Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 17, 2013

|JJCM| SEOUL GARDEN

Assalamualaikum.
안녕하세요 (read as: annyeong haseyo)

Lastweek, I was having a great lunch with my bff & her lil sweet daughter. Girls gossiping session you alls…..hehehe

i miss this sweet & talkative little kid. she always make me smile
 
The session took place at Seoul Garden Puchong. Kami feeling Korean gitue.. makan kemain nak ada grill & steamboat depan mata.

 


Pada hal aku baru je one week before terjah Kapten Steamboat & Grill kat JB bersama seorang power ranger.
 
warm up session

Layan jela kaaan…syok gak makan grill & steamboat. Lepak situ more than 2 hours. Dari lunch buffet sampai masuk waktu dinner buffet.
 
To be my surprise kami berdua boleh plak terlepas wedding si Dat. Another bff from matrix. OMG..OMG…Tue ar..sape suh duk hulu sangat kat Sabah tue. Sampai FB pun takdak.

Immediately kami pun call Dat buat online gossip session through galaxy note. Dasyat kan zaman sekarang…
 
Alright.Back to our main topic pasal Seoul Garden. Moment terakhir di Seoul Garden adalah lebih kurang beberapa tahun yang lalu. It was my treat. I was there with MR ATB, celebrating his birthday. Seoul Garden area Plaza Pantai.

A few years ago, Seoul Garden nie tak banyak cawangan pun. Dulu-dulu ada kat Plaza Pantai, OU dengan IOI je.  Sekarang ada lebih daripada 10 outlet. Kat Penang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru.

Seoul Garden menawarkan hidangan secara buffet All-U-Can-Eat. Maksudnya, anda bayar dan makanlah sepuas-puas hati. The place is clean, comfort and convenient for gathering and yamchaing with friends & families.
 


Apa pilihan menu yang ada di Seoul Garden??

1.  Marinated meat (perapan daging lembu, ayam, kambing, ikan & sotong). Some of the flavors are black pepper,BBQ, kari, bulgogi, Szechuan,tomyam, teriyaki & garlic

2.  Seafood (makanan laut) – kepah, udang, ketam, halfshell mussel

3.  Steamboat with variety of frozen foods such as sausage, crab cake, fish ball etc

4.  Vegetables (sayur-sayuran) such cauliflower, broccoli, taugeh etc

5.  Korean appetizer seperti kimchi, kong namual, chin namual etc

6.  Salad

7.  Fruits & desserts

8.  Ice creams

9.  Cooked food station. Eg: fried rice, fried mee

10.           Steamboat soup

11.           Drinks; hot & cold

 

 

 

 




사랑해,

aurikel

 

dive suit



Salam...Ahoy nakama….

Waiting for hot stories??

naa daaa ... means takdelah!

tapi nak tayang sikit my own dive suit

taaaaddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....



hopefully I’m not getting fatter sebelum sampai pulau yekk

tapi lately murah rezeki..ada je orang nak belanja makan



senyum sampai langit biru,
aurikel



February 15, 2013

I miss you Incubus - Yuna Cover version



Salam.

Ahoy readers..

Curik masa sikit nak update blog.

Ada orang tak minat yunalis zarai.tapi aku layan je..

Yuna nyanyi lagu incubus I miss you..layan gak..

Lain sket dari incubus but nice.

 


how i miss someone..

ehh..tetiba kan…

ok.enuf said. rasa macam nak belasah diri sendiri. Hihi

 

happy holiday!! enjoy your weekend ya!!

I'm going to enjoy my diving session ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

but mom keep complaining about the sunburn effect on my skin

heheheheh

 

 

xoxo,

aurikel

February 14, 2013

Seoul - I was here

Seoul.
I was there
serius.
tapi bukan di Korea.
Bukan bandar seoul.
cuma seoul garden
serius tak tipu.wajib percaya.
hehe


sesi yamcha @ girls outing @ food dating bersama bffs.
nanti sambung cerita k.sekarang tengah training orang kihkihkih
 
 
 
yours truly,
aurikel
 
 
 
 
 

February 13, 2013

CHOICES


I don’t need multiple choices.
just one is enough. The right one.

 
 
 
 
 
 
p/s:  Mood blogging dah kelaut. hehe
Non-stop outstation. A good diversion.
Poket rabak minggu lepas.
Shopping baju+buku lagi.
Wishing everyone wonderful & prosperous life ya.
 
 
 
 
with luv from middle peninsular,
aurikel
 
 
 
 
 
 
 

February 6, 2013

Make me smile



745pm aku rushing balik ambil mom.

