Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

August 25, 2011

BBF BerJOYAH di Secret Recipe

...
xoxo
...

 source: blog HidaYati Farhan

Yati kata: 
Suria ( Bertudung biru) : Suria pemalu sangat. Ayu je bila dia tumpang senyum dengar kami gelak sakan. Tapi dia tak kisah nak join semua mulut-mulut kepoh ni berborak. Dia pun menyumbang gak gosip barang separa dua. HAHA. Tak habis-habis nak rasa tua. Padahal, tua setahun je pun.
-http://marrakechmystery.blogspot.com/

(Yati..first impression haruslah tunjuk yang baik2 & yang ayu2.. Taring kena keluar sikit2 dulu hahahaha Kalau dah lama kenal nanti taulah betapa kecohnya ai boleh jadik. Takde makna nak malu2 kucing dah...)


Puan Sri Lienda kata:
 Suria mula-mula pendiam. lama-lama.. Haaaaaa Kaauuuuu. keluar semua idea ketawakan orang. haha
-http://sorbetpurpleandbabyblue.blogspot.com


(Lienda, tue baru tayang sikit je..tunggu kalau dah gathering 2-3 kali..)

IsAmyTeng kata:
Suria sangat sporting. Ngam je berjoyah bersama. 
-http://amyfahmi.blogspot.com
 
(Amy, yes..ai memang sporting...setakat berjoyah nie memang feveret tau..)

Uyarayza kata:
Kecil molek. Sempoi and agak penyenyap (ade ke perkataan nie) but bila sampai turn dia bercakap kelakar jugak orangnya hehe. Agak busy orangnye (voley? tetibe cakap suria busy hehe)
-http://uyarayza.blogspot.com

(Uya, U kata ai kecik molek??? U salah taip ke salah tengok?? ai siap overweight lagi...huhuhu tapi memang busy pun.. nak make up & bawak handbag pun tak sempat. Paling comot antara semua ^^)

Fiena kata:
Paling tua katanyeeee. haha. setaman upenye kte. dokek bona dah. mmg minat cheese gamaknye. dari macaroni smpai kek. asek kaler putih jeee. haha. klu nak ajak ktorang p tgk2 baju ktorang on!!
-http://kamikamihaa.blogspot.com/
(Fiena, aah ai memang suka cheese tapi lepas tue muak tak larat abeskan..
sebab suka cheese la tak boleh nak selim macam U)

Fira:
Yg paling best n terharu bile fiena, uya n suria sudi join all the way dari PJ n Puchong..
- http://frzminside.blogspot.com

(Fira,  momantai..if ada nak organize lagi sila la jemput lagik yer.. gedik2 nak join nie..
ai memang slow & lambat panas sket.. tue nampak macam pemalu..
tapi bila dah panazzz..bak kata Lienda - amek kauu)



See..dari geng BBF di alam maya..kami boleh berjoyah dan bikin havoc dekat SACC Secret Recipe. Rasanya group kami paling hingaq kot.. hehehe Lepas berbuka kami pergi solat kemudian sambung berjoyah sambil makan kek. 

Actually, masa first time sampai tue rasa segan gilerr.. Sebabnya akulah yang paling comot antara diorang. Dahla pakaian paling sempoi dengan jeans & blouse. Tue pun nasib aku sempat tukar kasut. Kalau tak dengan safety shoes aku hayun bawak jumpa diorang.

Diorang semua siap bermake up dan bawak handbag. Aku?? Sempoi je sumbat purse dengan handphone dalam poket seluar jeans. Belasah je la... dah namanya pun join on the spot. kihkihkih


Diorang semua best. Harap-harap dapat jumpa lagi. =) 
Next time maybe for bridal shower. Are you ready bebeh???







June 18, 2010

'Like' Button

Click image to enlarge

Pernah jumpa tak 'Like' button?? Sangat popular dalam Facebook. Kini available di blog sendiri!!


Suka pergi blog yang ada 'Like' button. Sebabnya kadang-kadang bila baca blog orang lain, suka baca isi kandungan atau cara penulisan dalam blog tersebut tapi tak tau nak komen apa. So, bila ada 'Like' button, just klik kat situ. 


Untuk tutorial cara memasang 'Like' button yang sangat mudah, boleh follow instruction dari blog Miss Lemonade.


Selamat mencuba!!



April 19, 2010

Gatsby Street Fair memang Gempak


Sabtu lepas satu lagi sejarah dalam Malaysia book of recod telah pun tercipta,  The Largest Bloggers Gathering in Malaysia dibawakan khas oleh Gatsby. Event yang sangat happening. Boleh jumpa ramai blogger yang femes, yang meletop, yang otai-otai, yang suam2 kuku dan juga newbie blogger macam ai nie... hehehe 

Event nie dimulakan dengan pendaftaran dan juga majlis pelancaran. Semasa pelancaran telah diumumkan bahawa Gatsby Street Fair telah berjaya mengumpulkan seramai 518 orang blogger sekkaligus mencatat kejayaan sebagai perjumpaan blogger terbesar di Malaysia setakat ini. 

