan keluarga. Enjoy!!!
 
Walaupun tak berapa besar dan luas, tapi banyak jugak permainan menarik yang disediakan di sini. Untuk kanak-kanak, boleh bersuka ria di Children's Adventure. Boleh berangan-angan jadi Aladdin.

Children's Adventure
 
 
wave pool untuk seisi keluarga
 
 
Aktiviti paling best kat sini mestilah TORNADO RIDE. hoyeaaahhh!!! In a group of four, riders will enter the top of the tornado funnel in a tube raft at the speed of 13m per second before accelerating into the 45-degree funnel. Perghhh..scary!!but so much fun.
 

 
For safety purpose, total weight of four people must be exceed 200kg. Kalau ringan sangat, dikhuatiri ada yang melayang macam superman keluar dari water theme park. Ada staff yang jaga dan timbang berat untuk pastikan minimum weight is achieved before they can allow you to ride the tornado.


 
seriusbest&fun
nak main lagi!!

 
Selain dari tornado ride sebagai main attraction for young visitor, ada juga aktiviti lain yang best seperti Rainbow Racer Slide. It feels like superman!! errr..over plak! Di Rainbow Racer Slide, kita boleh menuruni gelongsor air secara meniarap. Sound fun kan?? Bila dah buat lagi fun. My cousins & I entah berapa kali main nie.
 
 
yeaaahaaaaa!!
 
Bagi yang nak relax-relax, you can join River Adventure menyusuri aliran air ala-ala sungai sambil duduk atas tube (pelampung). Or maybe boleh relax mandi sambil relieve tired muscles dekat water jet yang deras dalam Giant Jacuzzi. Kalau belum puas boleh sambung main Spiral Slide.
 
 
Upon entering, pelawat akan diberi jam tangan khas berwarna kuning yang dilengkapi radio-frequency identification (RFID). Jam kalis air ini akan diisi dengan kredit (maksudnya duit laaaa). Ia direka agar pelawat boleh membeli makanan dan minuman tanpa menggunakan cash terus.
 
So, tak perlu susah payah bawak duit kertas/coin. Nanti duit basah ke hilang ke..kan susah. Penat main, rasa lapar pergi je snack booth, pilih makanan, hulur jam kuning. Tadddaaaa!!! Settle.  Credit top-up boleh dilakukan ketika pembelian tiket dan juga di booth yang disediakan di sekitar taman tema.
 
Water World I-City Shah Alam dilengkapi dengan kemudahan loker, tandas dan bilik persalinan. Namun, ketika kami datang tempoh hari semua kemudahan ini masih belum 100% siap. Masih terdapat pekerja-pekerja yang sibuk menyiapkan landskap. Pasir dan serpihan simen ada di sana sini
 
Lampu di tandas dan bilik persalinan masih belum lengkap. Tiada lampu di kawasan tempat bersiap. Make up hadap cermin dalam samar-samar u ollss.. Gegeh kann?
 
PR juga agak kurang memuaskan. Setiap pelawat sepatutnya dimaklumkan mengenai jam tangan khas kuning. Ada yang tidak mengetahui tentang penggunaan jam tangan kuning untuk pembelian snack di dalam taman tema. Err..saya la tue..hehehe Kemain saya beratur panjang untuk beli snack, tup-tup bila hulur cash taknak terima kan. Malu saya tau.
 
Overall, we really enjoy our weekend at Water World I-City. Ia dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 7petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian berikut: 03-5521 8800 or 03-5521 8494

 
 click to enlarge
 
*All pictures credit to I-City FB*
 
Have a great weekend!!
 
 
love,
aurikel
 
 



March 19, 2012

Monday Blues: Saturday Night

...

xoxo
...




Happy working everyone!!




January 25, 2012

Cuti - cuti @ Melaka Part3

...
xoxo
...

Salam.Gong Xi Fa Cai. Hari nie ada 3 orang je keje. Budak store 2 orang. Yang lain masih enjoy bercuti di kampung masing-masing. Blog nie pun dah lama tak update. Sebab utama ialah MALAS. See..aku mengaku jer aku malas. 

Panjang pulak mukadimah. Sebenarnya nak sambung cerita pasal cuti-cuti Melaka. Pakcik aku dah takde mood nak jalan-jalan Melaka. Dia duduk lepak dekat Proton tue dengan abang chik jer. 

