Pages

Ads 468x60px

.

Labels

June 25, 2011

Maharaja SEPAH : Juara Maharaja Lawak

...
xoxo
...

Horrayy...tahniah buat kumpulan SEPAH yang berjaya menjadi juara MAHARAJA LAWAK semalam. Tapi lawak diorang memang konsisten dan dekat di hati masyarakat. Mehh..kita layan...


Memang tak boleh blahhh tengok Jep mimic Ustazah Bahiyah



Akhirnya dapat gak Shuib jumpa Dafi huhuhu 



happy saturday..arini aku cuti...yahuu...



June 22, 2011

Happy Birthday Cik Admin

...
xoxo
...


Hari nie besday Cik Admin opis ku... Kepada Cik Admin, Happy Birthday to you.. semoga sihat selalu, happy selalu, murah rezeki dan diberkati Allah selalu. Tadi tengah hari kami lunch ramai-ramai dekat KFC Kota Kemuning sambil makan KFC sambil makan kek Secret Recipe. 

Turut diraikan bersama adalah Mr. Tan our Process Engineer. Dua-dua nampak muda dari umoq sebenar tau..

Meh layan kek-kek yang berjaya kami sental waktu tengah hari tadi.

 strawberry flavor

 durian flavor

 butterscotch pecan

 choc cheese

 choc macademia

 mango


 Oh, ya. KFC sekarang tengah promo menu baru "KFC Ole Pocketful".






June 20, 2011

|JJCM| ABC Seksyen 2, Shah Alam

...
xoxo
...




Ahoy nakama. Sihat? Dah lunch?? Dah minum petang? Hmm...bestnya kalau dapat makan ABC dekat seksyen 2 Shah Alam waktu petang-petang cenggini kan...??



Kat seksyen2 Shah Alam ada banyak kedai jual ABC. Tapi antara yang jadi favourite ialah PEGAGA ABC SPECIAL. Dia punya ABC Choc Nut memang mantap sungguh la hai......Pergghh..terbayang lelehan choc yang sedap lagi lazat bersama aiskrim vanila di atas kepala ais tue...




Sape-sape budak Uitm memang dah familiar sangat dengan tempat nie.. Err..apsal la diorang tak sediakan perkhidmatan delivery ABC?? Kalau ada, memang confirm aku order petang nie jugak!!!


Bang, ABC Choc Nut satu!!!







June 18, 2011

Kumpulan SEPAH Bujang Lapuk Moden

...
xoxo
...


Semalam hari Jumaat. Malam tadi aku tidur jam 230 pagi. Buat apa? Layan Maharaja Lawak kat Youtube. Paham-paham jela orang yang takde langgan Astro Warna memang akan gelak lambat sikit daripada orang lain. Tak kisah la janji leh gelak heheh


Group yang aku rasa konsisten persembahan tiap-tiap minggu ialah kumpulan Sepah. Paling tak boleh blah kalau Jep yang bercakap. Memang ada je lawak dia. Bak kata Mamat Khalid, lawak kumpulan Sepah nie dekat di hati masyarakat. Sebabnya lawak-lawak diorang adalah adaptasi dari kisah-kisah harian dan juga budaya masyarakat kita.


Jom layan beberapa video persembahan dari kumpulan Sepah.



Nie yang malam tadi. Tugasan pertama. Sepah bersketsa pasal orang baru lepas berkhatan.


Tugasan kedua pulak diorang mimic semanis kurma.. lawak sangat..

Semanis kurma jadi Manisnya kurma ini. Si Jep try bercakap senafas macam ustazah Bahiyah tapi tak mampu.. sebab tue dia asyik semput je hehhee Yang si Shuib lak memang ada gaya ustaz akashah.



June 15, 2011

|JJCM| Ikan Bakar Terbaek Punya

...
Assalamualaikum... cewahh..sopan sungguh daku hari ini. Dah lunch??? 
Bayangkan ikan bakar yang baru dimasak. Daging ikan yang manis dan segar dilapik dengan daun. Dimasak sempurna untuk dimakan bersama kuah sambal mahupun air asam cicah. Aduuhh…memang wajib kecur liur melihatnya.

