Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 21, 2011

|JJCM| Frogurt & Roti boy

..
xoxo
..

Waktu tengah hari terik, kan best dapat makan sesuatu yang sejuk, dingin..pergggghhhh memang mengasyikkan.

Kalau dapat makan frogurt iaitu yogurt ice cream yang atasnya ada buah-buahan segar lagi la best kan?? Lepas tue, terbau pulak keharuman dari roti boy...hmmmm... a bun with coffee topping and butter filling, crispy on the outside but soft on the inside.walaweeeii.....

Rotiboy sekarang nie ada product baru frozen yogurt yang mereka namakan sebagai FROGURT. hmmm.. nama tak berapa sedap la.. sekali dengar macam FROG @ katak. heheheh 

FROGURT nie lebih kurang macam JCool kat J.Co Donut. Frozen yogurt yang di atasnya boleh letak topping. Di Roti Boy  ada dua jenis topping; wet & dry. Wet topping consist of fruits topping like strawberry, grape, kiwi, mango & few others. Dry topping pulak macam almond slices, honey star & . 

Aku prefer Jcool kot sebab FROGURT nie pilihan untuk topping agak terhad. Takde chocolate. Kalau Jcool boleh letak topping chocolate flakes.. best wooo strawberry+kiwi+chocolate. 
 
Aku siap suggest kat sales girl yang jaga kaunter FROGURT Sunway Pyramid, suruh suggest kat bos diorang tambah lebih banyak pilhan untuk topping. Wajib ada ialah chocolate. hmmm..tak taulah that girl sampaikan kepada bos dia ke tidak.

Harga secawan FROGURT bagi aku agak mahal RM6.90/cup with 2 toppings. Tapi kalau siapa yang ada join milkadeal, korang boleh dapat 2 cup with price of RM2.  

whooaaaaa... amacam??? best tak?



Sebagai penutup, sila layan gambar FROGURT & original Roti Boy untuk tatapan saliva anda.


 FROGURT @ Roti Boy, Sunway Pyramid


Mari Menderma Untuk Jepun

Help Japan by donating RM10 or more to the Emergency Disaster Relief Fund with the Malaysian Red Crescent Society

 

Melalui milkadeal, kita boleh menderma sekurang-kurangnya RM10 kepada mangsa-mangsa bencana alam di Jepun.

 

Join milkadeal now 

donate to show your care.

 

Saya sudah..anda bila lagi??

 

p/s: kupon FROGURT tue sila abaikan yerr..kita citer next post k.

 

 

March 20, 2011

|JJCM| Nasi Ikan (fillet) 3 Rasa @ Restoran Mohd Chan

...
xoxo
...

Salam. Selamat malam. Dah makan?? Mood malas balik dari training masih belum tamat. Tapi tadi masa sedang view gambar-gambar yang ada dalam my document, baru perasan banyaknya gambar makanan. Kalau nak tulis hobi saya adalah mengambil gambar makanan, aci tak???

Dua minggu lepas, sekali lagi pergi lunch  beramai-ramai di Restoran Mohd Chan seksyen 15 Shah Alam.  Kalau sebelum nie cuma bawak 5 perut je, kali ni bawak 9 perut. Serbuan Aktiviti kali ini atas request dari our senior technical exec, Lee. Beria sungguh nak ajak makan nasi ayam kat sini. Tapi bila sampai dia tak order nasi ayam pun. Dia order nasi itik tambah telur dadar dengan nasi extra.


Menu pilihan aku ialah nasi putih dengan lauk ikan siakap (fillet) masak 3 rasa.  Komen?? sedaappp.... Minum pulak aku order bandung cincau. Rasanya? kureng kick sket sebab bandung agak cair, tak kaw!! Tapi cincau dia banyak. I like!

 Nasi putih + ikan siakap (fillet) 3 rasa 
RM8.00

Bandung cincau

Lokasi:
Restoran Mohd Chan Abdullah
Jalan Utas B 15/b, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(sederet dengan Ambank)

please click to enlarge







March 16, 2011

HIRARC Training

 ..
..
..
..

2 days HIRARC Training 

..
..
..

