Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan isu kekurangan lelaki di universiti, nampaknya tidak lama lagi ramai lelaki bakal menarik nafaz lega & mendabik dada bangga.
Wah wahhh... senyum lebar lelaki-lelaki di luar sana mendengar pengumuman Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang hasrat kerajaan menubuhkan Universiti Politeknik. Almaklumlah, pelajar lelaki ramai yang menyambung pelajaran ke Politeknik (selain dari universiti pusat serenti) yang menekankan pendidikan teknik dan vokasional. Bagusla tue kan...
nota pendek: Kuantiti universiti bertambah setiap tahun, kuantiti graduan confirm la bertambah kan... Kualiti graduan camne?
Sabtu yang lepas, selepas menonton pengembaraan Percy Jackson si Pencuri Pedang Kilat, tekak ku ini gatal nak makan makanan korea. Amboi makcik..kulit sawo matang tapi feeling tekak korea nampakk...?hahaha Nie mesti kes pengaruh tengok cerita Korea. errr lebih kurang gitu la.
Maka, melilau la aku mencari korean food kat foodcourt KLCC..ada ke?? mestila ada..macam2 ada kat food court KLCC..Makanan arab, jepun, india, melayu, cina, omputih.. sedap or tak sedap jela..
hmm..udon atau ramen?
Yeay, finally aku jumpa satu stall jual japanese+korean food. Dari menu, makanan yang disediakan nampak menarik. Memandangkan aku adalah peminat kimchi, maka aku pun order kimchi ramen. Sape tengok naruto?? mesti familiar dengan mi ramen yang menjadi kesukaan naruto. Ramen adalah sejenis mi okeh?
Taddaaa...inilah dia kimchi ramen yang ku nantikan..
sedap? dengan pantas ku menggelengkan kepala..uuwaaa........
Perasaan???
SANGAT KECEWA!! diulangi SANGAT KECEWA!!!
4 sebab kimchi ramen ini tidak sedap:
1. Kuahnya tidak pekat..sangat cair. Encik Chef, saya order kimchi ramen bukan sup kosong
2. Kimchinya hanya sejemput (sikit)
3. Tak pedas
4. Ramennya agak keras (mesti tak celur dalam air panas..malas ke chef nie) dan masih melekat-lekat
5. Sangat tak best
Fakta atau auta:
#1. Udon (うどん) berasal dari Jepun tetapi Ramen (ラーメン,) berasal dari China sebelum diperkenalkan ke Jepun pada zaman Meiji.
#2. Kimchi adalah makanan korea yang berupa jeruk sayuran yang diperbuat daripada sayur-sayuran seperti kobis cina, timun etc dan ditambah perasa serta cili bagi sesetengah jenis kimchi.
#3. Terdapat pelbagai jenis kimchi mengikut tempat dan juga musim di Korea.
#4. Kimchi yang paling glamer ialah Baechu Kimchi (whole cabbage kimchi/).
#5. Kimchi mengandungi kadar diet fiber yang tinggi dan rendah kalori.
nota jari kaki: resepi membuat kimchi yang mudah? cari di sini. Jenis- jenis kimchi? lihat di sini
nota jari tangan: tiba-tiba berangan nak pergi Korea dan merasa pelbagai jenis kimchi. En ATB, jom honeymoon ke Korea, nak tak??
Wahai anak-anak sekalian, hari ini makcik nak tunjuk sikit cara membuat pos melekat atau lebih glamer di kalangan orang kampung makcik sebagai STICKY POST. Sebelum tue mari kita jawab soalan-soalan yang makcik pernah tanya kat Tok Penghulu tentang STICKY POST.
Makcik: Tok, STICKY POST tue apa sebenarnya? Selalu tengok kat blog orang lain lebih-lebih lagi yang buat contest.
Tok penghulu: STICK POST tue adalah post yang terpapar di bahagian atas sekali antara semua pos dalam sesebuah blog atau forum. Lazimnya, STICKY POST nie disetkan untuk berada di bahagian teratas post untuk suatu tempoh masa tertentu. Tujuannya adalah untuk mempromosikan atau sebagai pengumuman tentang sesuatu acara yang dianggap penting oleh penulis.
Makcik: Apa kelebihan STICKY POST?
