Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 26, 2009

Marah..membatalkan puasa??

Tangan kanan aku sakit dah beberapa hari.
Sungguh menyukarkan aku untuk fokus terhadap kerja.
Kegagalan mengisi e-form hrfin dari hari isnin hingga semalam telah berjaya menaikkan sedikit nafsu amarahku.

Berkali2 aku isi. Butang hantar ditekan. Hasilnya?
'Rekod tidak berjaya disimpan. Sila hubungi administrator.'

Tidak kurang dari tiga kali aku menghubungi pihak administrator.
'Sila cuba lagi. Log out dan buat semula'.

Setiap kali nak hubungi mereka, aku cuba lagi. Bukan dua kali tapi empat kali.
Kalau tiga kali aku hubungi mereka maksudnya?3x4

Kalau stamina tangan aku di tahap terbaik mungkin aku masih boleh tersenyum.
Kalau tidak pun hanya mengeluh kecil.
Aku kan manusia jenis cool.
Tapi sekarang aku rasa nak menjerit.
Lahar gunung berapi dah start mendidih.

Jenuh aku beristighfar.
Puas mengingatkan diri sendiri.
Aku sedang berpuasa nie.
Alhamdulillah, kedinginan aircond bilik postgraduate di downstream processsing lab sedikit membantu menyejukkan lahar yg mula nak meletus.

Tetiba pagi nie teringat soalan yang pernah cousin aku tanya pada ibunya.
'Ibu, kalau kita marah2 masa bulan ramadan, batal tak puasa kita?'

Makcik aku senyum.
'Tak batal..tapi Allah lagi suka kalau kita tak marah2.'

MARAH itu sendiri bukanlah satu dosa. Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia. Malahan, ada marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.


Namun, terdapat dalil tentang larangan mencarut & membuat perkara jahil. Orang yang marah berpotensi mengeluarkan perkataan2 kurang baik.

1) Hadis "Apabila salah seorang kamu berpuasa, maka janganlah mencarut dan melakukan pekerjaan jahil, Jika ada orang menyerang kamu, katakan: Aku bepuasa". HR Bukhari (no: 1805) dan Muslim (no: 1151).

2) Hadis "Siapa yg tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya, maka tiadalah hajat bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minumnya". HR Bukhari (no: 1804).

Menurut Imam Nawawi: yang dimaksudkan dalam hadis2 itu ialah kesempurnaan dan kelebihan puasa akan tercapai dengan cara menjaga diri daripada perkara2 lagho dan percakapan yang kotor. Bukan bermaksud ia membatalkan puasa.

rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/356
-al-Hawi al-Kabir oleh Mawardi 3/465
-Syarah Mumtie' Uthaimeen, Kitab: Puasa.

Memang benar marah tidak membatalkan puasa namun marah tanpa sebab yg dibenarkan agama adalah termasuk dalam perkara yg sia-sia. Melakukan hal sia-sia hanya mengurangkan pahala puasa kita.


nota 1: Tangan masih sakit. Kesan panadol extend + ponstan yg kutelan jam 4 pagi tadi telah lenyap.

nota 2: e-form hrfin telah selamat dihantar. Terima kasih kakak rmc yg sudi melayan panggilan bertubi2 dari saya.

August 25, 2009

Batal puasa apabila...

Mengingatkan mana yang lupa atau buat2 lupa dlm bulan ramadhan nie. Antara perkara yang membatalkan puasa:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)


2. Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))



3. Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:

“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))


4. Suntikan Yang Mengandung Makanan

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman.

Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.


5. Jima’ (Bersetubuh)

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”

Dalilnya adalah firman Allah:

“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):

“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))


6. Gila walaupun sekejap














7. Bersalin















8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari














Nota 1: Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com . http://fiqh-sunnah.blogspot.com. Info ramadhan Al-azim.com

Nota 2: Soal jawab puasa yg lain? klik sini yerr..



3 stooges yg gigih

Hari kedua puasa, sekali lagi berbuka di luar. Kali ini di tempat yg nun jauh tinggi terletak di atas bukit cendawan. Oppss..wujud ke bukit cendawan kat utm? Tak kisahla..yg penting kegigihan kami untuk berbuka di atas bukit tersebut.

Ahli majlis berbuka kali ini cuma 3 orang. Tema berbuka: 3 beradik. Ke 3 stooges?. Almaklumlah yg lain masih berbahagia bersama keluarga di kampung.


bro & sis


home made rendang, sayur & nasi impit from Bahau
ikan pari bakar Taman U mari

Ada la 2 meja lain yg berhampiran ada student2 chinese yg telah berbuka lebih awal di samping meja sebelah kami 2 guys yg sama2 buka puasa gak.

