Apa khabar kitak di sinun??? Kamek masih g di Miri. Speaking sarawak kamek this time!!!Hebat sik?? hehehe
Catatan kali ini nak berkongsi tempat sarapan di satu kawasan sekitar Piasau Utara, Miri Sarawak. Kedai makan ini bernama Laksa Lolita.
Signature dishes di sini ialah laksa sarawak dan mee jawa. Istimewa laksa sarawak di sini ialah ianya dihidangkan di dalam claypot. Dari segi rasa, kuahnya sedap. Bak kata orang sini.. nyaman! Sederhana
pekat dan memang terasa segala rempah ratusnya.
Udang dan carikan daging
ayam agak banyak. Sambal belacan juga sedap cuma agak kurang
pedas. Kuantiti mihun juga seimbang dengan saiz claypot dan kuah yang
diberi. Kenyang beb dapat makan semangkuk laksa sarawak sebagai sarapan
di waktu pagi.
Kedai makan Laksa Lolita ini terletak tepi jalan Jalan 1 Piasau Utara. Kawasan persekitaran kedai bersih dan selesa. Ia dibuka seawal jam 7 pagi hingga 2 petang. Setakat ini cuma terdapat 2 menu hidangan sahaja di sini iaitu laksa sarawak dan mee jawa.
Mun kitak orang datang jalan-jalan ke Miri, iboh lupak bersarapan di sitok ya. Enjoy!! Kak, laksa sigek!! Lemon panas kosong sigek!
Salam Jalan-Jalan Cari Makan,
aurikel
Lutong - Piasau, Miri
#travellingberuang








No comments:
Post a Comment