Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

May 20, 2010

Kenapa lelaki suka main cucuk-cucuk??


Lepas keluar dari tol Cangkat Jering, my kazen dah start pecut. Bukan 30-40 tapi 130-140km/hr.  Tup-tup ada seekor kancil biru plat PEH**** mai datang rapat. Kami pun masuk lane kiri bagila lalu. Mana tau dia nak cepat, nak terkucil kot. 

Hari dah semakin gelap.Bila lak nak sampai KL. Tak sampai 10minit kami masuk kanan pecut balik.  Iskhh...jumpa balik kancil biru PEH****. Terkemut-kemut kat lane kiri. Relax gila sambil drive sambil merokok.

Masa kami lalu nampak dia bukak tingkap siap keluarkan kepala lagi. Apa kes tah mamat tue!! Tak pernah tengok awek cun drive ke? (sorry, terperasan cun pulak) Alahaii..kami bawak gen2 je pun, bukan bawak Ferrari or Lamborghini.

Bila kami dah pecut ke depan, kancil biru datang rapat balik kat belakang main-main lampu pulak. Apahal??Nak terkucil lagi ke? Kami kesian, bagila dia lalu. 

5min kemudian kancil biru PEH**** slowkan kereta. Bila kami ke depan, dia sibuk datang rapat terkedek2 kat belakang main lampu tinggi. 

Entah berapa kali tah kancil biru PEH**** main cucuk-cucuk.  Grrr...Kenapa lelaki suka main cucuk-cucuk?? Sape lelaki sila jawab!!

Lain kali dah tau nak drive jauh, cari la co-driver. Takdela bosan pastue nak main kacau-kacau awek kat lebuh raya. Bahaya la wehhh... kang tak pasal-pasal ada pulak yang nyanyi lagu pusara di lebuh raya.


May 1, 2010

Apa itu 'aurikelsan'?


Ramai betul tanya,apa maksud url blog aku nie. Pelik ke?? hehe Url blog nie adalah sama dengan emel aku. Dah berzaman-zaman dah aku pakai aurikelsan@yahoo.com.  Dari zaman sekolah menengah sampai la dah tua bangka cenggini.

Dalam badan aku ada satu organ yang tugasnya mengepam darah ke seluruh badan. Nama organ ini 'jantung'. Aurikel merujuk kepada satu ruang/bahagian pada jantung. 

Tunjuk gambar jela. Lagi senang paham. Ada belah kiri dan juga aurikel belah kanan.



San (さん) pula adalah satu ganti nama yang sering digunakan sebagai tanda hormat sama seperti penggunaan "Mr.", "Miss", "Mrs.", or "Ms.". Kat Jepun, kan diorang selalu tambah -san kat bahagian belakang nama bila diorang panggil seseorang.

Contohnya, kalau korang seorang penjual buku, maka korang dipanggil honya-san (honya = kedai buku, honya+san = penjual buku) . 

Maka,    aurikel+san= aurikelsan = empunya aurikel/bahagian jantung itu.

Begitula alkisah maksud nama aurikelsan. Errr..paham tak?? ke tak paham??


Sekian. 

April 24, 2010

Coughing & Sneezing

This is a quick update. 
..
..
..
..
..
..

yep..At night, I'm coughing like non-stop machine gun. Really can't have a good nite sleep. 


During daylight, I was like sneezing a lot like errr....whatever.! And the flu is running like water (water?? just exaggerating). My voice sounds like a rock-star. 

April 19, 2010

Gatsby Street Fair memang Gempak


Sabtu lepas satu lagi sejarah dalam Malaysia book of recod telah pun tercipta,  The Largest Bloggers Gathering in Malaysia dibawakan khas oleh Gatsby. Event yang sangat happening. Boleh jumpa ramai blogger yang femes, yang meletop, yang otai-otai, yang suam2 kuku dan juga newbie blogger macam ai nie... hehehe 

Event nie dimulakan dengan pendaftaran dan juga majlis pelancaran. Semasa pelancaran telah diumumkan bahawa Gatsby Street Fair telah berjaya mengumpulkan seramai 518 orang blogger sekkaligus mencatat kejayaan sebagai perjumpaan blogger terbesar di Malaysia setakat ini. 

  Fokus adalah pada sijil M'sia Book of Record..sila abaikan dua model suam-suam kuku di atas..

