Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

October 19, 2015

Bebeh #travelling beruang meeting di Melaka

Holaa....

Semalam ada meeting & document review kat Pusat Bandar Melaka. Lepas subuh lebih kurang jam 630pagi aku dah siap nak gerak pergi Melaka. 
Memang lah ikut highway tak jammed, tapi sebelum menempuh highway PLUS tue aku kena redah dulu jammed kat jalan keluar dari kawasan rumah aku. Biasanya kat area PJ ni jam 7 dah jalan raya  dah start jadi sandwich.huhuhu...

Lepas breakfast dengan secawan hot lemon, aku pun grab backpack laptop and handbag. Itu jer..masuk2 barang dalam kereta & ready nak memulakan perjalanan ke Melaka. 

Masa nak check side mirror belah kiri.. aikkkk!!!!! Mana datang dia ni????

Sibuk je bebeh ni nak ikut orang meeting kt Melaka. Hmmmm..kesian punya pasal..angkut gak la...

Okeh..bebeh duk diam2 dalam kereta ya...

Meeting berakhir lebih kurang jam 430ptg. Alhamdulillah..everything went well. All is well.. semoga dipermudahkan segala urusan aku untuk consult project baru ni. Kali ni aku handle sorang2 je walaupun organisasi client besar..


 Bebeh..jom balik! Esok nak fly to Miri.


With love from Melaka,
aurikel
#travellingberuang
#hope
#pray




October 18, 2015

Alhamdulillah....& Terima kasih...

Salam...
T_T

Tayar kereta iolss pecah...uwaaaaaaa
Mula2 nampak macam kurang angin..aku pun drive lah slow bawak  pergi station minyak terdekat..tak sampai beberapa minit drive, rasa gegar kuat..aku pun memperlahankan pemanduan di bawah 20km /jam.

Mujur stesen minyak dekat. Sampai je dekat Shell aku tengok tayar belakang dah melepek. OMG!!!

Cuaca panas terik lak tue..jerebu pun ye juga..Aku buka car boot dan keluarkan jek dengan tools kemudian letak sebelah tayar yang dah leper tue. 

Baru nak tunjuk gagah jek keta sendiri, datang seorang pekerja attendant pam shell. Dia bagi isyarat nak tolong tukarkan tayar. Alhamdulillah... tak perlulah aku nk lompat2 pijat tools tue untuk bukak nat kereta. 

Pekerja shell bernama Shiv nie tolong aku jek keta, keluarkan tayar yang pecah dan ganti dengan tayar spare. Dalam cuaca panas terik & berjerebu dia gigih buat keja tukar tayar sorang2. 



Terima kasih banyak2 atas pertolongan dia. Bos shell Sentral Tiraz, aku nak calonkan dia sebagai pekerja terbaik bulan ini.


Regards,
aurikell
Stesen shell sentral tiraz
Petaling Jaya
T_T






Bebeh si Travelling Beruang


Salam a'laik....
kaifa haluk?? (apa khabar?)

Setelah berbulan-bulan aku pergi outstation seorang diri..sekarang tidak lagi. :)
Buat pertama kalinya aku pergi outstation ke Tawau dengan ditemani oleh bebeh si #travellingberuang. hoyeeehh...dah ada geng!! Kalau nak tahu, aku baru jer jumpa si bebeh ni dalam penerbangan pagi tadi dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.


Sebelum jumpa bebeh, aku duduk dekat seat nombor 29C. Alahai boringnya takde geng nak borak. Tak lama sebelum penerbangan bermula, seorang amoi pakai topi ala2 nak pergi pantai cuit tangan aku. She speaks mandarin and showed me one boarding pass. Disebabkan tak reti reply in mandarin, aku tanya lah dalam bahasa omputih dia nak apa..

Nampak gaya dia xreti berbahasa Inggeris. Sebabnya dia masih bercakap dalam bahasa mandarin. Pada masa yang sama, dia tunjuk seat no 30A. Kawan dia yang duduk row belakang pun bangun senyum-senyum sambil angguk-angguk. Jadi aku andaikan dia nak minta aku tukar tempat duduk dengan dia.

Maka, aku pun jawab 'Ok, no.prob' sambil bagi isyarat tangan OK.
Bagus juga dapat tukar seat tepi tingkap. Senang nak sengetkan badan & lagi selesa nak tidur. Penerbangan Kul-Tawau dah la lama..hampir 3 jam..kalau dapat tidur lena, memang puas untuk cover waktu tidur yang tak cukup sebab kena bangun jam 3pagi tadi.

Lepas setting beg laptop bawah seat depan, bukak penutup tingkap & tegakkan kerusi.. maka aku pun bersedia untuk berlepas ke alam maya. Zzzzzzzz.....

Lena ku tak panjang. Lubang hidung bagai dicucuk-cucuk dengan aroma nasi lemak. makk aiihhh..menggoda sungguh baunya.... iman masih kuat & aku sambung lena kembali.Lena ku sekali lagi terganggu oleh suara pengumuman dari FA. Ada penjualan Air Asia merchandise. Aku selak-selak katalog di bahagian saku penumpang di hadapan ku. Di situ aku nampak promo pasal travelling beruang.