Kenapa?? Mestilah sebab poket dia rabak kena spend lima ratus lebih gantikan clutch yang dah hangit tue. Kalau aku pun..bukan setakat panas hati tapi hangit hati tau.

But life must goes on. Aku jadik driver buat dua kali trip redah Bandar Melaka yang jammed kaw-kaw tue. First trip turunkan diorang depan Muzium Samudera & second trip turunkan diorang depan Stadhuys. 

Aku??? 

Dengan gigihnya pergi cari parking depan Dataran Pahlawan. Nasiblah aku ni perasan stamina tinggi. Setakat jalan dari Dataran Pahlawan pergi ke Stadhuys tue takde hal la derrr...


Aktiviti utama haruslah sight seeing. Jalan-jalan2 sambil camwhoring. Eh, naik beca acara wajib tau. Shopping?? Nie lagi la wajib hehehe 

Alhamdulillah mood aku kembali baik. Eh, aku kan cool. But still I need diversion to help me recover fast. ^^

Okay. Mood malas sudah menyerang kembali. Layankan jela gambar-gambar kat bawah nie. ok. bye!

Apa yang anda boleh jumpa di Bandar Melaka??
Check this out!



sight seeing naik beca. Satu round 20 hengget.


 Muzium Senibina

 Kota lama A Famosa

 Muzium lagi

 Haus?? Banyak gerai kat area sini. Sedia fulus je.

 Cruise boat. Best woo..angin sepoi-sepoi bahasa.

 Polis trafik yang gigih bertugas di tengah matahari yang terik

 Balai senilukis

 Jabatan Muzium

 Kami beli air kat sini!

 Seriously..ramai sangat orang 


 Nak cari cenderamata?? Pilih saja...macam-macam ada..










Last but not least, korang boleh jumpa pelancong yang poyo macam kat bawah nie. Sila maafkan dia. Orang kena sindrom broken heart memang emotional imbalance sket. T_T






bersambung lagi nanti.....

.



January 11, 2012

Cuti - cuti @ Melaka Part2

...

xoxo
...

Salam & Morning y' all.. Meh sambung citer pasal cuti-cuti Malaysia ke Melaka.  Kami exit toll Alor Gajah lebih kurang jam 1130 pagi. Punyalah banyak trafik light dari lepas tol nak ke Bandar Melaka. Bukan setakat banyak trafik, kereta pun bukan main banyak. Jammed la haiiiii..

Bandar Melaka jammed kaw-kaw masa tue. Kaki aku nie naik lenguh dah. Nasib gak bawak kereta das auto. Lebih kurang 1 KM sebelum sampai Bandar Melaka yang sangat jammed aku dah terbau hangit. Tapi rasanya bukan dari kereta aku. 

Siap bukak tingkap lagi. Bau bertambah kuat. Dengan yakinnya berkata

 ' Nie bau kedai-kedai kat sini kot'. 

Tak lama lepas tue dapat mesej dari cousin. 

'Berhenti kat mana-mana kejap. Kereta kitorang hangit lah!'

Owwwhh..kereta belakang yang hangit. Cuak gak aku tadi. Ingatkan kereta sendiri. Cun-cun lepas dapat berita tue aku nampak ada satu pintu pagar dah siap terbukak. Aku pun masuk parking dalam tue. Rupanya kat situ ada CIMB bank. Sebelah je dengan Mercedes show room. 


Alhamdulillah. Ada gak tempat nak berhenti tengok keadaan kereta. Cik Ona tak berasap pun tapi bau hangit. Try check radiator memang agak kering. Lepas dah cooling down & dah tambah air, bila start balik still ada bau-bau hangit. 


Pakcik aku taknak ambil risiko. Dengan bantuan pakcik polis trafik yang bertugas dekat situ, kami berjaya dapatkan mekanik untuk check keadaan kereta. Dengan bantuan pakcik polis trafik itu jugak, kami macam VIP ada polis escort dan buka laluan untuk kami menongkah arus menghala ke arah bengkel Proton yang berdekatan. 





Sila abaikan Fahrin Ahmad versi gebus di atas. 

Cik Ona terpaksa masuk ICU lebih kurang 3-4 jam akibat kehangitan clutch. Kami gegurl semua teruskan perjalanan jalan-jalan shopping + cuci mata kat Dataran Pahlawan while the men haruslah kena tunggu kat situ! kehkehkeh.