Memang susah nak cari ikan bakar yang sedap dan menepati selera tekak. Ada banyak kedai makan yang menjual ikan bakar tapi nak mencari yang sedap memang susah.

Kadang-kala nampak je sedap tapi bila dah dirasa, ada sahaja yang tak kena. Ikan sudah tak terasa manisnya mungkin kerana ikan yang digunakan sudah disimpan terlalu lama.

Ada masanya pula ikan tak dimasak dengan sempurna. Lebih menghampakan apabila ikan bakar tersebut tidak dibersihkan dengan sempurna. Bayangkan tengah sedap menjamu selera, tiba-tiba terjumpa sisa dalam perut ikan. Memang mematikan selera makan sungguhlah jawabnya.


Namun, di Restoran Ikan Bakar ini, ikan bakar di sini boleh dikatakan menghampiri 100% sempurna. Ikan dibakar dengan sempurna. Masak tetapi rupa luarannya masih cantik dan tidak hangus. Isinya juga masih terasa manisnya seperti ikan yang segar


Tidak lengkap jika ikan bakar tidak dihidangkan bersama sambal ataupun air asam cicah. Di sini, ikan yang dibakar dialas dengan daun kemudian ditaburi dengan hirisan bawang dan disirami dengan sambal cili. Air asam cicah d sini juga sedap. Memang menjilat jari.


Di sini, ikan bakar dimasak di hadapan restoran. Jadi, sekiranya ada ikan yang sudah agak tidak berapa panas, pengunjung dengan senang hati boleh meminta pekerja di situ memanaskannya kembali.


Antara jenis ikan bakar yang ada di Restoran Ikan Bakar Seksyen 25 Shah Alam ialah ikan kembung, pari, cencaru dan juga ikan keli. Selain ikan bakar, pengunjung juga boleh mendapatkan ayam goreng dan gulai kawah kambing, lembu dan juga ayam.


Restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk hidangan makanan tengah hari. Ada lebih dari 20 jenis lauk dan pelbagai jenis sayuran dan ulam-ulaman disediakan untuk pengunjung yang datang.


Setiap hari pada waktu tengah hari, restoran ini pasti menjadi tumpuan orang ramai. Tambahan pula kawasan ini berhampiran dengan kawasan perindustrian yang ramai dengan pekerja industri.

Pekerja di sini cekap dan ramah dengan para pengunjung. Kebersihan juga ditahap yang memuaskan. Persekitaran restoran walaupun tidak terlalu besar tapi masih boleh dianggap selesa. Harga yang dikenakan juga amatlah berpatutan dan sesuai dengan kebanyakan pengunjung yang berpendapatan sederhana. Bak kata teman sekerja ‘Makan ikan bakar setiap hari pun tak mengapa. Memang sedap dan berbaloi-baloi’.

Lokasi: Restoran Ikan Bakar,
            Jalan Merdu 25/119,
            Taman Sri Muda,Seksyen 25,
            40000 Shah Alam,Selangor

Sebenarnya artikel nie copy paste dari artikel yang aku hantar ke Selangorlicious.my. =)






June 14, 2011

Scaling and Polishing + Consultation

...
xoxo
...

Ahad minggu lepas tengok Dylon Dog dengan mr.fiance. Movie yang diadaptasi dari sebuah komik Itali. Movie nie mengisahkan seorang manusia, yang bekerja sebagai penyiasat. Dalam movie nie kebanyakan watak fantasi seperti zombie, vampire, werewolf etc. Err..nape tiba-tiba macam nak buat movie review lak nie??

Haishhh..meh la kita kembali ke panggal jalan topik utama.. Tapi ada sangkut paut dengan Dylan Dog punya cerita gak. Lepas habis tengok movie bila pandang cermin tiba-tiba rasa macam sebahagian dari mereka. 

Kenapa?? Sebab aku kan mempunyai gigi vampire. Sebab tue selalu nampak macam malu-malu kucing pemalu. Nak senyum pun cover-cover. Tapi ada masanya aku belasah jer sengih luas-luas. 