Syok je tengok ramai bloggers berhimpun dengan t-shirt merah merembung. Meriahhh youuu...Jangan risau..Ini Gatsby Street Fair okay, bukan demonstrasi jalanan macam kat Thailand.  

Best dapat jumpa semula kawan-kawan dari event Samsung Corby dulu ||jen datang dengan 2 bodyguards, emi datang pura-pura anak perak tak glamer, shahrol photographer datang dengan kameranya, laila datang dengan seliparnya, bob datang dengan jari belum warna merahaus melankolik datang dengan gf, wawan dengan seorang bodyguard dan shawlnya yang cantik||. 

Aku jugak lone ranger. Di mana bodyguard ku?? Nasib Laila ada. Melalui laila kenal huda. Cantik dan pandainya Huda nie pakai tudung belit-belit tue. Selain itu, dapat kenal beberapa kawan baru lain... Nice meeting u girls.

Since, my kamera dah selamat hancus skrinnya memangla aku tak boleh nak tayang skill fotografiku. Nak harap kat kamera hp 2.0 nie tak dapekla den nak nolong. 

lunch dengan anak perak, shahrol & laila
shahrol kan fotographer..so dia mane leh ada dalam gambar hikhikhik
jen  pun ada tapi dia makan kat meja lain dengan anak-anaknya

(gambar cilok dari shahroll..since dah mencilok meh tolong promote sket. sape nak shooting gambar kawen, tunang, anak naik buai etc etc leh cari dia okay..)

Ada macam-macam games yang ala-ala fun fair berlangsung dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang. Setiap games yang kita menang, kita akan diberi kupon. Kemudian bolehla redeem kupon-kupon tue dengan produk Gatsby. Hoorayyyy!!!! 

Tapi sayangnya, produk Gatsby nie lebih kepada barangan keperluan lelaki. Next time, Nuffnang buatla event dengan company produk-produk perempuan tau... *wink..wink!!

nak main?? sila beratur yea..


Setelah beberapa kali tawaf main macam-macam permainan, dapatlah kupon dalam beberapa puloh keping. Masa nak redeem pening kepala nak pilih apa. Siap tanya kat petugas kaunter lagi, 'miss..produk for girls takde ke??'. Amoi tue sengih je. hehe Last-last aku pilihla barang-barang yang aku rasa relevan. 

nie je yang tinggal..yang lain dah kena sedekah


Gel rambut, 2 ketul deodorant dengan sebotol cool deodorant perfume spray dah selamat sedekah kat Paksu ngan Abang Chik. Dua botol perfume deodorant dah bagi kat my cousin yang satu lagi. Yang baki nie nak buat apa ek?? Gel rambut dengan deodorant boleh bagi kat Mr. ATB tapi yang 4 botol  deodorant perfume spray tue nak buat apa?? Takkan bagi semua kat orang...

Haaaa...Buat sembur bilik boleh??? Wangila Crystal Musk dengan Ocean Clear tue...serius..memang wangi.. Pagi semalam dengan pagi tadi dah testing-testing sembur kat bilik dah . hahahaaha



nota kuku: tQ Nuffnang & Gatsby. Walaupun tak cukup bertuah nak menang pape lucky draw tapi at least bawak balik produk Gatsby. 


**Gambar kredit to anak perak & Shahroll fotography



March 30, 2010

Saya seorang pengakap

Sekarang dah jarang update status dekat facebook. Malas! Tapi kadang-kadang log in juga sebab nak tau perkembangan kawan-kawan & berita terkini. Berita dekat facebook tersebar lebih cepat dari virus hehehe Tup-tup jumpa pulak ada member upload satu gambar lama. 

 PERHIMPUNAN PENGAKAP DAERAH JOHOR BAHRU
SG CHE MANAN, GELANG PATAH JB, 2005

Rindu nak pakai uniform kelabu. Rindu jugak pada uniform putih kelana laut. Rindu zaman dulu-dulu. Sekarang masing-masing dah ada haluan dan kerjaya sendiri. Walaupun jarang jumpa tapi alhamdulillah, masih keep in touch. Kagum pada rakan-rakan yang masih tegar berpengakap. Cayalah bro! Once a scout forever a scout.

nota: amboi..divanya cara aku duduk...


