Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 17, 2014

Bandung Trip Part 1: 10 tips persiapan awal


Salam A'laik.
Another story of mine.
Gigih aku keluar rumah jam 4pagi sebab takut terlewat sampai airport. Geng kakijalan dah selamat berada di airport. Excited kemain! Alhamdulillah, sebab dah buat web check in maka cuma perlu hulur boarding pass sahaja sebelum masuk ke waiting area. Sebelum tue, kena lalu kaunter pemeriksaan dokumen. Al-maklumlah..kan nak pergi luar negara. So, pihak airasia kena pastikan semua dokumen kita lengkap dan betul. Contohnya passport mesti belum tamat tarikh, maklumat pada passport (nama, nombor passport) mesti sama. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Jam 6am kami semua dah boleh boarding. Yeaayeea..aircraft kami dah sampai. Cepat-cepat pergi solat subuh kat surau. Our flight AK 1328 departed from LCCT as early as 640am. Dalam flight kemain wangi bau orang lain makan nasi lemak pak naser. Aku?? Order hot chocolate secawan pastu tidur.

Baru je nak masuk fasa lena diulit mimpi, flight attendant AA buat pengumuman untuk edarkan departure & arrival card dan declaration form untuk diisi. You better prepare a pen sebab kalau nak harapkan orang sebelah menyebelah pinjamkan korang pen memang chances tue hanya 50% jela. I’m so lucky, pen memang ada dalam bag pack sekali dengan organizer. Zassss..xsampai 10minit dah siap pun borang tue diisi.

Yeahh..sambung tidur balik. Tak cukup tidur sebenarnya. Tidur jam 12 malam bangun jam 2pagi. Jam2 pagi baru aku packing barang-barang.huhuhu. Pukul 3pagi siap mandi sebab taknak drive dalam keadaan mengantuk. Giloss!!

Oh, ya. Meh, aku share sikit persiapan yang kami geng kakijalan buat sebelum terbang ke Bandung. 10 tips persiapan awal:

1.       Buat survey dan dapatkan maklumat melalui kawan-kawan, saudara-mara atau pun internet. Contoh maklumat yang perlu: keadaan keselamatan di sana, pengangkutan, tempat tinggal, kadar tukaran wang, dokumen-dokumen wajib, nombor contact supir etc

2.       Passport yang masih belum tamat tempoh. At least 3 bulan sebelum tarikh luput. Rakyat Malaysia yang melancong ke Indonesia tak perlukan visa.

3.       Tempah tiket penerbangan. KUL-BDO. Kami naik direct flight dari Kuala Lumpur ke Bandung. Booking tiket awal atau semasa promo untuk dapatkan harga murah.Cara lain ialah naik flight KUL-Jakarta-Bandung. Dari Jakarta ke Bandung boleh naik bas, van atau pun tren keretapi. Kalau rasa bakal shopping banyak, sila lah add on bagasi awal-awal masa booking tiket.

4.       Tempah tempat penginapan. Pemilihan tempat penginapan bergantung kepada tujuan ke sana. Kalau objektifnya untuk shopping, maka cari lah hotel atau rumah tamu yang berhampiran dengan pusat shopping atau factory outlet. Senang nak berjalan & senang nak cari makan.

5.       Tukar duit MYR dengan Indonesia Rupiah dengan secukupnya.

6.       Buat draft senarai tempat yang ingin dikunjungi dan aktiviti yang ingin dilakukan.

7.       Plan pengangkutan. Naik guna pengangkutan awam atau guna perkhidmatan kereta sewa?

8.       Asingkan duit dalam sampul surat berbeza untuk shopping, hotel, makan, seightseeing, pengangkutan, airport tax, kastam tax. Ini semua supaya bajet yang penting taka da yang overused.

9.       Pakaian yang sesuai dan selesa. Kalau rasa nak shopping tawaf semua factory outlet kat Bandung, sila jangan bawak highheel. Pakai kasut yang selesa.Baju pun tak payah bawak banyak, beli kat sana je. Beli pastu pakai terus. Jimat kan?

10.   Ubat-ubatan.Disarankan agar bawa ubat-ubat seperti Panadol, minyak angin, balm, plaster luka, ENO. Penting sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan. Contohnya, mungkin mengalami indigestion sebab semua makanan nak dirasa/dimakan. Mungkin ada sesetengah makanan yang extreme (sgt pedas) dan tak serasi dengan perut.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Akhirnya kami tiba di airport Bandung yang dinamakan Bandara Husein Sasteranegara . Menurut pak taksi, airport bandung ini kecil je. Asalnya adalah airport tentera udara di Bandung.

 
Di airport Bandung, sila beli kupon di kaunter untuk dapatkan perkhidmatan teksi. Kadar tambang bergantung kepada destinasi. Contohnya, hotel kami terletak di Jalan Kebonjati. Kadar tambang adalah IDR45,000 /taxi. Jarak lebih kurang 5km. Memang tak jauh tapi trafik jammed di Bandung masya Allahh…syukur lagi aku duduk kat KL. Ketua rombongan kami lupa nak contact pihak hotel untuk arrange pengangkutan dari airport ke hotel. Kalau tidak, jimat 45k rupiah. Boleh buat beli bolu bakar yang sedap!! *drooling*
 

Next post, kita sambung cerita k.. WELCOME TO BANDUNG!
Adios!!


With love from Gino Feruci,
aurikel

 

 

 
Related Posts with Thumbnails