Kepada peminat-peminat bubur lambuk di sekitar Kuala Lumpur.
Pertama kali di Malaysia.
Taadaaaa... bubur lambuk drive thru (pandu lalu).
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini menjadi pelopor kepada satu konsep baru dalam sistem pengedaran bubur lambuk iaitu secara pandu lalu di pekarangan Jalan Khidmat Usaha, berhampiran Kompleks Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Program Bubur Lambuk Pandu Lalu ini diadakan setiap hari pada bulan Ramadan, bermula dari pukul 4 petang hingga 6 petang. Haa...senang je..tak payah susah payah nak turun kereta dan beratur, Lalu je kat situ dan akan ada petugas yang mengedarkan bubur lambuk yang famous tue.
Kepada yang selalu berbuka air liur je dalam kereta sebab jammed, so sebelum tempuh jammed boleh la singgah ambil bubur lambuk dulu. Free je.. memang sesuai la dengan tahap poket di hujung-hujung bulan kann...
Buat abang-abang dan uncle-uncle polis trafik yang bertungkus lumus memastikan trafik berjalan lancar, don't worry. Mereka dah standby dah bubur lambuk sebagai juadah berbuka untuk polis trafik sekitar KL.
Peruntukan perbelanjaan untuk menjayakan program ini adalah sumbangan individu dan korporat. Jadi, sekiranya anda rasa nak bersedekah dan turut menyumbang dalam program ini boleh lah menghubungi Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan dan Khidmat Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustazah Fathiah Abdul Rahman di talian 03-6201 8767/8791.
"Barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa, niscaya ia akan mendapatkan semisal pahala orang yang puasa itu; Cuma tidak mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun". [ At-Tirmidziy (807).















