Pages

Ads 468x60px

.

Labels

July 27, 2009

Kasut Tumit Tinggi yang menakutkan...?

Artikel ini khusus buat wanita & perempuan2 yg suka memakai kasut tinggi...(including me??)

Last few weeks, a friend of mine was having pain in her leg. Her leg (feet?) cramped few times out of the blue. Then yesterday, while doing some net surfing & blog hopping, I bumped into this article..

***

Usianya menginjak awal 50-an, keadaan jari kaki Salmah tidak seperti dahulu lagi.
Ibu jari kaki kanannya yang sebelum ini lurus kini mula merapat ke kanan sehingga menindih jari kedua. Ruang antara jari-jari kecil kaki pula semakin menyempit.

Di bahagian luar ibu jari kakinya pula, satu bonjolan keras seakan tulang terbentuk. Pada mulanya Salmah menganggap perubahan ini berlaku disebabkan faktor usia, namun bonjolan itu sering luka dan berterusan membengkak.

Sebenarnya, apa yang dialami Salmah bukan satu anomali perubatan malah ia kerap berlaku pada kebanyakan wanita lain.

Menurut Pakar Bedah Kaki dan Pergelangan Kaki, Dr. Khairul Faizi Mohammad, apa yang dihadapi Salmah adalah sejenis kecacatan yang dikenali sebagai Hallux valgus.

Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan tekanan terhadap bahagian sisi ibu jari kaki yang dipanggil bunion. Ia berisiko menjadi lebih serius bila bahagian sisi jari kaki bergeser dengan kasut.

Apabila kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus, jari-jari kaki akan merapat. Ditambah dengan bebanan yang perlu ditampung pada bahagian hadapan kaki apabila berdiri lama, tulang di bahagian itu berisiko untuk dibentuk mengikut acuan kasut.

Lama-kelamaan ibu jari kaki akan merapat ke arah jari kecil dan berputar. Jari kecil akan saling merapat sehingga tiada ruang antara jari. Bunion pula akan bertambah besar dan mengeras. Bagi sesetengah orang, mereka mudah terkena serangan kulat air kerana kaki mereka sentiasa basah.


HALLUX VALGUS ialah satu kecacatan.

Kebanyakan kes bunion terjadi atas faktor pemakaian kasut bertumit tinggi dan sempit di hadapan. Maka tidak hairanlah 90 peratus penghidap kecacatan ini adalah golongan wanita. Mula membentuk simptom pada usia akhir 30-an, keadaan akan bertambah serius sekiranya tidak dirawat.

Bagaimana mengelak Hallux valgus?

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil pada peringkat awal untuk melambatkan proses kecacatan ini.

  • Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi dan kasut yang bermuncung tirus. Bagi mereka yang berkaki leper atau tapak kaki rata, plantar orthosis yang melengkung perlu digunakan bagi memberi sokongan kepada kaki.
  • Kasut yang bermuncung lebar yang menyamai saiz sebenar hujung kaki perlu menjadi pilihan setiap kali anda membeli kasut.
  • Kasut yang diperbuat daripada kulit yang lembut pula memberi jaminan keselesaan kerana ia boleh dibesar dan dilebarkan berbanding kasut yang diperbuat daripada material lain.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah Hallux valgus, satu perkara yang perlu diingat, elakkan kasut yang mempunyai kelim atau jahitan yang bila dipakai akan terkena bahagian bunion.

Geseran ini bukan sahaja membengkakkan bonjolan malah melukakannya. Untuk mengurangkan bengkak, letakkan ais di kawasan tersebut.

Hanya ada satu cara untuk menghilangkan Hallux valgus iaitu pembedahan. Terdapat 110 jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kaki pada keadaan normal.

Namun, tidak ramai yang tampil untuk merawat kecacatan ini kerana pada anggapan mereka ia bukan sejenis penyakit kritikal dan mereka tidak akan mati kerananya.

***

Nota 1: Pemakaian high heels juga affect our body posture. The pressure on the forefoot increases proportional to the heel height. Please click below pictures for more info.

sila klik pada gambar untuk besarkan imej

sila klik pada gambar untuk besarkan imej

Nota 2: As for me, I love high heel too.. ngeheeehee Because wearing high heels makes me look taller. (Almaklumla..saya nie dah la 'rendang' jer..). *rendang dlm erti kata lain = tak berapa tinggi..iskhh...sopan sungguh ayatku..haha

Aku prefer pakai flat base sandal untuk hari2 biasa (pergi lab, pasar malam, kafe etc etc). I do have high heels but so far, koleksi high heels ku masih lagi belum ada yg mencecah 3 inci. Paling tinggi pun 2 inch. Hanya dipakai untuk majlis2 tertentu yang tidak memerlukan aku berjalan atau berdiri terlalu lama.

Nota 3: Artikel ini tiada kena mengena dgn kawanku tersebut. Beliau juga tidak mempunyai penyakit Hallux valgus atau masalah Bunion.

Nota 4: Marilah kita sama2 menjaga kaki..best tak buat foot reflexology?? Teringin nak buat..



11 comments:

Anonymous said...

nak bergaya tapi terseksa..ini lah perempuan

Fieda said...

org pompuan sgt menyeksa diri untuk kecantikan.. kdg2 aku pun camtu..

tp aku pun mls pakai high heel.. letih dowh..sakit kaki pun yea...

pakai flat shoes lagi senang... Jalan pun senang hati..tak yah nak menahan sakit kaki..huhu

lagi satu kat oprah show ada citer psl high heel nie.. mmg akan effect kat back bone.. tapi aku tak bape igt detail die...
Then diroang wat survey (US) ramai yg sedar tapi still pakai untuk menjaga kelas .. huhu

aurikelsan said...

setuju ngn fieda..kdg2 kita menyeksa diri utk cantik or utk nmpk lebih menarik..

*confirm cantik & menarik ke lps tue?? xjugak kan..hihihi

cteemars said...

huhuhu....suka pakai high heel..tp tak la tinggi sangat..heheheh tp skrg kena break from high heels..pasai Doktor da pesan.. "kaki sakit janganla pakai kasut tinggi" heh...

p/s: ceh seperti ku tau saja y selalu cramp tu..huhuhuhu :p

Aidy Shahiezad said...

pakai je la kasut biasa... nak seksa diri watpe ?? esok2, diri sendiri gak yg merana... ;)

Fieda said...

Yer la addy.. untuk certain occasion cam funtion or dtg keje kena gak pakai kasut bertumit, tak tinggi pun tak pe just menghormati majlis...

Tapi kalo shopping, drive or jalan2tak sanggup deh nak pakai kasut bertumit... Pakai flat lagi senang dan selesa..

aurikelsan said...

betul2x..sokong fieda..memg ada certain occasion yg kna pakai kasut bertumit..

cikmune said...

ngee.. kte tak suke kasut tumit tinggi walaupun masa tgk mesti nak beli. sudahnye jadi hiasan je. muahahaha... apapun, ketinggian kte dah cukup =x maleh nak bergaya. sempoi sudehh ;P

aurikelsan said...

mune:org tinggi blh la ckp cmtue..

cikmune said...

he he he... alhamdulillah =)

Anonymous said...

saya jumpa Dr Khairul punya blog:

footandankleproblems.blogspot.com

dia di Pantai Cheras, UKM Specialist Centre

Related Posts with Thumbnails