Salam.
Alohaaaa.. Ogenki desuka???
Hikkssss.. I’m fine. Baru balik
dari outstation yang agak panjang.
Meh..nak cerita pasal food
dating dengan sorang power ranger. First night kat JB, aku dah ganggu
ketenangan hidup seorang power ranger dengan ajak dia makan besar. Hehehe
Destinasi kami -------à Kapten Steamboat & Grill. Kami makan ala
buffet which cost us RM28/pax. Okay la kan..murah sikit berbanding Seoul
Garden.
Kapten Steamboat & Grill
terletak di Tingkat 1, Jalan Tun Abd Razak, Taman Suria Muafakat, Johor Bahru. Kalau korang dalam perjalanan nak ke arah pusat
bandar Johor Bahru, boleh nampak restoran ni dari tepi jalan.
Kapten Steamboat & Grill
menawarkan pelbagai pilihan seafood, sayur dan menu untuk dijadikan steamboat.
Kita boleh pilih nak kuah sup atau pun tomyam. We chose tomyam. Tomyam dia
boleh tahan sedapnya. Terasa masam, masin dan pedasnya.
Untuk steamboat banyak je yang cute miut..pilihan untuk sayur pun banyak tau...
fish star & fish bear dalam tomyam pot nie are n0t mine. they are belong to mamat power ranger tue... special request tuee...hahhahaha
Menu untuk grill pun ada banyak
pilihan chicken, fish, beef, lamb, squid dengan pelbagai pilihan perapan–
blackpepper, hot& spicy, honey and Thai marinate. As for us, perapan bagi
most of the menu is just nice. Terasa tapi tak over sangat.
Bagi yang suka makan grill food mesti nak cicah (dip), kat sini ada disediakan beberapa jenis sos (dip sauce).
I love dessert tapi malas nak
bangun ambil huhuhu tumpang power ranger punya sahajerrr. Also ada banyak
flavor aiskrim kat sini. Pilih je. Nata de coco pun ada. Power ranger letak
nata de coco kat ice cream. Layannn..Best3x.
Masa ambil makanan kemain rasa
macam perut berkapasiti 1TB. Padahal makan berdua je.. jenuh lepas tue nak
habiskan makanan. Rugi ohhh kalau tak habis. Membazir satu hal. Ada possibility
kena cas sebab membazir makanan pun boleh juga. RM5/100g waste food.
View (pemandangan) takdela nice sangat..takde gunung ganang pun..heheh nampak jalan raya & kereta je. Tapi kami lagi suka area nie sebab terbuka - asap boleh keluar. Kurang sket baju kami bau asap hehe.
Sesi makan+borak+gossip+infosharing+makan+potpetpotpet yang bermula 8ishpm berakhir lebih kurang jam 11pm. Thank you to power ranger for his time & also for the treat. YEAAAYY…!! Orang belanja makan..mesti la suka kan…kihkihkih
xoxo,
aurikel
note: some pictures are from Kaptensteamboat&grill FB. TQ.




















