Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

November 17, 2012

DIVING Equipment - Basic Gear

Salam.
Since I have new addiction on Scuba Diving, more post will be on my experience learning how to dive.

Hmm..what to bring during diving class??
  • Myself, my attention, my focus - tak jadi kalau badan datang tepi kolam tapi hati kat rumah. Kalau tersedak air kolam, jangan salahkan orang lain tau. Diri sendiri yang tak fokus.
  • Pakaian renang jika ada - kalau takde pun tak mengapa. Dive suit disediakan. Ada saiz dengan takde je la kann...Dah boleh start feeling2 divers sikit.
  • Pakaian extra - takkan la lepas terjun dalam pool nak balik rumah dengan baju basah kan?? Unless, kau gegeh sangat nak berjemur sampai satu badan kering.
  • Makanan & minuman - tak wajib tapi sangat digalakkan. Sebabnya selepas keluar dari pool mesti rasa lapar.
Perkara paling awal kita belajar adalah mengenali peralatan menyelam. Jadi, apa yang kita perlukan untuk aktiviti menyelam???


*picture credit to ScubaDivingFanClub*
 
1. Diving Mask/snorkel - cermin mata dalam air!
2. Diving Fin - membantu pergerakan dalam air
3. Wet/dry suit - mengekalkan suhu sesuai
4. Diving computer - ukur masa dan kedalaman aktiviti
5. Diver's siluete
6. Regulator - membantu pernafasan
7. Diving bag - storage
8. BCD (Buoyancy Control Device) - backpack & pegang posisi silinder udara
9. Underwater camera


 

 
Till then, ciou!!
 
 
Regards,
aurikel


April 18, 2012

Apa itu INSTAGRAM?

...

xoxo
...



Memula saya jakun bila dengar orang asyik sebut pasal INSTAGRAM. Dekat twitter, dekat facebook entah macam-macam gambar keluar lepas tue ada tulis instagram. 

Dekat blog-blog hiburan pula kecoh pasal Lisa&Yusri berkongsi gambar-gambar honeymoon mereka menggunakan INSTAGRAM.

Jadi, apakah itu INSTAGRAM?? Yang pasti INSTAGRAM bukan makanan dan tak boleh dimakan. 

INSTAGRAM adalah suatu aplikasi yang membenarkan pengguna berkongsi gambar secara percuma. Whoooaa..memang mengujakan bagi mereka yang suka camwhoring atau obses ambil gambar walau di mana mereka berada.

Gambar-gambar yang telah diambil kemudiannya boleh dikongsikan kepada peminat-peminat anda (ada peminat kerr??? *muntoh jap) melalui mana-mana social network seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan sebagainya.

Yang membuatkan INSTAGRAM lebih menarik ialah pengguna boleh edit gambar yang telah diambil menggunakan pelbagai pilihan digital filter untuk membuatkan gambar kelihatan lebih cantik, lebih menggiurkan, lebih mengujakan dan lebih da boom.

Contohnya, gambar air barli ais di bawah nie. Nampak biasa-biasa jer. Takde yang istimewa. 



Tapi selepas difilter dengan applikasi Instagram, ianya nampak lebih wow. 


Err...siapa yang cakap nampak sama je tue?? Sila pergi kedai cermin mata berdekatan secepat mungkin. 

Aplikasi ini boleh dimuatturun secara percuma sama ada di App Store bagi pengguna Apple atau pun di Google Play bagi pengguna telefon android. Yahuuuu..!!! Percuma!




Harap maaf. Tidak sah bagi penggunaan telefon 3310. Hanya untuk pengguna smartphone sahaja.


Sekian info ringkas dari aurikel.



Sincerely,
aurikel



April 27, 2010

Sembang Kopi bersama Finalis TBLA Aaron Mokhtar

 This is LIVE & INSPIRE SERIES


Tarikh   : 29 April 2010
Hari      : Khamis
Lokasi  : Starbucks, Bangsar Village II, Level 2, Bangsar Kuala Lumpur
Waktu  : 8 mlm - 9 mlm

The SPEAKER: Aaron Mokhtar, Finalist of The Biggest Loser Asia Season 1

Mari berkongsi pengalaman dan inspirasi dengan Aaron tentang kehidupan dan kesihatan beliau. Sembang kopi kali ini berkisar tentang Mengawal Kehidupan @ Taking Control of Your Life.

AturCARA:
Pendaftaran sebelum jam 8 malam.
0800 pm : Introduction + coffee talk
0815 pm : SPEAKER session dan sesi soal jawab
0850 pm : Cabutan bertuah & penutup

30 pendaftaran pertama akan mendapat kopi percuma!!


