Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

August 24, 2010

|Isu Ramadhan| Pakai Contact Lens & Ubat Titis Mata

Kanta mata lekap or orang kampung panggil contact lens kini telah menjadi keperluan bagi sesetengah golongan yang rabun. Bagi si rabun yang lasak, contact lens memudahkan pergerakan dan aktiviti seharian. 

 pic kredit to google


Namun, apakah hukumnya memakai contact lens di bulan puasa? Normal bagi yang memakai contact lens untuk menitiskan ubat mata (eye drop) bagi mengelakkan mata menjadi kering. Adakah perbuatan ini turut membatalkan puasa?
Hukumnya: Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
 
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
 
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.
 

August 23, 2010

|Isu Ramadhan| Darah keluar dari tubuh

 pic kredit to google 

Bila bulan ramadhan tiba, banyak jugalah soalan-soalan yang menjadi kemusykilan bagi sesetengah muslim. Begitu begini boleh tak? Buat itu buat ini dikira batal puasa tak? 

Isu pertama sempena topik berkaitan kemusykilan di bulan puasa ini ialah darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. 

Keluar darah haid dan nifas, memang telah disepakati ulama sebagai perkara yang membatalkan puasa. 

Jadi, bagaimana pula sekiranya seseorang muslim yang berpuasa itu tercedera hingga keluar darah dari mana-mana anggota badannya? Atau bolehkah seseorang muslim itu menderma darah ketika sedang berpuasa? Bagaimana pula jika seseorang muslim terpaksa menjalani pemeriksaan perubatan & terpaksa diambil darahnya untuk tujuan analisis?

Apakah hukumnya darah keluar dari tubuh ketika sedang berpuasa?

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan puasa adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). 

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247) 


sumber: refer here


December 17, 2009

Salam Awal Muharram 1431H

Selamat menyambut kedatangan awal muharram 1431H. Petang nie lepas solat asar jangan lupa baca doa akhir tahun tau. Kemudian disusuli oleh doa awal tahun selepas solat magrib nanti.





Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

*kredit to PakarHowTo

August 25, 2009

Batal puasa apabila...

Mengingatkan mana yang lupa atau buat2 lupa dlm bulan ramadhan nie. Antara perkara yang membatalkan puasa:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)


2. Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))



3. Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:

“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))


4. Suntikan Yang Mengandung Makanan

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman.

Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.


5. Jima’ (Bersetubuh)

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”

Dalilnya adalah firman Allah:

“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):

“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))


6. Gila walaupun sekejap














7. Bersalin















8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari














Nota 1: Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com . http://fiqh-sunnah.blogspot.com. Info ramadhan Al-azim.com

Nota 2: Soal jawab puasa yg lain? klik sini yerr..



August 21, 2009

Lafaz niat puasa

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan:


“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


June 16, 2009

Doa Perlindungan


Doa nie adalah antara amalan doa yg selalu aku amalkan dengan niat mendapat perlindungan Allah dari sebarang perkara yg tak baik..semoga dapat manfaat bersama.


بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض
ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui"


nota: Aku suka amalkannya setiap kali keluar rumah, menunggang motor, berjalan jauh, jalan berseorangan, ketika melakukan sesuatu yang mencabar etc etc..


May 14, 2009

How to make muslims drink beer?

.......by introducing the non-alcoholic beer first as a marketing strategy before the original alcoholic beer. Astaghfirullahala'zim.. Nauzubillahi min zalik.. Macam2 strategi mereka cipta untuk memperdaya org muslim kan?Berita pasal non-alcoholic beer nie dah keluar di surat khabar The Edge (2007).. lama dah...

nutrimalt nie adalah salah satu produk non-alcohol keluaran carlsberg

Non-alcohol can be referred as very low alcohol..means it is not exactly 0% alcohol..plz take notes yaa.. NUTRIMALT nie kalau refer kt carlsberg website dah start produced kt m'sia since 1995. Kalau ikutkan fakta yg diberi, nutrimalt dikatakan 0% alcohol. hmm..bagaimana pula dengan fermenter yg digunakan??adakah menggunakan fermenter yg sama untuk menghasilkan beer beralkohol yg lain??haa.. fikirla sendiri kan..

source: wikipedia

Low-alcohol beer (also called non-alcoholic or NA beer, small beer or small ale, or near-beer) is beer with very low or no alcohol content. Most low-alcohol beers are lagers but there are some low-alcohol ales.

