Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 1, 2013

Talapia Bakar & Ikan Patin Temerloh



Assalamualaikum..

Alohaa~~~~~~~~~~~~~

Pejam celik pejam celik tanpa disedari hari ni dah masuk 23 Ramadhan dan dah masuk pun bulan Ogos. Begitu pantas masa berjalan. Kalau berbicara bab menu buka puasa aku bukanlah orangnya. Namun, teringin juga nak berkongsi hidangan yang memang membuka pintu selera aku.

Minggu kedua di bulan ramadhan, seminggu aku terpaksa outstation ke Pahang. Aku diserang sakit tekak dan batuk sepanjang berada di sana. Memang hilang selera aku nak makan. 2 hari pertama di sana aku cuma berbuka puasa dengan roti. Bunyi macam sadis kan????? Macam dah pokai sangat sampai berbuka cuma dengan roti je. Sahur pulak air kosong dengan kurma. Cukup setakat dapat pahala bersahur.

Masuk hari terakhir mujur ada insan yang sudi datang melawat??? Dan bawa aku berbuka puasa di tempat yang memang berjaya membuka selera. Partner in crime aku nie memang unpredictable orangnya. Kadang-kadang rasa amazing juga dengan kemampuannya menggembirakan hati orang lain.

Destinasi impian berbuka puasa ialah ---------------------- TEMERLOH. Matlamat ialah untuk makan ikan patin masak tempoyak.


Sementara menunggu waktu berbuka, kami pun berjalan-jalan di sekitar bazar ramadhan Bandar Temerloh. Banyak juga pilihan juadah berbuka puasa. Namun, ada satu menu yang sangat-sangat membuat aku terliur. Terbuka selera makan yang dah beberapa hari tak jamah nasi.

Talapia bakar disiram dengan kuah tempoyak. Seriuss sedap!!!! Sangat sedap. Ikan talapia masih terasa manis isinya dibakar sempurna di atas daun pisang. Disira dengan kuah tempoyak yang agak pekat terasa segala masam masin dan pedasnya.


Walaupun harganya agak mahal iaitu RM20 seekor tapi bagi aku tersangatlah berbaloi dengan keenakan dan kualiti yang diberikan. Memang licin ikan tue aku belasah. Gerai makcik nie namanya Ain Ikan Bakar. Beliau menjual ikan patin dan tilapia yang disira dengan kuah tempoyak. Harga seekor ikan di antara RM20 hingga RM30 bergantung kepada saiz ikan. Boleh tahan besar jugak la. Puas makan!!


Jadi, jika ada yang ke Bandar Temerloh pada bulan ramadhan nie, boleh lah beli ikan bakar tempoyak yang sedap ni. Serius berbaloi-baloi!! Sangat sesuai untuk juadah berbuka puasa.

Menu berbuka puasa hari tu ialah ikan talapia bakar disira kuah tempoyak, ikan patin masak tempoyak, paru goreng masak cili, ulam-ulaman dan sambal belacan.  Kebanyakan ikan patin masak tempoyak dijual dengan harga RM8-RM10 seketul, bergantung kepada saiz dan bahagian ikan.

 

 
Terima kasih partner in crime yang bawa jalan-jalan cari makan sikit punya jauh!!!

 

Regards,

aurikel

Related Posts with Thumbnails