Pakcik aku muka memang dah monyok abes dah. Rabak 5 ratus lebih sebab nak tukar clutch baru. Hmmm.. memang mood bercuti sudah ruined!!!!!

Errr...Hari nie mood aku masih ke laut. Emotional breakdown not fully recover. 
Kejap rajin normal, kejap malas yang amat. Kadang-kadang rasa sedih & rasa sebak tiba-tiba. 
Kadang-kadang rasa macam terawang-awang sorang-sorang. 
Feet off the ground.

Okay. Enough. Dah start merepek balik. 
Baik cau cepat. Okay. Bye!!


*tetiba macam wish someone to be here*










June 12, 2010

Langkawi 1: Mahsuri.. Kami datang nie



Ini entri pekasam!! Sebab dah dekat sebulan aku simpan dalam tempayan hahaha Bulan Mei yang lalu, satu batalion rombongan dari keluarga Yeop Endat telah pergi melawat Langkawi. Kalau tengok tajuk, macam kamceng abes je dengan Mahsuri. Padahal sepanjang trip ke Langkawi nie, kami tak pergi pun melawat Makam Mahsuri. Kirim fatihah dari jauh jela ye..

11.00 am : Waiting area LCCT. As usual, my cousins semua stok camwhoring punya budak. Sementara tunggu flight, diorang snap sana snap sini. Posing sana posing sini. Gaya entah apa-apa.  Korean style la, Japanese style la..Mak & makcik-makcik aku pun pening tengok diorang Bak kata mak aku 'Ishh...udah-udah le tue. Bergambar mengalahkan artis'. 

kan dah kata... gambar kasut pun diorang nak snap
12.00 pm: Bertolak ke Langkawi.  

01.00 pm: Tiba di Langkawi.. Disambut oleh bestfriend makcik aku sambil menunggu ketibaan 2 buah Avanza. Kalau korang nak contact number kereta/van/MPV sewa, let me know. Avanza yang kami naik hari tue they charged only RM120/day/car. Kira murahla jugak sebab yang lain ada sampai RM160/day. Condition kereta pun elok, bersih & memuaskan hati. Nak deal dengan mereka pun sonang. Lagipun kami memang dah booking awal2. 

Kejap je kalau naik flight. Nak lena pun tak sempat. Potpet potpet..Tup2 pilot announce kata nak landing.
Avanza KV6615C
02.00 pm: Perut dah berkeroncong. Kami serbu restoran ikan bakar untuk makan tengah hari. Nama restoran tak sempat diketahui. Matlamat utama hanya satu ------> MAKAN!! Tapi yang pasti restoran nie seolah-olah menyambut kedatangan kami. Cewaahh..maaf aku terperasan pulak!hahaha Sebabnya warna tema restoran nie adalah ungu. Aiseh..sama warna pulak dengan baju aku. Cuma takde kompang je, kalau tak confirm aku makin perasan.!!


 kan dah kata...lapik meja pun warna ungu..

 02.45 pm: Check in di Langkawi Seaview Hotel. Solat & rehat.


Nanti sambung lagi k...ada dua tiga bijik pekasam lagi dalam draf nie hehhehe Happy saturday. Nak pergi umah orang kawen nie.



September 17, 2009

Dilema Menjaga Hati


Post kali nie tiada kaitan pun dengan lagu menjaga hati yg dinyanyikan oleh penyanyi dari seberang tue. Aku cuma teringat kisah makcik Tipah & anak-anaknya. Lagi2 waktu nak dekat raya nie. Kepada yang dah kahwin selalu berdepan dengan dilema nak balik kg siapa dulu. Masa nie la jugak kadang2 ada yg terasa hati kalau keputusan yg diambil tue kurang bijak. Papehal pun meh kita layan kisah makcik Tipah nie. Kisah realiti yg berlaku depan mata aku.

Biodata:
Nama: Latifah
Umur: 70 tahun
Status: Janda, suami meninggal 13 tahun yg lalu
Anak: 6 orang; 3 lelaki 3 perempuan
Cucu: ramai...
Tempat tinggal: Rumah anak-anak; bertukar-tukar ikut siapa yg selesa & sudi nak jaga
Kesihatan: Sakit tua, darah tinggi, diabetis kronik
Pekerjaan: Tiada

***Adam***
Anak sulung lelaki kepada makcik tipah. Baru meninggal dunia dua tahun yg lalu akibat pendarahan dalam otak. Meninggalkan seorang balu & 5 orang anak. Walaupun hanya bekerja sebagai guard, Adam anak yg baik & taat. Kini dia telah tiada. Al-fatihah.

