Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 28, 2010

Teh O malam

Bahasa sopannya urine, bahasa pasarnya air kencing. eyuwww.. Agak-agak korang la kan..dalam satu malam bolehkah seseorang itu memenuhkan 500mL botol dengan urine?? 

Banyak mane 500ml tue???Hmmm.. 500mL bersamaan sebotol kecik air Coke. 



Sila jangan pelik kenapa entri kali nie cerita pasal something yang jijiks uolss... Sebabnya semasa buat morning plant tour kelmarin, ada satu area yang selalu jadi markas smoking & tido pekerja, saya jumpa satu ehh dua sebenarnya botol yang dipenuhi air berwarna oren-perang macam air teh O daaa... 

Mula-mula kami syak air teh O. Tapi bila suruh pekerja shift siang bersihkan mereka tak nak pulak. Mereka kata tue bukan teh O lipton or teh O BOH tapi 'teh O' pekerja shift malam.  Sambil explain tambah mengadu pasal pekerja shift malam buat air teh O bau kaw-kaw.

'Ada bau di situ..kami mau pegang dengan apa kak' balik-balik tue jela ayat budak-budak Sabah yang tak puas hati kena buang air teh O orang lain.

Merungut pun nak tak nak terpaksa suruh mereka bersihkan jugak. Pagi semalam jumpa lagi dua botol tapi di lokasi yang lain. Pun hampir penuh gak...aisssshhhhhhh Siapalah yang malas sangat nak pergi tandas nie? Kot ye pun tak sempat tipu sangatla. Takkan tiap-tiap malam pun tak sempat-sempat gak. Tandas tak sampai 500m pun dari area tue.

Hmm..orang yang buat teh O tue agak2nya banyak sangat minum air ke sampai boleh hampir penuh dua biji botol. Tau la lelaki senang je pancut mane2 yang suka tapi tak boleh la buat suka-suka hati dia je. 




Yakkkkssss!!!







October 12, 2010

|Perut Stokin| my first choc brownies

Dah lama tak baking..so ari sabtu lepas tangan gatal nak baking pulak. No more muffin..boring dah asyik muffin je. So,  buat choc brownies. First time buat brownies..bahan dah ready je dalam drawer kat dapur. 


Taaaddaaaa....



Kalau ikut resepi asal masak around 40-45minutes tapi aku derhaka sikit. After 20++ aku cucuk dah elok lekang. so aku pun keluarkan dari oven. Takut over cook plak kalau baking lama sangat. Lagipun top part tue mcm dh start nak jadi crunchy.

Punya la tak sabar nak rasa, cousin aku laju je potong brownie tue lepas keluar oven.

October 5, 2010

Cool Job: Mystery Shopper


Tugas-tugas kepada Mystery Shoppers :

1. Bertugas sebagai service checker.

2. Terima e-mail atau panggilan apabila tempat / cawangan di kawasan Service Checker berada memerlukan lawatan (check).

3. Bagi setiap lawatan yang ditetapkan, Service Checker akan menerima arahan terperinci mengenai destinasi dan waktu perlu menjalankan tugasan, perkara yang perlu diperhatikan dan sebagainya. Kebersihan, khidmat layanan serta bantuan kepada pelanggan (Service Checker) merupakan apa yang perlu diperhatikan secara amnya. Semua informasi yang perlu dilapor akan diberi secara bertulis, disamping penerimaan panggilan daripada koordinator.

4. Selepas lawatan tersebut,  perlu menyediakan laporan pengalaman dengan menggambarkan dengan tepat apa yang berlaku semasa lawatan dan menjawab beberapa soalan yang disediakan. Kedua-dua langkah ini akan disediakan secara online di dalam akaun peribadi Service Checker.

Jika berminat, sila daftar di:
www.internationalservicecheck.com(pilih: Contact -> Want to become a Service Checker?)



note: orang-orang yang cerewet & bersifat terperinci memang bagus kalau buat kerja nie. Tak sesuai untu golongan yang memegang prinsip 'aiman tak kisah'.




Related Posts with Thumbnails