"............................Happiness keeps me Sweet, Trials keep me Strong, Sorrow keeps me Human, Failure Keeps me Humble, Success keeps me Glowing,But only God Keeps me Going ....................."
Catatan 12 Jun secara rasminya bermula di Jeti Kuala Perlis, menunggu feri untuk ke Langkawi. 2 bas termasuk bas yg aku naiki telah tiba seawal 9 pagi. Namun, rombongan IPF UTM menaiki feri lebih kurang jam 12 tengah hari kerana menanti sebuah lagi bas yang tiba agak lambat. Almaklumlah, bas tersebut sangatla bersopan santun di jalan raya..hehehe
Feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah
Perjalanan dari Kuala Perlis ke Kuah mengambil masa kurang dari sejam. Perjalanan ke Langkawi dengan menaiki feri agak membosankan. Nak tau kenapa?? 1. Dah elok2 dapat tempat duduk, kena halau pulak. Kononnya seat tersebut milik orang lain. Maka, sebagai manusia yg sangat penyabar & bertolak ansur kitorang carilah seat lain yg kosong. 2. Kami dapat duduk di tingkat atas.. tapi still tak rasa best sebab tak dapat duduk tepi tingkaphehehe 3. Cerita yangditayangkan di TV tak dapat didengar dengan jelas.. sebab tenggelam dek bunyi enjin feri yang sangat kuat 4. Kami semua terperap je dalam feri, tak boleh keluar ke bahagian luar feri menikmati keindahan laut.
Jeti Kuah
Sebaik sahaja sampai di Jeti Kuah, kami terus menaiki bas yg disediakan oleh pihak hotel menuju ke Aseania Resort. Agenda pertama sebaik sahaja sampai adalah makan!!! whoaaa..apa lagi?Kena serbu la kafe kat situ..semua pun muka kebulur huhuhu
Lepas makan, baru boleh check in. Nie satu lagi problem..kena tunggu lama sebab ada tetamu hotel yg belum check out lagi..Faham2 jela musim cuti sekolah nie..hotel kebanyakannya penuh.. Dekat-dekat pukul 4 barula kami dapat kunci bilik..aisehhh..sedikit spoil la..Urusetia dah umumkan bahawa petang tersebut aktiviti bebas. Buatla sesuka hati, janji malam perasmian nanti ada kat dewan..lalallala~~~bestnyerr..dalam otak dah plan nak pergi jalan2.
Aseania Resort, Langkawi
Kami laksamana berlapan ~Chantek; Anggun; Sexy; Comel; Jambu; Macho; Diyana & Huda~ buat keputusan nak mengembara mendaki Gunung Mat Chincang. Sorry to Bendahara Viky, beliau sangat sibuk dengan urusan negara..tak dapat join pengembaraan-main-redah kami nie.
Dalam perjalanan ke Teluk Burau, van yg kami naiki sempat lalu di tempat yang berkonsepkan deretan kedai ala-Mediterranean. Tempat nie dinamakan Harbour Park Langkawi. woww!! Bestnya tengok kapal2 mewah berlabuh kat situ..Dengar-dengar ceritanya, Harbour Park ni berperanan sebagai bandar pelabuhan kecil yang menjadi pintu masuk baru ke pulau itu.
Harbour Park, Langkawi
Ketika tiba di Oriental Village di Teluk Burau, kami diberitakan bahawa Gunung Mat Chincang kini boleh dinaiki dengan mudah & cepat. Naik cable car jer..lebih kurang 15 minit dah boleh sampai ke puncak...Tak payah nak panjat2 segala...tak perlu membazir peluh, lemak, kalori & stamina..wahhhh..maka, dengan begitu teruja kami pun naik cabel car..RM13 jertapi harga asal tiket RM15~~hasil bantuan pakcik van yang membawa kami ke Oriental Village.
Oriental Village, Teluk Burau..
Di sekitar perkampungan oriental nie adalah pemandangan menarik kaki gunung, demonstrasi ular..nak bergambar dengan ular pun boleh..jualan produk2 Langkawi & cenderamata cenderahati segala..
Demonstrasi dengan ular..yuckkss geli
Rupa-rupanya kereta kabel di Langkawi nie telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kereta kabel tanpa tiang terpanjang di Malaysia. Perjalanan kami ke puncak Gunung Mat Chincang sejauh 2.2 km mengambil masa lebih kurang 15minit.Cepatkan??Confirm tak membazir kalori, lemak & stamina..hehehe tapi bagi sesiapa yg gayat mungkin perlu membazir sedikit peluh..okay??
Entrance cable car
Kereta kabel Langkawi nie mempunyai dua stesen sepanjang perjalanan yang memberi peluang kepada pelawat untuk singgah di pertengahan jalan atau meneruskan destinasi ke puncak Gunung Mat Chincang. Peringatan for those acrophobic (fobia tempat tinggi), tak payahla nak test terror jenguk2 bawah..pandang depan & atas jela.. XD
Kami singgah di stesen pertama..bukan untuk bertapa tapi sekadar mengambil gambar keindahan Pulau Langkawi & perairannya. Kemudiannya meneruskan pengembaraan kami ke puncak Mat Chincang.
