Pages

Ads 468x60px

.

Labels

November 30, 2012

SNOW WALK I-CITY

Assalamualaikum..
 
 
serius sejuk. sangat!!
saya dah sampai sini!!
 yeayyy
kemain excited
like I care
 hehehehe
 
 
nota: dulu ada orang kata nak pergi sini dengan saya. unfortunately, he's no longer with me. alfatihah.
 
 
xoxo,
aurikel
 
 
 

Water World I-City Shah Alam

Assalamualaikum XD
Holllaaaa..Lately, I'm having FUN u ollsss. Bersukaria je kerja daku kan??/ kehkehkeh Dengan siapa?? Wajiblah bersama family tersayang kan.. Abang sayang?? tettttt!! Not yet! hahahahaha

Previous weekend (2-3 weekend), kami sekeluarga telah menerjah I-City Shah Alam. Thanks to GROUPON, we manage to get lower price for both Water World & Snow Walk theme park.


Aktiviti bersuka ria di taman tema air Water World bermula selepas solat zuhur. Selaku agen PBB di Shah Alam kami mendapati aktiviti pembelian & penebusan tiket di kaunter Water World teramat-amatlah perlahan. Semoga perkhidmatan di kaunter bahagian hadapan ini dapat dipertingkatkan dalam masa terdekat.



*ahkak tudung hijau nie semedang je interframe tau*
 
Taman Tema air bernilai 25juta ini merupakan tarikan keempat di I-City selain daripada SnowWalk, City of Digital Light & Fun World.  Sangat sesuai untuk aktiviti hujung minggu dengan keluarga. Enjoy!!!
 
Walaupun tak berapa besar dan luas, tapi banyak jugak permainan menarik yang disediakan di sini. Untuk kanak-kanak, boleh bersuka ria di Children's Adventure. Boleh berangan-angan jadi Aladdin.

Children's Adventure
 
 
wave pool untuk seisi keluarga
 
 
Aktiviti paling best kat sini mestilah TORNADO RIDE. hoyeaaahhh!!! In a group of four, riders will enter the top of the tornado funnel in a tube raft at the speed of 13m per second before accelerating into the 45-degree funnel. Perghhh..scary!!but so much fun.
 

 
For safety purpose, total weight of four people must be exceed 200kg. Kalau ringan sangat, dikhuatiri ada yang melayang macam superman keluar dari water theme park. Ada staff yang jaga dan timbang berat untuk pastikan minimum weight is achieved before they can allow you to ride the tornado.


 
seriusbest&fun
nak main lagi!!

 
Selain dari tornado ride sebagai main attraction for young visitor, ada juga aktiviti lain yang best seperti Rainbow Racer Slide. It feels like superman!! errr..over plak! Di Rainbow Racer Slide, kita boleh menuruni gelongsor air secara meniarap. Sound fun kan?? Bila dah buat lagi fun. My cousins & I entah berapa kali main nie.
 
 
yeaaahaaaaa!!
 
Bagi yang nak relax-relax, you can join River Adventure menyusuri aliran air ala-ala sungai sambil duduk atas tube (pelampung). Or maybe boleh relax mandi sambil relieve tired muscles dekat water jet yang deras dalam Giant Jacuzzi. Kalau belum puas boleh sambung main Spiral Slide.
 
 
Upon entering, pelawat akan diberi jam tangan khas berwarna kuning yang dilengkapi radio-frequency identification (RFID). Jam kalis air ini akan diisi dengan kredit (maksudnya duit laaaa). Ia direka agar pelawat boleh membeli makanan dan minuman tanpa menggunakan cash terus.
 
So, tak perlu susah payah bawak duit kertas/coin. Nanti duit basah ke hilang ke..kan susah. Penat main, rasa lapar pergi je snack booth, pilih makanan, hulur jam kuning. Tadddaaaa!!! Settle.  Credit top-up boleh dilakukan ketika pembelian tiket dan juga di booth yang disediakan di sekitar taman tema.
 
Water World I-City Shah Alam dilengkapi dengan kemudahan loker, tandas dan bilik persalinan. Namun, ketika kami datang tempoh hari semua kemudahan ini masih belum 100% siap. Masih terdapat pekerja-pekerja yang sibuk menyiapkan landskap. Pasir dan serpihan simen ada di sana sini
 
Lampu di tandas dan bilik persalinan masih belum lengkap. Tiada lampu di kawasan tempat bersiap. Make up hadap cermin dalam samar-samar u ollss.. Gegeh kann?
 