 

March 26, 2010

3 hari seorang despatch


Day 1
Ada seorang gadis berkemeja pink, berseluar slack hitam melangkah masuk ke dalam Bangkok Bank di Kuala Lumpur. Kelihatan sangat cool sambil menyandang beg galas berwarna putih gading. Padahal baju dah mula nak basah dek bahang tengah hari. Laju kakinya menuju kaunter.

Hi..I nak bank in these cheques. Thanks.. Sambil menghulur 3 keping cek dengan nilai ribu riban kepada petugas kaunter.

5minit kemudian. 
Sorry miss, one of the cek is invalid.Tunggu kejap boleh? Nanti pegawai kami jumpa cik. 

Okay.. 

5minit kemudian cik pegawai bermata sepet pun datang. 
Dua cek nie okay but another one nie ada problem sikit. Sepatutnya ada dua signature but salah satu daripada signature nie invalid.You bawak balik bagi dekat bos you la. Then, baru hantar sini balik.


Day 2
Ada seorang gadis berkemeja ungu, berseluar slack hitam melangkah masuk ke dalam Bangkok Bank di Kuala Lumpur. Kelihatan sangat cool sambil menyandang beg galas berwarna putih gading. Padahal baju dah mula nak basah dek bahang tengah hari. Laju kakinya menuju kaunter.

Hi..can I see Ms.Nora, please?. katanya sopan pada petugas di kaunter.

Cik Nora yang manis dengan senyuman pun datang.
Ye dik. Ada apa? 

I come on behalf of Mrs.Tan. Rasanya her PA Ms Lee ada call pagi tadi.
Sambil hulur cek bernilai ribu-riban tue.  

Aah. She called this morning. Tunggu kejap ye.
Ms Nora masuk ke biliknya. Terpaksala si gadis berkemeja ungu tunggu.

10minit kemudian Ms Nora keluar.
Okay..I akan tolong clearkan cek nie. Tapi bukan hari ni la. Esok baru boleh clear so esok you datang lagi amek slip copy la.. err... I thought diorang hantar budak lelaki despatch tue. Sekali yang datang budak perempuan pulak.  

Gadis berkemeja ungu itu sengih. 
Saya bukan despatch girl. Despatch kami MC.Saya tolong dia. 

Mulut Ms Nora sedikit muncung. Ooo...I ingat you ganti dia. hehe sorry la. 

Gadis berkemeja ungu itu sengih lagi. Dalam hati !@#$$%^&* apakah?? 


Day 3
Ada seorang gadis berkemeja biru, berseluar slack hitam melangkah masuk ke dalam Bangkok Bank di Kuala Lumpur. Kelihatan sangat cool sambil menyandang beg galas berwarna putih gading. Padahal baju dah mula nak basah dek bahang tengah hari. Laju kakinya menuju kaunter. 

Hi, Ms Nora please.. 

Cik Nora dah pergi lunch. Pukul 1 baru masuk. You pergila lunch dulu.. cewahh memandai la pulak suruh pergi lunch. Bukan dapat claim pun dari big bos. 

Nak tak nak terpaksalah pergi lunch sorang-sorang dekat food court pasar seni. Sangat bosan. Nasib depan meja ada 3 mamat korea yang tahap boleh tahan untuk cuci mata. hehehe Dengar diorang cakap korea feeling macam dalam cerita winter sonata la pulak.

Lagi 1 minit pukul 1petang, sudah terpacak depan Bangkok Bank.  

Cik Nora dah ada? 

Petugas di kaunter senyum manis. Sebentar ye saya panggilkan Cik Nora. 

Cik Nora pun datang dengan senyum sangat manis. Hi..sorry I pergi lunch tadi. Despatch you MC lagi? 

hmm..Perli  ke Cik Nora?? Aaah..MC seminggu agaknya.  

Okay..ini salinan you all. Cek dah clear. Maaf lambat.   

Okay. Thanks.

 *******
Kesimpulan: 
 Apakah motif cerita di atas? Entah aku pun tak tau.Mungkin nak lepaskan geram kena buli jadi despatch selama 3 hari. Apakah motifnya eksekutif membuat kerja despatch?? General clerk kan ada.. Mentang-mentang aku trainee. Mentang-mentang aku sorang je bumiputera kat situ. Amoi dari Indonesia yang takde kerja dan asyik pergi pantri makan limau mandarin tue, taknak pulak di suruh. Dia pun executive (trainee) lerrr..

