Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label scuba diving. Show all posts
Showing posts with label scuba diving. Show all posts

February 17, 2013

dive suit



Salam...Ahoy nakama….

Waiting for hot stories??

naa daaa ... means takdelah!

tapi nak tayang sikit my own dive suit

taaaaddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....



hopefully I’m not getting fatter sebelum sampai pulau yekk

tapi lately murah rezeki..ada je orang nak belanja makan



senyum sampai langit biru,
aurikel



November 28, 2012

Diving Class - BCD

Assalamualaikum. Hola there... meh, nak sambung cerita pasal scuba diving. In our first class, we learnt  about diving equipment. Salah satu peralatan penting ialah Buoyancy Control Device (BCD).



Fungsi -fungsi BCD:
  • Sebagai backpack dan memegang kedudukan tangki silinder udara
  • Membantu diver untuk rehat dan berenang dengan selesa di permukaan dengan bantuan mask dan snorkel.
  • Di dalam air pula, BCD membenarkan diver compensate dengan perubahan apungan (changes in buoyancy)
  • Poket dan ring yang ada pada BCD boleh dijadikan tempat sangkut/simpanan aksesori ketika menyelam. So, your hand will be free. syok kan???
  • A low pressure direct feed that transports gas from diving cylinder and diving regulator to the BC.
  • A vent valve that allows gas to escape from the bladders of the BC.
  • BCD jenis terbaru mempunyai integrated weight systems - allowing divers to place their weights inside their BCD, instead of using a weight belt.

Ketika berada di darat, tangki udara yang telah diikat bersama BCD akan terasa berat. Namun, daya apungan air menjadikan BCD+tangki udara terasa lebih ringan di dalam air.
 
BCD boleh dibahagikan kepada 8 komponen utama. Hmm..kita terus guna English term la ek.. Susah bebenor nak translate jadi bahasa malaysia. peace yo!!

1. Air bladder
2. Inflators
3. Deflators & dump valves
4. Pressure release valve
5. Backplate
6. Waistband/ assorted straps
7. Pockets/rings
8. Weight pockets


Air bladder
Ruang takungan udara yang dipanggil air bladder ini terdapat di sisi BCD. Kita boleh deflate atau inflate (kempis atau kembung) air bladder untuk mengawal daya apungan (buoyancy) supaya kekal dalam posisi neutral.



Air bladder lazimnya bermula dari bahagian belakang hingga ke bahagian tepi pinggang (sisi). Terdapat juga BCD bersayap (wing style BCD) di mana air bladder hanya terdapat di bahagian belakang.

So, kalau tak reti berenang pun, you can still dive!!

Inflators
Ada 2 jenis inflator iaitu power inflator dan manual inflator. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu memberi udara kepada air bladder.


 
Power inflator disambungkan kepada tangki udara melalui hos bertekanan rendah (low pressure hose) iaitu first stage pada regulator. Kita hanya perlu tekan butang inflator dan udara akan diisi kedalam BCD.

Manual inflator pula adalah kaedah memasukkan udara dengan cara menghembuskan udara ke dalam mulut inflator hose. Ia terletak berdekatan dengan butang power inflator.  Just tekan butang dan hembus. 
 
 
Deflators and dump valve
Deflator berfungsi mengeluarkan udara dari BCD. Bagi manual deflator, caranya ialah tekan butang deflator supaya udara boleh keluar dari BCD. Tips: cara mudah untuk keluarkan udara ialah dengan mengangkat inflator hose tegak ke atas dan tekan butang deflator.
 
Dump valve juga berfungsi untuk mengeluarkan udara dari BCD. Namun, pengeluaran udara dari dump valve adalah cepat dan sukar dikawal.


Pressure release valve
Valve ini akan melepaskan udara secara automatik jika BC overinflated.
 
Backplate
Kepingan plastic keras di bahagian belakang BCD. Bahagian di mana tangki udara berada.
 
Waistband/ assorted straps
BCD selalunya mempunyai tali/strap di bahagian abdomen. Selain itu juga ada tali/strap dengan interlocking buckles di bahagian atas dada. Kegunaannya supaya BCD lebih kemas dan rapat dengan badan divers.
 
Kebanyakan BCD juga mempunyai tali/strap yang agak kecil di bahagian atas menjadikan kedudukan hose lebih baik, tidak mengganggu pergerakan dan mudah dicapai.
 
Pockets/rings
Poket atau ring yang terdapat pada BCD berguna untuk tujuan penyimpanan/sangkut aksesori ketika menyelam seperti lampu suluh, kamera dan sebagainya.
 