Mestila kena cover..buatnya aku asyik senyum tayang gigi vampire nie, tak ke orang lain rasa seram sejuk nak dekat. Kot-kotlah ada yang terfikir aku nie sebenarnya anak bongsu erra fazira macam dalam cerita 'Pontianak Kampung Batu' ke.. tak pasal-pasal aku jadi lone ranger takde kawan.
Hisshh..xbest la sebut pontianak. Bunyik kampung sangat. Sebut vampire baru nampak urban. haaahahaha ahh sudahh..aku dah start keluar gelak style vampire...

So, tadi masa gatal-gatal browse website-website diskaun nie, maka terpandanglah aku suatu deal. Taddaaa.. 


Dulu masa kat UTM, scaling gigi 4 hengget je..sekarang kalau buat kat klinik swasta dengarnya lebih kurang RM60-RM100..  So, tangan nie macam gatal-gatal la nak beli diskaun nie. Boleh scaling gigi pastue leh mintak consultation diorang gak. Apa patut aku buat dengan gigi vampire nie???

Bukan tak mensyukuri apa yang Allah dah beri. Tapi kalau dah sampai mengurangkan rasa confident nak berdepan dengan orang, maka hukumnya haruslah diperbaiki. Paling aku tension kalau ada yang sakat aku pasal gigi vampire nie.

Tapi kang kalau dia suh buang pastue suh pakai braces..hmmm..sanggup ke??? aiyaaaaakkkk...














Gempa bumi 14 Jun

...
xoxo
...

Tengah diskusi dengan supersapien B pasal Shift Challenge. Tup-tup handphone dia bunyi macam fire drill. 
"Nak jawab call dulu ke?"
"Tak payah. Mesej je ni."

Lepas abes bunyik fire drill macam kat balai bomba tiba-tiba rasa bergoyang blok partition tue. Dalam hati kata apa kes lak supersapien B nie tolak-tolak meja. Then dengar bunyi almari besi bergoyang. Pastue pandang almari besi. Ehh..serius bergegar la. Rasa tak? Almari bergoyang lagi.

Tak lama lepas tue terpacul la Plant Manager ku.. 'earthquake maa..' katanya.. 

Then aku pon dengan pantasnya tweet pasal gegaran yaang kualami. cewaahh..siap update status kat fb lagi. Dengan pantas juga Fard reply bagitau ada gempa berlaku kat Indonesia. Hmm..dah agak dah..selalu camtu la.. Sekarang nie memang kalau ada gempa kat Indonesia, kita kat Malaysia puun terasa gegarannya.




orait..cau cin cau..nak gerak g DOSH nie..









June 6, 2011

Status Upgraded

...
xoxo
...

Quick Update.
Status penulis blog sengal ini telah pun upgrade satu level.
Kepada yang hadir, yang mendoakan, yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada hari Sabtu yang lepas, yang berpenat lelah..Thank you so much... may Allah bless u ols ya..

cewahh..meh tayang sket muka aku last saturday..pic btul2x dalam kamera belum transfer.. Kira aku bg teaser la dulu konon2x... ahahaha ayat tak boleh blahh.. sape nak muntah sila muntah.. Ada macam Alia -isteri Aidil Nur Kasih versi gemuks sikit tak?? hahahaha Apa? nak muntah lagi? sila lah..den kesah tapi jgn muntah depan orang ramai.


So, kepada silent fan aku (hahahaaa...sila muntah sekali lagi.. den xkesah...),  juga kepada silent admirer aku..sila jangan patah hati..  Nak cakap taken belum lagi sebab belum nikah. huhuuhu tapi I'm booked!!







June 1, 2011

Milkadeal Review: Rainbow Fruity Lolo

...
xoxo
...


Ohaiyo.... Salam lovelies.. Meh cuci mata kat Fruitland.

















Memula nak buat review tapi beberapa saat kemudian.......
....Kemalasan melanda..




Related Posts with Thumbnails