Tok Penghulu: Penulis blog boleh gunakannya untuk mempromosi atau sebagai pengumuman tentang sesuatu acara/perkara yang penting. Kedudukannya di bahagian teratas sudah pasti lebih mudah menarik perhatian pembaca.
5 langkah mudah membuat STICKY POST: (blogger blogspot sahaja)
1. Tulis post anda seperti biasa dan klik 'PUBLISH POST' juga seperti biasa. Tak perlu gatal tangan ubah-ubah tarikh.
* bagi yang nak buat STICKY POST untuk post yang sudah berkurun-kurun anda pos & pamer di blog sila terus ke langkah 2.
2. Pergi ke 'Edit Posts'. Pilih dan klik 'Edit' pada post yang ingin dijadikan STICKY POST.
3. Di bahagian bawah kiri 'Edit' anda akan jumpa link 'Post Options'. Klik link tersebut.
4. Anda akan jumpa 'Post date and time' di bahagian kanan. Pilih 'Set date and time' Tukarkan tarikh dan/atau masa anda sampai bila mahu post tersebut menjadi STICKY POST.
5. Klik 'PUBLISH POST'. taadddaa... dah siap.
Kini anda boleh lihat post anda melalui 'VIEW BLOG' dan anda akan dapati STICKY POST berada pada kedudukan teratas.Sebarang post yang dibuat sekarang hingga ke tarikh STICKY POST berakhir akan sentiasa berada di bawah STICKY POST.
nota 1: Tok penghulu turut menasihatkan supaya setiap STICKY POST ditulis dengan kata-kata amaran.
Contoh: 'Ini STICKY POST daaa..Post yang baru di bawah'.
Ini adalah bagi mengelakkan membaca yang kerap melihat post yang sama je asyik keluar kat bahagian atas beranggapan bahawa penulis blog khusyuk tidoq /bertapa/berhibernasi dan tak update blog.
nota 2: Tips membuat STICKY POST bagi pengguna WORDPRESS, TYPEPAD or MSN Spaces sila klik di sini.
Selamat membuat STICKY POST...Makcik tak pandai pun..tau sikit-sikit je. Kalau ada salah mane sila betulkan ye..Saje memenuhi permintaan Frazi. (razi, harusla jgn lupa belanja aku okeh??)
Aku dan Santz tiba di KLCC hampir pukul 1 petang. Kesian Fard..entah berapa kali dia tawaf KLCC agaknya sementara menanti kami sampai. Memandangkan tayangan filem Percy Jackson akan bermula pukul 1.30pm, maka kami pun pergi makan kecik untuk mengalas perut.
Setengah jam je sebelum wayang bermula, mane sempat nak makan besar. Destinasi pilhan adalah restoran sushi king. Ada orang baru dapat bonus nak belanja... rezeki jangan ditolak... huhuhu
promosi makan besar Yee Sang sempena tahun baru cina
tapi sorry kami cuma nak makan kecik je
Santz yang terpengaruh dengan drama-drama Jepun order Okonomiyaki
siap buat muka teruja dapat makan okonomiyaki
Fard pun tiru santz makan okonomiyaki...dahla pilih kemain lama
aku melaksanakan hajat di hati nak makan salmon grill....marvellous!
kami semua minum teh jepun(sambil berangan berada di Jepun) ice lemon tea
baru tahu apa beza SHOYU & NITSUME
shoyu = kicap manis, nitsume = kicap masin
Fakta atau auta:
1. Okonomiyaki (お好み焼き) is a Japanese savoury pancake containing a variety of ingredients. The name is derived from the word okonomi, meaning "what you like" or "what you want", and yaki meaning "grilled" or "cooked". ~source wikipedia 2. Shoyu adalah kicap yang dibuat daripada kacang soya yang telah mengalami proses fermentasi. ~source soya 3. Nitsume yang juga bermaksud 'boiling down' adalah kicap yang dihasilkan daripada bahan-bahan seperti belut, sotong dan udang. ~source whatscookingcanada
Sabtu yang lepas, kami bertiga (me, santz & fard) keluar berfoya-foya menonton filem Percy Jackson di TGV KLCC. Tengok preview macam best. Almaklumlah pengarah filem nie adalah pengarah yang sama mengarah filem Harry Porter. Maka, haruslah menonton kemudian baru boleh komen best ke tak filem nie.
