Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 24, 2010

|Isu Ramadhan| Pakai Contact Lens & Ubat Titis Mata

Kanta mata lekap or orang kampung panggil contact lens kini telah menjadi keperluan bagi sesetengah golongan yang rabun. Bagi si rabun yang lasak, contact lens memudahkan pergerakan dan aktiviti seharian. 

 pic kredit to google


Namun, apakah hukumnya memakai contact lens di bulan puasa? Normal bagi yang memakai contact lens untuk menitiskan ubat mata (eye drop) bagi mengelakkan mata menjadi kering. Adakah perbuatan ini turut membatalkan puasa?
Hukumnya: Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
 
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
 
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.
 

5 comments:

Unknown said...

betul xbatal...tp bila menitiskan ubat mata akan terasa dalam tekak..seeloknya bila rasa dlm tekak, haruslah meludah...huhuhu..sekadar berkongsi

Sya Isya said...

hari tu baru lepas tanya mak, batal x kalau titiskan ubat mata, mak kata tak. hehe..thanks for the info. selamat berpuasa!.

NurulHudaResad said...

gud info suria....aku penah baca kt mana ntah yg dimaksudkan takleh memasukkan sesuatu ke dlm rongga tu jika ia akan sampai ke perut....mmmm.....korek hidung??

Anonymous said...

Mana lagi bagus antara Cermin Mata atau kanta lekap??

aurikelsan said...

masing2 ada pro & kontra. kanta lekap perlukan penjagaan yg lebih teliti dari aspek kebersihan.

Related Posts with Thumbnails