Breakfast
minum pagi
lunch
hi-tea


owwwhhh...sangat bahaya.. pagi-pagi sudah dimulakan dengan nasi lemak. 
Tapi sambal sedap. irresistible laahh..






March 14, 2011

|JJCM| Tawok & Nasi Beryani Tarbush @ Empire Gallery

Salam. moshi-moshi..selamat tengah hari.


Minggu lepas aku pergi Lubnan. cewaahh.. perasan! Tak lah..minggu lepas cuma pergi makan di Restoran Tarbush @ Empire Gallery Subang Jaya yang menyediakan menu selera Lebanese. Dulu-dulu pernah masuk sekali je dalam Restoran Tarbush di Sunway Pyramid. Itu pun secara kebetulan ada orang belanja & dapat makan free.


Ada pun pada hari yang tersebut my partner in crime kali ini ialah seorang jejaka. hahahah ayat tak boleh blah sungguh aku hari nie. Berjangkit dengan merong mahawangsa la nie. ayat pusing sana sini huhuhu 

 Sebagai pembuka selera, kita mulakan dengan sup cendawan.



Hidangan partner in crime adalah nasi beriyani kambing. Adapun kambing tersebut bukan lah kambing kampung mahupun yang datang dari gurun. Tapi beriyani kambing  beliau adalah kambing biri-biri.. mmmbeeekkk.. err.. aku rasa kambing apa pun bunyi sama je kot. ^^

Menurut tekak beliau, nasi beriyani nie okay,daging kambing biri-biri pun sangat lembut cuma mungkin lamb yang digunakan mungkin stok lama. Sebabnya daging kambing tue dah tak rasa manisnya. Selalu makan daging kambing panas badan kan, tapi makan kambing nie, malam tidur lena je.


Penyejuk tekak beliau pula adalah lime asam boi. Masaaaammmmmmnyaaa... macam mana dia boleh suka air nie??




Menu pilihan hatiku pulak ialah Tawook chicken. Tawok nie macam kebab roti pita la. Picisan-picisan ayam dalam tawok nie agak besar. Kalau tak silap ayamnya diperap dengan tomato puree & rempah kemudian dipanggang. Tak pedas pun. Sebab tue jugak lah mereka sediakan sos untuk dicicah.


Pelengkap kepada tawok ialah air teh pudina. See..natural punya daun pudina. Direct letak dalam air teh. Sedaaap...serius tak tipu. 


Interior design Restoran Tarbush di Empire Gallery agak berbeza dengan Tarbush di Sunway Pyramid. Nampak lebih moden dan kurang unsur-unsur klasik negara timur tengah.




Rating overal: 3/5 star
Food: 3.5/5
Service: 3/5 - agak lambat walaupun customer cuma ada 4 orang. Waiter sibuk tengok Raja Lawak.
Environment: 4/5


Lokasi:
Empire Gallery
LG36 Lower Ground, 
Jalan SS16/1, 
47500 Subang Jaya, Selangor 

Operating Hours:
Monday-Sunday (Including Public Holiday) 10am to 10pm




p/s: Kalau rasa poket agak tebal boleh lah makan lunch di Tarbush. Sekarang ada promosi hidangan lunch.


March 10, 2011

|JJCM| Asam Laksa @ Pak Li Kopitiam

...
xoxo
...

Salam.. Good Afternoon. Dah breakfast? Breakfast aku pagi tadi adalah milo dan sepeket biskut IKO. Kejap lagi masuk mode nak lunch pula. hehehe

Hari selasa yang lepas aku pergi makan dengan Cik Admin dekat Pak Li Kopitam, outlet seksyen 18 Shah Alam. 



Cik Admin makan mee udang. One of my favourite food is asam laksa. Memang kalau pergi mana2 tempat, mesti nak cuba asam laksa. Taddaa..nie dia asam laksa Pak Li Kopitiam. 
..
..
..



Asam laksa dekat Pak Li Kopitiam nie berbeza sedikit dengan asam laksa yang aku pernah makan selama nie. Selalunya kuah asam laksa nie dihasilkan daripada ikan yang dikisar (lebih kurang macam kuah laksa).  