Weight pockets
Bagi divers yang menggunakan weight integrated system. tedapat weight poket pada BCD. Dengan cara ini divers tidak perlu memakai weight belt. Ia direka supaya divers boleh membuang pemberat dengan cepat sekiranya berlaku kes kecemasan.


Whooaaaa....kemain saya belajar pasal BCD. Bangga tak agaknya farish & en.amed dapat anak buah macam saya.kuikuikui..

Nanti kita sambung lagi. Adiosssss~~~~~~~~~~~~~


Regards,
aurikel


November 17, 2012

DIVING Equipment - Basic Gear

Salam.
Since I have new addiction on Scuba Diving, more post will be on my experience learning how to dive.

Hmm..what to bring during diving class??
  • Myself, my attention, my focus - tak jadi kalau badan datang tepi kolam tapi hati kat rumah. Kalau tersedak air kolam, jangan salahkan orang lain tau. Diri sendiri yang tak fokus.
  • Pakaian renang jika ada - kalau takde pun tak mengapa. Dive suit disediakan. Ada saiz dengan takde je la kann...Dah boleh start feeling2 divers sikit.
  • Pakaian extra - takkan la lepas terjun dalam pool nak balik rumah dengan baju basah kan?? Unless, kau gegeh sangat nak berjemur sampai satu badan kering.
  • Makanan & minuman - tak wajib tapi sangat digalakkan. Sebabnya selepas keluar dari pool mesti rasa lapar.
Perkara paling awal kita belajar adalah mengenali peralatan menyelam. Jadi, apa yang kita perlukan untuk aktiviti menyelam???


*picture credit to ScubaDivingFanClub*
 
1. Diving Mask/snorkel - cermin mata dalam air!
2. Diving Fin - membantu pergerakan dalam air
3. Wet/dry suit - mengekalkan suhu sesuai
4. Diving computer - ukur masa dan kedalaman aktiviti
5. Diver's siluete
6. Regulator - membantu pernafasan
7. Diving bag - storage
8. BCD (Buoyancy Control Device) - backpack & pegang posisi silinder udara
9. Underwater camera


 

 
Till then, ciou!!
 
 
Regards,
aurikel


November 15, 2012

Welcome to DIVING!

Dear Me,
Yeah..selamat datang ke dunia DIVING!!
 
First of all, congratulation to myself for my own courage that I  have taken the first step to join the DIVING class.
 
Gila nervous masa mula-mula kena suruh masuk dalam pool. Dupdap dupdap jantung ni. Nasib pakai wetsuit yang ketat tue, stabil sikit jantung nie. Kalau tak, rasa nak terkeluar dari tulang sternum.
 
Three REASONS why I join diving class:
1. I need new activity/life style/addiction - so I can divert my mind dari perkara & memori yang menyebabkan saya 'mental breakdown'.
2. To challenge myself & to face the fear - I fobia dengan air uolsssss plus saya taktau berenang yerrr.
3. To swim and dive - was my childhood dream
 
Serba sedikit pasal scuba diving, boleh rujuk artikel lama bertajuk Jom Scuba Diving. Artikel ini ditulis pada tahun 2008. Zaman mula-mula menulis blog. hehehe
 
Sekarang, kita layan dulu beberapa gambar poster diving.
 
 








 
Nampak sangar menyeronokkan, right??
 
 *picture credit to google*
 
 
Namun, belajar menyelam bukanlah sangat mudah. Kita perlu tahu teknik yang betul dan mampu melakukan teknik yang betul ketika berada di dalam air. Sebab itu, belajar menyelam perlukan kesabaran dan ketabahan.
 
Latihan yang berulang-ulang kali juga perlu supaya kita dapat memiliki teknik dan skill yang diperlukan.
 
Kalau sudah mampu menguasai teknik dan skill yang betul, barulah aktiviti menyelam akan jadi selamat dan menyeronokkan.
 
Semoga suatu hari nanti saya akan berjaya dapat Open Water Diving License. Till then, have a fun dive!! Enjoice!!
 
 
Love,
aurikel
 
 
 

November 14, 2012

New Addiction

Alhamdulillah..first and foremost, gratitude to Allah almighty. With his permission, I manage to do this one thing that I wish to do.
 
It happend last week, it just a beginning. Slightly haru biru kahkahkah Almaklumlah orang fobia air.

 
SALAM MAAL HIJRAH 1434H
 
 
Note: anyone yang berminat untuk join scuba diving, contact me ya!! I'll provide the details. 
 
 
 
Love,
aurikel
 
 
Related Posts with Thumbnails