***Balqis***
Anak sulung perempuan makcik tipah ini seorang tukang jahit. Beranak 5. Suaminya seorang operator kilang. Balqis sangat baik terhadap ibunya. Dia la yang selalu menjaga makcik tipah ketika sakit. Malangnya, kehadiran makcik tipah agak kurang disenangi oleh suami Balqis. Ketika Balqis nak bagi makcik tipah makanan, masa tue la jugak suami Balqis nak bermanja & mintak dilayan. Baru je makcik tipah sampai, masa tue jugak la suami Balqis ajak naik bilik. Sebab tue, makcik tipah tak betah nak duduk lama2 di rumah Balqis. Lagi2 ketika suami Balqis ada di rumah.

***Camelia***
Anak perempuan kedua Makcik Tipah. Suaminya usahawan berjaya. Selalu tak ada di rumah. Maka, kebanyakan waktu makcik Tipah lebih suka tinggal bersamanya. Dia diberikan bilik sendiri berbanding di rumah Balqis di mana Makcik Tipah selalunya duduk, baring & tidur di ruang tamu.

Tapi sayang, Camelia & suaminya kurang suka perangai makcik tipah yg suka menegur mereka berkaitan hal agama. Mengapa tak solat. Mengapa solat lambat. Mengapa tak bercampur gaul dgn jiran. Mengapa duduk berkurung dalam bilik tatkala saudara mara datang melawat.
Mengapa begitu mengapa begini.

***Daniel***
Anak lelaki makcik Tipah yg seorang lagi nie bekerja untuk abg iparnya sebagai pemandu. Daniel baik, suka membantu & menghormati orang tua. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang puteri.


***Emelia***
Anak perempuan makcik Tipah yg ini juga sudah berkahwin. Namun, tinggal di kawasan yg jauh berbanding dengan kakak2 & abang2nya. Emelia baik dengan ibunya & semua adik beradiknya. Sikapnya disenangi ramai termasukla keluarga mertunya. Suaminya baik tapi tak pernah betah berkunjung ke rumah adik beradik & saudara mara di pihak Emelia. Cepat je panas punggung. Atas sikap itulah Makcik Tipah kurang berkenan dengan menantunya yg seorang nie. Suami Emelia berasal dari family senang. Tak biasa berpanas & berpeluh di rumah yg sempit.

***Fahmi***
Anak bongsu Makcik Tipah. Tak serius dalam menentukan arah hidup. Berkahwin muda ketika berusia 19 tahun & bercerai muda ketika berumur 25 tahun. Kemudian bertunang & putus lagi. Sekejap di Utara, sekejap di KL, sekejap di Sarawak & sekejap lagi hilang tanpa khabar berita.


Ramadhan 2009. Kesihatan makcik Tipah semakin merosot. Dengan gigih dan segala kudrat yg ada Makcik Tipah cuba berpuasa hingga ada suatu waktu makcik Tipah pengsan & terpaksa dimasukkan ke hospital. Sehingga 27 ramadhan, kesihatan makcik Tipah masih lagi di tahap kurang memuaskan.

Suami Balqis memutuskan mereka sekeluarga perlu pulang berhari raya di kampungnya di Selatan. By hook or by crook. Balqis bercadang membiarkan suaminya pulang bersama anak2 sahaja tanpa dirinya memandangkan makcik Tipah baru keluar hospital & masih tidak sihat. Apalagi, si suami pun mula tunjuk muka masam. Siap keluar perintah suruh ikut balik kampung. hishhh..tak paham aku. Tak nampak ke mak mertua sakit. Alasan suami: 'adik2 awak kan ada boleh jaga. Asyik awak je yg jaga'.

Camelia & suami juga sudah merancang awal2 untuk menyambut raya pertama di Utara. First time mertua Camelia jemput Camelia & anak-anak beraya di kampung. Almaklumlah, Camelia isteri kedua. Sebelum nie, kalau time hari raya pun Camelia sekeluarga akan pergi bercuti sebagai ganti berhari raya ke rumah mertuanya.