  Fokus adalah pada sijil M'sia Book of Record..sila abaikan dua model suam-suam kuku di atas..

Syok je tengok ramai bloggers berhimpun dengan t-shirt merah merembung. Meriahhh youuu...Jangan risau..Ini Gatsby Street Fair okay, bukan demonstrasi jalanan macam kat Thailand.  

Best dapat jumpa semula kawan-kawan dari event Samsung Corby dulu ||jen datang dengan 2 bodyguards, emi datang pura-pura anak perak tak glamer, shahrol photographer datang dengan kameranya, laila datang dengan seliparnya, bob datang dengan jari belum warna merahaus melankolik datang dengan gf, wawan dengan seorang bodyguard dan shawlnya yang cantik||. 

Aku jugak lone ranger. Di mana bodyguard ku?? Nasib Laila ada. Melalui laila kenal huda. Cantik dan pandainya Huda nie pakai tudung belit-belit tue. Selain itu, dapat kenal beberapa kawan baru lain... Nice meeting u girls.

Since, my kamera dah selamat hancus skrinnya memangla aku tak boleh nak tayang skill fotografiku. Nak harap kat kamera hp 2.0 nie tak dapekla den nak nolong. 

lunch dengan anak perak, shahrol & laila
shahrol kan fotographer..so dia mane leh ada dalam gambar hikhikhik
jen  pun ada tapi dia makan kat meja lain dengan anak-anaknya

(gambar cilok dari shahroll..since dah mencilok meh tolong promote sket. sape nak shooting gambar kawen, tunang, anak naik buai etc etc leh cari dia okay..)

Ada macam-macam games yang ala-ala fun fair berlangsung dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang. Setiap games yang kita menang, kita akan diberi kupon. Kemudian bolehla redeem kupon-kupon tue dengan produk Gatsby. Hoorayyyy!!!! 

Tapi sayangnya, produk Gatsby nie lebih kepada barangan keperluan lelaki. Next time, Nuffnang buatla event dengan company produk-produk perempuan tau... *wink..wink!!

nak main?? sila beratur yea..


Setelah beberapa kali tawaf main macam-macam permainan, dapatlah kupon dalam beberapa puloh keping. Masa nak redeem pening kepala nak pilih apa. Siap tanya kat petugas kaunter lagi, 'miss..produk for girls takde ke??'. Amoi tue sengih je. hehe Last-last aku pilihla barang-barang yang aku rasa relevan. 

nie je yang tinggal..yang lain dah kena sedekah


Gel rambut, 2 ketul deodorant dengan sebotol cool deodorant perfume spray dah selamat sedekah kat Paksu ngan Abang Chik. Dua botol perfume deodorant dah bagi kat my cousin yang satu lagi. Yang baki nie nak buat apa ek?? Gel rambut dengan deodorant boleh bagi kat Mr. ATB tapi yang 4 botol  deodorant perfume spray tue nak buat apa?? Takkan bagi semua kat orang...

Haaaa...Buat sembur bilik boleh??? Wangila Crystal Musk dengan Ocean Clear tue...serius..memang wangi.. Pagi semalam dengan pagi tadi dah testing-testing sembur kat bilik dah . hahahaaha



nota kuku: tQ Nuffnang & Gatsby. Walaupun tak cukup bertuah nak menang pape lucky draw tapi at least bawak balik produk Gatsby. 


**Gambar kredit to anak perak & Shahroll fotography



March 26, 2010

Bagaimana mendapat 3 buffered earning


Ini post budak jakun. Harap maaf.

Sebenarnya sedikit kecewa kerana tidak berjaya dapat earning untuk post Project Alpha Instant Cash Blogging minggu ketiga. Cesss!!Padan muka sebenarnya..tuela..siapa suruh submit lambat..kan dah gagal jadi antara 100 valid entri. Kalau pakcik Karam Sing Walia tahu mesti dia kata sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Minggu ini satu perkara agak aneh berlaku. Mungkin tidak aneh bagi orang lain tapi aneh bagi saya. Iklan dari nuffnang di bahagian header asyik keluar setiap kali saya masuk blog ini. ahhh..sungguh aneh. Bila saya keluar dan masuk semula iklan tersebut tetap ada. Aneh!! 

15 minit tadi tangan kanan dan kiri gatal-gatal bukak nuffnang. Tiba-tiba saya melihat sesuatu....
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
               

eh eh..mana datang buffered earning nie??? sebagai blogger yang taraf atas tanah lapang, memang sangat sedikit jakun. Buffered earning pun tak tau apa dia. Musykil juga..macam mana boleh dapat buffered earning ek??

