Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 24, 2009

Tukar agama kerana perangai jiran??

Hampir tukar agama kerana jiran


ZAKARIA memeluk erat Nik Ibrahim (tengah) setelah diberi kesedaran mengenai niatnya untuk bertukar agama sambil diperhatikan Pengurus Pusat Kutipan Zakat Kuantan, Halidan Md. Daud di Kuantan semalam.


KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.

Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.

Menceritakan bagaimana mereka boleh bertindak demikian, Nurhamiza mendakwa, segalanya bermula apabila dia sekeluarga tidak tahan menerima tekanan ketika menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua tahun lalu.

"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran.

Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.

Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan empat anaknya.

Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.


p/s: Aku paham orang2 islam kat malaysia nie sibuk buat kutipan berjuta-juta untuk bantu umat islam di Gaza & di negara2 lain..kalau benar prihatin, kenapa kes begini terjadi?Aku percaya ini bukan kes pertama & bukan juga satu-satunya kes orang islam nak tukar agama kerana desakan hidup..

p/s II: apa komen korang??

7 comments:

Anonymous said...

aku rasa fikiran dia singkatla..yela kn,sbb tu dia bley pk nk g ke paderi tu..dulu kte pon ssh..kna tgk blk imanla..aku rsa biasala klo jd org miskin mmg dipandang hina.aku pnh wo rsa mcm tu...itulah,pokok pangkalnyer iman...pedulila jiran nk buat apa.tp pk kn akhirat je la..kn berbuat baik akan dapat pahala kebajikan...bersabar pon dpt pahala...

-adah-

aurikelsan said...

yup..kalau iman goyah mcm tue la jadinya, cari jalan senangla kononnya, yg bagi rezeki sebenar bukan paderi tapi Allah..

so, peranan kita sbgai masyarakat islam??

kalau tgk kes nie, sikap umat islam sendri yg mghancurkan sesama sendiri..

Aidy Shahiezad said...

terlalu dangkal pemikirannya, terlampau nipis imannya...
inikah masyarakat islam yang kita perjuangkan selama ini ???

Mohd Hafiz Safwan said...

Hmm..1st time baca pasal menda nih pun kat blog ko..lepas tu bergegas carik kat paper online..bila baca balik..macam2 perasaan nih. Sedih ada, terkilan...actually lawak pun ada jugak(((What are those so called leaders of the nation are doing...Hello!!!)))

1st skali meh kita tgk apa masalah sebenarnya.
1. Kemiskinan - Susah-payah Umar Abd Aziz menghapuskan kemiskinan sebab itu antara punca benda2 macam nih. Perlu diingat...setiap dugaan yang dikenakan kat dia tu sepatutnya bukan hanya untuk dia tapi jugak untuk orang lain yang melihat...Jiran2 dia nih pun satu hal lah..

2. Iman - Ok..macam dia tu kira dah sampai tahap nak jumpa paderi... Tapi berdasarkan ujian yang kena kat dia tu..tak mustahil laa..kita nih pun kadang2 terlepas maki hujan(terlepas walaupun selalu ingatkan diri yang hujan tu rahmat bagi sesetengah makhluk dan bala bagi yang lain)..baru tahap hujan tuu..

3. Ilmu...dah dok kat PPRT tu pun dok mendengki ke?..Air surau pun berkira...dah tau orang tu susah..kalau rasa terbeban tu gi la carik bersamamu ke..karam singh walia ke..si ketua kampung tu mesti sekolah tak habis darjah 6..kalau ketua kampung educated sket rasanya takder la masalah nih jadi..so bayangkan tahap pemikiran manusia yang tinggal disekeliling keluarga malang nih...

lastly nak komen pasal satu komen dalam post nih

"terlalu dangkal pemikirannya, terlampau nipis imannya...
inikah masyarakat islam yang kita perjuangkan selama ini ???"

->Tak setuju..memang patut diperjuangkan..perjuangan menghapuskan menda2 cam nih memang patut dilakukan sejak dulu kini dan selamanya...caranya:Ilmu(merujuk kepada ayat pertama diturunkan),Iman dan Amal...

Anonymous said...

1.to me, orang ni nak jumpe paderi maybe sebab kalau convert leh dapat duit. kan orang kate kalau convert kan orang islam masuk kristian leh dapat duit, hidup ditanggung, etc.

2. jiran dia tu apesal teruk sangat? kot ye pon jangan la sampai nak membahayakan nyawa orang. kalo dah tak suke sangat, cakap pakai mulut je sudah la. pelik2 je orang skarang ni.

3. kte takleh just tuding jari kat dia. kita kne pk cara tok solve the prob. hmm.. which im not sure at the moment. hmm

cteemars said...

huhuhu...

benda ni jadi bersebab..ini dugaan ujian bukan kat si miskin ni je, or kat si jiran ni je, tapi kita jugak, utk kita berfikir...apa yang kita boleh buat. Betulla..Rasulullah s.a.w dulu cukup takut kalu umat baginda (kita la ni) hidup susah dalam kemiskinan..sebabnya jadi macam ni la...

Syukur sebab majlis agama cepat bertindak, selamat seorang saudara kita, selagi dia mengucap saudara kita la kan tu...huuhuhu..

Selalu beringat..itu penting.
^_^

Fieda said...

YA isu yang sedang hangat diperkatakan, pagi tadi pun isu nie dibincangkan di radio IKIM... tapi terlepas mendengar komen dari pusat zakat.. emm ok lah bagi aku sebenarnya convert ke agama lain bukan isu baru dah bermacam2 isu yang pernah hangat diperkatakan termasuklah Lina Joy dan sebagainya.. tetapi kisah kali nie berlainan sedikit kerana disebabkan keadaan sekeliling yang menekan orang tersebut ubtuk convert.. Memangla kao dilihat bertapa rapuhnya iman sehingga hendak keluar agama.. Mungkin jalan singkat itulah yang kalo difikirkan sudah ramai orang Islam telah ditarik oleh paderi2 untuk convert ke agama Kristian...

Semuanya memainkan peranan untuk menjadi mata dan telinga dalam masyarakat khususnya.. bukan untuk menghuna atau mengumpat keji tetapi membantu dan menghulurkan pertologan terutamamaya sedara seislam kita...

Sekian...

Related Posts with Thumbnails