Pemandangan dari atas stesen pertama
Di puncak gunung, pengembaraan kami diteruskan dengan bersiar-siar di atas Sky-Bridge setinggi 700 meter dari aras laut, woow!!sape gayat sure berpeluh ketiakk..hahaha Jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan bengkok Langkawi, dibina khas untuk menyaksikan pemandangan lebih menyeluruh kawasan sekitar. Amazing!!!Siapalah engineer yang hebat sangat nie..
Sky-bridge Langkawi
Sempat lagi nak betulkan tudung??hehe angin kuat waktu petang..senget benget tudung
INFO: Langkawi Cable Car Waktu Operasi: 10 pagi - 6 petang (Isnin - Khamis); 9.30 pagi - 7 malam (Jumaat - Ahad) Harga: RM15 (dewasa); RM5 (kanak-kanak)
Geng pengembaraan Puncak Mat Chincang
p/s: laksamana Anggun tiada dalam gambar kerana sibuk mencari puteri gunung ledangpsstt..last2 tak jumpa jugak sebab dia cari kat salah gunung huhuhu
Pengembaraan ke Puncak Mat Chincang berlangsung dengan jayanya..Pengalaman menaiki kereta kabel yg mengujakan & pemandangan yg sangat indah memang sangat best..Tak rugi join konvensyen felo 2009.. hehehe
Aktiviti waktu malam diteruskan dengan majlis perasmian Konvensyen Felo 2009 yang dirasmikan oleh ADUN Langkawi yg juga alumni UTM, Dato Ir Hj Nawawi..
Selamat Hari Bapa.. Selama hidup atas muka bumi nie, belum pernah sekali pun aku wish selamat hari bapa kat Abah.. Hmm..bukan tak mahu tapi tak berkesempatan.. Dont worry abah This year, dah siap ada hadiah lagi see you in KL..
note 1: beria je wish kat sini, abah bukan baca pun blog2 nie... ah, tak kisahlah..janji tuhan tahu niat kita kan?
nota 2: gambar kat atas tue hanya hiasan k, bukan gambar Abah..hehe kalau la Abah saya masih macho & tough macam tue.. takkan ada orang nak percaya itu Abah saya..
nota 3: selamat hari bapa juga kepada semua bapa2 kt seluruh dunia
Doa nie adalah antara amalan doa yg selalu aku amalkan dengan niat mendapat perlindungan Allah dari sebarang perkara yg tak baik..semoga dapat manfaat bersama.
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui"
nota: Aku suka amalkannya setiap kali keluar rumah, menunggang motor, berjalan jauh, jalan berseorangan, ketika melakukan sesuatu yang mencabar etc etc..
First of all nak ucap tahniah & selamat pengantin baru buat kawan2 yg melangsungkan perkahwinan baru2 nie..ramai kawan2 mengambil tarikh 060609 sebagai tarikh bersejarah hari pernikahan/ persandingan mereka..
Yana, sorry xdtg attend kenduri kawen ang, jauh sgt kt pendang tue..nnt kalau buat kenduri belah ayoz aku dtg insyaAllah..
Fiza & kak eza, sorry xdpt dtg kenduri walaupun dah plan memang nak datang..ada family matter la pulak..
Hanis, sorry jugak xdpt attend kenduri..papepun aku tetap doakan ko berbahagia bersama ustaz Lutfi sampai ke akhir hayat..
ada iras macam muka aku x??macam takde jerr..
Secondly, tarikh 6 June 2009 (060609) ini juga merupakan tarikh bersejarah dalam hidup aku sebab buat pertama kalinya aku bertemu dengan kakak & adik2 aku..kami sedarah wehhh..satu keturunan yg sama..
Buat kak ida riza: terima kasih sebab sudi datang melawat adik yg sorang nie..kita memang boleh jadik geng sekepala,walaupun baru jumpa kita cepat mesra..banyak benda kita boleh borak kan?
Buat adik2 Dayah & Aien: hmm...nampaknya masih2 malu2..hehe relax ar..kakak korang nie sempoi jer..kadang2 gile kentang sket huhuhu
Buat makcik kuziah: thanks makcik sudi datang singgah rumah..siap bawak kuih kemboja lagi..sedap!!Buat Aliya Irdina (anak kak ida): amboi..sombong yerr..tapi agar2 cik ya abes licin kena makan..
nota: thanks to my charlie crew (bobby, santz, arep ngn bal yg sudi datang singgah makan kat umah aku..siap bawak Big Apple lagi..)
Spesies human sapien yang waras, logik dan relevan. Di sini la saya berkongsi cerita, pendapat, minat,ilmu & apa2 aje la yg boleh dikongsi..
My field is bioproces engineering and my specilities are softsensor & neural network.