Pages

Ads 468x60px

.

Labels

December 21, 2010

|Kaki Shopping| Habib Jewel

..
Ini entri malas + takde mood. 
Kan best kalau ada orang nak bawak pergi shopping kat Habib Jewel.
Tak mintak banyak pun..dapat sebentuk pun jadi lah hhehehehe

...



December 14, 2010

|JJCM| Popeye Lousiana Kitchen

Lokasi : Popeye's Lousiana Kitchen, Sunway Pyramid



*Original popeye chicken*

Tak macam KFC idaman ku selalu, ayam kat Popeye nie original pun crispy gak. Kalau kat KFC, hot & spicy baru crispy kan? Rangup tue dah bagus tapi satu je problem, ayam dia agak tastless, plain & xbest. Kalau ayam KFC kita boleh rasa rempah ratus menusuk ke daging ayamnya.


*coslow & mashed potato*

En.Kakaseh kata coslow & potato tak best, coslow dia rasa macam masak lemak kobis je. Tapi aku kata coslow dia lagi bagus dari coslow KFC Sunway Pyramid yang kering kontang tue. Serius weehhh coslow KFC kat Sunway Pyramid aku tak suka langsung. Kering sangat tak berkuah. 

Mashed potato Popeye pulak aku suka sebab ada unique taste, savoury and the gravy was not too thick with extra spices, so bila makan tak la rasa muak. I'm not mashed potato lover but i love this one.

Kat KFC kita makan roti bun cicah dengan mashed potato kan?? Tapi kat Popeye potato nie dimakan dengan plain biscuit. Mula-mula pelik juga nampak ada sebijik kuih macam bun tapi bukan bun. Rupa-rupanya itu biscuit. Korang nampak tak kat gambar ayam tue ada seketul kuih yang tak berapa besar terletak atas ayam tu?? Tue la dia biskutnya.

*strawberry cheese cake*

Dessert pulak aku pilih strawberry cheese cake. Walaupun ayam Popeye agak OUT tapi yang nie memang marvellous.
Di Popeye nie, persekitaran sangat okay & orang pun tak ramai sangat. Maybe sebab  kat Malaysia Popeye fried chicken tak berapa famous berbanding Kentucky Fried Chicken yang hampir semua orang tau.

Persekitaran: 4/5 
Perkhidmatan/layanan: 4/5
Makanan: 3/5






December 4, 2010

|Ladies| Pump Up Your CLEAVAGE Meter

..
Jangan tanya aku apa itu CLEAVAGE. 

Kalau direct translation maksudnya pembahagian. Sila google sendiri. Or boleh juga buka wikipedia, ada macam-macam maksud cleavage. 

Apa hal pulak aku tiba-tiba cakap pasal cleavage nie kan..hehehe  siap nak pump up bagai lagi.. Sebenarnya nak cerita pasal promo Triumph kat Sunway Pyramid.


Offered:
  • FREE Panty dengan setiap pembelian Bra, limited to the 1st 50 customers per day.
  • Dapat buat makeover when you spend RM200 and above in a single receipt.

Amacam?? ada rasa-rasa teruja tak?? Gaji dah masuk kan?? hik hik Yang dah kahwin tue mintak la suami korang sponsor sket..sponsor sepenuhnya lagi la digalakkan..alaaa untuk isteri & diri sendiri gak kan... Asyik-asyik beli kat pasar malam je, sehelai RM5.Kemut sungguhla hangpa..

Yang belum kahwin nak mintak sponsor tunang or pakwe korang, tue korang punya pasal. Jangan lepas dia sponsor korang tayang kat dia terus sudahh.. kasik pelempang baru tau.

Lazimnya..push bra bra nie dipakai oleh gadis-gadis, perempuan-perempuan & wanita-wanita yang bersaiz kecil. Dah kata nasi lemak kecik kan..daripada spend duit sumbat silikon pastue meletup baik tak payah kan..

So..mane2 wanita yang kurus kering tue korang tak perlu lah menangisi nasib korang dianugerahkan  anugerah yang tak berapa besar. Dengar katanya, pemilihan & pemakaian bra yang betul boleh membuatkan seseorang nampak 'WOW'. A,B,C, D, E,F or Z sekalipun tak penting. Yang penting hati mesti mau baeeekk..

Location: Concourse, LG2 West Wing, Sunway Pyramid
Sale: 3 Dec 2010 – 12 Dec 2010

December 2, 2010

|Kaki Shopping| Larrie Shoes Warehouse Sale

...

