Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 19, 2011

Posto..posto...

 ...
xoxo
...

Hoyeeeehh..
Yang ditunggu dah tiba.. 

Taddaaa....


Sweet Sour
Warna
3 campur satu
Total = RM56.20 (termasuk kos pos)

See..zaman dah maju.Tak payah susah-susah pergi kedai buku. 
Beli online siap boleh dapat harga diskaun lagi. 
Kalau kat kedai, sebuah buku novel lebih kurang RM19-RM21.

Amacam?? Best tak? Nie bukan first time aku beli novel online dengan jemari seni. Rasanya masuk kali ketiga. Boleh dikatakan sejak 2009, at least setahun sekali aku akan borong novel. Alhamdulillah setakat nie tak pernah lagi ada masalah beli secara online. Buku pun sampai dengan selamat dan kualiti bagus. Ada jugak kadang-kadang novel yang dibeli siap ada tandatangan penulis lagi. Amacam, kelass tak??

First time nak baca karya Nas & Ana Farhana. Baca sipnosis macam menarik. Gaya penulisan pun nampak macam sempoi dan tak terlalu berbunga. Ai kan berjiwa singa. huaaahahaha. Karya tulisan Nazurah Aishah dan Rnysa dah pernah baca.


February 15, 2011

|JJCM| Mark’s Assam Laksa @ One Utama

...
xoxo
...

On 1st of Feb yang lalu, saya kerja half-day. Syokk woo..pukul 1230 dah boleh balik. Habis kerja mana reti nak balik rumah, pergi bank kejap. Simpan duit dua tiga kupang demi hari tua nanti la kononnya. 

Perkhidmatan di bank **tuttt yang sangat lambat buat aku rasa mengantuk & tension. Aku dah pergi tawaf Ole-ole shopping mall pastue dah pergi makan lunch McD dalam kereta, pun giliran aku lama lagi. Ada la nak dekat 2jam baru sampai giliran aku. 

Bila tension tue yang angin nak shopping datang. Tup-tup teringat pulak kat cik mune, aku ada kirim dekat mintak tolong belikan perfume. So, dengan segera aku meredah ke Damansara Utama.

Kalau dah berdating kat Damansara Utama, tak lengkapla kalau tak cuci-cuci mata di One Utama kan. huhuhu Lepas hampir 20minit penat cari parking yang susah gila macam nak cari ulat celah batu, barulah dapat cuci-cuci mata. Lepas penat cuci mata, aktiviti wajib adalah MAKAN!!!

Destinasi pilihan adalah Mark's Asam Laksa. Maka, menu pilihan juga haruslah asam laksa. horraayy..



Asam laksa di sini not to say the best i ever had tapi boleh tahan la sedapnya. Kuah pun tak cair sangat & tak pula pekat sangat. Ikan agak kurang. Yang buat tambah sedap adalah prawn paste (sos udang) yang warna gelap dalam sudu tue. Orang cina panggil he-ko. He-ko nie kalau nak tambah berapa sudu pun boleh.


Minum petang pula ialah earl grey tea. Perfect combination! 

Walaupun tempatnya agak kecil, tapi sangat selesa untuk minum petang di sini.

Mark’s Assam Laksa,
Lot G213A, Ground Floor, Promenade,
1 Utama Shopping Centre
Bandar Utama, PJ

note: picture tanpa watermark - credit to google.

Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan



February 14, 2011

Selepas Mesir, Algeria pula Tunjuk Perasaan


Tatkala dunia semakin reda dengan isu hangat kemelut politik di Mesir, kini tiba giliran rakyat Algeria pula. AFP melaporkan beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.



Satu lagi tunjuk perasaan yang akan datang bakal diadakan 19 Februari ini, menurut Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

More news @ Bernama.

Sumber: Berita Harian,

Lewat 2 minit: Ada Kelaaass tak?

 ...
xoxo
...
Pagi-pagi aku terbayang Ribena Strawberry yang aku minum minggu lepas. Waaahh..kalau pagi-pagi dapat minum Ribena, ada kelaaas la pagi Isnin aku. Bajet boleh menghilangkan simptom-simptom Monday Blues la kannn.

