Pages

Ads 468x60px

.

Labels

January 31, 2013

STEP


I’ve taken few steps BACK. With hope I could make twenty steps forward.

 

Xoxo,aurikel

January 23, 2013

January 21, 2013

Cake in a jar


Assalamualaikum..

I’m addicted to cake in a jar. Bukan jar of heart ye kawan-kawan. Tanpa diseru, tiba-tiba mood nak baking cake in jar nie datang membuak-buak. Ohh..obsesi apakah ini???

Puasa. Tapi gatal blogwalking kat blog buat kek. Inilah padahnya..

Hahahaha

Ada rasa macam nak ambil cuti half day – pecut kereta pergi bakery shop – balik umah & baking cake in jar. 

Sengal!!

Nanti kalau dah berjaya buat cake in a jar, aku share resepi dengan cara buat kat korang yek.. Buat sementara nie kita layan dulu cake in jar dalam bentuk gambar. Kredit to uncle google.
 



 
Tengok gambar je pun aku rasa macam dah nak drooling kemain 
^_^

Xoxo,
aurikel
 
 

Monday Kick Start

January 19, 2013

no title

Feel like a FOOL.
 
 
 
 
 
Pain.
 
 
 
 
 
 
 
 

January 17, 2013

Blusher


Tips to apply blusher :

1. Look into the mirror and do the fish face and you will see "apple" of your cheek is.
2.Swipe the blusher lighting on your "apples" of your cheeks and repeat the steps to get intensity of colours you wanted.
3.Don't overdo it!

 
 by : avon
 
 
Selamat mencuba!!
 
 
 
Rgds,
aurikel

 

January 14, 2013

Saturday Joy - fire training



Salam.

こんばんは (read as: konbawa - slmt ptg)

お元気ですか?(read as: ogenki desuka? - how are you?)

Me? watashi wa genki desu........

Hari sabtu 12 Jan.. I'm having fun (gila! pergi fire training pun kata fun dan rasa enjoy) attending fire training at Balai Bomba Sek15 Shah Alam. Pegawai-pegawai bomba yang terlibat juga baik, ramah dan happening.

Mungkin sebab kami orang awam, maka corak penyampaian latihan juga adalah lebih berdiplomasi. Takdelah serius je sepanjang latihan. Ada sekali sekala diselitkan dengan humor dan gurau senda. cewaah!

Latihan seawal 9pagi dimulakan dengan ucapan aluan oleh salah seorang pegawai atasan diikuti dengan latihan asas kawad. I repeat K.A.W.A.D. perghh....menitis peluh pagi kami semua. Dah dekat 11 tahun kot aku tak pernah berkawad.


Lepas tamat sesi berkawad ada sesi MAKAN. kelasss tak balai bomba sek15?? MESTI!. Rugi aku & KW dah breakfast sebelum datang. Nasi lemak dan kuih muih yang mereka sedia memang nampak menyelerakan. Kuih kaswi dan karipap pun serius sedap. (ehh..aku ni bab makan apa yang tak sedap??)

Next session, kami dibahagikan kepada 3kumpulan bagi menjalankan 3 aktiviti berbeza. Aktiviti pertama bagi kumpulan aku ialah tangkap hose yang terlepas.

Ingat senang?? Susah wooo… hose tue mengalir di dalamnya air bertekanan tinggi. Bila terlepas, bahagian hujung hose jadi tak stabil. Melibas kuat ke kiri dan ke kanan. Dahla warna merah..macam anaconda!!

anaconda sedang mengganas

Secara berpasangan kami diajar dan membuat praktikal bagi menangkap. menstabil hose yang terlepas dan cara menggunakan hose bomba dengan betul.





I’m so excited!!! (ehh..aku nie semua benda baru pun teruja! Apa yang aku tak teruja??) Tapi masa kena tangkap dan stabilkan anaconda tue berdebar-debar la jugak. Air sangat deras dan hose melibas-libas dengan kuat. Risau kalau-kalau aku pulak yang melayang nanti.