Cari kasut kerja? Kasut jalan-jalan?
Kasut nak buat hantaran?? Sandal?
Larrie Corporation is having its WAREHOUSE SALES!!!
3 Dec 2010 – 5 Dec 2010

Brand offered:
  • Larrie
  • Camel Active
  • Alain Delon
  • NYC
  • Crocodile
  • Marelli

Location: SERDANG
Time: 10:00AM – 8:00PM
Address: No.1, Jalan BS 7/1, Tmn Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300, Sri Kembangan, Selangor





November 25, 2010

|Perut Stokin| Tart Telur KFC seringgit sebiji

...
Perhatian kepada manusia-manusia kategori perut stokin atau perut kapasiti 16G macam kazen ku mira, lebih-lebih lagi kepada peminat tart teluuur. Kalau korang menjamu selera di KFC idaman ku selalu, korang boleh la mencuba tart telur yang dihasilkan oleh KFC.

Setakat nie aku belum berkesempatan nak pergi cuba. I love egg tart. Tart telur boleh juga dibeli dengan harga hanya seringgit jika korang tayang kupon macam kat bawah nie:
..
..
..


Nak kupon macam ni?? Jadilah SNAX member.

November 24, 2010

|Kaki Shopping| Reject Shop Warehouse Sale



Lokasi :
Metrojaya Warehouse
Lot 15 Jalan Ragum 15/17
Section 15
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


November 21, 2010

|Resepi| Kuih seri ayu

Meh nak share resepi kuih seri ayu. Bersemangat aku masak kuih nie malam raya haji aritue. 


Bahan-bahan: 
3 biji telur
250g gula
240ml susu cair
270g tepung gandum
1 sudu kecil ovallete
daun pandan & sedikit air (dikisar, tapis & ambil airnya)
pewarna hijau
kelapa parut (kelapa muda/putih)
tepung ubi
garam


Cara: 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan susu berselang seli. Pukul hingga kembang
3. Masukkan ovallete, air daun pandan & pukul dengan slow speed hingga sebati
4. Panaskan kukus.
5. Sapukan sedikit minyak pada acuan
6. Gaulkan kelapa parut bersama tepung ubi & garam. Kemudian bubuh ke dalam acuan & letak sekejap dalam kukus.
7. Keluarkan acuan & tuang adunan kedalamnya.


8. Kukus lebih kurang 10-15 minit. Pastikan air kukus cukup panas untuk menghasilkan kuih yang cantik & gebu. 

 


November 6, 2010

Nak Kahwin?



 
pic kredit to budiey

Bila korang tau yang korang dah sedia nak kahwin? 
Takkan bangun pagi je terus korang ada perasaan 'eh..aku nak kahwin la' 
or
Korang main redah je..mak suruh kahwin korang pun kahwin lah
or
Pasangan ajak kahwin, korang pun kahwin lah

Macam mana korang tau korang dah sedia nak beri komitment pada alam rumah tangga? 
Komitment..hmmm.. BIG WORD BIG RESPONSIBILITIES 
Bagi yang lelaki, daripada hidup bujang kena tanggung mak bapak & adik-adik, 
lepas kahwin kena tambah tanggung isteri pulak.
Walaupun isteri bekerja, nak tak nak sara hidup kena hulur gak. Kalau tak jadi suami dayus lak.
Bagi yang perempuan, masa hidup bujang kalau penat balik keje malas kemas umah, 
malas nak masak, tapau je dari luar.
Kalau dah kahwin perut suami harus dijaga. Kalau dapat suami yang memahami boleh tolak ansur, takde masalah nak makan kat luar sekali sekala. Alhamdulillah syukur sangat....
Tapi kalau dapat suami tak reti bahasa, buat isteri macam bibik. 
Pinggan sebijik pun tak reti nak tolong angkat memang haru la...


Apa faktor-faktor yang buat korang setuju nak kahwin?
Kewangan : pasangan memiliki kewangan yang stabil. Dah ada kerja tetap
or
Parent nak sponsor majlis kahwin
Boring: Bosan jadi orang bujang. Kalau dah kahwin - hubungan jadi halal, ada teman.
Desakan: Kiri kanan semua asyik suruh kahwin je. so, nak bagi diorang senyap korang pun kahwin.
Niat: memang dah pasang niat nak kahwin dari awal. 
Dah merancang & dah tetapkan matlamat perhubungan dari awal

Kahwin bukan senang macam makan nasi kan? 


November 5, 2010

October 28, 2010

Teh O malam

Bahasa sopannya urine, bahasa pasarnya air kencing. eyuwww.. Agak-agak korang la kan..dalam satu malam bolehkah seseorang itu memenuhkan 500mL botol dengan urine?? 

Banyak mane 500ml tue???Hmmm.. 500mL bersamaan sebotol kecik air Coke. 



Sila jangan pelik kenapa entri kali nie cerita pasal something yang jijiks uolss... Sebabnya semasa buat morning plant tour kelmarin, ada satu area yang selalu jadi markas smoking & tido pekerja, saya jumpa satu ehh dua sebenarnya botol yang dipenuhi air berwarna oren-perang macam air teh O daaa... 