**follow us on twitter: http://twitter.com/live_n_inspire and visit our series website http://www.liveandinspire.com/series

April 20, 2010

Gaun Bertatah Berlian bernilai RM400,000


Sehelai gaun bertatah berlian berharga RM400,000 serta gaun dan barangan kemas yang dipakai selebriti terkenal termasuk penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza adalah antara tarikan untuk mengamit pengunjung ke Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara yang bermula 15 April hingga 16 Mei.

Mak aii..gaun harga beratus-ratus ribu. Macam boleh beli sebijik rumah teres dua tingkat kat Shah Alam. Kalau kat kampung siap boleh buat sebijik rumah banglo.

Kalau buat belanja kahwin nie, dah lebih dari cukup. Isk2x...

Selain itu, turut dipamerkan adalah cincin perkahwinan pelakon dan penyanyi Erra Fazira, cincin perkahwinan Siti Nurhaliza, kerongsang loket perkahwinan Ning Baizura dan kerongsang mutiara pereka kasut antarabangsa Prof Datuk Jimmy Choo.

Pameran Pesona Mutiara Rafflesia ini dianjurkan Jewellery Circles dan Muzium Negara. Ia dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk RM2 bagi yang berumur 12 tahun ke atas dan percuma bagi yang berumur bawah 12 tahun.



December 27, 2009

Fabric Starch untuk fabrik yang degil

Pernah tak memiliki tudung yang cantik tapi terlalu lembut atau terlalu licin, sangat degil dan susah dibentuk?

Lagi-lagi bila kita pakai dalam keadaan nak cepat. Memang naik hangen dibuatnya. Silap-silap terus kena campak je tudung tue. (nie pengalaman...ye memang mengaku pernah buat hehe)

Atau pun pernah tak memiliki baju/kemeja yang sangat susah nak digosok. Jenuhla renjis-renjis  or spray air kat baju tue sambil iron, hasilnya masih kurang memuaskan. Setengah jam ambil masa nak menggosok sehelai baju tapi bila dah siap serupa tak gosok je. Ciss..buat membazir elektrik je la.

 Rupanya masalah nie boleh diatasi dengan menggunakan fabric starch. Nie aku dapat dari En.Google. Dah ada rupanya orang invent produk nie. *sigh..aku sudau terlewat. baru je terfikir nak buat produk nie. Salah satu jenama fabric starch yang agak glamer ialah Kiwi Kleen. Boleh didapati di pasar raya. Kedai runcit payah skit kot nak jumpa. (sebab selama nie aku tak pernah jumpa fabric starch kat kedai-kedai runcit kecik). Semalam kebetulan pergi Jusco, aku pun dengan gegehnya mencari fabric starch nie. Jenama Kiwi Kleen tak jumpa tapi jumpa jenama lain. 


Harga agak mahal jugak la sebab botol besar.. botol kecik tak de pulak

Fabric starch nie boleh disemburkan pada tudung untuk mengeraskan sedikit bahagian depan supaya senang dibentuk. *Jangan pulak sembur masa tengah pakai tudung di kepala, kang tak pasal-pasal ada pulak mata yang keras tak nampak jalan.

Niat di hati nak beli tapi tetiba teringat pulak kat mak aku. Masa kecik-kecik dulu mak aku selalu guna tepung ubi bancuh sikit dengan air letak kat baju sekolah aku. Memang baju sekolah aku sangat licin & sangat senang digosok. Baju sekolah aku sentiasa licin & kemas.

Hmm.. Starch dalam bahasa malaysia ialah kanji kan? Tepung ubi tue kanji la kan....hahaha alahai...punya la beria aku cari kat google. Siap nak beli fabric starch yang mahal nie, padahal boleh buat sendiri je.

p/s: Rajinla pulak aku nak pergi beli tepung ubi. Kalau pakai fabric starch tadi tue, spray je kan..kan.. lagi cepat kerja siap kan..kan..hehehe

December 22, 2009

Add This Button: Bookmark & Share a Post to Social Network


What is AddThis?

AddThis helps website publishers and bloggers spread their content across the web by making it easy for visitors to bookmark and share content to their favorite social destinations.

What can be shared with AddThis? 

AddThis can be used to share just about anything, including:


AddThis offers several different ways to customize, so you can get the sharing tool that's right for you:





How to get started?

1. Go to addthis.com

2. Create your own button now, or customize your button or menu

2. Select where do you want to put it (eg:blogger, wordpress, website etc etc)

3. Select what kind of button and style you want:

4. Get code

5. Add widget to install at Sidebar or copy & paste the code in your html to install at every post. Get it now 



Related Posts with Thumbnails