In the US, beverages containing less than 0.5% alcohol by volume (ABV) were legally called non-alcoholic, according to the now-defunct Volstead Act. Due to its very low alcohol content, NA beer may be legally sold to minors in most American states.

In the United Kingdom, the following descriptions apply by law (correct as of May 2007):

  • No alcohol/alcohol-free: not more than 0.05% ABV
  • Dealcoholised: over 0.05% and under 0.5% ABV
  • Low-alcohol: not more than 1.2% ABV
In the rest of the European Union, beer must contain no more than 0.5% ABV if it is labelled “alcohol-free.”...

so, adakah anda percaya bahawa non-alcoholic beer is 100% free alcohol...up to you... Bukan setakat brand nie je..brands yg lain pun sama jugak..


Jolly Shandy is a refreshing mix of Lemonade and real Beer.
The brand was re-launched in 2007 with an improved lemon taste and a new design.


Ada member bagitau dia macam pernah nampak air tin jolly nie jual kt 7-E.. ada 3 perisa (laici, lemon & peach)...nampak macam air gas biasa tapi sebenarnya mengandungi alcohol..walau haus mcm mana sekalipun, sila la tengok betul2 air tin yg kita beli..jangan nampak tulis air laici jer terus sambar..


"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."


note: peringatan buat semua insan bergelar hamba Allah


Mari berdoa...







note: doa itu senjata, usaha itu peluru
kredit to doaharian.blogspot

April 20, 2009

Convention..The End of Zionist Agenda



MERDEKA HALL, PWTC
9
th MAY 2009
8am - 5pm
RM10
(Entrance Fee)


Panelist:
Dr Azzam Al-Tamimi
Assoc. Prof Dr. Mohsen Saleh
Dr Roslan Bin Mohd Nor

March 31, 2009

Zikir & Amalan Surah Waqiah untuk Wajah Berseri

1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.

3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

p/s: zikir & doa tue usaha tapi yg paling penting ialah menjaga solat..wallahua'lam

kredit to pakarhowto.com



March 29, 2009

Rentetan kes hampir murtad kerana jiran

Sambungan dari post berjudul 'Tukar agama kerana perangai jiran'.......

MUIP adakan perjumpaan dengan penduduk

KUANTAN 25 Mac – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk bagi menyelesaikan isu sebuah keluarga yang hampir murtad kerana tekanan hidup di perkampungan PPRT Berkelompok, Jaya Gading di sini esok.

Perjumpaan itu yang bakal dihadiri sama oleh keluarga terbabit akan berlangsung di sebuah surau di perkampungan tersebut selepas solat Maghrib.

Ia diadakan berikutan dakwaan penduduk bahawa pasangan suami isteri itu berbohong dan membuat dakwaan palsu ke atas mereka.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP, Nik Ibrahim Nik Abdullah berkata, perjumpaan itu bertujuan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku sehingga mendorong keluarga 11 beranak itu ingin keluar Islam.

“Dakwaan keluarga itu kononnya menerima tekanan hidup akibat disisihkan jiran dan ketiadaan bekalan air juga meragukan.

“Tambahan pula, penduduk di kawasan terbabit mendakwa keluarga berkenaan yang sering melakukan masalah sehingga lima laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kejayaan MUIP menyelamatkan pasangan suami isteri dan sembilan anaknya daripada murtad akibat tidak tahan hidup disisih jiran.

Pasangan yang berasal dari Terengganu itu mendakwa, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak tahan dengan tekanan hidup akibat dicemuh oleh jiran-jiran yang didakwa turut memotong saluran paip air ke rumah mereka.

Pasangan itu berjaya diselamatkan oleh MUIP ketika dikatakan hendak melaksanakan hasrat mereka tersebut.

Bagaimanapun, dakwaan mereka dinafikan sekeras-kerasnya oleh penduduk kampung berkenaan dengan mendakwa suami isteri itu dan anak-anaknya yang sering menimbulkan masalah kepada masyarakat setempat.


kataku: kisah yg menarik..macam2 ragam manusia.. adakah manusia sanggup berbohong dgn memperjudikan agama demi menarik perhatian & simpati masyarakat???

Related Posts with Thumbnails