Mula-mula kami syak air teh O. Tapi bila suruh pekerja shift siang bersihkan mereka tak nak pulak. Mereka kata tue bukan teh O lipton or teh O BOH tapi 'teh O' pekerja shift malam.  Sambil explain tambah mengadu pasal pekerja shift malam buat air teh O bau kaw-kaw.

'Ada bau di situ..kami mau pegang dengan apa kak' balik-balik tue jela ayat budak-budak Sabah yang tak puas hati kena buang air teh O orang lain.

Merungut pun nak tak nak terpaksa suruh mereka bersihkan jugak. Pagi semalam jumpa lagi dua botol tapi di lokasi yang lain. Pun hampir penuh gak...aisssshhhhhhh Siapalah yang malas sangat nak pergi tandas nie? Kot ye pun tak sempat tipu sangatla. Takkan tiap-tiap malam pun tak sempat-sempat gak. Tandas tak sampai 500m pun dari area tue.

Hmm..orang yang buat teh O tue agak2nya banyak sangat minum air ke sampai boleh hampir penuh dua biji botol. Tau la lelaki senang je pancut mane2 yang suka tapi tak boleh la buat suka-suka hati dia je. 




Yakkkkssss!!!







October 12, 2010

|Perut Stokin| my first choc brownies

Dah lama tak baking..so ari sabtu lepas tangan gatal nak baking pulak. No more muffin..boring dah asyik muffin je. So,  buat choc brownies. First time buat brownies..bahan dah ready je dalam drawer kat dapur. 


Taaaddaaaa....



Kalau ikut resepi asal masak around 40-45minutes tapi aku derhaka sikit. After 20++ aku cucuk dah elok lekang. so aku pun keluarkan dari oven. Takut over cook plak kalau baking lama sangat. Lagipun top part tue mcm dh start nak jadi crunchy.

Punya la tak sabar nak rasa, cousin aku laju je potong brownie tue lepas keluar oven.

October 5, 2010

Cool Job: Mystery Shopper


Tugas-tugas kepada Mystery Shoppers :

1. Bertugas sebagai service checker.

2. Terima e-mail atau panggilan apabila tempat / cawangan di kawasan Service Checker berada memerlukan lawatan (check).

3. Bagi setiap lawatan yang ditetapkan, Service Checker akan menerima arahan terperinci mengenai destinasi dan waktu perlu menjalankan tugasan, perkara yang perlu diperhatikan dan sebagainya. Kebersihan, khidmat layanan serta bantuan kepada pelanggan (Service Checker) merupakan apa yang perlu diperhatikan secara amnya. Semua informasi yang perlu dilapor akan diberi secara bertulis, disamping penerimaan panggilan daripada koordinator.

4. Selepas lawatan tersebut,  perlu menyediakan laporan pengalaman dengan menggambarkan dengan tepat apa yang berlaku semasa lawatan dan menjawab beberapa soalan yang disediakan. Kedua-dua langkah ini akan disediakan secara online di dalam akaun peribadi Service Checker.

Jika berminat, sila daftar di:
www.internationalservicecheck.com(pilih: Contact -> Want to become a Service Checker?)



note: orang-orang yang cerewet & bersifat terperinci memang bagus kalau buat kerja nie. Tak sesuai untu golongan yang memegang prinsip 'aiman tak kisah'.




September 30, 2010

The Body Shop:Dream Unlimited Launch Party

..
..

The Body Shop is launching a new fragrance at farenheit88, KL.


Siapa nak ikut?

..
..


September 23, 2010

Tengah hari tadi

Diari ofis

130pm
Pejabat sunyi
Semua orang keluar lunch
Mesin SBO10 kat bawah maintain buat bising
Tue tandanya dia bekerja keras


Aku khusyuk
Bukan makan
Bukan buat kerja
Tapi khusyuk baca blog member 
Dia tayang gambar2 anak dia yang semakin membesar


whooaa macam best je kan ada anak?

Lepas tue bukak pulak blog obefiend
Tergelak-gelak

Tiba-tiba

'You boleh tolong tapaukan I tak?'. 

Aku toleh belakang. Ingat Lee si maintenance engineer. Sekali I punya bos, si Plant Manager daaaa.. Sah-sah kantoi dalam terang!! Sengih jela. Nak tutup nak cover memang dah tak boleh dah.


So, laju je aku tanya 'Nak tapau?Nasi lauk apa?'. Sambil badan try gak la cover-cover skrin depan.

'You beli di kafe dekat Indian tue. Anythingla. I pun tak tau apa yang ada.' Lebih kurang camnie la ayat bos aku.