Filem ini adaptasi dari novel bersiri Percy Jackson & The Olympian. Ia mengisahkan tentang Pengembaraan Percy Jackson (Logan Lerman) yang menghidap dyslexia & ADHD untuk menyelamatkan ibunya & membuktikan dirinya bukan pencuri pedang kilat Dewa Zeus.
Tanpa mengetahui identiti sebenarnya sebagai demi-god, anak kacukan manusia-dewa air (Poseidon) ini hidup bersama ibu dan bapa tirinya. Pengembaraan bermula apabila Percy mula diserang dan dituduh mencuri pedang kilat paling berkuasa milik Dewa Zeus. Sekiranya tidak dipulangkan dalam masa yang ditetapkan perang besar antara dewa dewa yang mampu memusnahkan alam bakal tercetus.
Sebelum hilang, ibunya sempat menghantar Percy ke kem latihan anak-anak demigod. Dengan bantuan anak demigod Athena, Annabeth (Alexandra Daddario) dan pelindung Jr bernama Grover (Brandon T Jackson), Percy menempuh pelbagai rintangan untuk menyelamatkan ibunya yang berada dalam tahanan Hades (Dewa Neraka & kematian). Kenapa pulak ibu Percy boleh berada dalam tahanan Hades?? hahha nak tau sila tonton filem ini sendiri okay....
Sedikit sedutan & gambar dari filem Percy Jackson & The Olympian: The Lightning Thief. Layannn..
Pertembungan antara Zeus (Sean Bean, LOTR) & Poseidon (Kevin Mckidd, Dr Owen Hunt Grey's Anatomy)
Poseidon bengang anak dia dituduh mencuri
Pierce Brosnan hero tua nie beerlakon sebagai cikgu di kem latihan demigod
Pertembungan Percy & Medusa (Uma Thurman) yang berkepala sarat dengan ular.. yuckksss
mata medusa nie ada power boleh jadikan org yang tengok mata dia bertukar jadi batu
Hades & isterinya..si Hades nie pun sibuk gak nak memiliki pedang kilat
bosan kot duduk kat neraka tue
Good: Plot cerita & pengembaraan yang ringkas, tak berbelit-belit. Macam novel pengembaraan kanak-kanak. hehe Pelakon-pelakon pun okay. Timing ok tak panjang sangat.
Bad: Cabaran yang ditempuhi macam senang sangat je menang. Tak best pulak bila senang sangat. ending pun nampak terlalu mudah. Memang la nie filem fiksyen tapi ada sesetengah benda terlebih tak logik pulak. Boleh bikin kami gelak la..contohnya pintu masuk ke dunia dewa Olympus..naik lif tue... huhuhu memandangkan aku tak baca pun novel asal maka tak boleh la nak komen over2 kan..kan..hehe
Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya
Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya
Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya
nota 1: kelmarin dengar lagu nie..suka tang korusnya..layannnnnnnnnnn happy saturday
nota 2: tak puas dengar kat sini? Nak dengar guna winamp sendiri. Download la sendiri kat sini.
Kebanyakan perempuan memang dikenali sebagai makhluk yang suka bercakap, banyak bercakap, berleter, membebel dan perangai-perangai yang sewaktu dengannya. Namun, perempuan-perempuan jenis nie walaupun begitu, ayat-ayat yang keluar macam peluru dari mulut mereka takdela laser mana pun. Tak caya?? Cuba tengok kebanyakan mak-mak korang. Memang kuat membebel tapi takdela kita sampai rasa sakit hati kan. Kalau duduk asrama atau duduk jauh dari mak, kadang-kadang rasa rindu pulak nak dengar bebelan mak.
Jadi, apakah definisi mulut laser? Orang kampung aku kata mulut laser nie mulut yang suka bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang, menusuk kalbu, kata-kata yang 'makan dalam' atau pun sindiran yang tajam lagi sinis.
Adakah korang rasa korang bermulut laser?? Cakap ikut suka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain?? Alasan kebanyakan orang adalah 'aku cuma bercakap jujur' atau 'saya adalah manusia yang suka berterus terang, tak suka jadi hipokrit'. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam.....?? errr..bisik-bisik? hehe