Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label PF. Show all posts
Showing posts with label PF. Show all posts

June 21, 2009

Konvensyen Felo 2009 - Catatan pertama

Catatan Pertama 12 Jun 2009

Catatan 12 Jun secara rasminya bermula di Jeti Kuala Perlis, menunggu feri untuk ke Langkawi. 2 bas termasuk bas yg aku naiki telah tiba seawal 9 pagi. Namun, rombongan IPF UTM menaiki feri lebih kurang jam 12 tengah hari kerana menanti sebuah lagi bas yang tiba agak lambat. Almaklumlah, bas tersebut sangatla bersopan santun di jalan raya..hehehe

Feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Kuah mengambil masa kurang dari sejam. Perjalanan ke Langkawi dengan menaiki feri agak membosankan. Nak tau kenapa??
1. Dah elok2 dapat tempat duduk, kena halau pulak. Kononnya seat tersebut milik orang lain. Maka, sebagai manusia yg sangat penyabar & bertolak ansur kitorang carilah seat lain yg kosong.
2. Kami dapat duduk di tingkat atas.. tapi still tak rasa best sebab tak dapat duduk tepi tingkap hehehe

3. Cerita yangditayangkan di TV tak dapat didengar dengan jelas.. sebab tenggelam dek bunyi enjin feri yang sangat kuat
4. Kami semua terperap je dalam feri, tak boleh keluar ke bahagian luar feri menikmati keindahan laut.

Jeti Kuah

Sebaik sahaja sampai di Jeti Kuah, kami terus menaiki bas yg disediakan oleh pihak hotel menuju ke Aseania Resort. Agenda pertama sebaik sahaja sampai adalah makan!!! whoaaa..apa lagi?Kena serbu la kafe kat situ..semua pun muka kebulur huhuhu

Lepas makan, baru boleh check in. Nie satu lagi problem..kena tunggu lama sebab ada tetamu hotel yg belum check out lagi..Faham2 jela musim cuti sekolah nie..hotel kebanyakannya penuh.. Dekat-dekat pukul 4 barula kami dapat kunci bilik..aisehhh..sedikit spoil la.. Urusetia dah umumkan bahawa petang tersebut aktiviti bebas. Buatla sesuka hati, janji malam perasmian nanti ada kat dewan..lalallala~~~bestnyerr..dalam otak dah plan nak pergi jalan2.

Aseania Resort, Langkawi

Kami laksamana berlapan ~Chantek; Anggun; Sexy; Comel; Jambu; Macho; Diyana & Huda~ buat keputusan nak mengembara mendaki Gunung Mat Chincang. Sorry to Bendahara Viky, beliau sangat sibuk dengan urusan negara..tak dapat join pengembaraan-main-redah kami nie.

Dalam perjalanan ke Teluk Burau, van yg kami naiki sempat lalu di tempat yang berkonsepkan deretan kedai ala-Mediterranean. Tempat nie dinamakan Harbour Park Langkawi. woww!! Bestnya tengok kapal2 mewah berlabuh kat situ..Dengar-dengar ceritanya, Harbour Park ni berperanan sebagai bandar pelabuhan kecil yang menjadi pintu masuk baru ke pulau itu.

Harbour Park, Langkawi

Ketika tiba di Oriental Village di Teluk Burau, kami diberitakan bahawa Gunung Mat Chincang kini boleh dinaiki dengan mudah & cepat. Naik cable car jer..lebih kurang 15 minit dah boleh sampai ke puncak...Tak payah nak panjat2 segala...tak perlu membazir peluh, lemak, kalori & stamina..wahhhh..maka, dengan begitu teruja kami pun naik cabel car..RM13 jer tapi harga asal tiket RM15~~hasil bantuan pakcik van yang membawa kami ke Oriental Village.

Oriental Village, Teluk Burau..

Di sekitar perkampungan oriental nie adalah pemandangan menarik kaki gunung, demonstrasi ular..nak bergambar dengan ular pun boleh..jualan produk2 Langkawi & cenderamata cenderahati segala..