Masih terngiang-ngiang arahan bini bos dengan rambut perm yang juga salah seorang board of director syarikat.
Where do you live?
PJ.
You tau Bangkok bank?
err..belum sempat jawab dia dah sambung.
You ada itu motor vroomm vroom right? You tolong ganti Saif hantar cek dekat itu bank. Jalan tanya sama Ms T.


Bank tersebut TIDAKLAH sekangkang kera jaraknya dari ofis. Berkangkang-kangkang dinasour jaraknya. Walaupun aku ada gaya minah rempit tatkala menunggang Mr.JayKeyEs, tetapi aku taktau jalan nak pi sana. Terpaksala aku berhempas himpit naik LRT ditengah hari buta. 

Ohh ya..mungkin ini sebab aku di suruh menjadi despatch selama 3 hari berbanding amoi dari Indonesia yang takde kerja dan asyik pergi pantri makan limau mandarin tue. Hallo..yes she is from Indonesia tapi dia dah stay and study di Malaysia selama 4 tahun okay???!!!! Hobi beliau adalah bermain solitaire sambil makan limau mandarin apabila 3 bos @ 3Abdul keluar pergi lawat kilang.

Meja di sebelah akauntan menyebabkan aku berjaya tertengok gaji-gaji pekerja.  Gaji amoi dari Indonesia yang takde kerja dan asyik pergi pantri makan limau mandarin tue lebih tinggi dari aku?? oohhh..Apakah itu neraka (WTH)??  

Kami masuk pada bulan yang sama dengan taraf kelulusan yang sama. At least aku pernah bekerja but she?? Never. Nak tau kenapa gaji dia lebih? Because she can speak Mandarin. Confirmla dia boleh speaking mandarin. She's Chinese. aarggggghhhhhhhhhhhhhhh...Oh ya..lupa pulak. Dia adalah pekerja yang sangat sibuk terutama apabila bos-bos ada di pejabat. Asyik keluar masuk bilik fail. Bila bos-bos takde laju je dia datang kat meja aku.

Sambil minum air kotak dan makan limau dia selalu keluar ayat nie. Boring. I got nothing to do. You want some? I get it for you.

haha..memang baik. terima kasih jela. Bertimbun sample aku kena siapkan. 


Nota: Bengang. Akim, sila nyanyi kuat-kuat.



March 6, 2010

You jump I jump

Demi membuktikan cinta sejati, kami pun terjun ke bersama-sama ke dalam tasik.  cewahhhh.. ingat nie cerita Titanic? Aku adalah Rose dan si dia adalah Jack. hahaha

Berangan pergi melancong, kami pun join tourist naik bas pusing2 the Mines. Kami meraikan sesuatu sebenarnya...romantik tak?hahaha sila jangan muntah hijau di sini. Setiap penumpang diberikan sebiji button sebagai tiket. 

 Button yang cute nie pun lelaki malu nak pakai..apa kes??

nama bas ini wawa.. ada katak di situ hokay...

 
Bas tanpa tingkap - aircond semula jadi

 
bas meluncur laju terjun ke dalam tasik mines dalam kiraan 3


 menikmati pemandangan dari tengah tasik
 menuju kawasan tasik yang banyak ikan 
ikan-ikan yang gemuk kat situ dilepaskan oleh orang-orang cina..

So, bagi sesiapa yang mencari idea untuk bawak anak & isteri atau girlfriend /boyfriend anda jalan-jalan, bolehla datang ke The Mines dan join Duck Tour with Wawa Splash. Sebuah bas yang boleh berjalan di darat dan juga di atas air. 

katak tue cute kan???
Info:
Boarding Location @ Mines Square – Mines Shopping Fair 
Ticketing Location @ Mines Cruise Main Jetty
(Mines Shopping Fair Level 1) 


nota: ada tourist guide girl yg cantik bergaya


March 3, 2010

Tengok wayang free..yahuuu

Alkisahnya, sabtu yang lepas aku pergi tengok wayang dengan si dia. Movie apa? From Paris with Love.. haaa tajuk macam cerita cinta jiwang segala kan..tapi sorry la kepada peminat cerita cinta yang jiwang & suka nanges2 (macam mama iris..haha jgn marah, anda dah jadi mak orang). Ini bukan cerita cinta lagi jiwang yerr. Ini cerita aksi. Ada tembak-tembak, tumbuk menumbuk dan jugak letup-meletup.