Merujuk kepada Incik Melz:

Buffered Earning adalah Iklan yang korang dapat iaitu dalam keadaan CPM (Cost Per Impression) . Kalau korang tengok setiap hari dia akan berubah mengikut perubahan Traffic korang . Untuk CTR di bahagian hujung . Cukup melepasi 0.2% sudah memadai untuk korang mendapatkan CTR Bonus. CTR tuh mende? CTR itu adalah Click Through Ratio . Berapa kerap visitor korang menclick iklan² yang terpapar di blog korang
( buffered sahaja )

Selepas Buffered Earning atau BE. Korang akan diberikan Metered Earning atau ME. iaitu selepas dicalculate BE itu dan dicampurkan sekali dalam CPC (Click Per Cost ) yang 0.25tuh. Dan selepas dicampur segala²nya barulah korang dapat dalam bentuk Current Earning.




nota: thanks nuffnang..




February 21, 2010

Cara membuat STICKY POST

Wahai anak-anak sekalian, hari ini makcik nak tunjuk sikit cara membuat pos melekat atau lebih glamer di kalangan orang kampung makcik sebagai STICKY POST. Sebelum tue mari kita jawab soalan-soalan yang makcik pernah tanya kat Tok Penghulu tentang STICKY POST.

Makcik: Tok, STICKY POST tue apa sebenarnya? Selalu tengok kat blog orang lain lebih-lebih lagi yang buat contest. 

Tok penghulu: STICK POST tue adalah post yang terpapar di bahagian atas sekali antara semua pos dalam sesebuah blog atau forum. Lazimnya, STICKY POST nie disetkan untuk berada di bahagian teratas post untuk suatu tempoh masa tertentu. Tujuannya adalah untuk mempromosikan atau sebagai pengumuman tentang sesuatu acara yang dianggap penting oleh penulis. 

Makcik: Apa kelebihan STICKY POST? 

Tok Penghulu: Penulis blog boleh gunakannya untuk mempromosi atau sebagai pengumuman tentang sesuatu acara/perkara yang penting. Kedudukannya di bahagian teratas sudah pasti lebih mudah menarik perhatian pembaca.


5 langkah mudah membuat STICKY POST: 
(blogger blogspot sahaja)

1. Tulis post anda seperti biasa dan klik 'PUBLISH POST' juga seperti biasa. Tak perlu gatal tangan ubah-ubah tarikh. 
* bagi yang nak buat STICKY POST untuk post yang sudah berkurun-kurun anda pos & pamer di blog sila terus ke langkah 2.

2. Pergi ke 'Edit Posts'. Pilih dan klik 'Edit' pada post yang ingin dijadikan STICKY POST.


3. Di bahagian bawah  kiri 'Edit' anda akan jumpa link 'Post Options'. Klik link tersebut.


4. Anda akan jumpa 'Post date and time' di bahagian kanan. Pilih 'Set date and time' Tukarkan tarikh dan/atau masa anda sampai bila mahu post tersebut menjadi STICKY POST.

5. Klik 'PUBLISH POST'. taadddaa... dah siap.


Kini anda boleh lihat post anda melalui 'VIEW BLOG' dan anda akan dapati STICKY POST berada pada kedudukan teratas.Sebarang post yang dibuat sekarang hingga ke tarikh STICKY POST berakhir akan sentiasa berada  di bawah STICKY POST.

nota 1: Tok penghulu turut menasihatkan supaya setiap STICKY POST ditulis dengan kata-kata amaran.
Contoh: 'Ini STICKY POST daaa..Post yang baru di bawah'.  
Ini adalah bagi mengelakkan membaca yang kerap melihat post yang sama je asyik keluar kat bahagian atas beranggapan bahawa penulis blog khusyuk tidoq /bertapa/berhibernasi dan tak update blog.

nota 2: Tips membuat STICKY POST bagi pengguna WORDPRESS, TYPEPAD or MSN Spaces sila klik di sini

Selamat membuat STICKY POST...Makcik tak pandai pun..tau sikit-sikit je. Kalau ada salah mane sila betulkan ye..Saje memenuhi permintaan Frazi. (razi, harusla jgn lupa belanja aku okeh??)




December 22, 2009

Add This Button: Bookmark & Share a Post to Social Network


What is AddThis?

AddThis helps website publishers and bloggers spread their content across the web by making it easy for visitors to bookmark and share content to their favorite social destinations.

What can be shared with AddThis? 

AddThis can be used to share just about anything, including:


AddThis offers several different ways to customize, so you can get the sharing tool that's right for you:





How to get started?

1. Go to addthis.com

2. Create your own button now, or customize your button or menu

2. Select where do you want to put it (eg:blogger, wordpress, website etc etc)

3. Select what kind of button and style you want:

4. Get code

5. Add widget to install at Sidebar or copy & paste the code in your html to install at every post. Get it now 



Related Posts with Thumbnails