Well…nak risau apa?? Abang-abang bomba yang gagah perkasa kan ramai kan situ.. anytime je boleh jadi rescuer huhuhu

can you spot me?

Paling best sebab boleh pakai uniform bomba. complete satu suit. lepas tue kemain merangkak tangkap hose yang konon2 terlepas. bila dah dapat tangkap, dengan penuh style pancut dan halakan hose kat kawasan kebakaran (read as: tembok tak berasap) ..waaahhhhh..feeling2 jadi ahli bomba kejap.



I think its cool!!! I feel great!

Next, adalah sesi teknik menyelamat. Kami diajar cara memindahkan mangsa ke tempat yang selamat. Ada pelbagai jenis teknik yang boleh digunakan mengikut kesesuaian masa, mangsa, penyelamat dan keadaan.






kalau tak larat nak angkat/pikul..seret pun boleh..janji boleh alihkan mangsa

Kami belajar teknik yang betul. Aku sendiri berjaya memikul seorang yang agak berat (berat actually..sebab lepas tue bahu aku sakit hehehe). Tanpa disangka aku juga menjadi mangsa dan berjaya dipikul dengan teknik 'firemen lift' oleh seorang peserta wanita. kelas la awek tue...aku rasa dia macam ringan sikit dari aku.

Dalam sesi ketiga, kami diberi peluang merasa memikul bebanan membawa hose bomba seberat 20kg. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…senget bahu!


Latihan berakhir lebih kurang jam 1 petang. Overall, aku rasa sesiapa yang jadi ahli bomba nie memang amazing. Bukan setakat perlukan kekuatan fizikal tapi kekuatan mental juga wajib kental.

Bukan semua orang mempunyai keberanian mempertaruhkan nyawa sendiri untuk membantu orang lain. Azam dan keberanian itulah yang dimiliki oleh semua ahli bomba kat dunia nie.

Meh tabik springg kat mereka!!


antara pegawai yang terlibat dengan latihan
 
 
 
ERT




 
Program ini adalah Latihan Berpusat ERT di dalam kawasan Jagaan BBP Shah Alam bagi tahun 2013. Latihan pada kali ini melibatkan 30 pasukan ERT dan lebih 85 orang anggota ERT agensi kerajaan dan swasta telah hadir. Turut hadir PPON Selangor, PgKB I Mohd Sani Harul.


I did enjoy my precious time there. Thanks to semua pegawai-pegawai bomba di Balai Bomba & Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam.
To all new friends, nice meeting you guys. See you again next time!


Yours truly,
aurikel




 

 

 

January 13, 2013

SAHABAT - Miss u too


 


[Najwa Latif]
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Syamkamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq] RAP
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syamkamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku..........................
 
note: missing someone who used to be my shoulder to cry on..alfatihah..

 

January 11, 2013

A Moment

 





Wishing all of you a great and memorable weekend!

 

Truly yours,

aurikel

January 10, 2013

RED VELVET versi kami

Salam.
Nafsu nak makan red velvet cream cheese membuak2. statement exaggerate kan?? Ditambah dengan perasaan kecewa bila rv cupcake yang kami beli di bazar karat sangatlah tidak memuaskan hati.

Then, my cousin said 'Giant dekat je..jom beli barang kita buat sendiri RV kek'. I was like 'serious?????' Tengok dia sengih lebar lepas tue janji nak tolong sekali.

'Set!! Malam nie kita buat.'

Dan akhirnya setelah bertungkus lumus -------------------------- Taddaaaa!!!



Yang nie baru lepas sapu cream cheese. Belum sempat masuk dalam peti ais lagi.

Meh kami share resepi:


Bahan-bahan kek red velvet:

250g  tepung yang dah diayak

1/2 sudu teh garam (tak letak)

2 sudu besar serbuk koko

113g unsalted butter

275g gula

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

240ml buttermilk or 240ml susu segar+1 sudu cuka

2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu

1 sudu teh cuka (pakai apple vinegar)

1 sudu teh baking soda

 

Cream cheese frosting:

250g cream cheese (pakai tatura cream cheese je..phila mahal sket lg)

30g butter

1 sudu besar esen vanilla

1 sudu besar susu segar

100g gula ising (kami lupa beli gula ising. cara kami amek gula 100g kemudian blend sampai halus mulus okey?)
 
