Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.
July 11, 2012
Doa dimurahkan Rezeki
August 24, 2010
|Isu Ramadhan| Pakai Contact Lens & Ubat Titis Mata
March 24, 2009
Tukar agama kerana perangai jiran??
Hampir tukar agama kerana jiran
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.
Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.
Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.
Menceritakan bagaimana mereka boleh bertindak demikian, Nurhamiza mendakwa, segalanya bermula apabila dia sekeluarga tidak tahan menerima tekanan ketika menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua tahun lalu.
"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.
Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran.
Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.
Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan empat anaknya.
Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.
p/s: Aku paham orang2 islam kat malaysia nie sibuk buat kutipan berjuta-juta untuk bantu umat islam di Gaza & di negara2 lain..kalau benar prihatin, kenapa kes begini terjadi?Aku percaya ini bukan kes pertama & bukan juga satu-satunya kes orang islam nak tukar agama kerana desakan hidup..
p/s II: apa komen korang??