Asam laksa Pak Li Kopitiam lak kuahnya kosong tapi ada seketul ikan sardin yang panjangnya kurang sikit je dari sejengkal. haa..leh nampak sekor ikan sardin timbul kat dalam mangkuk tue kan..

Nak kata kuahnya cair tak juga  tapi nak kata pekat tak juga. Walaupun kosong tapi kuahnya boleh tahan la sedap. Cukup segala rasa pedam, masin & masamnya. Nenas yang dimasukkan juga nenas yang hampir masak. So, ada rasa masam manis. Tue yang buat best tue.

Portion yang diberi pun agak banyak dan berbaloi dengan harga yang dibayar. oh ya..kalau makan asam laksa tak lengkap kalau takde he-ko @ prawn paste. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh juga tambahkan sambal dalam asam laksa. 


Dah nama pun makan kat Kopitiam kan.. minuman wajib mestilah white coffe. First time minum Ipoh white coffee. Serius wehhh Ipoh white coffee nie sedap. Rasa nak order lagi secawan je. 
  
Berbanding dengan satu lagi kopitiam yang aku selalu pergi, Pak Li Kopitiam menawarkan menu dengan harga yang lebih murah. Semangkuk asam laksa di Pak Li Kopitiam baru RM5.20 berbanding di Old Town RM7.90. Cuma di Old Town mangkuk dan portionnya lebih besar sikit rasanya.

Ipoh white coffee (hot) pun baru RM1.20 secawan berbanding Old Town RM3.00++ (harga sebenar tak ingat)


Yang istimewanya Pak Li Kopitiam nie, mereka ada bukak membership. Hanya bayar RM10 untuk keahlian seumur hidup. Dengan privilege card nie, kita boleh collect point setiap kali kita makan/minum di sini. Point yang terkumpul tue kemudiannya boleh digunakan untuk bayar apa yang kita makan. 

Service kat sini okay, cepat pun cepat. Persekitaran pun okay. Dah nama pun kopitiam kan, so interior design pun style macam kedai kopi cina la. Yang tue aku takde hal cuma agak terganggu sikit dengan lighting dia yang agak over dim.  

Location:
Pak Li Kopitiam 
Ole Ole Shopping Centre
No 7, Jalan Pinang A 18/A,
Seksyen 18, 40200 Shah Alam

Opening hours:
Sun to Thu - 10am to 1am
Fri, Sat & PH eve - 10am to 2am  

please click to enlarge



p/s: sape-sape nak makan kat Pak Li Kopitiam ajak aku tau...  ;p







March 8, 2011

|Movie Review| I am Number FOUR

...
xoxo
...

Salam. Annyeonghaseyooo.................. cewaahh..tetiba speaking korean. PEACE..!! sambil buat aksi peace. Gedik lah pulak. Tak seswai!!

Dua minggu lepas, aku layan I am Number FOUR. Sorang-sorang wa cakap lu. Punyalah boring takde geng kan, so aku pun pergi la Sunway Pyramid. Tup-tup terbuka pintu hati nak tengok movie. Tengok que pun takde la panjang.

Mula-mula macam tak tau nak pilih cerita apa, then decide tengok movie yang show time dia lagi 5 minit nak mula. So, tak perlu lah aku window shopping dekat Jusco lama-lama.


Lepas beli tiket, beratur beli popcorn & ice lemon tea, dah boleh masuk wayang. horraay..

Sinopsis: Movie nie bercerita tentang seorang remaja lelaki yang berasal dari planet Lorien. Senang cakap dia nie sebenarnya alien la. Planet Lorien nie telah dijajah & dimusnahkan oleh golongan Mogadorians yang memusuhi keturunan Lorien.

So, demi masa depan Lorien, 9 bayi telah dihantar ke planet bumi bersama guardian masing-masing. Setiap baby nie ada keistimewaan & kuasa luar biasa. Hero filem nie mestilah baby nombor 4. Dah tajuk pun I am number FOUR.


walaupun dah tua tapi macho la guardian dia nie

Puak Mog berusaha menjejak kesemua 9 baby Lorien yang dihantar ke bumi. Number ONE, TWO & THREE telah pun dibunuh.So, sekarang giliran number FOUR.

