Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label miri. Show all posts
Showing posts with label miri. Show all posts

October 31, 2015

Paragon Lutong Hotel, Miri

Alohaaaaa...
Outstation ke Miri baru-baru ini aku memilih untuk tinggal di hotel yang lain. Hotel ini lebih dekat dengan satu projek yang baru aku ambil alih. Hotel ini namanya Paragon Lutong Hotel.

Ada kawan-kawan yang tanya best tak hotel ni?? Kita tengok dulu beberapa keping yang aku sempat ambil masa hari pertama di sana.





Hotel ini berkonsepkan moden minimalist dengan ciri-ciri unik Sarawak masih dikekalkan. Nampak tak kain panjang warna merah dan juga sarung bantal kecik tu?? Coraknya ialah corak unik yang menggambarkan Negeri Sarawak. 

Bilik standard double bed ini luas. Katilnya besar. Tilam dan bantal pula selesa dan empuk. Nampak tak berapa banyak bantal atas katil aku?? Best!! Lena sungguh aku tidur. Bagi aku kelemahan bilik ini ialah lantainya hanya marmar. Serius sejuk bila dipijak. Tapi pihak hotel ada menyediakan selipar bilik. Jadi, dapatlah aku tahan sejuk memijak lantai bilik tu.

Antara kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini:
1.Air minuman
2.Cerek elektrik
3.Paket uncang teh lipton
4.beberapa peket gula & kremer
5. Selipar bilik
6. Pengering rambut
7. Peti ais

Dari segi kekemasan & kebersihan bilik boleh dikatakan tiptop. Setiap hari housekeeper datang kemas bilik, tukar tuala dan tambah apa-apa fasiliti yang sudah berkurangan. Lagipun, hotel ini masih baru. Maka, aku tak menjangkakan masalah dari segi kebersihan dan kekemasan. Internet connection tersedia di dalam bilik tapi sedikit mengecewakan. Lambat dan agak kurang stabil.


Bilik air pula dari segi kebersihan memang baik. Cuma shower je tak berapa best. Air tak besar. Rasa mandi tak puas. Shower gel, syampoo, sabun, shower cap dan cotton bud disediakan. Siap ada sabiji pasu pokok kecil lagi di dalam bilik air. Hotel ini cuba mengamalkan konsep eco friendly gitu.

Staff hotel peramah dan urusan check in & check out tiada sebarang masalah. Cuma yang tak bestnya kat hotel ni tiada buffet breakfast. Kalau nak breakfast boleh makan di kafe-kafe yang berada di luar hotel. Next time aku review pasal satu kafe dekat luar hotel ni ya.

Hotel ni tiada kolam renang tapi ada gym. Ha..next time kalau aku stay sini lagi, boleh lah aku bawak sport shoes. Poyooo jer kan...

Secara keseluruhan, hotel ini okay. Cuma dengan harganya dengan kemudahan dan tiada breakfast, aku rasa less value for money. Boleh dapat hotel lain dengan harga lebih baik dan kemudahan lagi best. So, aku bagi 3 bintang daripada 5 bintang.


Salam dari Timur Malaysia,
aurikel
Lutong - Tudan, Miri
#travellingberuang







October 23, 2015

Laksa sigek!!! @ Claypot Laksa Sarawak

Salam a'laik..

Apa khabar kitak di sinun??? Kamek masih g di Miri. Speaking sarawak kamek this time!!!Hebat sik?? hehehe

Catatan kali ini nak berkongsi tempat sarapan di satu kawasan sekitar Piasau Utara, Miri Sarawak. Kedai makan ini bernama Laksa Lolita.


Signature dishes di sini ialah laksa sarawak dan mee jawa. Istimewa laksa sarawak di sini ialah ianya dihidangkan di dalam claypot. Dari segi rasa, kuahnya sedap. Bak kata orang sini.. nyaman! Sederhana pekat dan memang terasa segala rempah ratusnya.

Udang dan carikan daging ayam  agak banyak. Sambal belacan juga sedap cuma agak kurang pedas.  Kuantiti mihun juga seimbang dengan saiz claypot dan kuah yang diberi. Kenyang beb dapat makan semangkuk laksa sarawak sebagai sarapan di waktu pagi.



Kedai makan Laksa Lolita ini terletak tepi jalan Jalan 1 Piasau Utara. Kawasan persekitaran kedai bersih dan selesa. Ia dibuka seawal jam 7 pagi hingga 2 petang. Setakat ini cuma terdapat 2 menu hidangan sahaja di sini iaitu laksa sarawak dan mee jawa.






Mun kitak orang datang jalan-jalan ke Miri, iboh lupak bersarapan di sitok ya. Enjoy!! Kak, laksa sigek!! Lemon panas kosong sigek!



Salam Jalan-Jalan Cari Makan,
aurikel
Lutong - Piasau, Miri
#travellingberuang



Related Posts with Thumbnails