Bersempena dengan majlis perkahwinan Che Ros (kini mek ros) yg lalu, ahli-ahli charlie rovers telah sepakat berkumpul & konvoi ke Kota Bharu. Charlie Rovers yg terlibat adalah seperti berikut:1.Bobby (Pilot WRX)
2.Bal (Co-pilot WRX)
3.Wan (Pilot BGU)
4. Santz (Co-pilot BGU)
5. Arep (Ahli jaga WRX)
6. Farah (Ahli jaga BGU)
7. Wana (Ahli lelap WRX & BGU)
Kami semua setuju berkumpul di Kuala Lumpur. Farah, Wan & aku turun di Puduraya.WRX & BGU akan jemput kami di sana. Of course la aku yg first sekali sampai..awal sangat2x..jenuh aku pusing MYDIN, Gedung Hari-Hari, Petaling Street just to kill my not-so-precious time..uwaaaa...rasa nak je blk umah dulu.Bas Rapid KL no U66 dah menderum-derum panggil aku suruh naik. Tapi otak aku kata 'Tabahkan hatimu menempuh dugaan..kalau dah balik umah confirm xpatah balik dah nie'.Lepas penat jalan2 cuci mata+makan seketul dunkin donut yg tak berapa best, aku pun lepak kat bahagian atas puduraya yg baru nan cantik sambil bukak laptop, main FB & main Mafia Wars +makan jambu sampailah bateri habis.
Puduraya yg cantik...yg bahagian bawah tue still ****** Tak lama selepas Wan & Farah tiba, WRX pun menjemput kami. Misi pertama adalah menyelamatkan BGU yg telah sesat larat dalam perjalanan ke Pudu. Rupanya BGU tersadai kat Masjid Negara huhuhuhu...Misi kedua adalah pergi kidnap co-pilot WRX di Bangi sebelum bergerak ke Karak Highway.
Tiba di homestay jam 430 pagi
great breakfast here...Orang Kelantan nie jangan tak tau, pagi2 lagi dah makan nasi berlauk. Bahaya betul untuk orang macam aku nie. Tengah hari nanti kena makan nasi lagi. isshhk2x....Kalau sesiapa yg datang Kota Bharu, this kedai kopi is highly recommended for breakfast.
Menu: nasi dagang+nasi putih+lauk(nama sebenar tak diketahui..yg penting sedap... XD)Selepas perut kenyang, kami pun berjalan2 sekitar Kota Bharu. Sempatlah jugak masuk & parking dalam KB Mall, buat bising sikit, soal macam2 dekat staff pasar raya kat sana & tinggalkan cap jari kat dalam tue. Jam 12 ++ kami bergerak ke Chicha Tinggi, Pasir Mas untuk tengok rakan kami yang dah selamat jadi isteri orang.

Charlie rovers & the wedding gifts

Pengantin baru
Misi utama trip telah pun berjaya. Misi sampingan yg seterusnya adalah menuju ke Rantau Panjang. Tapi sebelum ke Rantau Panjang, kami singgah dulu di tempat yg unik ini.

Senibina dari China

Shopping time.....

Berduyun-duyun

Cari periuk, belanga, loyang, kuali?Sila cari di sini yerr..murah2 je macam2 ada
Tuhan sangat sayangkan kami. Baru shopping sikit, tak habis pusing pun Pasar Besar Rantau Panjang tue hujan dah turun dengan sangat lebat. Mungkin peringatan supaya kami tak membazir membeli barang2 yg bukan keperluan.

Hujan lebat di Rantau Panjang
Balik dari Rantau Panjang singgah sekejap kat Umah Nenek+Makcik Bal. Dijamu dengan pengat pisang nangka+nangka. Alahai...sedapnya......first time makan menu nie. Tapi tak boleh makan banyak2 sebab ada nangka, nanti sakit perut.
Malam, plan asal kami nak merasa makan paprik belut. Atas beberapa mslh teknikal, plan terpaksa diubah. Kami dinner makan nasi kerabu golok yg sedap.waahhhhh...makan nasi lagi. tapi memang sedap. Nasi kerabu kat tempat tue memang antara yang famous.

makan second round..bajet makan sebungkus kongsi 4 orangla konon..huhuhu
Lepas makan, sesi borak2, transfer gambar ke dlm laptop, bukak internet, borak2 lagi & tidurrr.. time to krohh2x......