PR juga agak kurang memuaskan. Setiap pelawat sepatutnya dimaklumkan mengenai jam tangan khas kuning. Ada yang tidak mengetahui tentang penggunaan jam tangan kuning untuk pembelian snack di dalam taman tema. Err..saya la tue..hehehe Kemain saya beratur panjang untuk beli snack, tup-tup bila hulur cash taknak terima kan. Malu saya tau.
 
Overall, we really enjoy our weekend at Water World I-City. Ia dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 7petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian berikut: 03-5521 8800 or 03-5521 8494

 
 click to enlarge
 
*All pictures credit to I-City FB*
 
Have a great weekend!!
 
 
love,
aurikel
 
 



November 29, 2012

|JJCM| Food Dating @ Papa John's Pizza

Assalamualaikum.
I wish semua orang sihat & happy. Saya alhamdulillah..happy jugak. Kalau ada orang belanja makan mestilah saya happy. hahahhaha
 
Last weekend adalah sesi yamcha @ food dating di Puchong. Lama sungguh rasanya not having food dating dengan beliau. Lagi best sebab sesi food dating kali ini adalah his treat. Yahuuuuu!!! *mata berseri-seri*


Destinasi pilihan adalah Papa John's Pizza. As for appetizer, we had chicken & mushroom pizza pocket. It resembles big giant karipap. Nice.
 
Inside it filled with grilled chicken, fresh mushroom, mozarella cheese and garlic sauce. It was oven baked and serve with special pizza sauce.


Other than pizza pocket, at Papa John's Pizza they offer chicken wings, onion rings, mushroom soup or salad as appetizer.



For main course pula, we chose set meal A (for 2 persons). This set consist of 2 glasses of soft drink (strawberry for me & sprite for him), 1 set of breadstix, 1 set of potato wedges, one pan of 9" original crust pizza.

 
 

He chose hawaian papa pizza sebab ada ayam, nenas & mozarella cheese. Mamat nie memang suka nenas dari dulu.


Sebagai anggota geng perut stokin, kami haruslah ada side dish. Isshhh...tamak kan??? But who cares?? Perut kitorang kan... So, untuk side dishe kami pesan spaghetti chicken alfredo. Nama kemain alfredo kan..padahal spaghetti dengan carbonara sos je..hihihi

 
 
Chicken alfredo di Papa John's Pizza nie okayla rasa dia. Not the best I ever taste la kan.. Tapi chicken dan mushroom dia banyak. Concentration kuah pun agak pekat. Portion dia cukup untuk makan berdua.
 
Dessert kami tak order sebab kek sedap yang ada kat situ dah sold out. sobs sobs..Tapi bagus jugak sebab perut stokin kami dah agak penuh dengan hidangan yang sedia ada.
 
Best bila dapat lepak sama-sama. Kemain kami bergosip dan catch up each other stories. Lagi best sebenarnya kalau ada geng 7 wonders yang lain join. Unfortunately, it is so difficult to gather all wonders at the same time & place. Almaklumlah sekarang masing-masing dah ada komitment dan lokasi pun jauh-jauh.
 
I miss them so much. I wish satu hari yang bahagia nanti ketika burung berkicau riang kami semua dapat berkumpul sekali lagi. Amin.
 
 
love,
aurikel
 
 

November 28, 2012

Diving Class - BCD

Assalamualaikum. Hola there... meh, nak sambung cerita pasal scuba diving. In our first class, we learnt  about diving equipment. Salah satu peralatan penting ialah Buoyancy Control Device (BCD).



Fungsi -fungsi BCD:
  • Sebagai backpack dan memegang kedudukan tangki silinder udara
  • Membantu diver untuk rehat dan berenang dengan selesa di permukaan dengan bantuan mask dan snorkel.
  • Di dalam air pula, BCD membenarkan diver compensate dengan perubahan apungan (changes in buoyancy)
  • Poket dan ring yang ada pada BCD boleh dijadikan tempat sangkut/simpanan aksesori ketika menyelam. So, your hand will be free. syok kan???
  • A low pressure direct feed that transports gas from diving cylinder and diving regulator to the BC.
  • A vent valve that allows gas to escape from the bladders of the BC.
  • BCD jenis terbaru mempunyai integrated weight systems - allowing divers to place their weights inside their BCD, instead of using a weight belt.

Ketika berada di darat, tangki udara yang telah diikat bersama BCD akan terasa berat. Namun, daya apungan air menjadikan BCD+tangki udara terasa lebih ringan di dalam air.
 