From Paris with Love mengisahkan tentang seorang pembantu duta U.S di Perancis, Reese yang terpaksa bekerjasama dengan special agent, Charlie Wax untuk menjayakan suatu misi. Kejar sana lari sini. Tembak kiri tembak kanan. Akhirnya tahulah siapa dalang sebenar dan apakah motif sebenar. Nak tau?? sila tengok sendiri ye..tak bestla buat review awal sangat. Ada orang bising aku jadi spoiler huhuhu

Sedang si Reese dengan Wax potpet potpet, lagi 2-3 minit cerita nak tamat tiba-tiba panggung wayang menjadi gelap. Dengar suara diorang je tapi skrin gelap, gambar tak keluar.Tunggu seminit - gelap. Dua minit - masih gelap. Suara-suara tak puas hati mula kedengaran. 


'We all pay 9 ringgit la'
'WTH...blaaablaablaa'
'pulang duit....'


Beberapa penonton dah start angkat punggung. Malas nak tunggu. Lagipun ending cerita dah tau. Tapi beberapa kerat termasukla aku masih duk melepak mengharap dia bukak balik. but hopeless. Baru je kami nak angkat pungkoq, terdengar suara staff TGV kata:

'sila pergi kaunter ambil refund ye..'

Dengar je perkataan refund, kami yang ada semua tersengih. Rugi la siapa yang keluar awal tadi. yahuu..boleh layan satu round movie lagi ni. Dapat full refund pulak tue...




January 29, 2010

TERHARU BIRU


Terharu... naseb makcik tak nanges tadi. Siap ada bunga api lagi. err lagu-lagu takde??? Lagu Ya Maulai yang dinyanyikan secara akustik pun makcik terima. huhuhu Si Chantek, Si Sexy, Si Ayu, Si Anggun & Si Macho, mereka buat farewell party macam aku nak pergi jauh je. Alahai..tak sampai 1000KM pun. JB-PJ kalau pecut 3jam dah sampai.

Time kasih banyak2. Mesti aku rindu:
#1. Dinner ramai-ramai kat Zombie
#2. Serbu CS or MBO Skudai tengok movie
#3. Bersantai di Garden Kafe dengan korang
#4. Malam-malam lepak + bincang isu semasa+ makan Sundae kat McD
#5. Jalan-jalan cari makan.. banyak restoran kita belum terjah kan??
#6. Menyendatkan perut di Taman Merdeka
#7. Window shopping & fish spa
#8. Marathon makan durian & buah-buahan tempatan
#9. Bersukanria main tenis & badminton
#10. The 7 wonders... gegeh