Menghampiri R&R Hicom aku tengok jam. Baru 713 pagi. sempat lagi nak singgah beli ribena. Maka, haruslah aku singgah dekat Shell untuk membeli ribena dambaan hati kan. Lepas hulur kad bonuslink & bayaran untuk 2 botol ribena (ambek koo..sekali beli, dua botol aku sapu), aku pandang jam..aiyarrkk..725 pagi.

Bergegas masuk kereta.Sampai persimpangan aiseehh..tak sempat lepas, lampu dah merah. Lepas lampu hijau..aiyaarrrkkk...kat depan jam pulak kat depan simpang. Maka, haruslah ikut jalan altrenatif. Sambil drive ikut jalan alternatif sambil layan segmen Caaayang Dia @ Era.fm. 

Aku pun lari-lari macam anak ayam nak punch card. Kat tangga terserempak lak ngan satu human sapien. Pagi-pagi dah keluar ayat novel 'saya happy bila nampak awak, walaupun dalam hati menangis'. Lebih kurang cenggini la ayat dia kalau aku tak salah dengar.

Aku haruslah blurr kan. Bila sedikit blurr haruslah terhenti seketika langkah ku di tangga kan..huhuhu 

Tetiba baru teringat...alamak belum punch card!!!

Sambung balik lari-lari macam anak ayam. Tengok jam..Ambek kooo..lewat dua menet!!!


Selamat bekerja semua... Sebelum mengerah keringat & idea mari kita minum dulu!!!

See..aku minum ribena pagi-pagi. Ada kelas kan?



p/s: aku nak buat ayat novel jugak bley?? 'Jangan la nangis, saya takde magik tisu nak lap air mata dalam hati awak.'  Err..nape ayat nie tak bunyi macam ayat novel tapi macam bunyik ayat dalam komik/manga je??? waaakkkakaka





February 11, 2011

Saya Baik & Romantis

...




Guna alasan nie untuk reject orang bley??
huhuhu
 
note: credit to nursia, beb aku tiru status fb ko
 
 

February 10, 2011

Jom pergi Konsert Opera Hidup Wings

 ...
xoxo
...

Aku selalu memekak nyanyi lagu Wings.
Bulan April nanti kat Istana Budaya ada Konsert Opera Hidup Wings. Jom pergi!!!



Kalau check kat Ticket2U, banyak lagi kosong.




Seat yang dah terjual sila refer seat yang kaler merah okeh??
Kebanyakannya di bahagian yang kaler biru.
Kenapa? 
 Memanglahhh.. Dah area situ yang tiket murah sikit. Seat atas sekali tue, kat Upper Circle.

Seat kelabu - tak jual. Nie untuk VVIP. Tiket paling murah kat seat kaler biru turqoise, kat bahagian sisi kiri & kanan di upper circle. Seat warna biru cair  harga RM85. Seat kaler peach belakang VVIP tue harganya RM245 & kiri kanannya yang warna biru gelap tue seat berharga RM205. 

Seat kaler ungu lak berharga RM165. Seat nie pun kira oklah compare to seat warna coklat. Dahler kat grand circle, pastu seat kat tepi hujung-hujung.Tak best-best.

Tempat paling syiok haruslah depan stage kan.. tapi harga dia mak aiii... RM305. Boleh buat shopping kasut & handbag. Seat dekat grand circle kiri & kanan VVIP pun best..tapi nak keluar duit bayar RM450 beli tiket, rasa menggigil kepala lutut. Boleh buat bayar sewa sebijik rumah flat kos rendah!

Jom..jom!! Ada sape-sape nak join? G tengok ramai-ramai la best kan.. Kita duduk seat kaler biru turqoise pun okeh..janji seat row depan sekali tau.


 

February 9, 2011

Tiramisu: Saya suka awak tapi kita kan kawan

...
xoxo

Geram lak tengok Tiramisu semalam. err..bukan geraam nak makan kek tiramisu or ice blended tiramisu tapi geram tengok karektor Melur & Dani dalam drama bersiri Tiramisu. Suka tapi tak nak cakap. Asyik sebut 'kita kan kawan'. 


Sekali ada perempuan lain yang sungguh berani lak tackel si Dani. Bila Dani bagitau nak kahwin dengan Tina, barulah nak rasa sedih.