BCD boleh dibahagikan kepada 8 komponen utama. Hmm..kita terus guna English term la ek.. Susah bebenor nak translate jadi bahasa malaysia. peace yo!!

1. Air bladder
2. Inflators
3. Deflators & dump valves
4. Pressure release valve
5. Backplate
6. Waistband/ assorted straps
7. Pockets/rings
8. Weight pockets


Air bladder
Ruang takungan udara yang dipanggil air bladder ini terdapat di sisi BCD. Kita boleh deflate atau inflate (kempis atau kembung) air bladder untuk mengawal daya apungan (buoyancy) supaya kekal dalam posisi neutral.



Air bladder lazimnya bermula dari bahagian belakang hingga ke bahagian tepi pinggang (sisi). Terdapat juga BCD bersayap (wing style BCD) di mana air bladder hanya terdapat di bahagian belakang.

So, kalau tak reti berenang pun, you can still dive!!

Inflators
Ada 2 jenis inflator iaitu power inflator dan manual inflator. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu memberi udara kepada air bladder.


 
Power inflator disambungkan kepada tangki udara melalui hos bertekanan rendah (low pressure hose) iaitu first stage pada regulator. Kita hanya perlu tekan butang inflator dan udara akan diisi kedalam BCD.

Manual inflator pula adalah kaedah memasukkan udara dengan cara menghembuskan udara ke dalam mulut inflator hose. Ia terletak berdekatan dengan butang power inflator.  Just tekan butang dan hembus. 
 
 
Deflators and dump valve
Deflator berfungsi mengeluarkan udara dari BCD. Bagi manual deflator, caranya ialah tekan butang deflator supaya udara boleh keluar dari BCD. Tips: cara mudah untuk keluarkan udara ialah dengan mengangkat inflator hose tegak ke atas dan tekan butang deflator.
 
Dump valve juga berfungsi untuk mengeluarkan udara dari BCD. Namun, pengeluaran udara dari dump valve adalah cepat dan sukar dikawal.


Pressure release valve
Valve ini akan melepaskan udara secara automatik jika BC overinflated.
 
Backplate
Kepingan plastic keras di bahagian belakang BCD. Bahagian di mana tangki udara berada.
 
Waistband/ assorted straps
BCD selalunya mempunyai tali/strap di bahagian abdomen. Selain itu juga ada tali/strap dengan interlocking buckles di bahagian atas dada. Kegunaannya supaya BCD lebih kemas dan rapat dengan badan divers.
 
Kebanyakan BCD juga mempunyai tali/strap yang agak kecil di bahagian atas menjadikan kedudukan hose lebih baik, tidak mengganggu pergerakan dan mudah dicapai.
 
Pockets/rings
Poket atau ring yang terdapat pada BCD berguna untuk tujuan penyimpanan/sangkut aksesori ketika menyelam seperti lampu suluh, kamera dan sebagainya.
 
Weight pockets
Bagi divers yang menggunakan weight integrated system. tedapat weight poket pada BCD. Dengan cara ini divers tidak perlu memakai weight belt. Ia direka supaya divers boleh membuang pemberat dengan cepat sekiranya berlaku kes kecemasan.


Whooaaaa....kemain saya belajar pasal BCD. Bangga tak agaknya farish & en.amed dapat anak buah macam saya.kuikuikui..

Nanti kita sambung lagi. Adiosssss~~~~~~~~~~~~~


Regards,
aurikel


November 27, 2012

Salvatore Ferragamo Leather Purse

Ahoyyy!!! Seriously..saya jatuh hati tengok purse Salvatore Ferragamo yang simple tapi cun ahh!! Kalau tak beli pun, jom cuci mata...hehehehe

Salvatore Ferragamo Continental Wallet
Color: Charcoal - seriously suka color nie. rare.
Material: calfskin leather
Measurement: (Approximately) Length 19cm; Height 10.5cm; Width 3cm

Salvatore Ferragamo Continental Wallet
This one sama macam yang kat atas tapi berbeza warna.
Color: Poudre - most people call it pink belacan kan??? nice & sweet
Material: calfskin leather
Measurement: (Approximately) Length 19cm; Height 10.5cm; Width 3cm

 
Salvatore Ferragamo Gancio Bit Continental Wallet
Sleeek style kan... ??
Color: Blue baltic - smart & elegant color
Material: Pebbled calf leather
Measurement: (Approximately) Length 18cm; Height 8.5cm; Width 2cm
 
 
Siapa purplelicious punya orang, Gancio Bit Continental wallet also available in purple color.
 