'Lauk apa? Ayam or ikan?'
'Daging'


Errkk?? Indian ada jual daging ke? ---> nie ayat dalam hati aku la kan..Since dia cakap nak mintak tolong, so aku pun takde la kedekut tulang kederat sangat kan..


Sampai je kafe aku pun tercari-cari lauk daging idaman si Plant Manager. Takde pun. Malu bertanya sesat jalan. So, aku pun tanpa malu terus bertanya pada si gadis india


'Nie je lauk? Daging takde?'

Terus wajahnya berubah. Tak tahu lah dalam hati dia kata apa.


Sekali lagi aku tanya pada diri sendiri ' peniaga india jual daging ke ek?'







Pagi tadi II


DR
0600 jam menjerit suruh bangun!
Bangun tido
Mata rasa sungguh berat
Ehh..mata kanan macam tak mahu dibuka
Pejam sekejap lah


0630 jam menjerit lagi!! 
Wajib bangun
Mata rasa sungguh berat
Ehh..mata kanan macam tak mahu dibuka
Tapi tak boleh pejam lagi
Nak mampos?? Kalau lewat sampai tempat kerja lagi, sia-sia je membazir OT semalam

Sebelum langkah masuk bilik air tengok cermin dulu (ini habit okay)
Bajet muka sexy la kunun lepas bangun tido 


AAAAHHHHHH
Kenapa mataku sepet sebelah???!!! 
Patutla rasa berat semacam..
Swelling again??


Nie yang ada rasa nak amek MC nie heheehe sambil gelak jahat seperti frazi
tapi memikirkan gaji yang bakal terbuang
Tak payahla
setakat merempit dengan sebelah mata takde hal punya


Sampai ofis, bengkak di mata hampir surut
Tapi ada pulak bengkak-bengkak kecil merah-merah di tangan & jari


Hmm..aku alergi apa pulak la kali ni..
Malam tadi cuma makan nasi goreng ayam & 2 bijik tart nenas je


Adioss~~~~ gua nak pergi klinik







September 22, 2010

Pagi tadi

 ...
Terima kasih.
Untuk siapa?
Entah

Pagi ini bermula dengan baik. Walaupun keluar rumah agak lewat dari kebiasaan, masih sampai 5 minit awal sebelum 8.30 pagi. Trafik lancar dan lampu berwarna hijau sepanjang perjalanan. Err..risau juga tiba lewat sebab aku cuma mampu memecut sekitar 110km/hr SAHAJA. Dah nama pun merempit dengan modenas 100cc. Walaupun angka 140 ada kat board, tak pernah aku berjaya cecah.

Sebaik sahaja parking, aku nampak basikal. Dulu aku juga ada basikal tapi tak sama dengan yang ini.

Err..nampak comel pulak
kenapa dulu aku tak kreatif macam nie
meh kita zooom sikit



Kreatif!! Jimat pun jimat. 
Dahla payah nak jumpa kedai basikal sekarang nie.
Raga jenama dulux lagi


August 25, 2010

Bubur Lambuk Drive Thru


Kepada peminat-peminat bubur lambuk di sekitar Kuala Lumpur. 
Pertama kali di Malaysia. 
Taadaaaa... bubur lambuk drive thru (pandu lalu). 


Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini menjadi pelopor kepada satu konsep baru dalam sistem pengedaran bubur lambuk iaitu secara pandu lalu di pekarangan Jalan Khidmat Usaha, berhampiran Kompleks Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Program Bubur Lambuk Pandu Lalu ini diadakan setiap hari pada bulan Ramadan, bermula dari pukul 4 petang hingga 6 petang. Haa...senang je..tak payah susah payah nak turun kereta dan beratur, Lalu je kat situ dan akan ada petugas yang mengedarkan bubur lambuk yang famous tue.

Kepada yang selalu berbuka air liur je dalam kereta sebab jammed, so sebelum tempuh jammed boleh la singgah ambil bubur lambuk dulu. Free je.. memang sesuai la dengan tahap poket di hujung-hujung bulan kann...
Buat abang-abang dan uncle-uncle polis trafik yang bertungkus lumus memastikan trafik berjalan lancar, don't worry. Mereka dah standby dah bubur lambuk sebagai juadah berbuka untuk polis trafik sekitar KL.

Peruntukan perbelanjaan untuk menjayakan program ini adalah sumbangan individu dan korporat. Jadi, sekiranya anda rasa nak bersedekah dan turut menyumbang dalam program ini  boleh lah menghubungi Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan dan Khidmat Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustazah Fathiah Abdul Rahman di talian 03-6201 8767/8791.


 "Barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa, niscaya ia akan mendapatkan semisal pahala orang yang puasa itu; Cuma tidak mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun". [ At-Tirmidziy (807).



