Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label diari rempit. Show all posts
Showing posts with label diari rempit. Show all posts

September 23, 2010

Pagi tadi II


DR
0600 jam menjerit suruh bangun!
Bangun tido
Mata rasa sungguh berat
Ehh..mata kanan macam tak mahu dibuka
Pejam sekejap lah


0630 jam menjerit lagi!! 
Wajib bangun
Mata rasa sungguh berat
Ehh..mata kanan macam tak mahu dibuka
Tapi tak boleh pejam lagi
Nak mampos?? Kalau lewat sampai tempat kerja lagi, sia-sia je membazir OT semalam

Sebelum langkah masuk bilik air tengok cermin dulu (ini habit okay)
Bajet muka sexy la kunun lepas bangun tido 


AAAAHHHHHH
Kenapa mataku sepet sebelah???!!! 
Patutla rasa berat semacam..
Swelling again??


Nie yang ada rasa nak amek MC nie heheehe sambil gelak jahat seperti frazi
tapi memikirkan gaji yang bakal terbuang
Tak payahla
setakat merempit dengan sebelah mata takde hal punya


Sampai ofis, bengkak di mata hampir surut
Tapi ada pulak bengkak-bengkak kecil merah-merah di tangan & jari


Hmm..aku alergi apa pulak la kali ni..
Malam tadi cuma makan nasi goreng ayam & 2 bijik tart nenas je


Adioss~~~~ gua nak pergi klinik







September 22, 2010

Pagi tadi

 ...
Terima kasih.
Untuk siapa?
Entah

Pagi ini bermula dengan baik. Walaupun keluar rumah agak lewat dari kebiasaan, masih sampai 5 minit awal sebelum 8.30 pagi. Trafik lancar dan lampu berwarna hijau sepanjang perjalanan. Err..risau juga tiba lewat sebab aku cuma mampu memecut sekitar 110km/hr SAHAJA. Dah nama pun merempit dengan modenas 100cc. Walaupun angka 140 ada kat board, tak pernah aku berjaya cecah.

Sebaik sahaja parking, aku nampak basikal. Dulu aku juga ada basikal tapi tak sama dengan yang ini.

Err..nampak comel pulak
kenapa dulu aku tak kreatif macam nie
meh kita zooom sikit



Kreatif!! Jimat pun jimat. 
Dahla payah nak jumpa kedai basikal sekarang nie.
Raga jenama dulux lagi


Related Posts with Thumbnails