Maka dengan gigihnya kami pun berbuka puasa sambil menikmati view yg indah permai. hahaha indah la sangat.. mata cuma nampak ikan pari je..Anyway, thanks to bro yg belanja ikan pari bakar & bawak sajian yg beraneka and not to forget sis yg beli kuih pulut besar gedabak yg ada letak kelapa. Nama kuih tak tahu. Pandai makan sahaja.hehe

Memang best berbuka dgn menu2 tersebut. Namun, malang memang tidak berbau. Tidak lama kemudian, datangla nyamuk2 yg tidak dijemput menemani kami berbuka. uwaaaa...gatalnya kena geget nyamuk.


nota: Tue la..nak sangat merasa berbuka kat atas bukit kunun. Nah, amek kau. Jadi hidangan berbuka kami la. (Nyamuk, 2009)


August 23, 2009

Berbuka di hotel

sila klik imej untuk besarkan artikel

Berbuka di hotel?
Menarik bunyinya
Hotel 5 bintang?
Hotel 4 bintang?
Hotel 3 bintang pun ok juga
Hotel 2 bintang je?
Hotel 1 bintang tak main la
Buffet?Ala Carte?
Berderet-deret sajian yg menyelerakan
Air liur mula merembes
Yes, masa untuk membaham!
Bila dah kenyang
Perut dah sendat
Mata dah berat
Baru ada yang bertanya
Eh, halal ke makan kat sini?
Huh??


Nota jari 1: semalam berbuka puasa bersama rakan2 JKM KTGB & aweks2 mereka..

Nota jari 2: kami 10 orang makan di Wakaf Singgora. Restoran tanpa bintang tapi ada lampu kelip2.

Nota jari 3: menu hari ini? petang nanti baru fikir.

Nota jari 4: Pihak2 berkenaan sepatutnya siarkanla senarai hotel yg dah ada sijil halal & belum. Kalau tak mana la orang nak tau.


Gift

cute kan?

Nak letak pic sape ek? hmm..geng PF KTGB..oopss saya sudah jadi ex-PF la


nota jari 1: Apakah motifnya showing off those things? hmm..i'm telling those people that i really appreciate it.

nota jari 2: Thanks to them.Sapekah mereka? Tamau tulis sini. Tamau kasi mereka glamer. Risau nanti those people ter'bangga' pulak. Then ter'riak' pulak.

nota jari 3: Baru dengar mak bagi ceramah pasal jangan riak.

nota jari 4: En. ATB, hadiah utk saya mana? ishh..kenapa la saya dgn tidak malunya minta hadiah dari dia.

~~ Cikgu saya pernah berkata 'tangan yg memberi lebih baik dr yg meminta'. Saya pasti tangan beliau lebih baik dr tangan saya. huhu



August 21, 2009

Lafaz niat puasa

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan:


“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


ustaz oh ustaz


Few days ago borak2 ngan mak, mak bukak cerita pasal ustaz yg dia selalu pergi dengar ceramah tue tanya umur aku. Hah?? Haishhh..Apa kes pulak nie sibuk tanya umur anak dara orang?? Suspen betul... Sambil tergelak2 mak pun start cerita.Ceritanya macam nie..Pada hari kejadian ustaz tue bagi ceramah pasal sifat mazmumah yang dinamakan 'riak'. Then my mum pun ada la soklan dia nak tanya.

'Ustaz, makcik nie nak tanya'
(my mum membahasakan diri as makcik sebab ustaz tue masih muda lagi rasanya)


'Apa dia?'

'Salah ke kalau orang bertanya, kemudian makcik bagitau anak makcik sambung belajar ambil master'

'Tak salah..Kenapa?'

'Ada la pulak makcik dengar2 orang kata makcik nie riak sebab bagitau anak makcik sambung master'

'Makcik rasa riak ke?'
'Tak ada la pulak ustaz. Bila orang bertanya baru makcik jawab.'
'Kalau macam tu, tak mengapalah..'