Sampai klinik kemain la ramai orang.

Paling ramai patient kids & babies. Musim budak2 demam agaknya.

Aloooloo..kesian sangat tengok muka tak sihat diorang.

Tapi diorang tetap cute la..

Cute sangat~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sangat-sangat cute.

Ada ‘feeling’ calm & best bila tengok muka cute diorang.

Susah nak describe feeling tue.

Muka kecik tapi cool fever tampal kat dahi kemain besor.

Comel!

Hihihi

Walaupun tak sihat tapi bila diagah tetap senyum & ketawa.

Hilang terus rasa penat balik dari keje bila tengok wajah-wajah cute diorang.

Kalau baby yang sakit tue pun boleh senyum, wajiblah aku yang sihat nie senyum sepanjang 2 & half hours kat klinik tue kan..

 
Take care olls.. meh kita layan picture budak comey yang sihat kemain nie..  xoxo, aurikel
 
 


 





 

February 5, 2013

Get into the washing machine


Problems are like washing machines. They twist us, spin us and knock us around but we come out cleaner, brighter & better…

InsyaAllah..

Don’t cry on your pillow for that will not change a thing. Get up & cry in Solah before Allah and you will soon see a change in many things.
 
 


February 4, 2013

Not An Option





When someone treats you like an OPTION, help them narrow their choices by removing yourself from the equation.
 
....Got it?

February 3, 2013

|JJCM| Kapten Steambot&Grill

 

Salam.

Alohaaaa.. Ogenki desuka???

Hikkssss.. I’m fine. Baru balik dari outstation yang agak panjang.
Meh..nak cerita pasal food dating dengan sorang power ranger. First night kat JB, aku dah ganggu ketenangan hidup seorang power ranger dengan ajak dia makan besar. Hehehe
 
 

Destinasi kami -------à Kapten Steamboat & Grill. Kami makan ala buffet which cost us RM28/pax. Okay la kan..murah sikit berbanding Seoul Garden.
 
Kapten Steamboat & Grill terletak di Tingkat 1, Jalan Tun Abd Razak, Taman Suria Muafakat, Johor Bahru.  Kalau korang dalam perjalanan nak ke arah pusat bandar Johor Bahru, boleh nampak restoran ni dari tepi jalan.
 

Kapten Steamboat & Grill menawarkan pelbagai pilihan seafood, sayur dan menu untuk dijadikan steamboat. Kita boleh pilih nak kuah sup atau pun tomyam. We chose tomyam. Tomyam dia boleh tahan sedapnya. Terasa masam, masin dan pedasnya.
 
Untuk steamboat banyak je yang cute miut..pilihan untuk sayur pun banyak tau...


fish star & fish bear dalam tomyam pot nie are n0t mine. they are belong to mamat power ranger tue... special request tuee...hahhahaha




Menu untuk grill pun ada banyak pilihan chicken, fish, beef, lamb, squid dengan pelbagai pilihan perapan– blackpepper, hot& spicy, honey and Thai marinate. As for us, perapan bagi most of the menu is just nice. Terasa tapi tak over sangat.
 





Bagi yang suka makan grill food mesti nak cicah (dip), kat sini ada disediakan beberapa jenis sos (dip sauce).
 
 
I love dessert tapi malas nak bangun ambil huhuhu tumpang power ranger punya sahajerrr. Also ada banyak flavor aiskrim kat sini. Pilih je. Nata de coco pun ada. Power ranger letak nata de coco kat ice cream. Layannn..Best3x.


Masa ambil makanan kemain rasa macam perut berkapasiti 1TB. Padahal makan berdua je.. jenuh lepas tue nak habiskan makanan. Rugi ohhh kalau tak habis. Membazir satu hal. Ada possibility kena cas sebab membazir makanan pun boleh juga. RM5/100g waste food.
 
View (pemandangan) takdela nice sangat..takde gunung ganang pun..heheh nampak jalan raya & kereta je. Tapi kami lagi suka area nie sebab terbuka - asap boleh keluar. Kurang sket baju kami bau asap hehe.
 
 

Sesi makan+borak+gossip+infosharing+makan+potpetpotpet yang bermula 8ishpm berakhir lebih kurang jam 11pm. Thank you to power ranger for his time & also for the treat. YEAAAYY…!! Orang belanja makan..mesti la suka kan…kihkihkih
 
 
xoxo,
aurikel
 
note: some pictures are from Kaptensteamboat&grill FB. TQ.
 
 


Memory of TAU FU FAH




Salam.

Holaaa..