It is not having FRIENDS that makes me happy but it is HAVING FRIENDS LIKE YOU ALL that makes me happy. Thank you for the present.. muaaaaaaaaahhh

~~~memory down d lane, Jan2009-Jan2010



note: this post is dedicated to my beloved wonder-frens MARS, VIKY, FAIZ, DAUS, FRAZI

January 20, 2010

Make Up : Perlukah??


Ada orang tanya, 'Kenapa tak make up?'.
Aku jawab, 'Perlu ke?'
Orang tue tanya lagi, 'Perempuan selalunya make up'
Aku jawab lagi, 'Natural beauty'

 Itulah alasan yang selalu aku beri.
padahal aku tanya balik kat diri sendiri 'beauty ke kak oiii?? hahaha

Malas?
Tidak
Tak pandai make up?
Iya tapi aku masih fikir bahawa make up bukan satu kewajipan. 
Boleh masuk kategori sunat tapi bukan wajib
Pernah make up?
Pernah tapi macam satu percubaan menghuduhkan diri je..
Bedak pakai?
weehh..laser nampak. sindir ke tanya nie. Bedak pakai la..kalau tak nanti muka nie nampak cam batang kayu lak
Selalu make up macam mana?
Tak make up la. hmm.. mosturizer then bedak & lipstick. 
Sebelum nie ada jugak pakai eyeliner & mascara tapi lecehla..

Bila perempuan patut make up?
#1. Attend majlis tertentu spt annual year dinner, wedding etc
#2. Interview. Natural look make up dah memadai rasanya
#3. wedding sendiri
#4. Kerja yang memerlukan seseorang tu make up spt beauty consultant, make up promoter
#5.untuk suaminya...


January 18, 2010

Kaki gerudi

'Ingat jari kaki kau cantik & wangi??? Terjulur-julur kat celah seat aku...  Kaki takde saraf ke sampai tak boleh rasa yang kaki tue dah sepak lengan aku?? Dahla bising, bercakap macam nak bagi announcement untuk satu bas. Satu setengah jam bercakap kuat gila dalam bahasa yang aku tak faham. Ingat naik bas sendiri ke?? Aku pun bayar tiket jugak tau...............'

Ayat di atas nie aku tujukan kepada 2 amoi dari China yang naik bas City Express 9988 JB-KL 6pm 13 Januari 2009. 

'Excuse me,please mind your leg & could u please lower your voice' --------> after one hour & half ,nie ayat versi sopan aku sebagai gadis melayu & rakyat malaysia pada hari tersebut. Bukan hipokrit, cuma aku masih bersifat waras, relevan & sabar.

Alhamdulillah, selepas tue aku boleh duduk & tido dengan aman sentosa. Tapi masuk jam ketiga, aku rasa kerusi aku bergetar macam ada gerudi pulak kat belakang kerusi. Construction apa pulak dalam bas...

Ishhh..tadi kaki duk terjulur kat seat orang dan mulut macam bertih jagung. Sekarang kaki lak bertukar jadi gerudi. Autobot ke apa amoi nie??

Sambil toleh kebelakang aku sekali lagi dengan ayat sopan 'Excuse me...'. Ayat tak abes pun. Nasib dia cepat faham aku nak sound dia lagi. Maka, operasi penggerudian pun berakhir.

Kesimpulannya, sila jaga kaki masing-masing ye. Jangan menggerudi & menjulurkan kaki sesuka hati di tempat awam. Kat panggung wayang pun camtue. Annoying la...orang lain boleh je duduk elok2. Yang ko sibuk menggerudi kaki tue buat pe???

January 14, 2010

Tandas oh Tandas

Alkisah malam semalam aku balik KL. Kata nak attend Samsung Corby Carnival kan....... Bagi memudahkan tuan punya keta untuk jemput aku dengan barang nak dekat 1 tan, aku pun turun dekat Hentian Sebelah Serdang. So, tak payahla dia nak kena merempuh masuk KL kan..

Turun je bas, takde orang tunggu aku pun. Adehh..Nape tak sampai lagi??? Nak terkucil dah nie..... Takkan nak tinggal barang2 nie camtu je. Walaupun barang-barang nie bukan la LV RM40K macam hadiah besday TokTi, ada banyak journal untuk master research aku.. weehhhh kalau hilang mau nanges sebulan.

Ada la dekat 5minit kena tunggu sebelum CikGen2 datang.  Dia sampai je aku terus bukak langkah seribu cari tandas.

" Tolong masuk barang. Nak g toilet"

Nampak je signboard toilet, aku terus serbu. Depan tandas aku berhenti jap tengok keadaan toilet. Waahh..bersih, harum & baru cuci sebab nampak lantai tandas basah2. Aku pun terusla masuk & pilih tandas no.2. (sebab pintu dia memang terbuka serta kelihatan bersih & menarik. berselera sikit untuk membuang apa2 yang patut).

Ahhhhh..lega. Bukak je pintu tandas, aku terus cuci tangan & hadap cermin betulkan tudung biasala perempuan kan... kemudian tunduk membetulkan kaki seluar yang aku lipat sampai ke atas betis. Angkat je kepala, depan aku tetiba terpacak seorang brother cleaner dengan penyapu dia. errr aku panggil brother cleaner sebab dia nampak muda. Umur dalam 30-an kot. 

