Pages

Ads 468x60px

.

Labels

July 19, 2009

Man U vs Msia Live @ Stadium

First timer...hehe Buat kali pertamanya aku menonton perlawanan bola sepak secara live di stadium pada 18 Julai yg lepas. Dari kecik sampai besar gajah selama nie, aku sekadar menonton di TV je. Yela, dulu mak aku selalu cakap, orang laki je pergi tengok bola kat stadium. Kalau ayah cu aku pergi stadium tengok Piala FA ke, Piala M'sia ke..yg boleh ikut cuma adik2 sedara aku yg lelaki tue la..

Mesti ramai hairan..*aku pun sama la.. macam mana orang boleh gila bola ek..? Dalam erti kata lain menjadi peminat fanatik bola. Sanggup bersengkang mata pukul 2-3 pagi nak tengok perlawanan bola, sanggup berhabis beli tiket mahal-mahal, beli jersi kelab bola sepak yg mahal-mahal. *Ada sape suka nak jawab?

Tiket masuk M'sia vs ManU 180709

My dear En.ATB pun lebih kurang macam tue la jugak..tapi tak kisah la kalau dia mampu & tak membebankan financial dia di kemudian hari. Bila di tanya jawapan dia lebih kurang macam nie, "Inilah cara menikmati hasil titik peluh bekerja setiap hari. Satu kepuasan dapat beli jersi kelab & tengok diorang lawan live.Tak kisahla harga tiket tue berapa"


Pintu masuk..kena serbu dengan berpuluh2 ribu manusia

suasana dlm stadium yg gamat

Kebanyakan yg hadir pakai baju merah Man U
*sedangkan kebanyakannya Msian.. hehehe

Can you spot M'sian Supporter yg pakai jersi M'sia??

Mereka dari Kelab Penyokong Pasukan Bola Sepak negara



Big thanks to him, i was there to see the game.. live dpn mata


Hero M'sia Amri Yahya- berjaya menjaringkan 2 gol untuk M'sia


Owen spoiled M'sian happiness

Satu perkara yg agak lucu *menyedihkan sebenarnya..ketika M'sia & ManU terikat seri 2 sama, peminat bola sepak yg hadir asyik berteriak nama Owen. Sampai K.Rajagopal pun naik tension. Orang Msia nie tak reti nak support team negara sendiri ke?? hehe...Relax ar...Alaa..diorang nak suruh Owen main la sebenarnya tue..kan Owen baru join ManU.

So, bila Alex Ferguson bagi Owen masuk je, makin kuatla orang semua berteriak. Seperti yang dijangka, Owen *yg cute itu masih lagi berbisa serangannya. Memang Owen berjaya spoiled kegembiraan team Msia bila berjaya menyumbat satu lagi gol.

Perlawanan berakhir dengan Msia *kalah terhormat kata K.Rajagopal 2-3 kepada Manchester United.

Isnin 20 Julai 2009, perlawanan kedua Msia vs Man U gara-gara kes pengeboman 2 hotel di Indonesia. Siapa tak risau kalau tempat yg bakal kita menginap kena bom..

En.ATB pergi lagi untuk tengok perlawanan kedua. Kali nie pergi all boys. Mesti lagi seronok agaknya. Aku tak dapat pergi la sebab dah selamat balik JB. Tak kisahla..janji aritue dapat tengok Owen & Amri Yahya.


Notes: Suka tengok Amri Yahya yg sangat lincah bermain di padang. Semalam, 21 Julai 2009 Amri Yahya membantu Selangor muncul Juara bola sepak Liga Super. Selangor muncul juara mengalahkan PDRM 6-1. Cayalah..!!!



6 comments:

Anonymous said...

glory..glory man united..

aurikelsan said...

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku....

amacam??

Anonymous said...

ewahh..orng menyanyi sebaris ko nyanyi sampai habis..patriotik betol

-tapi bukan aku-

frazi said...

ya la, ak yg ngak minat sgt bola ni pon excited to c how mlysia handle the game, although mlysia lost but they did a good job!!ko lg la bsemangat g stadium lg..if i've dat chance i would too

Fieda said...

Ermm aku pun terperangkap dlm jam gara2 nak ke UPM lalu jln bukit jalil.. lupa plak ada games MU kat bukit jaLIL..ISK ISK

aurikelsan said...

razi: memg excited but mostly org2 yg dtg nie nk tgk manU main sbnrnya, sbb tue kul 12pm org ramai dh dtg wp kick off start on 5.30pm

fieda: serius dasyat jammed time tue..naseb ada abg2 polis trafik tlg handle

Related Posts with Thumbnails