Salam.
こんばんは (read as: konbawa - slmt ptg)
お元気ですか?(read as: ogenki desuka? - how are you?)
Me? watashi wa genki desu........
Hari sabtu 12 Jan.. I'm having fun (gila! pergi fire training pun kata fun dan rasa enjoy) attending fire training at Balai Bomba Sek15 Shah Alam. Pegawai-pegawai bomba yang terlibat juga baik, ramah dan happening.
Mungkin sebab kami orang awam, maka corak penyampaian latihan juga adalah lebih berdiplomasi. Takdelah serius je sepanjang latihan. Ada sekali sekala diselitkan dengan humor dan gurau senda. cewaah!
Latihan seawal 9pagi dimulakan dengan ucapan aluan oleh salah seorang pegawai atasan diikuti dengan latihan asas kawad. I repeat K.A.W.A.D. perghh....menitis peluh pagi kami semua. Dah dekat 11 tahun kot aku tak pernah berkawad.
Lepas tamat sesi berkawad ada sesi MAKAN. kelasss tak balai bomba sek15?? MESTI!. Rugi aku & KW dah breakfast sebelum datang. Nasi lemak dan kuih muih yang mereka sedia memang nampak menyelerakan. Kuih kaswi dan karipap pun serius sedap. (ehh..aku ni bab makan apa yang tak sedap??)
Next session, kami dibahagikan kepada 3kumpulan bagi menjalankan 3 aktiviti berbeza. Aktiviti pertama bagi kumpulan aku ialah tangkap hose yang terlepas.
Ingat senang?? Susah wooo… hose tue mengalir di dalamnya air bertekanan tinggi. Bila terlepas, bahagian hujung hose jadi tak stabil. Melibas kuat ke kiri dan ke kanan. Dahla warna merah..macam anaconda!!
anaconda sedang mengganas
Secara berpasangan kami diajar dan membuat praktikal bagi menangkap. menstabil hose yang terlepas dan cara menggunakan hose bomba dengan betul.
I’m so excited!!! (ehh..aku nie semua benda baru pun teruja! Apa yang aku tak teruja??) Tapi masa kena tangkap dan stabilkan anaconda tue berdebar-debar la jugak. Air sangat deras dan hose melibas-libas dengan kuat. Risau kalau-kalau aku pulak yang melayang nanti.
Well…nak risau apa?? Abang-abang bomba yang gagah perkasa kan ramai kan situ.. anytime je boleh jadi rescuer huhuhu
can you spot me?
Paling best sebab boleh pakai uniform bomba. complete satu suit. lepas tue kemain merangkak tangkap hose yang konon2 terlepas. bila dah dapat tangkap, dengan penuh style pancut dan halakan hose kat kawasan kebakaran (read as: tembok tak berasap) ..waaahhhhh..feeling2 jadi ahli bomba kejap.
I think its cool!!! I feel great!
Next, adalah sesi teknik menyelamat. Kami diajar cara memindahkan mangsa ke tempat yang selamat. Ada pelbagai jenis teknik yang boleh digunakan mengikut kesesuaian masa, mangsa, penyelamat dan keadaan.
kalau tak larat nak angkat/pikul..seret pun boleh..janji boleh alihkan mangsa
Kami belajar teknik yang betul. Aku sendiri berjaya memikul seorang yang agak berat (berat actually..sebab lepas tue bahu aku sakit hehehe). Tanpa disangka aku juga menjadi mangsa dan berjaya dipikul dengan teknik 'firemen lift' oleh seorang peserta wanita. kelas la awek tue...aku rasa dia macam ringan sikit dari aku.
Dalam sesi ketiga, kami diberi peluang merasa memikul bebanan membawa hose bomba seberat 20kg. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…senget bahu!
Latihan berakhir lebih kurang jam 1 petang. Overall, aku rasa sesiapa yang jadi ahli bomba nie memang amazing. Bukan setakat perlukan kekuatan fizikal tapi kekuatan mental juga wajib kental.
Bukan semua orang mempunyai keberanian mempertaruhkan nyawa sendiri untuk membantu orang lain. Azam dan keberanian itulah yang dimiliki oleh semua ahli bomba kat dunia nie.
Meh tabik springg kat mereka!!
antara pegawai yang terlibat dengan latihan
ERT
I
did enjoy my precious time there. Thanks to semua pegawai-pegawai bomba di
Balai Bomba & Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam.
To all new friends, nice meeting you guys.
See you again next time!Yours truly,
aurikel
















