81310
JB
1500: Singgah bank kejap tambah pelaburan.. eh, ini bank betul2 tau..bukan bank yg ttutt... setiap pagi tue..
1520: Jumpa SV untuk ambil proposal permohonan vot baru dari MOSTI yang entah berapa kali kena reject & kena buat correction..adoii..adoiii..
1600: Lepak di bilik chromatography, lab analisis N29.. berborak dgn ladylike yg muka mcm org baru bangun tido..hhahaha nasib bilik tue ada aircond..Rasa sejuklah sikit hati nie..
1645: Kembali melepak bilik SV..sesuka hati jer guna perkataan melepak. Sebenarnya join discussion pasal data pre-processing, outlier, additional data, new model that utilizes different variables from recent model..etc..etc..etc..etc..
1730: Singgah arked meranti tapau nasikkk...aku kan pemakan nasikk..huhuhu

Movie bergenre romantik ini diterbitkan pada tahun 2006. Overall, bagi aku la kan sape yang minaaatttt sangat tengok cerita korea 'A moment to remember' (AMTR) berkemungkinan besar akan menyukai cerita nie..tapi starting cerita nie agak laju & ceria la tak seperti AMTR.
sedikit sedutan movie 'A moment to remember'.. cerita nie pasal kasih sayang seorang suami terhadap isteri dia yg menghidap penyakit alzheimer..
Malangnya, menurut wasiat atuknya, Jae-kyung mestilah berpindah ke Gangwondoo & graduate di sekolah di situ. Jae-kyung tak boleh access kad kredit, penthouse & harta2 atuknya sampailah dia graduate. Memang bengang tahap impak maksima la si Jae-kyung masa nie.
Nak tak nak, terpaksa jugalah Jae-kyung pindah ke ceruk kampung tersebut. Nak dijadikan cerita, Jae-kyung terserempak dengan seorang budak perempuan bernama Choi Eun-whan yg pernah ditemuinya di Seoul. Rupa-rupanya Eun-whan nie pun anak yatim yg berasal dari kampung tue.
Sebagai seorang yg telah terbiasa dimanjakan dgn kemewahan & kesenangan, Jae-kyung terbawa-bawa perangai buruknya ketika di Seoul. Dalam pada masa yg sama Jae-kyung tertarik dengan sikap & semangat Eun-whan yg rajin & kuat bekerja.
Dah kata pun citer genre romantik..Lama-lama si Jae-kyung pun mula suka pada Eun-whan yg rupa2nya adalah best friend@cinta pertama@cinta monyet ketika zaman kecik2 dulu. Unfortunately, si heroin nie ada pulak menderita sakit jantung yg kronik. memang dah tak boleh dirawat lagi dah..
Bagi menyuntik elemen2 dramatik dalam filem ini, rumah anak2 yatim tempat eun-whan bernaung & berbakti bakal dilelong. Sebabnya semasa arwah atuk Jae-kyung ada, tempat tue diberikan sewa secara percuma. Tapi sekarang atuk Jae-kyung dah takde, so kalau ikut undang2 kena la bayar sewa.
Dek kerana sayangkan buah hatinya..yela kalau terkejut tanah kena rampas, sure berisiko besar kena heart attack kan si eun-whan. Maka, Jae-kyung pun cuba mendapatkan tanah tersebut. Tapi peguam kata 'sorry la weii..nie bukan harta ko..kalau dah graduate baru boleh jadi harta ko'.
Peguam nie yg kesian kat Jae-kyung bagi option lain. If Jae-kyung gives up the inheritance, he will receive 0.1% dr harta datuk dia. Demi menggembirakan hati kekasih & menyelamatkan rumah anak yatim tue, Jae-kyung pun terima cadangan si peguam..
Bila dah settle hal rumah anak yatim tue, diorang pun cubalah mengisi hari2 terakhir dgn perkara2 yg menggembirakan mereka berdua. Jae-kyung jugak telah berubah menjadi lebih baik & lebih matang.
Rating: 3/5
1. Hargailah orang yg kita sayangi sementara masih ada waktu..mak ayah adik beradik atuk opah kawan2 etc..
2. Kalau dah suka/sayang kat seseorang tue bagitau je, tak payah nak simpan berkurun2. Takde faedah pun. kalau bertepuk sebelah tangan sekali pun takpe, at least kita dah luahkan. Kalau kasih tak berbalas, apa susah??cari je calon yg lain..
3. Susah & senang, sentiasalah berada di sisi orang yg kita sayang. Walaupun sekadar menjadi pembakar semangat, itu lebih berharga.



