Aku risau betul bila nak buat sinopsis nie. Rasa macam bikin spoil plak untuk orang-orang yang belum tengok. So, kalau rasa nak baca sinopsis, boleh refer link nie.

Meh kita jump to my review k. Overall movie nie menghiburkan walaupun bukan genre komedi. Dah nama pun science fiction movie kan, so common la cerita pasal planet-planet lain ni. Tapi alien puak Mog tue kelakarlah weehh.. boleh pulak baca komik. Muka pun ada iras-iras Valdemort dalam Harry Porter tapi versi lucu sket. hehehe

Keistimewaan number FOUR adalah kuasa pada tangannya. Macam ada torch light kat tapak tangan. Dua kali tengok dah macam tangan iron man pulak. lols

Watak heroin pembantu dijayakan oleh  Lorien number SIX. Minah number SIX nie serius hot & rugged tapi dia punya karakter, peerrgghhh... cool.. Keistimewaan dia ialah fire proof. 


Secara ringkasnya I am NUMBER FOUR adalah pengenalan kepada watak-watak number FOUR, number SIX & geng-geng Mogadorians. Sure ada sekuel lagi sebab:
1. number FIVE, SEVEN, EIGHT & NINE masih belum ditemui. Gabungan Loriens yang dipercayai mampu mengalahkan kuasa golongan Mogs.
2. Ada suatu kotak misteri yang ditinggalkan oleh ayah number FOUR. Apakah isi kandungan & peranan kotak tersebut masih menjadi tanda tanya hingga ke hujung cerita.
3. Rakan sekolej number FOUR masih lagi cuba menjejak ayahnya, seorang saintis yang dipercayai cuba membantu menyatukan Loriens.


Sekian, terima kasih. @>----------------------------

Minggu nie kalau tak jadi pergi 'tempat sejok tue', nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa lah. 
Jom, sape nak join roger-roger la I.








UNGU, Orchid Day & Hari Wanita

...
xoxo
...


Salam. Good Afternoon. Dah lunch? Asyik tanya pasal makan aje kan??.hehehehe

Dengan jujurnya aku mengisytiharkan tahun nie my favourite color is purple. Serius weehh..mane-mane pergi aku nampak kebanyakan benda yang cantik ialah apabila ada warna purple atau dengan nama lain UNGU.

Hari isnin pergi kerja pakai ungu. Hari ahad pergi jalan-jalan juga pakai ungu. Cantiknya ungu.. Sweetnya ungu. Oh ya..buat hati tambah gembira apabila dapat bunga warna ungu.


Taddaaa...



Cantik kan orkid warna ungu. Orkid nie real bukan plastik tau.Nie sempena Orchid Day. 

Kelmarin ada orang bagitau 'ungu warna melambangkan kesetiaan'.
Whooaaaa.. means aku nie setia lah orangnya ek? hehehhe
meoww..meow.. *sedang malu-malu kucen

Oh ya, 8 Mac adalah hari Wanita Sedunia
So, kepada semua wanita terutamanya my mom, my aunties
my best friends, my buddies..
SELAMAT HARI WANITA

Anggaplah macam I bagi bunga orkid yang cantik tue dekat korang eh.
xoxoxo

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are




March 5, 2011

|JJCM| Asam Pedas Bangi, Sek. 15 Shah Alam

 ...
xoxo
...


Ohaiyokkkkkkkkkkkk... 
Selamat pagi sabtu. Senyap sunyi je tempat kerja aku nie sebab production OFF. Ohya..semalam aku dengan cik admin pergi serbu makan tengah hari di kedai makan baru dekat seksyen 15 Shah Alam. 

Alaaa..dekat dengan roundabout yang nak ke pusat bandaraya Shah Alam tue (bulatan selangor). Nama kedai nie ASAM PEDAS BANGI. tapi takdelah kami ke Bangi. Nama kedai je. Tapi masaknya kat kedai  seksyen 15 tue jugak aku rasa.
 
 ASAM PEDAS BANGI

Gambar nie aku cilok dari google. semalam tak dan nak snap tengah panas rembang. Gambar nie kedai yang dekat area Bangi la kot.