Chinese New Year is just around the corner. Aku tertarik dengan iklan Petronas sempena tahun baru cina pada tahun nie.

Check this video out:

 
Sweet & boleh menjadi inspirasi. Susah senang bersama dari muda hingga ke tua. I wish I could find one and be like that too….amiiiiin..

“Look back on a great life. Look forward to an even greater one”.


p/s: suka makan taufufah

 

February 1, 2013

Curry House


Kelmarin.

“ Esok you jangan lambat ar..tepat pukul 12 keluar lunch.  JT mau belanja lunch”

Haiit!!

 

Semalam.

12 tengah hari.

Kruk kriuk ~~~~ kuat gila bunyi.

Perut aku la tue. Member kat sebelah pun dengar. Dia sengih je.

Tiba-tiba.

“Kita keluar pukul satu. JT belum habis meeting”

Hmmm… terus moral down.

Tepat 1pm jam kat dinding pejabat.

“Hey..cepatlah. Kita tak da banyak masa.”

Haiitt.!!

 

Makan kat mane? Aku pandang Hoe. Dia tunjuk ke satu arah.

CURRY HOUSE.

Alamak. Aku mane suka makan kari.

Dahla bawak makan kat pure punya Indian cuisine.

Belum sempat nak ajak tempat lain bos dah masuk dalam restoran.

Aku ikut masuk.

 

Weekk!! Bau apa ni??

Aku pernah je buat jalan-jalan cari makan kat Indian Cuisine kat area Tampoi.

Agney’s Cuisine.

Tapi takdela bau kuat gila macam nie. Kalau bau sedap takpe.

Nie bau makanan ke bau orang ni???

Sakit hidung ooooooooooooooohhhh..

Aku macam nak ajak bos makan tempat lain.

Tapi …aku cari kelibat bos dalam restoran tapi tak jumpa.

Eh?? Mane dia?

 

Mane bos? Hoe tunjuk kat satu arah.

Dia dah siap order dah nak minum apa.

 

Bos suruh kami pergi ambil makanan.

Buffet tapi ada orang tolong sendukkan lauk.

Lauk baaaaanyak sangat.

Tapi…………………………………… semuanya takde yang menepati selera.

Semuanya terlalu berempah. Berminyak. Pekat. Likat.

 

Aku minta nasi putih sahaja.

Diorang semua kemain ambil nasi beriyani.

Bos belanja katakan..

 

Belum sempat aku cakap pape, waiter tue dah tuang 2 jenis sayur apa tah dalam pinggan aku.

Satu – timun +tomato dipotong dadu dan berkuah susu

Dua- peria dengan rempah ratus

 

Clear & loud aku cakap. STOP!

Err..separuh restoran boleh dengar suara aku kot.

Bukan marah tapi dia suka-suka hati je letak lauk dalam pinggan aku.

Haisshhh…

 

Sudahnya aku tambah lauk telur kari dan papadom je.

Sampi meja, aku dengar suara HY.

“ You ambil ini satu. Saya ambil terlalu banyak. Tak mungkin habis seorang”

 

Tak nak lah.

 

“ You ambil sajalah. Tolong saya makan. Ambil cepat”

Nie yang malas dengan dia nie. Masa makan pun bagi arahan.  Siap letak dalam pinggan aku.

 

Benda warna kuning pekat tue adalah ikan fillet.

Dicelup dengan tepung sebelum digoreng.

Then, masak bersama kuah ala-ala masak lemak cili padi.

Tapi kuahnya pekat sangat sampai dah tak rupa kuah.

 

Berselera bukan main bos-bos aku makan.

Aku tuang sikit kuah kari kat atas nasi.

Masya Allah.

Pekatnya rempah. Kuatnya rempah.

Aku keluarkan telur.

Makan nasi putih dengan papadom dan telur sahaja.

Sayur berempah semua aku tolak tepi.

 

Bos pandang aku.

“Eat..eat..”

 

Aku sengih..

Aku tuang sikit lagi kuah kari atas nasi.

Giler kering nasik aku.

 

Nasib aku minta nasi half je.

Itu pun siksa aku nak habiskan nasi putih.

Sayur semua aku sumbat masuk dalam mangkuk kari.

Maka, tak nampaklah aku membazirkan duit bos aku sebab tak habiskan makan.

 

Lepas makan balik pejabat.

Sebaik je kaki melangkah masuk pejabat, berlari aku cari tandas.

 

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

 

Keluar semua hidangan curry house aku tadi.
 
 
 
 
with luv from jaybee,
aurikel
 
 

 

 

 

 
Related Posts with Thumbnails