 
.....or maybe .........

 
 
If you like them, or looking for sleek & elegant wallet, please visit REEBONZ ya!!
Happy shopping!!
 
 
 
xoxo
aurikel



November 26, 2012

Peplum trend tahun 2012

Hollaaaa..Hari nie nak cerita pasal peplum style yang tengah in dan meletop-letop macam pisang goreng. hahahaha Basically, design peplum nie bukan baru dalam dunia fesyen. Peplum skirt or dress sangat popular sekitar tahun 80-an. Sekarang, musim peplum kembali menyerang industri fesyen.

Peplum merupakan pakaian yang dijahit dengan waist-whittling effect. Ala-ala ada yang melilit kat pinggang.Lazimnya dijahit dengan pleated style. In other word, a peplum can be describe as an overskirt that is worn over top of a pair of pants. Di Malaysia, dari top. dress hinggalah ke baju kurung, semuanya dah ada yang dibuat dengan peplum style.


 
 
 


top peplum
*pic credit to Closet by L*

Suka tengok orang pakai peplum dress nie. Nampak cute, slim and cun!

 
 


*pic credit to google*

Tengok orang pakai kurung peplum nampak sweet jerr. Tapi ada masanya nampak macam tak sesuai dan kelakar bagi sesetengah orang. I personally think that peplum look good on women who has curves. It makes you look taller & slimmer. 

But tak begitu sesuai bagi mereka yang peha besaq kot. Sebabnya, with peplum style bahagian baju akan sedikit pendek ke atas. So, peha yang besaq dan lebaq agak ter'emphasize'. You got what I mean??

From my observation peplum makes your waist look bigger. That's why for some fashionista they said peplum can makes even perfect girl look fat. Ayyoooo!!!

However, it doesn't mean you can't wear peplum if you have big thigh. You nak pakai apa pun, pakai lah!! Yang paling penting - SELF CONFIDENT!! You got what I mean??

Lagipun, bak kata seorang jounalist "The secret of a successful peplum is in the cut and fit, and the balance between shoulder, hip and waist to achieve that all-important hourglass silhouette." ~ Hilary Alexander, The Telegraph fashion director.

Sebagai kesimpulannya, well-proportioned peplum mampu menghasilkan ilusi hourglass body shape kepada pemakainya. Again, yang paling penting CONFIDENT. Okay girlss???!

Tapi...syok sendiri di kala fesyen yang anda gayakan tak sesuai adalah sangatlah tidak digalakkan. You got what I mean??
hahahhahaaaaaa *evil laugh*

So, for those yang berminat nak cari peplum top, you may look into CLOSET BY L. Banyak gak pilihan menarik dan cun. Err..tolong promote business member la pulakkk kann... hehehehe


Happy peplum everyone!!
 
xoxo
aurikel
 
 

Breaking Dawn Part 2


Nak tengok tapi partner in crime dah takde. sobs sobs...
Anyone, care to join me?
 
 
xoxo
aurikel
 
 

November 20, 2012

Durian Crepe

Hollaaa..
Sekarang tengah musim durian. Entah berapa kali saya join party durian pun tak hengat..
eh?melampaunya..macamla berpuluh-puluh kali makan durian.
 
Balik dari Outstation kat Bentong saya singgah borong D2, D24 dan 101 kat Karak. Baik taukey durian tue, siap bagi kami makan free dua bijik D24 dengan D2 lagi. Mestilah baik kannn..dah aku borang kemain banyak durian dari dia.
 
Kat Bentong/Karak, kebanyakan peniaga jual durian klon D2, D24, 101, musang king etc. Durian yang dijual memang berkualiti dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Durian Musang King boleh dibeli dengan harga RM12-RM18/kg manakala durian-durian lain dengan harga RM8/kg. Sangat berpuas hati bila dapat makan durian yang lemak manis dan tebal isinya.
 
Cop!! Niat asalnya nak kongsi pasal durian crepe. Sana sini orang kecoh pasal durian crepe. Haruslah saya pun tak nak ketinggalan kan???kannn???
 
Kebetulan, big bro cerita pasal U-mate kami Emon  sekarang buat business tarts & durian crepe. So, ada apa lagi?? Haruslah mencuba kan?? Sambil tue boleh support business kawan-kawan.
 
 
Sebagai permulaan, saya tempah dua packs durian crepe. Bagaimana rasanya???
Serius sedap!!!
Makan dua ketul tak cukup. Bila dah makan rasa nak makan lagi. Then, I made repeat order on last weekend. Another 3 packs uolllssss!!
 