Demonstrasi dengan ular..yuckkss geli

Rupa-rupanya kereta kabel di Langkawi nie telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kereta kabel tanpa tiang terpanjang di Malaysia. Perjalanan kami ke puncak Gunung Mat Chincang sejauh 2.2 km mengambil masa lebih kurang 15minit. Cepatkan??Confirm tak membazir kalori, lemak & stamina..hehehe tapi bagi sesiapa yg gayat mungkin perlu membazir sedikit peluh..okay??

Entrance cable car

Kereta kabel Langkawi nie mempunyai dua stesen sepanjang perjalanan yang memberi peluang kepada pelawat untuk singgah di pertengahan jalan atau meneruskan destinasi ke puncak Gunung Mat Chincang. Peringatan for those acrophobic (fobia tempat tinggi), tak payahla nak test terror jenguk2 bawah..pandang depan & atas jela.. XD

Kami singgah di stesen pertama..bukan untuk bertapa tapi sekadar mengambil gambar keindahan Pulau Langkawi & perairannya. Kemudiannya meneruskan pengembaraan kami ke puncak Mat Chincang.

Pemandangan dari atas stesen pertama

Di puncak gunung, pengembaraan kami diteruskan dengan bersiar-siar di atas Sky-Bridge setinggi 700 meter dari aras laut, woow!!sape gayat sure berpeluh ketiakk..hahaha Jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan bengkok Langkawi, dibina khas untuk menyaksikan pemandangan lebih menyeluruh kawasan sekitar. Amazing!!!Siapalah engineer yang hebat sangat nie..

Sky-bridge Langkawi

Sempat lagi nak betulkan tudung??hehe
angin kuat waktu petang..senget benget tudung

INFO:
Langkawi Cable Car
Waktu Operasi: 10 pagi - 6 petang (Isnin - Khamis);
9.30 pagi - 7 malam (Jumaat - Ahad)
Harga: RM15 (dewasa); RM5 (kanak-kanak)

Geng pengembaraan Puncak Mat Chincang

p/s: laksamana Anggun tiada dalam gambar kerana sibuk mencari puteri gunung ledang psstt..last2 tak jumpa jugak sebab dia cari kat salah gunung huhuhu

Pengembaraan ke Puncak Mat Chincang berlangsung dengan jayanya..Pengalaman menaiki kereta kabel yg mengujakan & pemandangan yg sangat indah memang sangat best..Tak rugi join konvensyen felo 2009.. hehehe

Aktiviti waktu malam diteruskan dengan majlis perasmian Konvensyen Felo 2009 yang dirasmikan oleh ADUN Langkawi yg juga alumni UTM, Dato Ir Hj Nawawi..

Majlis perasmian Konvensyen Felo 2009

Peserta Konvensyen Felo 2009

Update terkini:

to be fair..this pic is dedicated to crazi,

one more...


March 17, 2009

You're invited.....

Please to invite Mr/Ms/Dato'/Datin/Tan Sri/YB________________________ to our 5th annual dinner, Sanggar Sanjung V.

Date:21st March 2009
Venue: Dewan Sultan Iskandar, UTM
Time: 8pm
RM10/person
Theme: Elegant & Glamorous

Special Performance:
Korean Dance
Live Indie band

Viola & Piano performance

New Talented Singers

Special Award:
The Most Elegant Bachelor
Miss Glamorous

20 lucky draw with 3 great grand prizes await you..


p/s: nak join???leave me a message k. Hurry up! seat is limited!!


Powered by:
HEP UTM
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd
Garden Cafe
Minimart KTGB


March 16, 2009

KTGB Bowling Tournament

Pelangi Leisure Mall...we arrived too early..the place still closed


the only girls team..fight....oooohhh!!
indonesian-sudanese-malaysian

indonesian pair


malaysia vs sudan??? or MARS vs NOUF???
..relax..jgn gaduh2 yerr..games belum bermula



diorang nie posing jer lebih...main pun belum lagi..huahuahua

OOpss!!soorry..the prizes are not yours..PUT THEM BACK! ggrrr..


