Pages

Ads 468x60px

.

Labels

December 18, 2016

Kopi Tenom

Ke mana kita kali ini?? 
Masih di Kota Kinabalu!!!! Jom minum Kopi Tenom!

Semasa menginap di Hotel Puri36 tempoh hari, aku telah dihidangkan dengan kopi tenom ketika sarapan pagi dan makan malam. Kopi tenom merupakan kopi keluaran tempatan dari Daerah Tenom di Sabah. Baunya wangi dan agak pekat. Senang cakap macam kopi kampung. Sedap dan kaw! 

Minum kopi tenom dengan sedikit gula tanpa susu memang sesuai untuk memulakan hari yang bakal sibuk. Bagi tenaga gituuuu....!

Kopi Tenom
Kopi Tenom ini boleh dinikmati dikebanyakan kedai makan/ restauran di Sabah. Produk kopi ini juga boleh dibeli kedai-kedai dan juga di lapangan terbang Kota Kinabalu. 

Bagi yang berminat nak  tahu lebih lanjut tentang kopi tenom, boleh lah melawat kilang kopi Fatt Choi atau kilang kopi Yit Foh di Daerah Tenom. 

So, macam mana nak order kopi macam Sabahan?? Check it out!!!


Kopi O = Kopi + gula (panas)
Kopi O peng = Kopi + gula (sejuk)
Kopi O kosong = Kopi tanpa gula (panas)
Kopi O kosong peng = Kopi tanpa gula (sejuk)
Kopi = Kopi  + susu pekat  (panas)
Kopi peng – Kopi  + susu pekat (sejuk)
Kopi ‘c’ = Kopi  + susu cair  + gula (panas)
Kopi ‘c’ kosong = Kopi  + susu cair  (panas)

Kopi ‘c’ peng = Kopi + susucair  + gula (sejuk)



#coffee_connoisseur
#coffee_lover
#kopitenom




with love from Kota Kinabalu, 
aurikel xoxo




EMINENT HOTEL, KOTA KINABALU

Ke mana kita kali ini?? 
Kota Kinabalu!!!!

Ke Sabah lagi kita?? Iyalah..tapi kali ini kita menginap di Eminent Hotel. Hotel ini terletak di Kepayan Point, di laluan Jalan Pintas Penampang at Kota Kinabalu. Lokasinya tidak jauh dari lapangan terbang Kota Kinabalu, sekitar 10 minit perjalanan.  

Hotel ini masih baru dan dikategorikan sebagai bajet hotel. Namun, keadaan bilik sangat memuaskan hati. Bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti Air conditioner, 32″ LCD television with selected satellite channels (Astro), Tea & coffee making facilities, Basic toiletries (soap, shampoo, toothbrush sets & bath towels), Hairdryer, Iron & ironing board. 

Kesimpulan berdasarkan 2 malam di sini: 

1. Bilik - Selesa, agak luas dan bersih. 
2. Bilik air - good shower and clean. Toiletries provided including tooth brush. 
3. Katil - bersih & selesa. 
4. Arah kiblat - ada
5. Tea & coffe making facilities - ada & berfungsi.
6. TV channel - basic TV1, TV2, T3, FOX, DISCOVERY, ASTRO RIA etc 
7. Light - too dim.. nak iron baju jenuh nak check licin ke tak.. huhuhu
8. Location - Berdekatan kedai 24jam Orange.  
9. Breakfast -no breakfast provided. 
10. Check in - check out - okay. fast. 
11. Swimming pool - tiada
12. Internet connection - Free wifi. available in room
13. Harga -Harga sedikit mahal sikit walaupun bajet hotel. . RM118/nite (standard room).


comfy bed but pillow is too soft

ironing facilities

shower best 

shower gel bau best
 Aurikel score rating: 3.5 /5.0


Keria Antarabangsa Hajah Rahmah

Salam a’laik..Alohaaaa!!!
Ke mana kita kali ini???

Limbongan Melaka!

Mesyuarat pengurusan di Paya Emas, Melaka tamat sedikit awal dari jangkaan. Yahuuu!! Mari kita terjah satu lagi gerai menjual kuih keria yang sedang viral di media iaitu Keria Antarabangsa Hajah Rahmah.