Dah nama kedai pun ASAM PEDAS BANGI kan.. so specialization dia mestilah tang asam pedas. Semalam ada 4 jenis ikan masak asam pedas yang berbeza. Ada ikan kembung, ikan tenggiri, ikan terubuk dan ikan merah.


Dengan gigih woo aku makan ikan terubuk asam pedas nie. Tulang ikan terubuk nie standard la haluuus je.. hehe banyak lak tue.  Tapi licin aku makan tau. Tinggal tulang je. Kira boleh tahan sedap la kan.. 

Walaupun Cik Admin kata mak dia masak lagi sedap (semua mak masak sedap kan, so mak tak leh masuk  dalam list untuk dibandingkan), aku rasa berbaloi la pergi makan asam pedas kat sini. Lagi sedap dari aku masak sebab aku memang tak reti masak asam pedas. Ada je yang kureng. 

Seketul ikan terubuk asam pedas bahagian ekor nie harganya RM7.90. Macam mahal sketla tapi besar gak portion ikan aku nie. Aku makan sorang nie takde share dengan sape-sape pun. hehe

Aku makan asam pedas ikan terubuk bertemankan satu senduk nasi dan satu senduk sayur kacang buncis dimasak air bersama lobak merah yang berharga RM1.50.

Cik Admin lak makan nasi putih bersama sayur peria dan ikan merah asam pedas. Dia punya ikan merah asam pedas pun lebih kurang sama besar dengan ikan aku. Harga pun RM7.90 seketul.


Lokasi: Seksyen 15 Shah Alam

peta kalau tak nampak, sila klik untuk besarkan ye






Asmara 2

...
xoxo
...


Bukan asmara dua kali yer kawan-kawan. Nie saje nak tolong kecoh. Semalam kat TV ada iklan pasal sambungan/sekuel drama Asmara. Alaaa.. drama yang lagu tema dia '.....menyesal ku akui.. tak terima cintamu... ala...yang kumpulan sixth sense nyanyi tue.

Tak ingat?? isshhh..mak aku pun ingat tau.. Alaaa..drama kat TV3 yang Shah Jaszle berlakon dengan Faezah Elai tue. Yang watak dia sebagai seorang lelaki yang baik nama Asmara. Serius nama tak boleh blaahhh... tapi dulu-dulu masa drama nie tengah disiarkan aku layan gak. heheheh Jangan main-main weehh.. super sapien kat tempat kerja aku pun layan drama nie tau.

Last sekali masa ending drama tue kan, si Zaliya (Faezah) bersalin pastue koma. Tapi bapak Zaliya bagitau kat Asmara yang Zaliya nie meninggal.

So,  Asmara 2 nie pulak cerita pasal kehidupan Asmara lepas tue la.Meh tengok sedikit ulasan & sinopsis dari Ohbulan:

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma.
Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana.
Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam.
Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya.
Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Siapa yang nak laayaaaannn drama nie boleh la solat isyak pada waktunya pastue duduk la depan TV sambil makan epal hijau pada setiap hari selasa jam 9 malam. Okay??



Err..dalam poster nampak Shah Jaszle macam dah gemuks sikit kan.. Jangan marah ar bro.. ;p





March 4, 2011

Justin Bieber kesayangan fatin

...
xoxo
...

Selamat minum petang. Hari nie production off. So, agak bersenang lenang sikitlah. hehehe Revised product spec and process control?? Esok la yer bos.. Sebagai selingan, sambil minum petang dengan biskut IKO, terimalah gambar baby face si Justin Bieber kesayangan sepupuku fatin.

taaaaddaaaa..


NEVER SAY NEVER!!!!!!!!!!!!!!!!!


hohoho ini budak sudah botak


Ini entri takde motif. Ehh..tapi kan justin bieber nie kalau botak macam orang martian kan? Kalau bagi komen alahaiii..macam la aku pernah jumpa orang planet marikh huhhuhu


Err..korang dah tengok kat wayang? 

Sape minat mamat jambu nie bolehlah pergi tengok Never Say Never movie

March 3, 2011

|JJCM| Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

...
xoxo
...