READY??!!
one pair is missing...who??? btw,the shoes are colorful..

colourful ball....nouf & elaf as first timer claimed that the lightest ball is still very heavy..
but to be surprised, elaf played very well..she even got strike!!woow!!

KTGBian filled more than half of the lanes..chaiyok!!


Beberapa aksi menarik yg sempat dirakam...

The tournament ended around 1230pm..


while waiting for the bus to return to KTGB..
iskh3x..tak senonoh betul diorang nie..mcm refugee pun ada huhuhu

The winner is PF team (lelaki) & the best player with the highest dropped pin was Razi.. yahuu...
hamper prize yg dimenangi oleh team PF telah disedekahkan kpd semua peserta yg terlibat untuk dimakan beramai2 .. amboi.. baiknya PF2 yer kasi budak2 nie makan hadiah hamper tue..

Matlamat tercapai..program terlaksana dengan jayanya...
Mode: SUCCESSFUL



February 12, 2009

First meeting...& roti arab


After few weeks appointed as PF (pembantu felo), i attended the first meeting between pengetua kolej with felos & PFes (plural untuk PF..huhuhu sesuka hati jer..sure cekgu BI mengamuk tengok grammar lintang pukang nie).

Well, jangan terkejut yer because the first thing to do in the meeting is dinner. alahai...sukanya duk kolej nie...macam tau2 jer me nie suka makan..since kolej nie ada ramai international student maka menu kami pun style international. Chef kami malam tue adalah pak arab mane tah. Beliau dengan senang hati telah menyediakan menu roti arab untuk kami. Minuman pula adalah mint tea.. sedapnya..saye suka la mint tea..lagi sedap dari chamomile tea yg ada kat bilik..

Roti arab nie berbentuk bulat & agak liat..aduhhh..susah betul nak makan..Roti arab nie dimakan bersama kuahnya yg terdiri daripada daging cincang, potato, carot & rempah ratus yg tidak saya ketahui..secret recipe la tue...bak kata kak marsil 'kuahnya sedap dimakan begitu sahaja..'


Selepas bersusah payah menggigit & mengunyah roti arab, meeting pun dimulakan dengan ditemani oleh setin air ice lemon tea.. huwooo..best betul..Antara agenda meeting tersebut adalah:
1. Sesi berkenalan Felo & PF baru
2. Jadual bertugas Felo
3. Tugas-tugas PF
4. Notis mesyuarat agung IPF
5. Seminar Pembangunan Pelajar Bumiputera
6. Mesyuarat mingguan felo & pengetua
7. Pemberitahuan tentang kolokium sahsiah
8. Pengenalan tentang Institut Pembangunan Felo (IPF)
9. Aktiviti-aktiviti kolej
10. Bilik kunci
11. Carta organisasi
12. Permohonan bilik gerakan felo
13. Yuran IPF

Meeting berakhir sekitar jam 10 lebih. Roti arab ada banyak lagi..Ada yg bertanya, "Nak tapau tak?aku boleh tolong bungkuskan." Me pon pandang roti arab tue & teringat betapa struggle nak makan & habiskan sekeping. Pantas me & kak marsil geleng. "No, thanks.."

On the way balik bilik, kami lalu depan Garden Cafe. wahh..sedapnya bau makanan..tanpa lengah kaki melangkah ke Garden Cafe..lapar la...hehe


February 8, 2009

Insiden 'fogging'