Kalau SUKA cakap SUKA.



Bukan senang nak bagitau kat orang kita suka kat dia. Lagi-lagi kalau kita jenis orang yang susaaaaah sangat nak luahkan perasaan. Jenis suka simpan sampai berapi kat dalam hati. Lepas tue bila si dia dah terlepas, sendiri makan hati kaaan..kan.. hahaha

Honestly, aku pun dolu-dolu masa sekolah pernah gak tersuka kat kawan sendiri. Tapi gila hape nak bagitau kat dia aku suka dia??!!! Owwhh..nehi..nehi..

Kang elok-elok kami boleh bergelak ketawa bersedih bersama-sama, tup-tup kalau dia tau aku suka dia then dia reject, tak pasal-pasal aku hilang sorang kawan. Owhh..nehi-nehi..

Lagipun, masa tue zaman sekolah, zaman untuk fokus kat pelajaran..cewaaahh.. So, aku ignore jela feeling-feeling cenggini.  Masuk zaman U, aku rasa takde istilah suka kat kawan sendiri. Macam alergik bila kawan nak tukar jadi kekasih. So, kalau ada sape-sape yang try bagi hint tapi aku macam tak bagi respond tue hahhaha aku memang sengaja buat-buat TAK PAHAM. 

Bayangkan kalau aku PAHAM, pastue aku kan ALERGIK bila kawan nak jadi kekasih, pastue aku reject. Tak ke malu orang tue. Elok-elok aku ramai kawan, kang hilang satu kawan. Owhh..nehi-nehi..











February 8, 2011

Rambang mata : Blue or Pink?


...
Blue+Silver


or

Pink+Grey



Kedua-dua warna ini sangatlaaaah suweeet

APA KATA ANDA???
p/s: pic credit to the perfect pallette

Serangan bertubi-tubi


 ...
<<7 Feb 2011>>
Sedang khusyuk membaca berita kisah konflik di Mesir, tiba-tiba Cik Mozilla di laptop tertutup sendiri. Serius aku tak usik apa-apa. Tak sampai 10 saat, keluar Spyware protection tengah scanning laptop. 
APAKAH yang berlaku???
Bertubi-tubi warning keluar!
Terus aku off internet connection



Macam-macam ada
Worm, Trojon, Brontok etc

Semua program tak boleh bukak. Memang kena format semula la.
Nasib reti format sendiri. Kalau tidak melayang la fulus.



February 7, 2011

A picture a day keeps my memory awake

...
xoxo
Morning all... selamat kembali bekerja. Sempena bulan Februari nie, aku nak buat something la. This idea adalah cilok dari my dear pet sis, cik mune. Tapi dia buat kat facebook,aku buat kat blog sendiri hokeh? Setiap hari akan ada satu gambar aku tempek kat blog nie. Haruslah gambar tue ada kena mengena dengan aku kan..

Memandangkan hari nie dah 7 hari bulan februari, so aku qada' la tepek 6 gambar for the last 6 days. hokeh??

<<1 Feb 2011>>
makan besar @ budi Restaurant

<<2 Feb 2011>>
window shopping @ Nilai 3

<<3 Feb 2011>>
 owner adalah pn. reena ~ siapa2 nak tempah hantaran pun dia boleh buat

<<4 Feb 2011>>
kek sunquick oren ~~ aku baking sendiri nie.. 
sila la percaya hokehh..

<<5 Feb 2011>>
  my BFF engagement

<<6 Feb 2011>>
the best putu piring in PJS 2


February 6, 2011

|JJCM| Budi Restaurant @ PJS 6

 ...
Hoyeeaahh..
Last time makan dengan kawan-kawan. Kali nie makan besar dengan family besar.



fresh orange

fresh mango 

ice lemon tea

teh tarik halia .. serius sangat sedap

ABC kurang manis tapi isi kat bawah macam-macam

air kelapa muda

secukup rasa tapi isi kurang

siakap 3 rasa.. ikan digoreng garing + kuah 3 rasa memang mantop

kailan belacan .. sedap

ikan bawal 3 rasa pun sedaap

 