August 24, 2010

|Isu Ramadhan| Pakai Contact Lens & Ubat Titis Mata

Kanta mata lekap or orang kampung panggil contact lens kini telah menjadi keperluan bagi sesetengah golongan yang rabun. Bagi si rabun yang lasak, contact lens memudahkan pergerakan dan aktiviti seharian. 

 pic kredit to google


Namun, apakah hukumnya memakai contact lens di bulan puasa? Normal bagi yang memakai contact lens untuk menitiskan ubat mata (eye drop) bagi mengelakkan mata menjadi kering. Adakah perbuatan ini turut membatalkan puasa?
Hukumnya: Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
 
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
 
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.
 

August 23, 2010

|Isu Ramadhan| Darah keluar dari tubuh

 pic kredit to google 

Bila bulan ramadhan tiba, banyak jugalah soalan-soalan yang menjadi kemusykilan bagi sesetengah muslim. Begitu begini boleh tak? Buat itu buat ini dikira batal puasa tak? 

Isu pertama sempena topik berkaitan kemusykilan di bulan puasa ini ialah darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. 

Keluar darah haid dan nifas, memang telah disepakati ulama sebagai perkara yang membatalkan puasa. 

Jadi, bagaimana pula sekiranya seseorang muslim yang berpuasa itu tercedera hingga keluar darah dari mana-mana anggota badannya? Atau bolehkah seseorang muslim itu menderma darah ketika sedang berpuasa? Bagaimana pula jika seseorang muslim terpaksa menjalani pemeriksaan perubatan & terpaksa diambil darahnya untuk tujuan analisis?

Apakah hukumnya darah keluar dari tubuh ketika sedang berpuasa?

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan puasa adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). 

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247) 


sumber: refer here


August 21, 2010

Menu Ramadhan 1: Ikan pari bakar

Alkisahnya..tekak ku nie mengidam nak makan ikan pari bakar. Tapi tak mau ikan pari bakar yang bakar kering pastue cicah air asam tue. 

 pic kredit to here

No!!No!!No!!
Tak mau yang macam nie..


Nak ikan pari bakar yang dialas dengan daun pastue dimasak atas dapur leper
pastue simbah kuah sambal yang sedap tue.. 
sedapnyaaaa..
Nak yang sedap macam nie
..
..
..
..
..
.. 


best tauu...sedap wooo..

setakat nie kat area PJ tak jumpa lagi..
Ada siapa2 tau tak kat mane leh dapat ikan pari yang best tue??

Takkan la nak beli tiket pergi JB
pastue redah pasar ramadhan taman pulai/ taman U 

nasib bukan mengidam time pregnant
kalau tak sure aku goda2 en. sweetheart bawak aku g Jb cari ikan pari bakar


|JJCM| Restoran Seri Bidara

Alkisahnya..semalam kan besday ku yang ke (130/5)+456-123-(111x3). Thanks to my dear best buddy santz sebab sudi datang PJ to celebrate my birthday.  Alaa...bukan celebrate kemain pun..just gi makan-makan je.

Santz datang bawak dua bodygard lagi. Diorang datang dari Rawang. Aku dah selamat berbuka dgn mommy tersayang. Santz yang baik hati pun dah berbuka jugak. Siap kongsi makan bihun sepinggan dengan 2 orang bodyguard. Wahhh..cayalah ko santz..pengasih lg penyayang gitu.

Memandangkan dua orang bodyguard Santz nie ala-ala omputih celup gitu, so tekak diorang nie tak mainlah makan nasi. Diorang nak makan western food. Dengan aku yang baru balik dari London eh silap jB nie, melilau gak la cari restoran yang menyediakan western food.

Mula-mula Fendi cadangkan Restoran Bistro Sayang tapi bila dah duduk bukak menu. Aiseehhhh...nie restoran mamak daaa... malay food ada, western food yellek!!

Tetiba aku teringat kat Restoran Bidara. Pernah masuk tapi tak pernah makan situ. Rasa-rasa ada serve western food.

Sempena bulan Ramadhan nie, semua waiter & waitress pakai baju melayu & baju kurung. Biasalah restoran punya uniform pun ikut tema gak. Baru boleh tarik ramai pelanggan kan..

pic credit to here

Santz order coslow & spaghetti carbonara, Amy order chicken chop, aku order mushroom soup, Fendi order chicken salad + mushroom soup. 

Yang sampai cuma coslow, mushroom soup 1 & chicken salad. Dah nak separuh aku makan mushroom soup, tapi mushroom soup si Fendi & chicken chop Amy tak sampai-sampai.

Spaghetti carbonara Santz kuahnya cair je. Rasa pun setakat okay-okay jela. Decoration pun tak cun. Coslow ok. Amy kata ada rasa durian. Errkk...??!! Ting tong punya lidah la dia..