" Apahal pulak masuk tandas perempuan nie?? Kot ye pun nak bersihkan tandas tunggula takde orang. hisshh.. cleaner perempuan takde ke?"

Lebih kurang mcam nie ayat aku kat cleaner tue dalam hati. Tak sampai hati lak nak marah depan2, mana tau kalau-kalau dia ingat takde orang dalam tandas sebab tue dia masuk nak sambung keje dia.

Aku pandang cermin & betulkan tudung yang senget benget selepas tido dengan nyenyak dalam bas. Berapa kali nak betulkan tudung daaaa...tapi masa tue la aku perasan something.......

err....kenapa benda nie ada dalam tandas wanita???

Dengan penuh rasa cuak & curios aku keluar tandas mencari signboard. Tak mungkin aku silap.  Tadi aku nampak gambar perempuan. dan bila keluar aku nampak signboard macam nie...........oh tidaaaak..


Sebelum berlari ke kereta, aku sempat terpandang wajah brother cleaner. Dia di luar tandas masih setia dengan penyapunya. Dia sengih lebar.. uwaaaaa...gelakkan aku la tue.... MALUnya...


January 12, 2010

|JJCM| My first ONIGIRI

A few years ago I watched Yakumo preparing Onigiri for her sister, Tenma in anime series School Rumble. Look yummy.. I wonder when I'll have a chance to taste this food.


Onigiri (御握り; おにぎり), also known as omusubi (御結び; おむすび) or rice ball, is a Japanese food made from white rice formed into triangular or oval shape and often wrapped in nori (seaweed). Traditionally, an onigiri is filled with pickled ume (umeboshi), salted salmon, katsuobushi, kombu, tarako, or any other salty or sour ingredient as a preservative. wikipedia

By the way, School Rumble is a Japanese manga series and has also adapted into anime series since 2004. School Rumble is a romance comedy themed on the relationships between Japanese high school students, the main focus being a love triangle involving the series' two protagonists and a classmate. So funny...


Alright, back to the main topic. I just had my first onigiri this evening. After completed my mission at M&H motor workshop at Tmn U, I've been thinking of eating sushi..I went to Jusco right away just to get some sushi. I can't effort to buy sushi king with my-almost-empty-pocket.*sigh........ But sushi at Jusco still affordable hehehhee..  When I was about to grab some salmon mayo sushi, I saw something that I used to wish that I can taste one day. Tadddaaa................ it is the ONIGIRI. ohhh..finallly...laaallaala.. 

My first onigiri with salmon mayo filling

Affordable price for student

step-by-step on how to open the package

Note: Onigiri is not a form of sushi, despite a common misconception. While onigiri is made with plain rice (perhaps lightly salted), sushi is rice with sugar and vinegar added. Onigiri makes rice portable and easy to eat as well as preserving it, while sushi originated as a way of preserving fish.

 

January 10, 2010

How do I look if I were Britney's sister??

I wonder how do I look if I were Britney Spears's sister. 
Let's take a look... hmmmm....


 On your left is Aurikel Spears --> much much chubbier because I prefer to stay at home and eat a lot hehehe while Britney on the right loves dancing & social party.. *sigh........

Oh baby, baby
Oh baby, baby
Ah, yeah, yeah
Oh baby, baby
How was I supposed to know
Oh pretty baby
I shouldn't have let you go
I must confess, that my loneliness
Is killing me now
Don't you know I still believe
That you will be here
And give me a sign
Hit me baby one more time



Now, I wonder how do I look if I were Hayden's sister. She acts as Claire Bennet in one of the most popular TV series, Heroes. She is a cheerleader-turned-agent with the power of rapid cellular regeneration.


 If Hayden Panettiere has rapid cellular regeneration, Aurikel Panettiere (played as Wana Bennet in Heroins) has rapid fat regeneration.
OMG..thats why I keep gaining weights


note: I just played morphing my picture with those people. You can try it at MorphThing.com. It can turns out so funny. Don't forget to try.Its free & doesn't require skills for photoshop.

Happy sunday,



 

January 3, 2010

Saturday Nite @ UpTown Shah Alam

Saturday 2 Jan 2010

Semalam, hari yang sangat packed umpama jammed-packed Milo Fuze.. hehehe Sampai PJ lebih kurang pukul 710pm. Warga rumah semua terkejut tengok aku balik tiba-tiba. SURPRISE!!! Dengan excited Along pun bagitau plan diorang nak merayap ke Uptown malam tue. Aku yang sangat penat tetiba jadi bertenaga dengan plan diorang nak jalan-jalan g Uptown.

