Korang pernah tak jumpa penjual yang bermuka masam? Jual barang tapi muka masam macam cuka. Eeee..menyakitkan hati je kan kalau jumpa.
Semalam, aku jumpa manusia macam nie kat pasar malam. Alkisahnya aku nak beli air kelapa yang dikirim mak aku. Kebetulan cousin aku pun nak juga. Aku pun mintaklah air kelapa dua bungkus. Mak aku dah pesan, kalau belikan dia air kelapa, tolong mintak penjual tue letak isi kelapa sekali.
Maka, aku pun cakaplah kat Pakcik-bermuka-masam tue, 'Pakcik, saya nak isi kelapa sekali ye'.
Takde respon.
Aku nampak dia tuang air kelapa ke dalam cawan plastik. Tak nampak pun isi kelapa. Semasa dia nak isi air kelapa ke dalam cawan yang kedua, aku ulang semula ayat tadi. Mane lah tau kot-kot dia tak dengar.. pasar malam kan bising ya amaaatt.
'Pakcik, saya nak isi kelapa boleh??'. Penuh sopan aku bercakap.
'Tak nampak nie isi kelapa?' sambil pandang aku dengan muka macam singa. Ek eleh pakcik nie. Nak marah-marah pulak. Dah aku tak nampak pun mana kelapanya, aku mintaklah lagi.
Iskhh...nasib baik orang tua.. kalau tak, dah selamat kena bahasa dengan aku. Tapi aku balas jugak lah.
'Ala pakcik nie..janganlah marah. Saya tanya je.'
Isteri pakcik tue kat sebelah macam tunduk-tunduk malu je dengan perangai suaminya. Pakcik muka masam tue jeling aku sambil hulur dua cawan air kelapa yang sudah diletak dalam plastik.
Kalau ikutkan hati, nak je aku blah tanpa ambil air kelapa tue. Tapi entahlah..aku ambil juga dah hulur duit RM2. Dah rezeki dia agaknya..
Bila sampai rumah, mak aku minum air kelapa tue..
'Air kelapa apa nie? Tak sedap. Masam je...isi pun takde..serpihan isi ada lah'. Komen mak aku.Ishhh2x..
Confirm lepas nie aku taknak beli kat pakcik tue lagi. Aku dah pahat dalam memori muka pakcik masam tue. Dah la muka masam, jual air kelapa pun rasa masam.
Sewaan Barang Pelamin MURAH !!
5 years ago


9 comments:
miakakka~ masam sebab depa taruk cuka kot.. hehehe~ lame owh tak hang out!
yours
SH
cas-cas masam dr muka pakcik tue mengalir g air tue...
nuffnang xde event lg ke?? aku pn dh lama xmenang ticket wayang free
rase air kelapa nie kekadang ikut mood org yg jualnya gak... hehehe....
aidy: mungkin betul kot teori ko tue..
teringat makcik muka msam jual yong tau fu kat pasar pulai..hehehe
dok tengah gaduh dengan bini dia la kot tuuuuu
hehehe
haha. baru pas gado ngan bini kot... kekeke
ctee mars: hahaha rindu la nk g pasar pulai..kak, makcik tue xjual yong tau fu, dia jual 'yong tahu'
wakkkkaaaaakkaaa
wawan & cikmune: ramainya org buat teori mcm nie
Post a Comment