Tak sampai 5 min, seat penumpang sebelah aku dah ada penghuni baru iaitu si travelling beruang. Dia kata namanya bebeh.. comot je aku tengok si bebeh ni..tapi siap mintak ambil gambar dia dalam flight..aku suruh selfie je..tapi kesian dia takde handphne..so, layan jelah...

Lepas ni katanya nak ikut aku setiap kali pergi outstation..hmmmm...banyak cantik muka dia..!! #travellingberuang


note: 
The travelling beruang campaign aims to raise awareness on cancer amongst children in Malaysia while raising funds for them.



All purchase for travellingberuang will contribute to Tabung Travelling Beruang MAKNA, a dedicated fund established for needy Malaysian children with  cancer. Travel along with travellingberuang as a symbolic journey of hope for the children.


With love,
aurikel
seat 30A
AK5744 Kul-Twu
Oct 2015


September 26, 2015

Final Destination Kerteh Version

Salam a'laik...
Siapa suka horror movie??? Pernah tengok final destination takkk?? Aku bukan peminat tegar cerita-cerita horror nie tapi layan ler jugak koleksi filem final destination. 

Nak dijadikan cerita, last month I was assigned for a new project in Paka-Dungun.  The nearest airport is Kerteh airport which is a very small airport compared to Subang airport, KLIA or KLIA2. Tak banyak airlines yang terbang ke airport Kerteh. Antara airline yang menawarkan penerbangan ke sini ialah fireflyz. 

Fireflyz is currently offers low fares includes 20kg check-in baggage allowance, assigned seating and in-flight refreshment via  Subang airport on their brand-new ATR72-500 short-haul aircraft .

Kapal terbang kecik jer..4 seats in a row.  Passengers are boarded using the rear door as the front door is used to load cargo. Nie first time naik Fireflyz..seat sebelah tingkap. Betul-betul sederet propeller blades aircraft nie. Memang terbayang final destination versi balik dari Kerteh!!!!!

 kualiti gambar kurang memuaskan - Cuaca jerebu + seminggu tak cuci tingkap kot..





Alhamdulillah..safely arrive,
aurikel


Sunway Hotel Georgetown Penang



Assalamualaikum….
Kali ni outstation trip pi Utara.. 
Apa habaq ampa semua?? Sihat ka… 
La ni kami dah sampai Penang.. yahooooo… Trip makan lagi………..!!!! 

 welcome to Pulau Pinang

My accommodation was booked at Sunway Hotel Georgetown.   Jalan kat Penang banyak jalan sehala...berpusing-pusing aku drive nak cari hotel je. Bajet nak cabar diri sendiri dengan baca signboard jer..sekaliiiiiii..
awak kat mana??!! awak kat mana??!! (sila nyanyi macam Nabila Huda)
Errr.. I dekat..dekat....
I SESAT!!!!! kahkahkah 
Last-last aku give up..bukak Google map kat handphone.

Sunway Georgetown terletak di pusat bandar Georgetown. Check in process okay tapi ada insiden sket...firstly, reservation nama aku diorang kata takde..what?? takdok?? tapi nasib staff diaorang cekap, I just need to email them my booking confirmation. Then, problem settle. Nasib baik bukan peak season...kalau tak masak ler aku nak kena cari tempat lain kan...

Secondly, request payment and booking deposit RM100. Tup-tup bukak purse..ada note 50 sekeping jer...dengan note sehengget 5 helai.... aisehh...lupa lak nk withdraw duit.. Suh deduct payment kat debit kad terus diorang tak nak pulak..aikk!! Nasib ada geng2 tolong top up..hewhewhewww... Tq uollssss... #muahciket

 Bilik besaq habaq hang

 Selesa.................Katil besaq & empok ..ampa nak share 3 orang pun buleh

 Work station pun best...syoknya kalau umah sendiri ada kerusi meja best camtu

Lena sungguh la haii aku tidoq.. kaki lenguh..tapi bantai dia terlebih lembut..tenggelam pala chek

Dalam bilik dah ada iron facilities..tak payah nak pinjam kat receptionist.. 
kul7 pagi esoknya baru aku iron baju huhuhu

datang Penang tapi supper.. buat teh-o lipton cicah biskut cap pingpong..


Bilik air & tandas bersih.. toiletries pun ada disediakan
shower air kuat tapi takdak bathtub..xleh jadi badak berendam
(duk bilik biasa jer kot..nak demand bathtub lak...)

Hotel Sunway Georgetown terletak di new lane (off Macalister road), Georgetown. Location is excellent as you can find many chinese hawker food just steps away from the hotel entrance (New Lane Food Hawker Area). Unfortunately, I didn't find any halal hawker among them. Not sure if there any but I couldn't find it.. Nampak macam takdak..That's the weakness I found here.

This hotel is also within easy reach of shopping malls and tourist attractions like Penang Bridge and Ferry Terminal. The iconic building in Penang - Komtar is just like 10minutes walk from the hotel. 

So, if you are looking for a place to stay during your trip in Georgetown, you may consider to put this hotel into your list. Have a nice trip!!! 

Rating (Out of 5 star )
Cleanliness: 4 star
Spacious: 4 star
Comfort: 4 star
Facilities: 4 star
Location: 4 star
Price : worth the value 

  
With love from Georgetown Malaysia,
aurikel

Related Posts with Thumbnails