My mum angguk2..kemudian ustaz tue menyambung.
'Perempuan ke lelaki anak makcik tu?'
'Perempuan'
'Berapa umur dia?'
'Tahun nie 25 tahun'
'Dah kahwin ke belum?'
'Belum lagi. Dia sambung belajar, mana sempat nak kahwin'
'Perempuan nie tak elok dibiarkan lambat kahwin. Tak payah belajar tinggi2 sangat. Nanti susah nak dapat jodoh.Orang laki takut nak masuk meminang'

iskh2...amboi2...ustaz oh ustaz..memandai jer kuat statement camtue. Buat apa sambung belajar tinggi sangat??? Cari ilmu la ustaz oii...Jodoh tue Allah dah tetapkan.

Nasib baik my mum suka backing.
'Biar la dia ustaz..Dah rezeki dia nak sambung belajar tinggi.InsyaAllah..ada lah jodoh dia nanti'

waahhhhhhhhh...I luv my mum so much...muuaahhh..thanks mak..

Nota jari 1: Sila jangan prejudis kepada perempuan/wanita2 yg belajar tinggi2.
Nota jari 2: Bertimbun perempuan yg berpendidikan tinggi kahwin sebelum umur 30 tahun, memiliki keluarga & hidup bahagia

Nota jari 3: Banyak yg belum aku capai dalam hidup ini. Perlu kerja & usaha lebih keras!! Doakan ya..

Selamat Berpuasa & Selamat Beramal



Salam ramadhan almubarak..Semoga kita sama2 memperolehi keberkatan & diberikan kekuatan dalam menjalankan ibadah di bulan ramadhan nie. Amin.




..selamat beramal..

August 18, 2009

We learn from mistake



Q : What is the secret of your success?
A : Right decision
Q : How do U get the right decision?
A : Experienced
Q : How do you get your experienced?
A : Wrong decision

*Is it a mistake if we did a wrong decision?
**But in certain field, there is no space for mistake.Where?
***Some people keep doing the same mistake. Why?
****Nobody is perfect, yes. But we learn from mistake, we practice, we struggle at least to make it almost perfect.
*****For something u can not change --> just love the imperfection


finger note:Q & A above is taken from sitisifir. Big thanks to her.


Mencari kekuatan untuk lari

0059am
18 aug '09
midnite crisis


run
mencari kekuatan untuk run
bukan lari dlm erti kata lari
huh
merepek
set data itu perlu dilarikan
hasilnya perlu dikutip
pemboleh ubah yang mana patut aku mulakan?
nod tersembunyi?
algoritma latihan??
ah
mata pulak makin berat
si iblis mula cucuk bius
di mana caffein ku?
hmm...
eh, tinggal satu sachet je?

*i'm running out my old town white cofee
**bila la nak amalkan gaya hidup sihat nie..??
***
lucu pula bunyinya menyebut istilah jaringan saraf dalam bahasa ibunda






August 16, 2009

Short time in KK

I was in Kota Kinabalu from 12 Aug untill 14 Aug 2009 for the International Conference of Chemical Engineering & Bioprocess Engineering 2009 inconjunction with 23rd SOMChE.

First day....
Since the room cleaning service at the Grand Borneo (where we stay) is so 'analytical' cleaning our room, we were not allowed to check in early. We had no choice unless to join the technical session at the conference. I was wearing jeans+MrATB-big-sweater, seating & listening to the presentation.**so unformal..!!malu gak..naseb baek dah mandi...ngeheeeheehee



Upon registration we received a carry bag packed with these stuffs


Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu


2 nights stay at Grand Borneo Hotel

The standard room

my session started at 2pm & I was the 3rd presenter *wajah cuak??

1st nite there - Opening ceremony dinner

part of the menu list......

Sabah culture dance
*censored cket..the cute dancers were showing off their aurat la..hehe

2nd day....
The conference was actually being held at Novotel Hotel, 1 Borneo and our hotel is just next to the 1Borneo Hotel. 1Borneo Hypermall is the largest hypermall /shopping complex in Sabah. *More details please visit their website..okay?

1Borneo Hypermall view at nite

Second day of the conference started at 8am but due to the very nice & great bed of Grand Borneo, we only managed to come to the conference around 9am (+++). *hahaha...

some of the posters display during the 2nd day

morning tea break@ our breakfast

1Borneo is providing free shuttle bus to Warisan Square, Promanade and UMS

Of course that evening was...shopping time...
*best jer tgk lecturer2 nie shopping..time nak bayar, main hulur kad je..

3rd day....

morning newspaper provided by Grand Borneo Hotel


Goodbye Kota Kinabalu
*Flight back to Johor Bahru @ 9.55am


Related Posts with Thumbnails