 
Cara membuat kek red velvet:
Preheat oven: 175 °C
1) Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
3) Dalam bekas lain, pukul butter sampai kembang dan creamy, then tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan juga essence vanilla . Masukkan telur satu persatu. masuk telur-pukul-masuk telur-pukul. Sampai sebati ye..
4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung+koko, pukul.. then masukkan buttermilk pukul, ulang sampai habis & sebati kesemuanya.
5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam adunan tadi. Kemudian masukkan dalam loyang yang telah disapu butter atau dialas dengan cooking paper (supaya senang nak keluarkan nanti). Bakar selama 25-30 minit.
6) Sejukkan kek yang telah siap dibakar. Kalau potong masa tengah bakar, senang pecah. (maksudnya di sini..sila jangan gelojoh!hahaha)
7) Sementara kek masak dalam oven, boleh la buat cream cheese pulak. Cara buat cream cheese rujuk kat bawah.
Cara membuat cream cheese topping:
Pukul cream cheese sampai creamy. Masukkan butter, esen vanilla, susu segar & gula ising. Pukul hingga sebati.
8) Kek yang telah siap dan tak panas lagi bolehlah dibelah secara melintang. Boleh belah 2,3 atau 4 bahagian. Terpulang kepada skill dan citarasa masing2.
9) Sapukan bahagian atas setiap lapisan dengan cream cheese. Kemudian satukan semua lapisan menjadi sebiji kek semula. Akhir sekali, sapu keseluruhan kek dengan cream cheese untuk kesan yang lebih mantap. Leleh air liur tengok cream cheese.
10) Last, masukkan kek yang dah siap ke dalam peti ais. Lepas 30-60 min, dah boleh makan!! yeayyy..!!
 
Harap maaf. Gambar keratan rentas RV kek yang menggiurkan perut dan tekak kami tak dapat disiarkan. (lupa snap picture sebenarnya..hehehe)
note: resepi di atas menjadi walaupun pertama kali kami cuba buat. Cuma part kek tue kami kena adjust sket heating profile oven kami supaya kek tue masak perfectly dan tekstur dia sekata.

 Are you cheese cake lover?? Sila cuba resepi ini okay?
Happy baking!!
 
Regards,
aurikel
 
 
 
 
 


January 9, 2013

Make me smile 2


 
Salam olls.

Kadang kala berdepan dengan manusia yang tak tahu bekerja secara matang dan profesional memang mampu buat kita STRESS. Bila stress muka saya rasa kelat, ketat etc. Hmm..tapi bila difikirkan semula, saya tak patut biarkan orang-orang macam tue spoil hari saya kan??

 

So, salah satu cara untuk DE-STRESS ialah dengan senyum!! Tak susah pun untuk buat saya tersenyum. Tengok baby yang cute pun boleh buat saya senyum. Dalam erti kata lain wajah bayi boleh jadi penawar untuk memperbaiki mood kita.

 
 

Hmm..patutla orang selalu kata 'tengok baby tido boleh rasa tenang je fikiran'.. Mestilah tenang..sebab kalau baby tue bangun je dia melalak merengek sampai kelam kabut orang sekeliling dibuatnya. hahahaha

 



Cute kan??




Thanks to blogserius for this! CC: wendiriggens.com


HALF FULL


H.A.L.F F.U.L.L

Pernah rasa tak perasaan macamtue??

Half full ke half empty??

Entah. Haissshhh..susahnya nak describe that feeling.

January 7, 2013

Make me smile

Salam.
안녕하세요 (read as: annyeong haseyo)

Monday Blues? Oh, please don't! Jom layan lagu yang buat saya senyum malam tadi.

 
Sweet eh? Feeling2 kat Paris gitu..
 
 
사랑해,
aurikel
 
 
 
 
Related Posts with Thumbnails