 
 
SERIUS SEDAP! Kalau tak percaya, boleh order, makan dan rasa sendiri!! Highly recommended to die hard fan durian like me!! hehehe Gebu-gebu pulak tue durian crepe. Masa makan siap pejam-pejam mata. Konon feeling abes lahhhhh kannn!!
 
 
 
Berminat? Boleh hubungi Puan Juliana @ Simply D'licious. Pick up area - seksyen 7 Shah Alam. Durian crepe dari Pn Juliana disediakan dalam pack yang mengandungi 6 ketul durian crepe. Selain durian crepe, beliau juga menerima tempahan tart dan mango crepe.
 
 
 Nampak menarik kan??? Next time boleh order tart pulak. :)
 
*pic credit to FB Juliana Shahri*
 
 
 
Regards,
aurikel
 
 
 
 
 

November 17, 2012

DIVING Equipment - Basic Gear

Salam.
Since I have new addiction on Scuba Diving, more post will be on my experience learning how to dive.

Hmm..what to bring during diving class??
  • Myself, my attention, my focus - tak jadi kalau badan datang tepi kolam tapi hati kat rumah. Kalau tersedak air kolam, jangan salahkan orang lain tau. Diri sendiri yang tak fokus.
  • Pakaian renang jika ada - kalau takde pun tak mengapa. Dive suit disediakan. Ada saiz dengan takde je la kann...Dah boleh start feeling2 divers sikit.
  • Pakaian extra - takkan la lepas terjun dalam pool nak balik rumah dengan baju basah kan?? Unless, kau gegeh sangat nak berjemur sampai satu badan kering.
  • Makanan & minuman - tak wajib tapi sangat digalakkan. Sebabnya selepas keluar dari pool mesti rasa lapar.
Perkara paling awal kita belajar adalah mengenali peralatan menyelam. Jadi, apa yang kita perlukan untuk aktiviti menyelam???


*picture credit to ScubaDivingFanClub*
 
1. Diving Mask/snorkel - cermin mata dalam air!
2. Diving Fin - membantu pergerakan dalam air
3. Wet/dry suit - mengekalkan suhu sesuai
4. Diving computer - ukur masa dan kedalaman aktiviti
5. Diver's siluete
6. Regulator - membantu pernafasan
7. Diving bag - storage
8. BCD (Buoyancy Control Device) - backpack & pegang posisi silinder udara
9. Underwater camera


 

 
Till then, ciou!!
 
 
Regards,
aurikel


November 15, 2012

Welcome to DIVING!

Dear Me,
Yeah..selamat datang ke dunia DIVING!!
 
First of all, congratulation to myself for my own courage that I  have taken the first step to join the DIVING class.
 
Gila nervous masa mula-mula kena suruh masuk dalam pool. Dupdap dupdap jantung ni. Nasib pakai wetsuit yang ketat tue, stabil sikit jantung nie. Kalau tak, rasa nak terkeluar dari tulang sternum.
 
Three REASONS why I join diving class:
1. I need new activity/life style/addiction - so I can divert my mind dari perkara & memori yang menyebabkan saya 'mental breakdown'.
2. To challenge myself & to face the fear - I fobia dengan air uolsssss plus saya taktau berenang yerrr.
3. To swim and dive - was my childhood dream
 
Serba sedikit pasal scuba diving, boleh rujuk artikel lama bertajuk Jom Scuba Diving. Artikel ini ditulis pada tahun 2008. Zaman mula-mula menulis blog. hehehe
 
Sekarang, kita layan dulu beberapa gambar poster diving.
 
 








 
Nampak sangar menyeronokkan, right??
 
 *picture credit to google*
 
 
Namun, belajar menyelam bukanlah sangat mudah. Kita perlu tahu teknik yang betul dan mampu melakukan teknik yang betul ketika berada di dalam air. Sebab itu, belajar menyelam perlukan kesabaran dan ketabahan.
 
Latihan yang berulang-ulang kali juga perlu supaya kita dapat memiliki teknik dan skill yang diperlukan.
 
Kalau sudah mampu menguasai teknik dan skill yang betul, barulah aktiviti menyelam akan jadi selamat dan menyeronokkan.
 
Semoga suatu hari nanti saya akan berjaya dapat Open Water Diving License. Till then, have a fun dive!! Enjoice!!
 
 
Love,
aurikel
 
 
 
Related Posts with Thumbnails