Pages

Ads 468x60px

.

Labels

January 29, 2010

Siapa Benci Fasha Sandha?


I Hate F**** ****ha, Tak Suka S***** ***g


Hari tue kecoh pasal 40 000 orang fan benci fasha sandha. Baru-baru nie ada pulak yang create page Tak suka SaifulNang. Ini adalah antara 2 contoh HATER FAN PAGE yang ada di Facebook. Sekarang nie dah jadi satu trend pulak orang create page/group untuk mengumpulkan kaki-kaki benci.. errr.. bukan orang yang benci kaki tapi orang-orang yang mempunyai perasaan benci, tak suka, menyampah, meluat dan segala 'me' yang negatif terhadap seseorang. Ada sesetengah page tue berjaya kumpul sampai beribu-ribu kaki benci @ kaki tak suka. ooppss..sekali lagi kaki tak suka bukan orang yang tak suka kaki. Mereka cuma geng-geng orang yang mempunyai rasa tak suka pada orang yang sama.


Manusia nie memang banyak ragam. Ada yang bikin kita panas hati, sakit hati dan juga makan hati. Jadi, apakah Pro dan Kontra mewujudkan atau join HATER FAN PAGE/GROUP sebegini?


Pro:
#1. Sebagai medium meluahkan ketidakpuasan hati terhadap orang tersebut
#2. Mengumpulkan clan @ geng yang sama-sama tidak suka/benci pada orang tersebut
#3. Boleh berbincang, bergosip (err..should i say mengumpat??) pasal orang tersebut
#4. Sebagai satu kaedah untuk menyedarkan orang tersebut tentang perangai buruknya berdasarkan jumlah hater & komen-komen yang diberi


Kontra:
#1. Ada sesetengah pihak yang mungkin jadi batu api menokok tambah cerita bikin orang lagi panas jiwa raga, mungkin juga ada yang mengeluarkan komen yang melampau2 hingga boleh diklasifikasikan sebagai fitnah. Jaga-jaga la korang..nanti Fasha kata 'I'll sue you. See you in court'. baru tau......hahaha
#2. FB mungkin akan lebih dipantau oleh pihak-pihak tertentu, sekiranya terlalu banyak kes begini mungkinkah ada yang akan merungut tentang hak kebebasan bersuara??
#3. Mengumpat?? macam lebih kpd kumpul dosa je.. errr ada orang tak kisah.
#4. Cerita kutuk mengutuk biasanya just circled around..tak kemana pun.. orang yang dibenci tetap tak sedar diri & tak berubah pun..so??efektif kah??

Walaupun begitu, ada juga sesetengah HATE PAGE yang aku rasa memang patut diwujudkan atau join. Contohnya  I HATE CHILD ABUSER, I HATE SMOKER, TAK SUKA PENGOTOR, BENCI PEMBULI JALAN RAYA. At least page sebegini menunjukkan sokongan padu terhadap sesuatu isu yang negatif. 



Nota: Jadi, apa kata anda?? Sila vote sekarang.Undi anda adalah rahsia.


10 comments:

Nazz said...

Bagi aku org yg mewujudkan laman yg sebegitu ada agendanya sendiri.. samada keuntungan wang ringgit atau rasa puashati..
mereka yang turut serta tak lain hanya mengikut saja.. habuk pun tarak..
Senang citer..jd pak turut jer..

Ibu Ammar said...

laman 'haterz' nie kalau refer tu individu perseorangan cam tak bagus plak. bukan ada manfaat pada kita. takut2 dapat dosa plak. hate diam2 je sudeyh. takyah kot provokasi cam ni.

tapi kalau laman 'haters' kepada smoker tu ok la gak. sebeb ianya general, tapi macam la perokok tegar kesahkan benda nie. hehe. mesti dorg gelakkan je. huu

Miss Me said...

kalau tak suka ni baik diam sudah. tak yah nak ajak-ajak orang. kang nanti terbalik kat kita sendiri.

kena pikir perasaan family diorang ni. sebab kalau kita benci kat saiful nang la contohnya, mesti terkesan pada intan dan oked...

(i have grudge against those two names u mentioned tapi tak de lah sampai nak join haterz group)

atreyu strange said...

Kumpul ramai2 haters nak buat ape? Nak buat gathering makan2 kat times square?? HAHAHAHA!!!

deus X machina said...

@atreyu

-gua syak dorang nak wat demo ala2 bersih kot...serah memorandum kat Agong...


erk888

lel said...

betul gak ckp jen
wat apa geng2 mcm ni kan
aku pun xjoin lg
xde org invite lg
haha

atreyu strange said...

@deusXmachina® - wahh, kalu camtu baik kita cepat2 tubuhkan kumpulan "I Hate Haters". Pastu kite pun wat demo, counter memorandum yg drg anta kat Agong tu. Hahaha..

@Laila - aku dh kene invite. Rs mcm nk bg kasut jek kat org tu. Wahaha.

aurikelsan said...

atreyu: byk stok kasut ko.. nk bg kt diorg hahaha

aku pun dh trima mcm2 invitation, mls nk lyn..invite mkn aku suka la hehehe

Aus MeLankoLik said...

ahahaha..
xmau la benci2..
xbaik.
kalo semua xnak fasha
bagi aku je..
hahak..

Aidy Shahiezad said...

membenci seseorang adalah hak individu, tapi bile dikumpulkan ramai2, dah jadi hak masyarakat... hehehe... neway, perasaan benci adalah lumrah dalam kehidupan... kalau tak ade benci, tak mungkin akan ada suka kan ??

Related Posts with Thumbnails