Semalam = 16 Julai 2009 adalah J Card Day di Jaya Jusco, Taman Universiti, Skudai. Bagi yang tak berape nak tahu, J Card Day nie hanya berlaku sekali dalam setahun di mana Pasaraya besar Jusco mengadakan jualan secara besar-besaran. Diskaun sehingga 70%.
Memandangkan poket aku tengah kemarau, memang takdo niat pun nak pergi join serbu Jusco. Tapi entah macam mana petang semalam, lepas solat zuhur lebih kurang pukul 2 lebih Lab Hiliran black out. Waahh..nie macam petanda suruh pergi jalan2 dekat Jusco.. hehehe
Tak lama lepas tue ada elektrik semula. Kerja pembetulan proposal escience pun tak gerak2, sebab kertas pembetulannya tertinggal kat bilik. Hmmm...lama aku fikir.ishhkk..Tak boleh jadi nie..Aku pandang Mars.
Nak g Jusco?
Nak g ke? Mars sengih sambil pandang aku
Haa..haa..haa..Jomla.

aku sebagai pemerhati
Sampai je Jusco, parking semua penuh sampaikan kawasan tepi jalan luar Jusco pun penuh. Bila masuk ke dalam..Mak datokk..ramainya orang..diorang nie semua tak keje ek arini??amek cuti ke mc??huhuhu

Lautan manusia
Agak2nya berapa ribu la manusia yang datang serbu Jusco semalam? Bayangkan kalau ada seorang dua yang tengah demam H1N1 pun datang nk shopping gak..haa..mau kena kuarantin satu Skudai...silap2 UTM pun kena tutup seminggu..
Melihatkan kertas2 diskaun yg bergantungan pasti membuatkan ramai yg rambang mata. Semua benda nak dibeli.
Masa niie la rasa macam semua baju dalam almari kat rumah tue dah usang sangat, patut diganti baru.
Masa nie la jugak rasa macam semua barang2 katt rumah tue dah habis.
Masa nie juga terbayang2 handbag yang sangkut kat bahu nie rasa macam nak putus sangat & wajib dibeli baru.
50-70% tue...Rugi kalau tak beli. Kalau boleh nak borong sampai penuh satu kerete. Hehe Ada ke orang yang macam tue?

serbu!!happy hour!!
Sesak.Rimas.Lemas.hwoooooooaaaaaaaaaaaaaa...Macam mane diorang nie boleh tahan berasak2 macam nie. Bau jangan cerita la..Rasa macam nak muntah je kat atas longgokan kain tue..Nasib baik aku masih relevan. lalaaallaa..
Tapi serius la..sanggup diorang nie beratur punya la panjang mau dekat setengah jam, mungkin jugak sejam semata-mata nak tunggu giliran kat fitting room. Selain tue ramai yang aku tengok sekali masuk fitting room bawak dekat 10helai seluar/baju untuk dicuba.Haaa..patutla berjanggut orang lain tunggu kat luar.
Lepas beratur panjang2 bukan main lama untuk fitting baju/seluar, kena pulak beratur lanjang lagi sekali untuk bayar. Itu belum kira lagi kalau baju yang dicuba tak sesuai saiznya atau xkena warnanya. Terpaksa la pulak pergi ambil yang lain & cuba lagi.
Bagi yang malas nak fitting banyak kali, main sambar jela. Agak2la saiz tue ok ke tak. Masa ini lah kebolehan mengukur & mengagak saiz badan sendiri teruji. *memang berisiko tinggi salah beli saiz..bila balik umah menyesal sebab baju dibeli terlebih besar. Macam ni ok lagi boleh dikecikkan. Tapi kalau terbeli saiz kecik?? Tak pasal2 kena diet sebulan sebab nak muatkan baju yg kecik. huhuhu

Garu kepala auntie nie nak pilih baju..70% la katakan...
Selain diskaun besar-besaran, gelagat pekerja-pekerja JJ yang sangat bersemangat menjual juga menjadikan para pengunjung semakin bersemangat membeli. Mereka berteriak, menyanyi, ketawa, berlawak & sangat ramah melayan pelanggan.
*amboi..naughty yerr

Pekerja Jusco siap panjat tinggi sambil menyanyi lagu LadyGaga
Dalam kesibukan orang bershopping sakan, yang paling aku kesian semalam bila tengok kanak2 yang menjadi mangsa. Haa..bukan mangsa dera tapi mangsa kena heret sekali pergi shopping. Dengan bilangan pengunjung yang aku rasa mencecah beribu, risiko kehilangan anak memang tinggi.
Hampir 2 jam di JJ semalam tak kurang dari 2 pengumuman aku dengar tentang anak yang kehilangan ibu bapa. Mak bapak syok shopping sampai tak sedar anak dah hilang. *Hmmm..taukey2 penculik kanak2 mesti suka kalau diorang dapat tau nie..

sian kat adik nie..sampai tertido tunggu mak dia shopping tak abes2..
nasib tak tertimbus dengan timbunan plastik2...

Anak sape ni??
Adik pakai baju belang2 nie pun aku tak tau mana parents dia. Syok je duk main sorang2 dalam troli. Siap ajak aku join dia lagi.
*Sorry la dik, akak oversize la nak join duduk dalam troli tue.
Nasibla aku bukan penculik kanak-kanak. Kalau tak, menangis takde lagu la parents dia bila aku bawak lari anak dia.
Rata-rata yang datang bershopping 80% perempuan. Tapi ramai jugak lelaki yang datang. Ada yang nak beli barang untuk diri sendiri, datang tolong teman, tolong jadi tukang angkat barang, tolong jadi ATM (automated teller machine), tolong jadi tukang hulur kad kredit, tolong jaga anak & sebagainya.
Bro baju putih nie dengan baiknya menjadi hanger untuk 'barang2' wife dia..
*berwarna warni lingerie tersangkut kat tangan dia..maybe JJ dah kehabisan bakul agaknya
Berikut adalah antara sebab-sebab ramai orang shopping semalam:
1. Memang sangat memerlukan barang tersebut..
*buat muka desperate
2. Dah ada satu, tapi saje nak tambah koleksi
3. Hobi masa lapang & juga hobi masa sibuk
4. Membantu menjayakan ekonomi..
5. Bila lagi nak shopping?masa sales nie la, harga barang lebih murah..
*tangan non-stop pilih barang
6. Ikut member, diorang shopping sakan, takkan saya tak beli apa2
7. Kawan saya beli, saya pun beli la satu. Sebabnya kalau beli 2 percuma 1..*
sambil tergelak dgn gediknya
8. Duit saya banyak sangat, tak tau nak guna buat apa. So, beli jela benda2 yg nampak menarik..
*anak orang kaya bermuka bosan
9. Sayang kat awek..dia nak shopping sangat, ikut jela..
*sambil garu kepala sebab lepas tue duit dalam wallet gerenti tinggal sehelai je kaler biru ..
10. Nak cari calon teman hidup...
**ehh??boleh jumpa ke time sesak2 camnie??
Kembara sempena J Card Day pada petang semalam berakhir & aku pulang membawa sepotong carrot slice & paparoti.