Menu pilihan untuk 11pax:
|ikan siakap 3 rasa, ikan bawal 3 rasa, kailan belacan, kailan ikan masin, tomyam campurx2, 
udang goreng tepungx2, bihun pataya, chicken chopx2|
+
|Jus orenx3, jus manggax2,ice lemon tea,ABCx3,teh tarik halia|

Total bil = RM151

Secara keseluruhannya, makanan kat tempat nie boleh dikategorikan sebagai sedap. Persekitaran pun bersih dan selesa. Pelayan pun peramah. Cuma servis je agak lambat sikit. Tunggu semua hidangan siap baru mereka hantar sekali. Sebab tue agaknya kami punya tomyam masa mereka hantar dah tak panas lagi. Harga takdela murah sangat tapi kira affordable dan berbaloi la dengan masakan yang dihidangkan.

Harga makanan, menu dan kalau nak buat reservation boleh lawat website Budi Restaurant.

Dari 5 bintang bolehla bagi 4. 

Peta kredit to Budi Restaurant

Lokasi: No 15 &16, Jalan PJS 6A, Kampung Lindungan, 47100 Petaling Jaya, Selangor

p/s: Lupa nak bagitau.. sini ada free wifi.



February 1, 2011

|JJCM| Yuen Steamboat Buffet

Hooyehhhh.. makan lagi. Kali ini makan besar sempena 2 engineer dari KK tamat training kat sini. Kira farewell party la nie. Lokasi adalah di Restoran Yuen Buffet Steamboat yang terletak di Sunway Mentari.




Awal-awal lagi kami dah booking tempat. Aku sampai lewat sikit sebab menunggu dengan penuh tension kat Maxis Centre Sunway Pyramid. Masa sampai, diorang 8 orang dah selamat makan satu round.

All you can eat. Makanlah apa sahaja yang ada tapi kalau tak abes makan, bayar!!! RM6 akan dicas bagi setiap 100g makanan yang kita tak habis makan. So, kalau datang sini sila pastikan anda bersedia mental & fizikal. Gigi dah cukup tajam nak mengunyah, air liur dah cukup nak merembeskan enzim, esofagus dah ready nak gerakkan makanan pergi ke perut & of course la perut dah standby nak simpan makanan.

Bayaran adalah mengikut ketinggian. hahaha betul..serius tak tipu huhuhu Kat luar restoran siap ada tempat untuk ukur tinggi lagi. 140cm ke atas RM24.00 

Pilihan menu memang sangat banyak. Semalam, udang ada dua jenis, ketam, lala ada 2-3 jenis, ikan pari, ikan xtau nama pun banyak. Makanan laut confirmla macam-macam kan. Selain tue, ada juga cendawan, teratai, sayur-sayur dan ulam-ulaman.

(pic kredit to: aCiapAi)

Jika di sesetengah restoran steamboat, kita selalunya diberi pilihan. Nak sup atau tomyam. Tapi kat sini kita dapat kedua-duanya sekali. haaa..makanla puas-puas hokeeeh.


Keistimewaan kat sini ada chicken wings. A must have chicken wing. Sedap menjilat jari... Ada la dalam 4-5 ketul selamat mendarat dalam perut aku semalam. Setiap kali staff kat sini hantar chicken wing je, berebut orang datang ambil. Lambat je abes. Terpaksa la tunggu next round.

Sila abaikan tembikai seketul yang tersesat di atas piring chicken wing nie

Sebagai pencuci mulut, disediakan buah-buahan dan kuih-muih. Tapi yang nie pilihan tak banyak. Cuma ada 2 jenis buah dan 2 jenis kuih. Tapi desert yang paling best adalah AISKRIM. Ada pelbagai pilihan aiskrim. Habis satu flavor dia akan tukar flavor lain. Semalam makan aiskrim vanila, durian,honey dew, mint choc, raspbery..errmm apa lagi ek? 

iskhhh...3x 


Overall boleh bagi 8/10. Best kalau pergi makan ramai-ramai. Kalau berdua je baik tak payah kot. Bila makan ramai-ramai lebih meriah & nikmatnya berbeza.


Location: 
Restoran Yuen Buffet Steamboat, 
32A-1, Jalan PJS 8/6, Mentari Plaza,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
(Shop lot opposite Sunway Pyramid)





Related Posts with Thumbnails