Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 18, 2015

Bebeh si Travelling Beruang


Salam a'laik....
kaifa haluk?? (apa khabar?)

Setelah berbulan-bulan aku pergi outstation seorang diri..sekarang tidak lagi. :)
Buat pertama kalinya aku pergi outstation ke Tawau dengan ditemani oleh bebeh si #travellingberuang. hoyeeehh...dah ada geng!! Kalau nak tahu, aku baru jer jumpa si bebeh ni dalam penerbangan pagi tadi dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.


Sebelum jumpa bebeh, aku duduk dekat seat nombor 29C. Alahai boringnya takde geng nak borak. Tak lama sebelum penerbangan bermula, seorang amoi pakai topi ala2 nak pergi pantai cuit tangan aku. She speaks mandarin and showed me one boarding pass. Disebabkan tak reti reply in mandarin, aku tanya lah dalam bahasa omputih dia nak apa..

Nampak gaya dia xreti berbahasa Inggeris. Sebabnya dia masih bercakap dalam bahasa mandarin. Pada masa yang sama, dia tunjuk seat no 30A. Kawan dia yang duduk row belakang pun bangun senyum-senyum sambil angguk-angguk. Jadi aku andaikan dia nak minta aku tukar tempat duduk dengan dia.

Maka, aku pun jawab 'Ok, no.prob' sambil bagi isyarat tangan OK.
Bagus juga dapat tukar seat tepi tingkap. Senang nak sengetkan badan & lagi selesa nak tidur. Penerbangan Kul-Tawau dah la lama..hampir 3 jam..kalau dapat tidur lena, memang puas untuk cover waktu tidur yang tak cukup sebab kena bangun jam 3pagi tadi.

Lepas setting beg laptop bawah seat depan, bukak penutup tingkap & tegakkan kerusi.. maka aku pun bersedia untuk berlepas ke alam maya. Zzzzzzzz.....

Lena ku tak panjang. Lubang hidung bagai dicucuk-cucuk dengan aroma nasi lemak. makk aiihhh..menggoda sungguh baunya.... iman masih kuat & aku sambung lena kembali.Lena ku sekali lagi terganggu oleh suara pengumuman dari FA. Ada penjualan Air Asia merchandise. Aku selak-selak katalog di bahagian saku penumpang di hadapan ku. Di situ aku nampak promo pasal travelling beruang.

Tak sampai 5 min, seat penumpang sebelah aku dah ada penghuni baru iaitu si travelling beruang. Dia kata namanya bebeh.. comot je aku tengok si bebeh ni..tapi siap mintak ambil gambar dia dalam flight..aku suruh selfie je..tapi kesian dia takde handphne..so, layan jelah...

Lepas ni katanya nak ikut aku setiap kali pergi outstation..hmmmm...banyak cantik muka dia..!! #travellingberuang


note: 
The travelling beruang campaign aims to raise awareness on cancer amongst children in Malaysia while raising funds for them.



All purchase for travellingberuang will contribute to Tabung Travelling Beruang MAKNA, a dedicated fund established for needy Malaysian children with  cancer. Travel along with travellingberuang as a symbolic journey of hope for the children.


With love,
aurikel
seat 30A
AK5744 Kul-Twu
Oct 2015


No comments:

Related Posts with Thumbnails