Dua tiga minit lagi nak pukul 7pm, tetiba terdengar suara Viky dari corong speaker blok. Suruh immediately kosongkan blok sebab aktiviti fogging akan dibuat. Fogging??? ala..semburan nyamuk yg guna penyembur paling bising satu alam tue..dengan bau yang Ya Ampun..Tuhan je tau, boleh kasi nyamuk tercekik & menyebabkan manusia lemas...Dalam hati merungut jugak la.. nape la tak inform awal2..masa nak maghrib nie la baru nak buat. Bila difikirkan semula, logik jugak sebab nyamuk nie biasanya cari makan waktu2 maghrib macam nie la.. Masa nie kebanyakan student dah keluar dari bilik masing2. Me & kak marsil kunun2nya sbg PF bertanggungjawab dengan suka relanya naik masuk semula ke dalam bangunan untuk check sama ada semua student dah turun. Almaklum la, kat blok X2 nie ada pelajar2 international. Ada segelintir dari diorang nie tak fasih bahasa inggeris. kalau bercakap dengan diorang kena buat isyarat dengan tangan lagi nak bagi diorang faham...Ibarat macam itik bercakap dengan angsa pun ada kadang2....
Jam kat tangan dah tunjuk pukul 7.30pm tapi aktiviti semburan tak mula pun lagi. Yang buat tambah pelik, tadi van yang bawa kelengkapan fogging dah standby depan blok. Tup tup van tue bergerak g blok lain pulak...errrkkk..jadi ke tak nie?? musykill betul.. Sementara tue, budak2 nie semua dah bising2. Azan maghrib pun dah berkumandang. Sian jugak tengok budak2 yg rajin puasa sunat terpaksa buka puasa tepi jalan. My right ventrikel valve temperature dah mula naik nie..Patutnya diorang inform la jadi ke tak..Pakcik2 fogging tue pun satu hal la, blah macam tue je.. Me & kak marsil still jadi penunggu setia pakcik2 fogging. Dari kejauhan terdengar la bunyi fogging kat blok budak2 laki. OMG..kitorang dah beria keluar blok, blok lelaki pulak yang dibuatnya dulu..Tapi tak nampak pun student laki keluar blok..Hebatnya diorang boleh tahan bau asap fogging tue..

Entah siapa punya angkara, tiba2 budak2 nie mula memasuki blok X2 dengan assumption fogging is cancelled. Dengan kudrat yg ada mane2 budak yg ada berhampiran kitorang bagitau supaya bersabar & jangan masuk ke dalam blok dulu. Tapi ramai gak yang degil. Lantak korang la..We all bukan FRU boleh tahan2 korang dari masuk blok. Kalau ada yang lemas sedut asap fogging tue nanti jangan tunding jari kat kami yerr..sementara tue Me & kak marsil still tercegat kat luar menanti uncle2 fogging datang menghalau nyamuk durjana.



Lebih kurang pukul 745pm, van uncle fogging datang menghampiri. Kami pun tanya. Jadi buat fogging tak? Bro yang angkut alat tue angguk2 jer.. kami tanya lagi, "sembur luar je ke or masuk dalam blok?".. sambil berjalan bawak alat penyembur tue diorang balas. "Luar je. sembur keliling blok".

Kami tak puas hati sebab ramai yang dah masuk dalam blok. Kami tanya lagi, "Kalau student tak keluar, duduk dalam bilik takpe ke?".. bro tue pandang kami, "suruh yang duduk bilik bawah keluar"... belum sempat bagi arahan suruh student2 keluar semula, brother tue dah on dah alat die...

Maka...tidak sampai seminit bertempiaran la budak2 blok X2 keluar dari blok.. macam pelarian kat Gaza kena bom jer...tue la..degil lagi..hohoho ~~~ me & kak marsil gelak berdua...nasib korang la terpaksa sedut asap tue..

p/s: maybe next post for boleh citer sket pasal fogging nie kot..

February 4, 2009

|JJCM| BURGER R.U.S.A

Apa kata kalau sekali sekala tukar selera.
Garden Cafe KTGB is now offering new menu.

We went to Garden cafe right away after meeting
with Mr. Principle & other fellows and assistant fellows.
My first choice was ostrich burger.
But,..ostrich is out of stock.
So, i said 'one rusa burger for me plzzz...'
Taadaaa....
This rusa burger cost only RM4.50
Quite expensive but since it is very rare to find deer@ rusa meat,
so just ignore the price
and enjoy the taste..
Yummmmyyyyyyyyyyyy....


Related Posts with Thumbnails