Masa aku sampai memang dah nampak barisan pelanggan yang agak panjang. Ada lebih dari 10 orang sedang beratur di depan aku. Sambil jenguk2 ke dalam gerai, aku nampak ada lagi 3 dulang kuih keria tersedia untuk dijual. 

aurikelsan.blogspot.com
Sila tabah beratur ya!

Dalam hati lega…tak adalah sia-sia aku beratur panjang ni. Tapi ada jugak sedikit perasaan tak best sebab aku menjangkakan kuih keria tersebut pasti dah sejuk. Kalau dapat makan yang panas-panas baru lepas dimasak tentu lebih sedap.

Sambil beratur sempat jugak aku perhatikan gelagat orang lain. Dua orang budak perempuan yang beratur di belakang aku agak emosi. Aku andaikan mereka sahabat baik. Sementara berbaris menanti giliran untuk membeli kuih yang viral ini, berkali-kali terdengar suara mereka menyatakan kebimbingan kalau-kalau kuih habis setelah sampai giliran mereka.

‘Sempat tak kita beli ni babe…??’
‘Entahlah…nervous la I..!’

‘Nak beli kuih keria je pun dah nervous kan?’
Í nak beli jugak…janganlah habis..penat I beratur. Nasib tak panas sangat hari ni.’

‘Babe…tinggal dua dulang je lagi..’
‘Nervous nyaaa……I nak..janganlah habis’

Sesekali kedengaran suara mereka ketawa sambil selfie berlatar belakangkan banner Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah.

Adoiiiiii!!! Nak beli kuih je dik oii!! Kemain korang nak nervous…Hahahahahhahah lawak betul budak perempuan 2 orang nie.

Sementara lelaki di depan aku pula rancak berbual dengan seorang pelanggan di depannya. Terdengar dia mengatakan kalau bukan sebab isterinya yang sedang mengandung mengidam nak makan kuih nie, malas rasanya dia nak beratur panjang semata-mata nak beli kuih keria.




Hampir 10 minit beratur akhirnya sampai jugak giliran aku. Aku beli sikit sahaja sebab nak merasa kehebatan kuih keria yang viral ni. Harga seketul kuih keria ialah 60 sen. Tak pasti sama ada harga dah naik atau memang harga kuih keria antarabangsa Hajah Rahmah ni berharga 60 sen seketul. Sebab kuih keria antarabangsa yang satu lagi 50 sen seketul.

Sekarang aku nak tayang rupa kuih keria antarabangsa Hajah Rahmah. Tadddaaa.......Nampak gebu kann??Tapi agak rangup tauu..



aurikelsan.blogspot.com
nampak sedap tak?? 
Komen secara keseluruhan:
#Rangup di luar lembut di dalam (walaupun kuih dah tak panas). (Softer than Hj Jalil Keria)
#Menggunakan keledek biasa (putih)

#Tahap kemanisan – sederhana manis. (Less sweat compare to Hj Jalil Keria).



#Tahap kesedapan – Sedap gak. Boleh tahan tapi not the best keria I ever had..sebab pernah rasa yang lagi sedap. Boleh bagi 3.5/5 bintang.
#2 dari 10 biji yang aku beli – permukaan sedikit hangit di sebelah bahagian
#Harga: 60 seketul
#Hari Jumaat kedai tutup
#Sampingan- ada jugak laksa dijual kat situ. Recommended ke tak?? Tak tahu sebab tak beli.



Lokasi/Alamat: 3688C, Klebang Kechil, 75200 Malacca, Malaysia
Landmark: Tepi jalan dalam kedai (Sebelah kanan jalan jika dari Melaka, sebelum sampai Klebang Coconut shake). Ada banner Kuih Keria Antarabangsa (Hajah Rahmah).

Waktu operasi: 2.00pm – 7pm or sampai habis (Jumaat tutup)
Guideline: Waze / Google Map for “Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah”
 


with love from Pantai Klebang, 
aurikel xoxo





Related Posts with Thumbnails