Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

March 29, 2009

Rentetan kes hampir murtad kerana jiran

Sambungan dari post berjudul 'Tukar agama kerana perangai jiran'.......

MUIP adakan perjumpaan dengan penduduk

KUANTAN 25 Mac – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk bagi menyelesaikan isu sebuah keluarga yang hampir murtad kerana tekanan hidup di perkampungan PPRT Berkelompok, Jaya Gading di sini esok.

Perjumpaan itu yang bakal dihadiri sama oleh keluarga terbabit akan berlangsung di sebuah surau di perkampungan tersebut selepas solat Maghrib.

Ia diadakan berikutan dakwaan penduduk bahawa pasangan suami isteri itu berbohong dan membuat dakwaan palsu ke atas mereka.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP, Nik Ibrahim Nik Abdullah berkata, perjumpaan itu bertujuan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku sehingga mendorong keluarga 11 beranak itu ingin keluar Islam.

“Dakwaan keluarga itu kononnya menerima tekanan hidup akibat disisihkan jiran dan ketiadaan bekalan air juga meragukan.

“Tambahan pula, penduduk di kawasan terbabit mendakwa keluarga berkenaan yang sering melakukan masalah sehingga lima laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kejayaan MUIP menyelamatkan pasangan suami isteri dan sembilan anaknya daripada murtad akibat tidak tahan hidup disisih jiran.

Pasangan yang berasal dari Terengganu itu mendakwa, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak tahan dengan tekanan hidup akibat dicemuh oleh jiran-jiran yang didakwa turut memotong saluran paip air ke rumah mereka.

Pasangan itu berjaya diselamatkan oleh MUIP ketika dikatakan hendak melaksanakan hasrat mereka tersebut.

Bagaimanapun, dakwaan mereka dinafikan sekeras-kerasnya oleh penduduk kampung berkenaan dengan mendakwa suami isteri itu dan anak-anaknya yang sering menimbulkan masalah kepada masyarakat setempat.


kataku: kisah yg menarik..macam2 ragam manusia.. adakah manusia sanggup berbohong dgn memperjudikan agama demi menarik perhatian & simpati masyarakat???

Related Posts with Thumbnails