skip to main |
skip to sidebar
Dua tiga minit lagi nak pukul 7pm, tetiba terdengar suara Viky dari corong speaker blok. Suruh immediately kosongkan blok sebab aktiviti fogging akan dibuat. Fogging??? ala..semburan nyamuk yg guna penyembur paling bising satu alam tue..dengan bau yang Ya Ampun..Tuhan je tau, boleh kasi nyamuk tercekik & menyebabkan manusia lemas...Dalam hati merungut jugak la.. nape la tak inform awal2..masa nak maghrib nie la baru nak buat. Bila difikirkan semula, logik jugak sebab nyamuk nie biasanya cari makan waktu2 maghrib macam nie la..
Masa nie kebanyakan student dah keluar dari bilik masing2. Me & kak marsil kunun2nya sbg PF bertanggungjawab dengan suka relanya naik masuk semula ke dalam bangunan untuk check sama ada semua student dah turun. Almaklum la, kat blok X2 nie ada pelajar2 international. Ada segelintir dari diorang nie tak fasih bahasa inggeris. kalau bercakap dengan diorang kena buat isyarat dengan tangan lagi nak bagi diorang faham...Ibarat macam itik bercakap dengan angsa pun ada kadang2....
Jam kat tangan dah tunjuk pukul 7.30pm tapi aktiviti semburan tak mula pun lagi. Yang buat tambah pelik, tadi van yang bawa kelengkapan fogging dah standby depan blok. Tup tup van tue bergerak g blok lain pulak...errrkkk..jadi ke tak nie?? musykill betul.. Sementara tue, budak2 nie semua dah bising2. Azan maghrib pun dah berkumandang. Sian jugak tengok budak2 yg rajin puasa sunat terpaksa buka puasa tepi jalan. My right ventrikel valve temperature dah mula naik nie..Patutnya diorang inform la jadi ke tak..Pakcik2 fogging tue pun satu hal la, blah macam tue je.. Me & kak marsil still jadi penunggu setia pakcik2 fogging. Dari kejauhan terdengar la bunyi fogging kat blok budak2 laki. OMG..kitorang dah beria keluar blok, blok lelaki pulak yang dibuatnya dulu..Tapi tak nampak pun student laki keluar blok..Hebatnya diorang boleh tahan bau asap fogging tue..
Entah siapa punya angkara, tiba2 budak2 nie mula memasuki blok X2 dengan assumption fogging is cancelled. Dengan kudrat yg ada mane2 budak yg ada berhampiran kitorang bagitau supaya bersabar & jangan masuk ke dalam blok dulu. Tapi ramai gak yang degil. Lantak korang la..We all bukan FRU boleh tahan2 korang dari masuk blok. Kalau ada yang lemas sedut asap fogging tue nanti jangan tunding jari kat kami yerr..sementara tue Me & kak marsil still tercegat kat luar menanti uncle2 fogging datang menghalau nyamuk durjana.
Lebih kurang pukul 745pm, van uncle fogging datang menghampiri. Kami pun tanya. Jadi buat fogging tak? Bro yang angkut alat tue angguk2 jer.. kami tanya lagi, "sembur luar je ke or masuk dalam blok?".. sambil berjalan bawak alat penyembur tue diorang balas. "Luar je. sembur keliling blok".
Kami tak puas hati sebab ramai yang dah masuk dalam blok. Kami tanya lagi, "Kalau student tak keluar, duduk dalam bilik takpe ke?".. bro tue pandang kami, "suruh yang duduk bilik bawah keluar"... belum sempat bagi arahan suruh student2 keluar semula, brother tue dah on dah alat die...
Maka...tidak sampai seminit bertempiaran la budak2 blok X2 keluar dari blok.. macam pelarian kat Gaza kena bom jer...tue la..degil lagi..hohoho ~~~ me & kak marsil gelak berdua...nasib korang la terpaksa sedut asap tue..
p/s: maybe next post for boleh citer sket pasal fogging nie kot..