Salam.. Moshi-moshi.. Dah breakfast? Aku sudah selamat makan cereal dan susu. whoaaa.. berkhasiat kan? Pagi-pagi nie sebelum attend meeting pukul 930, kita layan cerita jalan-jalan cari makan semalam ek.

Macam lama lak tak update blog. Dah kata pekerja berdedikasi kan, haruslah bizi...

Lunch semalam makan dekat Restoran Makanan Cina Muslim seksyen 15 Shah Alam. Restoran baru buka. Namanya Restoran Mohd Chan. Gaji belum masuk dah gatal nak makan kat restoran. hihihihi  Dengan siapa? Haruslah dengan geng perut PBP.

Ingat budak-budak AF je ada tagline? Restoran nie ada tagline tau. 'Hidangan Makanan Cina yang Sedap'.
haaa..see..
Kat sini ada macam-macam pilihan menu. Set nasi, noodles, ikan siakap pelbagai jenis masakan etc etc.. Dim sum and shark fin pun ada. Shark fin dia satu mangkuk kecik RM20.

Since aku dengan geng perut nie kira baru lagi la kan..so macam segan-segan daun semalu la sket nak snap gambar makanan. huhuhu Nampak cam poyos sangat la pulak.

Kuey teow Kantonis
Okaylah. Sekarang cerita apa yang kami makan ek. Aku makan kuey teow kantonis. Maybe sebab aku prefer tengok drama kantonis compared to drama Mandarin kot..hahaha  Sila jangan percaya. Aku tipu. Kat sini takde pun kuey teow mandarin cuma ada kuey teow kantonis. Kuey teow Hokkien pun takde.

Kuey teownya sangat banyak penuh satu pinggan. Sesuai la kot dengan harganya. Kuahnya sedap sebab tue aku cuma berjaya keringkan kuahnya. Isi kuey teow tak mampu aku nak habiskan. Maklumlah kapasiti perut cuma 1GB.


Minuman lak aku order Ribena Laici. Amacam?? Ada kelas tak?? 

Sapien dua orang lagi order Nasi Itik gantung. haha Nie pun tipu. Itik diorang tak digantung pun.Itik dah siap masak letak dalam pinggan. Sekali tengok tak ubah macam nasi ayam. Ada sos dan juga kuah sup. Tapi seriously, rasa itik memang lain sangat dengan rasa ayam. Dah nama pun berbeza, rasa pun beza la kan. Daging itk nie macam liat-liat sikit. Hmm..sedap lagi daging ayam rasanya....Nie tekak aku la, tekak orang lain tak sama.


Sesiapa yang nak nasi itik tapi nak itik tue bahagian peha, kena tambah extra RM1.50 yerr.  Oh ya.. super sapien minum teh cina - 8 kupang je. Sapien satu lagi minum air limau asam noi. Masam tak hengat.. Dah kata limau kan, pastue tambah lak asam boi kan..

Cik admin pulak makan Mee Hokkien. Air pilihan beliau adalah air kedondong asam boi. Nie pun sama, masam tak hengat dunia. Air aku gak best dengan tekak aku.

Err..lupa lak. Ada satu lagi perut daa.. Dia tak makan pelik-pelik. Dia cuma makan menu yang normal dan kedengaran biasa kita dengar. Menu pilihan beliau adalah nasi goreng thai. Tapi tak macam Nasi goreng dari Thai pun. Che din nie kata nasi dia macam nasi bangla sebab banyak sangat tabur bawang besar kat atas nasi.

Menu:
Kuey teow kantonis RM6.50
Mee Hokkien RM7
Nasi itik RM6.50
Nasi goreng thai RM7
Dim Sum ayam (3 ketul) RM3.80
Teh cina RM0.80
Ribena Laici RM 4.5
Jus laici RM2.5
Air limau asam boi RM3
Air kedondong asam boi RM3

Rating:
Makanan: 3/5
Layanan 4/5
Persekitaran: berhawa dingin tapi tak rasa sangat pun aircond. Ada tandas dan surau disediakan


Lokasi:
Jln Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000
Shah Alam, Selangor
(berdekatan Ambank)















Related Posts with Thumbnails