830pm kami berenam bergerak ke Giant Kelana Jaya untuk shopping...Dah namanya perempuan, kalau g shopping memang tak sah kalau bakul tak berisi macam-macam kan..Benda yang tak ada dalam list pun, penuh dalam bakul.

boleh pulak 2 orang nie menggedik jadi model bedroom kat GIANT


 Cousin aku yang sorang nie pulak tetiba jadi pekerja part time tak bergaji

Habis shopping dekat kul 10.30pm. Orang GIANT dah start nak halau balik dah masa tue..hehehe Destinasi seterusnya adalah menghantar barang-barang ke rumah sewa sepupu aku kat Taman Baiduri, Shah Alam. Selesai menggegar rumah sewa dia, kami pun terus ke destinasi utama iaitu Uptown Shah Alam. Punya la ramai orang..maklumlah malam sabtu hujung minggu.

Aku & cousinku fida sempat sambar bagpack. Niat di hatiku nak sambar  Deuter. Memang murah sangat tapi malangnya aku tak bawak duit lebih. Hmm..bagus jugak.. Tak perlu membazir. Beli benda yang perlu saja okay. Cousin2 aku yang lain beli baju & aksesori apa tah lagi.

Selepas penat jelajah semua kedai kat Uptown tue kami menjamu selera pulak sebelum pulang ke rumah. Sudah semestinya aku mecuba antara minuman paling famous kat situ; air kelapa gelas besar. Memang best..sedap dan isi kelapanya pun banyak.

Nota 1: Hp bateri weak, tak sempat nak snap momen-momen menarik sepanjang our saturday nite outing. 
Nota 2:Next time nak datang lagi nak sambar Deuter sebijik.





December 30, 2009

Makcik Santa yang emosi

Memperkenalkan Makcik Santa & Pakcik Santa. hohoho..horlick... Motif gambar di bawah hanyalah sekadar hiasan semata-mata.


Alkisahnya, Makcik Santa nie walaupun baik hati seperti Pakcik Santa tetapi beliau juga mempunyai hati & emosi yang kadang-kadang senang terusik. Walaupun Makcik Santa selalu kutuk Kristen Stewart tak reti berlakon sebagai Bella dalam Twilight, takde expression segala..Makcik Santa pun sebenarnya lebih kurang begitu.

Makcik Santa suka tolong orang tapi kadang-kadang ada juga perkara yang dia tak upaya nak tolong. Makcik Santa juga manusia yang kadang-kadang perlu pertolongan. Cuma... bila terasa diri bagai satu bebanan, Makcik Santa pasti cepat-cepat tarik diri. Cari jalan keluar yang lain. Jangan risau. Makcik Santa nie gegeh & kuat orangnya....Makcik Santa kalau boleh nak orang sekeliling dia selalu happy..so dia pun akan happy.


Makcik Santa selalu kata 'I tell myself that I'm strong & I'll stay strong..what will be will be.'


p/s: Sila rujuk gambar di atas. Makcik Santa umpama Tiana (american-african princess) & Pakcik Santa umpama Prince Naveen the prince frog dalam The Princess & The Frog.

note: Kalau tak kenal Tiana, sila tonton The Princess & The Frog 


 

December 24, 2009

Walimatus Urus



Dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah selamat upgrade status daripada bujang kepada berkahwin. Memang bulan November & Disember musim orang kahwin. Setiap minggu pasti ada jemputan kenduri.

Terima kasih atas setiap jemputan. Maaf kepada mana-mana rakan yang aku tak dapat nak hadir majlis perkahwinan. Bukan tak sudi, cuma sesetengah tempat tue jauh sangat. Tak tercapai dek kaki nak menjejak ke sana. Lainlah kalau ada pintu suka hati doraemon. Boleh jugak kemana-mana dengan sesuka hati.

Tahniah atas perkahwinan:
Shaharudin (geng KOOP SASIC) & his wife
Syuhada (ex-dormate SASIC) & her husband 20122009
Yenny & her husband
Afnizanfaizal (exPF KTGB) & his partner 261209 *coming soon

Tahniah atas pertunangan:
Aimi Liyana (my ex-coursemate) & her partner 121209
Farra Illyana (my ex-matrix housemate) & her partner
Izzati Nazreen & her partner
Shida & her partner

"The Grand essentials of happiness are: 
something to do, 
something to love, 
and something to hope for."


sempat attend kenduri pertunangan elly

 Nota jari 1: Ada beberapa lagi jemputan kahwin yang baru diterima kat rumah. hmm..
Nota jari 2: Sila jangan tanya soalan cepu emas itu.



November 28, 2009

Sandal

Balik je dari Johor, aku jadik tukang cat untuk rumah aku yang kat Subang Indah Court tue. Comot sandal aku sebab kena tumpahan cat. Sehari sebelum raya mood shopping datang menyerang. so, jadikan alasan untuk beli sandal baru..hehehe ---> alasan..

simple but comfortable


Beg yg cute..sebab tue tertarik nak beli -->logik ke alasan ni??


nota kaki 1: sandal aidiladha
Related Posts with Thumbnails