Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 21, 2010

Cara membuat STICKY POST

Wahai anak-anak sekalian, hari ini makcik nak tunjuk sikit cara membuat pos melekat atau lebih glamer di kalangan orang kampung makcik sebagai STICKY POST. Sebelum tue mari kita jawab soalan-soalan yang makcik pernah tanya kat Tok Penghulu tentang STICKY POST.

Makcik: Tok, STICKY POST tue apa sebenarnya? Selalu tengok kat blog orang lain lebih-lebih lagi yang buat contest. 

Tok penghulu: STICK POST tue adalah post yang terpapar di bahagian atas sekali antara semua pos dalam sesebuah blog atau forum. Lazimnya, STICKY POST nie disetkan untuk berada di bahagian teratas post untuk suatu tempoh masa tertentu. Tujuannya adalah untuk mempromosikan atau sebagai pengumuman tentang sesuatu acara yang dianggap penting oleh penulis. 

Makcik: Apa kelebihan STICKY POST? 

Tok Penghulu: Penulis blog boleh gunakannya untuk mempromosi atau sebagai pengumuman tentang sesuatu acara/perkara yang penting. Kedudukannya di bahagian teratas sudah pasti lebih mudah menarik perhatian pembaca.


5 langkah mudah membuat STICKY POST: 
(blogger blogspot sahaja)

1. Tulis post anda seperti biasa dan klik 'PUBLISH POST' juga seperti biasa. Tak perlu gatal tangan ubah-ubah tarikh. 
* bagi yang nak buat STICKY POST untuk post yang sudah berkurun-kurun anda pos & pamer di blog sila terus ke langkah 2.

2. Pergi ke 'Edit Posts'. Pilih dan klik 'Edit' pada post yang ingin dijadikan STICKY POST.


3. Di bahagian bawah  kiri 'Edit' anda akan jumpa link 'Post Options'. Klik link tersebut.


4. Anda akan jumpa 'Post date and time' di bahagian kanan. Pilih 'Set date and time' Tukarkan tarikh dan/atau masa anda sampai bila mahu post tersebut menjadi STICKY POST.

5. Klik 'PUBLISH POST'. taadddaa... dah siap.


Kini anda boleh lihat post anda melalui 'VIEW BLOG' dan anda akan dapati STICKY POST berada pada kedudukan teratas.Sebarang post yang dibuat sekarang hingga ke tarikh STICKY POST berakhir akan sentiasa berada  di bawah STICKY POST.

nota 1: Tok penghulu turut menasihatkan supaya setiap STICKY POST ditulis dengan kata-kata amaran.
Contoh: 'Ini STICKY POST daaa..Post yang baru di bawah'.  
Ini adalah bagi mengelakkan membaca yang kerap melihat post yang sama je asyik keluar kat bahagian atas beranggapan bahawa penulis blog khusyuk tidoq /bertapa/berhibernasi dan tak update blog.

nota 2: Tips membuat STICKY POST bagi pengguna WORDPRESS, TYPEPAD or MSN Spaces sila klik di sini. 

Selamat membuat STICKY POST...Makcik tak pandai pun..tau sikit-sikit je. Kalau ada salah mane sila betulkan ye..Saje memenuhi permintaan Frazi. (razi, harusla jgn lupa belanja aku okeh??)




17 comments:

Syafiq Kadiran said...

ooo...baru taw sticky post ni mende...thanks 4 da info..

aurikelsan said...

pasnie blh try buat k..

Amir said...

dah lama aku nak cari apa sticky post ni. dah agak dah, cuma tak sure je betul ke tak. nanti boleh cuba nak buat sticky post ni. btw thanks 4 this info.

Aus MeLankoLik said...

lol ,camtu ke ?
hahahak..
aku xtaw pun nk buat caner..
hahahaha..

aurikelsan said...

amir: slmt mcuba
aus: b4 ni xtau skrg dh tau..leh show off sket huhuhu

Anak Perak said...

bagus ler tok penghulu ni.tp dah tau.huhu..

Sape belum try,leh la try

aurikelsan said...

tok penghulu moden..mcm2 die tau

syida said...

thank you sooooooooooooooo much for your info.

Dilla Kim FHKD said...

tp kenapa kat blog sy xde kuar post option yg camtu... huhu help me!

PUAN THALHA : said...

askum. saya pun sama cam deela, tak ada kuar option macam gitu lah. camana ek?
mythalha@yahoo.co.uk
please help

Lagenda said...

tq 4 info yg sgt berguna nih!!

miera momo chan said...

problrm sy sama ngan ~ thalhazlin ~ ....
tadek option utk automatic dan set date and time

mizz_aainaa said...

aha.. thanks!
mencari2 cara nak wat sticky post..

Lid R said...

laarrr... mcm tu, puas ku tertanya-tanya.. tq kerana menurunkan ilmu ini...hhehehe.

Awan Network said...

sy buat sebijik mcm tue,tpi xbley pun..bila buat,contohnya letak tarikh 23/3/2011,post tue akan keluar pada tarikh tue tpi bukannya melekat sampai tarikh tue..harap boleh bantu sy..reply kt artikel kat mana2 blog sy k...;-p

ain akasyah said...

tq for the info..
sudi2 la follow balik dan baca entry2 yg menarik di WARKAH AKASYAH BLOGSPOT

NMH said...

sebab dan akibat terlanding sambil tertenggek terfoloe blog ni sebab sticky post! ahaks thanx ya

Related Posts with Thumbnails