Daniel seperti biasa akan pulang ke kampung isterinya di Ulu Pahang. Tahun ini giliran kampung isterinya. Keluarga mertua di kampung pun kurang sihat. Hari raya nie jela kesempatan untuk balik melawat.

Emelia bersedia menjaga makcik Tipah. Namun, keadaan Emelia yg tinggal di rumah flat 4 tingkat tanpa lif itu menyukarkannya untuk membawa makcik tipah bersama. Fahmi masih senyap tanpa berita. Kononnya sudah berkahwin dengan wanita dari negeri di bawah bayu.

Makcik Tipah sayu. Kalau la suaminya ada meninggalkan rumah, boleh la dia berteduh tanpa mengharapkan anak2 & menantu.



Nota kaki 1: Susahnya nak jaga hati semua pihak. Bila dah kahwin, syurga isteri terletak pada keredhaan suami. Tapi kalau suami pentingkan diri macam mana? Kalau dibiarkan si ibu terasa hati, berdosa jugak.

Nota kaki 2: Semoga aku dikurniakan suami yg beriman, soleh, bertimbang rasa & mempunyai rasa kasih terhadap mertuanya. Amin.

Nota kaki 3: Semoga aku dikurniakan mertua yg baik, penyayang & memahami. Aminnn

June 21, 2009

Hari Bapa 2009

gambar kredit to Oh!Artis

Selamat Hari Bapa..
Selama hidup atas muka bumi nie,
belum pernah sekali pun aku wish selamat hari bapa kat Abah..
Hmm..bukan tak mahu tapi tak berkesempatan..
Dont worry abah
This year, dah siap ada hadiah lagi
see you in KL..


note 1: beria je wish kat sini, abah bukan baca pun blog2 nie...
ah, tak kisahlah..janji tuhan tahu niat kita kan?


nota 2: gambar kat atas tue hanya hiasan k,
bukan gambar Abah..hehe
kalau la Abah saya masih macho & tough macam tue..
takkan ada orang nak percaya itu Abah saya..


nota 3: selamat hari bapa juga kepada semua bapa2 kt seluruh dunia




June 10, 2009

Two Things @ 060609


First of all nak ucap tahniah & selamat pengantin baru buat kawan2 yg melangsungkan perkahwinan baru2 nie..ramai kawan2 mengambil tarikh 060609 sebagai tarikh bersejarah hari pernikahan/ persandingan mereka..
member SASIC: Azliana & Ayoz
member SMKS18: Hafiza Husin & pasangannya;
kak Eza Surya & pasangannya

coursemate SKB: Siti Hanisah & Lutfi

Yana, sorry xdtg attend kenduri kawen ang, jauh sgt kt pendang tue..nnt kalau buat kenduri belah ayoz aku dtg insyaAllah..

Fiza & kak eza, sorry xdpt dtg kenduri walaupun dah plan memang nak datang..ada family matter la pulak..

Hanis, sorry jugak xdpt attend kenduri..papepun aku tetap doakan ko berbahagia bersama ustaz Lutfi sampai ke akhir hayat..


ada iras macam muka aku x??macam takde jerr..


Secondly, tarikh 6 June 2009 (060609) ini juga merupakan tarikh bersejarah dalam hidup aku sebab buat pertama kalinya aku bertemu dengan kakak & adik2 aku..kami sedarah wehhh..satu keturunan yg sama..

Buat kak ida riza: terima kasih sebab sudi datang melawat adik yg sorang nie..kita memang boleh jadik geng sekepala,walaupun baru jumpa kita cepat mesra..banyak benda kita boleh borak kan?

Buat adik2 Dayah & Aien: hmm...nampaknya masih2 malu2..hehe relax ar..kakak korang nie sempoi jer..kadang2 gile kentang sket huhuhu


Buat makcik kuziah: thanks makcik sudi datang singgah rumah..siap bawak kuih kemboja lagi..sedap!!
Buat Aliya Irdina (anak kak ida): amboi..sombong yerr..tapi agar2 cik ya abes licin kena makan..


nota: thanks to my charlie crew (bobby, santz, arep ngn bal yg sudi datang singgah makan kat umah aku..siap bawak Big Apple lagi..)

Related Posts with Thumbnails