Mushroom soup aku is consider as not bad. Kuah agak pekat & dihidangkan bersama roti. Aku tak pasti sama ada roti tue onion bread, french bread or garlic bread. Sebabnya rasa & rupa roti tue tak menyerupai mana-mana roti onion, garlic or french bread.

Dah 15 min, dua order lagi tak sampai gak. Dahla dua bodyguard tue yang punya tekak paling western. Huhuhuhu
Bila panggil semula waiter, dia tengok kata resit kata takder order. Takde order apanya... 4 pasang telinga dengar chicken chop la yang pertama sekali dipesan kemudian mushroom soup.

Tak lama kemudian datangla mushroom soup yang kedua. Mushroom soup aku harusla 80% licin kan...kan..Begitu jugalah dengan spaghetti carbonara. tapi.... chicken masih belum tiba. Ahh, chef restoran nie pergi tangkap ayam dulu agaknya. Tue la yang lambat sangat.

Over half an hour. Hati dah mula panas beb. Tue la..siapa suruh order nescafe panas tadi. Bila panggil waiter sekali lagi, check sekali lagi rupanya waiter tadi tak tulis pun chicken chop yang dipesan. Ishhh..memang menyirap la kan...Waiter lelaki nie kata tunggu 7 minit. Nak tak nak kena la tunggu gak. Dah lebih setengah jam boleh tunggu tak kan 7minit tak boleh...hmm..

Amy & Santz kata tak Chicken chop kat sini tak best. Kat Kg Baru lagi best & lagi sedap. 

Aurikel Rating:  
Location: 4/5
Environment: 3.5/5
Condition: 3/5
Food taste: 2.5/5
Service: 2.5/5
Price: 3/5


*Aurikel Rating adalah merujuk kepada rating yang diberi berdasarkan tekak, pemerhatian & pengalaman pemilik blog ini.













August 20, 2010

Bila aku sudah tua.....



Bila..aku sudah tua... (sila nyanyi dengan nada lagu Bila aku sudah tiada- Hujan).  

Kepada semua BFF, bestfriend, buddies, 6 wonders, 
kawan2, rakan2,junior2, senior2ku..
ofismate, online buddy, bloggers buddies
& sesape sajelah yang wish
HAPPY BIRTHDAY 
to me..

THANKS 
atas wish & doa-doa kalian
amin


August 11, 2010

MC 1 Ramadhan - Antibiotik punya cerita


Salam ramadhan al-mubarak.. Amacam hari pertama puasa?? Jangan ada yang buat-buat lupa sudahhhhh.... Boleh pulak kan pagi2 bukak peti ais minum fresh oren, capai roti dua keping sapu chocolate spread nutella.. pastue makan..bila dah bunyi burrrppp baru terfikir 'eh, arini dah start puasa kan?' haahhaha saje je kau orang yeekkk..mentang-mentang kiri kanan takde orang.

1 ramadhan kali nie aku berada di rumah. MC. Sebenarnya nie hari kedua aku MC. Alkisahnya, semalam aku tak berapa sihat. Badan seram sejuk, tekak sakit, batuk, hidung sumbat. Bila pergi klinik doc sahkan tonsil aku bengkak. Seperti biasa doc pun bagi la ubat sakit tekak, ubat batuk & antibiotik. 

Aku dah bagitau doc aku ada alah pada certain antibiotik. Bila makan antibiotik tue mula la naik ruam merah-merah kat tangan. Doc tanya nama ubat tapi aku tak ingat la pulak. Alah dengan antibiotik nie pun baru tahun lepas jadi kat aku. Yang aku tau antibiotik masa tue bentuk tablet.

So, semalam doc bagi aku antibiotik Amoxycilin dalam bentuk kapsul. Lepas lunch, aku makan ubat pastu solat zuhur & tidur. Terjaga dari tidur mata sebelah kiri rasa cam berat je. Cek dekat cermin hmm... normal. 

Malam tadi sebelum tidur, aku makan lagi ubat tue. Jam 4.50 pagi masa nak bangun sahur rasa mata belah kiri macam tak boleh nak buka. Cepat-cepat aku lari tengok cermin. 

err..lebih kurang cenggini la mata aku pagi tadi

Haaa..amek kau.. Bengkak sebelah mata den. Sakit & ada rasa gatal-gatal sikit. Aku buat hipotesis nie mesti kes alergik dengan antibiotik. Nak tak nak pagi tadi kena pergi klinik semula. 

Doc buat catitan pasal antibiotik yang aku alergik tue. Doc kata nasib baik tak teruk sangat. Alhamdulillah.. Ada sesetengah orang, alergik sampai bengkak bibir & seluruh muka. 

