Catatan 12 Jun secara rasminya bermula di Jeti Kuala Perlis, menunggu feri untuk ke Langkawi. 2 bas termasuk bas yg aku naiki telah tiba seawal 9 pagi. Namun, rombongan IPF UTM menaiki feri lebih kurang jam 12 tengah hari kerana menanti sebuah lagi bas yang tiba agak lambat. Almaklumlah, bas tersebut sangatla bersopan santun di jalan raya..hehehe
Perjalanan dari Kuala Perlis ke Kuah mengambil masa kurang dari sejam. Perjalanan ke Langkawi dengan menaiki feri agak membosankan. Nak tau kenapa??
1. Dah elok2 dapat tempat duduk, kena halau pulak. Kononnya seat tersebut milik orang lain. Maka, sebagai manusia yg sangat penyabar & bertolak ansur kitorang carilah seat lain yg kosong.
2. Kami dapat duduk di tingkat atas.. tapi still tak rasa best sebab tak dapat duduk tepi tingkap hehehe
3. Cerita yangditayangkan di TV tak dapat didengar dengan jelas.. sebab tenggelam dek bunyi enjin feri yang sangat kuat
4. Kami semua terperap je dalam feri, tak boleh keluar ke bahagian luar feri menikmati keindahan laut.
Sebaik sahaja sampai di Jeti Kuah, kami terus menaiki bas yg disediakan oleh pihak hotel menuju ke Aseania Resort. Agenda pertama sebaik sahaja sampai adalah makan!!! whoaaa..apa lagi?Kena serbu la kafe kat situ..semua pun muka kebulur huhuhu
Lepas makan, baru boleh check in. Nie satu lagi problem..kena tunggu lama sebab ada tetamu hotel yg belum check out lagi..Faham2 jela musim cuti sekolah nie..hotel kebanyakannya penuh.. Dekat-dekat pukul 4 barula kami dapat kunci bilik..aisehhh..sedikit spoil la.. Urusetia dah umumkan bahawa petang tersebut aktiviti bebas. Buatla sesuka hati, janji malam perasmian nanti ada kat dewan..lalallala~~~bestnyerr..dalam otak dah plan nak pergi jalan2.

Kami laksamana berlapan ~Chantek; Anggun; Sexy; Comel; Jambu; Macho; Diyana & Huda~ buat keputusan nak mengembara mendaki Gunung Mat Chincang. Sorry to Bendahara Viky, beliau sangat sibuk dengan urusan negara..tak dapat join pengembaraan-main-redah kami nie.
Dalam perjalanan ke Teluk Burau, van yg kami naiki sempat lalu di tempat yang berkonsepkan deretan kedai ala-Mediterranean. Tempat nie dinamakan Harbour Park Langkawi. woww!! Bestnya tengok kapal2 mewah berlabuh kat situ..Dengar-dengar ceritanya, Harbour Park ni berperanan sebagai bandar pelabuhan kecil yang menjadi pintu masuk baru ke pulau itu.
Ketika tiba di Oriental Village di Teluk Burau, kami diberitakan bahawa Gunung Mat Chincang kini boleh dinaiki dengan mudah & cepat. Naik cable car jer..lebih kurang 15 minit dah boleh sampai ke puncak...Tak payah nak panjat2 segala...tak perlu membazir peluh, lemak, kalori & stamina..wahhhh..maka, dengan begitu teruja kami pun naik cabel car..RM13 jer tapi harga asal tiket RM15~~hasil bantuan pakcik van yang membawa kami ke Oriental Village.

Di sekitar perkampungan oriental nie adalah pemandangan menarik kaki gunung, demonstrasi ular..nak bergambar dengan ular pun boleh..jualan produk2 Langkawi & cenderamata cenderahati segala..
Rupa-rupanya kereta kabel di Langkawi nie telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kereta kabel tanpa tiang terpanjang di Malaysia. Perjalanan kami ke puncak Gunung Mat Chincang sejauh 2.2 km mengambil masa lebih kurang 15minit. Cepatkan??Confirm tak membazir kalori, lemak & stamina..hehehe tapi bagi sesiapa yg gayat mungkin perlu membazir sedikit peluh..okay??
Kereta kabel Langkawi nie mempunyai dua stesen sepanjang perjalanan yang memberi peluang kepada pelawat untuk singgah di pertengahan jalan atau meneruskan destinasi ke puncak Gunung Mat Chincang. Peringatan for those acrophobic (fobia tempat tinggi), tak payahla nak test terror jenguk2 bawah..pandang depan & atas jela.. XD
Kami singgah di stesen pertama..bukan untuk bertapa tapi sekadar mengambil gambar keindahan Pulau Langkawi & perairannya. Kemudiannya meneruskan pengembaraan kami ke puncak Mat Chincang.
Kami singgah di stesen pertama..bukan untuk bertapa tapi sekadar mengambil gambar keindahan Pulau Langkawi & perairannya. Kemudiannya meneruskan pengembaraan kami ke puncak Mat Chincang.
Di puncak gunung, pengembaraan kami diteruskan dengan bersiar-siar di atas Sky-Bridge setinggi 700 meter dari aras laut, woow!!sape gayat sure berpeluh ketiakk..hahaha Jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan bengkok Langkawi, dibina khas untuk menyaksikan pemandangan lebih menyeluruh kawasan sekitar. Amazing!!!Siapalah engineer yang hebat sangat nie..
angin kuat waktu petang..senget benget tudung
INFO:
Langkawi Cable Car
Waktu Operasi: 10 pagi - 6 petang (Isnin - Khamis);
9.30 pagi - 7 malam (Jumaat - Ahad)
Harga: RM15 (dewasa); RM5 (kanak-kanak)
Geng pengembaraan Puncak Mat Chincang
p/s: laksamana Anggun tiada dalam gambar kerana sibuk mencari puteri gunung ledang psstt..last2 tak jumpa jugak sebab dia cari kat salah gunung huhuhu
Majlis perasmian Konvensyen Felo 2009
p/s: laksamana Anggun tiada dalam gambar kerana sibuk mencari puteri gunung ledang psstt..last2 tak jumpa jugak sebab dia cari kat salah gunung huhuhu
Pengembaraan ke Puncak Mat Chincang berlangsung dengan jayanya..Pengalaman menaiki kereta kabel yg mengujakan & pemandangan yg sangat indah memang sangat best..Tak rugi join konvensyen felo 2009.. hehehe
Aktiviti waktu malam diteruskan dengan majlis perasmian Konvensyen Felo 2009 yang dirasmikan oleh ADUN Langkawi yg juga alumni UTM, Dato Ir Hj Nawawi..