Siap pesan lagi, next time kalau pergi mana-mana klinik kena bagitau pasal alergi aku nie.

Yes doc!! Thanks juga sebab tak charge my revisit tadi. Ubat tahan gatal akibat alergi pun tak charge. 

Nasib baik semalam doc bagi MC dua hari. Kalau tak, mana tahan nak pergi kerja dengan mata sebelah hampir tertutup. Kang orang ingat aku bini Kapten Pirate mane lak kan... hikhikhik

Hopefully, bengkak nie cepat suruh. Kerja confirm bertimbun-timbun kat ofis tue. Next week kena handle meeting audit review lak.


Pengajaran: alergi dengan ubat nie takleh bawak main-main. Memang kita kena take note la dengan jenis ubat yang kita alah. 



August 10, 2010

Bangsat punya jantan..budak pun kau nak kerjakan


Maaf. Ayat aku kali nie memang sangat kasar. Tapi aku rasa ayat tue sangat sesuai dengan manusia keji yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap kanak-kanak.

Alkisahnya begini.. semalam kecoh satu kawasan perumahan aku dengan kes seorang kanak-kanak perempuan dicabul oleh seorang lelaki berusia lingkungan pertengahan 20-an.

Menurut pengasuh kanak-kanak tersebut yang juga jiran aku, petang Ahad kelmarin Alaisyah (bukan nama sebenar) berumur 8 tahun tiba-tiba datang ke rumahnya dengan wajah takut sambil menangis. Bila di tanya mula-mula dia takut nak bagitau. Jiran aku mulai risau & terus desak Alaisyah ceritakan kenapa dia menangis. 

Alaisyah pun cerita tapi mintak jiran aku supaya tak bagitau kat mama dia. Dia takut. Alaisyah kata ada lelaki India peluk-peluk, raba-raba & cium-cium dia. Lelaki tue juga cium 'bunga' dia. 'Bunga' di sini merujuk kepada bahagian sulit la kan..biasala budak2 pakai special term kan..

Lepas je tau kisah tue, jiran aku terus bagitau mama Alaisyah & jugak wakil Persatuan Penduduk kat sini. Diorang pun apa lagi, pergila serbu rumah lelaki tue. Heret dia turun bawah & terus report polis. 

Cousin dengan makcik aku tolong bawak Alaisyah & mama dia pergi balai buat laporan. Then, terus pergi hospital buat check up. Alaisyah kena tahan di hospital buat sementara waktu sebab trauma. hmm...kesian sangat kat Alaisyah. 

Aku kenal Alaisyah. Dia nie budaknya comel & ceria. Kalau jumpa dalam lif, rajin bertegur sapa dengan orang yang dia kenal. Hopefully dia boleh recover daripada trauma.  Gila laahh..siapa tak trauma kalau kena macam tue. Budak kecik kuat manalah nak melawan tenaga lelaki dewasa. 

Bangang punya jantan. Budak kecik pun nak kerjakan. Siang hari pulak tue. Dahlah lelaki nie kerja sebagai pengawal keselamatan. huhh..tak selamat langsung. Kalau dah desperate sangat, pergila cari mana-mana bohsia ke pelacur ke.. budak kecik yang suci murni lagi naif tue yang dijadikan mangsa buatpe??

Sedangkan aku yang belum jadi ibu nie boleh rasa macam nak menggigil badan bila dapat tau kejadian nie, apalagi mama dia. Ayah Alaisyah memang marah & bengang gila. Masa kejadian berlaku dia keluar bekerja. Buat dia tambah bengang & terkilan sebab tak dapat nak bersemuka & belasah lelaki keji tue.

Hisshh..Kecut perut aku dengar kes-kes macam nie. Kepada ibu bapa, jangan sesekali biarkan anak anda bermain sendirian. Sebab kita tak tau, mungkin ada je mata-mata yang mengintai peluang untuk mencari mangsa.

Nauzubillahi min zalik.



nota: selamat menunaikan ibadah puasa & solat sunat terawikh.











August 1, 2010

Lee Min Ho .... When I See You Smile









Errr.. motive??

I'm wishing a happy monday to myself..
Tomorrow, my assistant is taking one more day..... OFF
**sighhh..

Chaiyokk!!





July 31, 2010

Suka tak seharusnya memiliki

Ya..memang benar..suka tak seharusnya memiliki. Itu lah pengajaran yang aku terima buat sekian kalinya. 

Kadang-kadang kita rasa suka sangat pada sesuatu pada hal belum tentu ianya baik untuk kita. Sebaliknya juga.. selalu kita rasa sesuatu itu tak sesuai untuk kita sedangkan ianya adalah yang terbaik buat kita.

Cewaaaahhh..dah mula la nak keluar ayat falsafah aku nie. Okay..back to the topic. Suka tak seharusnya memiliki. Setuju??

Alkisahnya..aku sangat suka cempedak. Sejak zaman berzaman cempedak dah tergolong dalam kategori buah kesukaan ku. Entah kenapa sejak 2 tahun kebelakangan ini perut aku seolah-olah menidakkan hak cempedak untuk sama-sama dihadam oleh sistem tubuh. 

Tapi dek kerana aku yang kepala batu nie, semalam aku berkeras juga memakan cempedak. Bukan cempedak biasa tapi cempedak goreng. Bila makan favourite food haruslah makan dengan penuh rasa nikmat & rasa syukur kan...kan... nyummm..nyummmmm

Bila nampak aku nak sumbat cempedak goreng dalam mulut, mak aku laju je berkata 'makan cempedak?? tahan ke perut tue?'

Aku sengih lebar. 'Tahan kot...'

3 jam kemudian... jeng..jeng..jeng.. 
..
..
..


aarrrgggghhhh... SAKIT PERUT!!!
rasa menyucuk-nyucuk dinding perut..

Tue la...gatal lagi nak makan. Nie bukan pertama kali aku sakit perut lepas makan cempedak. Tapi gatal juga nak makan. Kan...kan..dah sakit perut sampai tak boleh tidur malam. Siap kena bertungku lagi. Dah macam orang dalam pantang la pulak.

Walaupun suka sangat-sangat makan cempedak nampaknya lepas nie memang tak boleh makan. Kan dah kata tadi... suka tak seharusnya memiliki.



p/s: hari sabtu di ofis.. (>_<) Bos, saya datang keje hari nie tapi kenapa bos tak datang?? Siapa nak semak draft audit review meeting next week??




July 24, 2010

Gempa bumi di Sumatera: Gegaran dirasai di Seksyen26 Shah Alam



Pagi tadi lebih kurang pukul 10 lebih. Ketika aku sedang asyik menatap rekod critical control point, terasa pandangan ku bergoyang. Eh silap.. terasa badanku bergoyang. Aku yakin aku tak menari lagu dangdut ketika tue.

Aku pandang Lee. Relax je. Tekun mengisi borang claim OT. Tapi aku nampak almari besi di sebelah Lee bergoyang-goyang. Aku siap dengar pintu almari yang terbuka berlaga dengan dinding.

Errr..takkan aku sorang je rasa macam nie. Adakah aku berhalusinasi lagi??

Tetiba dengar suara Lee berkata,'Haiyaaa...siapa yang main goncang-goncang almari nie.'

Laju je aku jawab, 'Lee, tak rasa bergoyang ke??'

Lee angkat muka pandang aku & bangun. Kemudian berlari menghampiri almari besi yang duk berbunyi dari tadi.

'Yala...bergoyang sendiri lorrr. Ini ha..mesti ada gempa jadi di Sumatera' 

Serius beb..memang terasa sangat bergoyang. Aku bangun mengintai dari tingkap nak tengok kalau-kalau kat luar ada orang lari or maybe ada pertarungan antara ultraman dengan raksasa ke.. mana la tau kan...

Lee dah bukak pintu sambil berkata 'Hey, you orang tunggu apa? Gempa bumi lorrr..jom kita lari la.'

Staff admin & store supervisor yang ada kat situ boleh gelak je. 

'Taknak lari ke?' Lee tanya lagi. Aku sengih. Err..nak lari ke tak ek???

Belum sempat aku fikir, dah tak rasa gegar lagi. 

'Lee, dah stop gegar ma..tak payah lari la..hhehe'

Lee tutup pintu & kembali ke mejanya. 'Kalau betul-betul gempa bumi aarr..kita semua sudah jadi mangsa wooo...alarm pun tak ade.'

Petang tadi menurut sumber BERNAMA, memang betul satu gempa bumi pada magnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu. Gempa bumi itu berlaku pukul 10.11 pagi ini, berpusat di 40 kilometer tenggara Padang Sidempuan, Indonesia dan 307 kilometer tenggara Klang, Selangor.






July 23, 2010

I am OVERLOADED

Hari ni assistant saya cuti lagi. Maka, saya kena buat kerja dia. uwaaaaaaaaaaaaaaa beban kerja saya sangat overloaded!!!!



joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

 
joinGroup

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

 
joinGroup

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

 
vjoinGroup
joinGroup

joinGroup

 
vjoinGroup
 

joinGroup

joinGroup

 
vjoinGroup

 
Sila jangan menyesal bukak entri copy paste ini!!!!! 

Dari emaill forwarded by my sr production engineer. 
Dalam kesibukan troubleshooting machine pun dia sempat forward email nie.
 
Related Posts with Thumbnails