Pages

Ads 468x60px

.

Labels

April 30, 2010

Awas! Gelombang kedua H1N1


Beberapa kes Influenza A (H1N1) atau penyakit serupa influenza (ILI) dilaporkan semula di Malaysia. Terbaru, seorang wanita berumur 61 tahun disahkan meninggal dunia akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Lagi berita tentang H1N1 di sini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menasihatkan orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan segera mendapatkan pelalian vaksin A (H1N1) di 104 fasiliti yang disediakan kementerian di seluruh negara.

Maklumat lanjut berkenaan H1N1 boleh didapati dengan melayari laman web Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline di talian 03-88810200/0300.

  • Selalu basuh tangan dengan sempurna
  • Pakai penutup muka bagi yang mengalami batuk atau selsema
  • Tutup mulut & hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin
  • Elakkan bersesak-sesak di tempat awam sekiranya tiada keperluan
  • Segera dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom-simpton H1N1




Mandulkan saja lelaki-lelaki itu!!



Wahhh..bunyi macam emosi betul statement nie kan??? Tapi lebih kurang begitulah saranan seorang senator ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada sidang Dewan Negara.

"Sekarang ini kita lihat dalam kes buang bayi, bapa (bayi itu) ghaib, hilang (entah ke mana dan) cari pun tak jumpa. Saya cadangkan kita kasi (sahaja) bapa-bapa ini," katanya.

Ahmad Husin mencadangkan agar bapa kepada bayi yang dibuang dimandulkan atau dikasi bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya lebih bertanggungjawab. Berita lanjut di sini.

Hmmm..itu pun kalau kita jumpa siapa bapa kepada bayi bernasib malang tersebut. Masalah yang sering dihadapi kini adalah kes pembuangan bayi yang semakin meningkat dan pada masa yang sama ibu bapa yang tidak bertanggujawab tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Jika si bapa dikasi, bagaimana pula dengan si ibu??? Sanggup berzina hingga melahirkan bayi, kemudian bertindak zalim dengan membunuh dan meninggalkan anak di merata tempat ibarat sampah!!

pssstt: ada berani?


Iron Man 2 : Layan trailer jela dulu



Finally, Tony Stark akan keluar dengan baju baru iron man yang lebih canggih dan high tech. Filem 2010 yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 30 April 2010 Iron Man 2 bakal menggegar pawagam!!! Cewahhh..promo abes..hehe First screening malam nie sure tiket sold out.

Since I made a promise with Mr. ATB, so tak boleh la nak jadi antara yang terawal tengok Iron man 2. Nanti dia kecik hati susah wooo... Terpaksa rela la aii tunggu next week.

Harap-harap sekuel Iron Man nie tak mengecewakan. Biasala, kebanyakan filem-filem yang meletup kebabom bila dibuat sekuel hasilnya agak mengecewakan.  


Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2010 & Pendaftaran 10 Mei 2010

Keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011telah pun dibuka sejak 16 April 2010 yang lalu. Keputusan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Semakan boleh dibuat melalui 3 cara:

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.

  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888

  3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat di pusat-pusat matrikulasi di seluruh negara.  Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010

Jangan lupa tau. Maklumlah..dah lama sangat bercuti selepas tamat SPM.

Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Bagi yang tidak berjaya, jangan kecewa. Masih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas di Malaysia. Keputusan permohonan UPU bakal keluar bulan Mei nanti. 


Nota: Tahniah buat my cousin kerana berjaya di tawarkan untuk belajar di Matrikulasi Gopeng, Perak. 

April 28, 2010

Chocolate Mousse Cake - Akibat menonton Antique Bakery

 
Gara-gara menonton cerita Antique Bakery, hati & jiwa nie mula meronta-ronta nak makan kek. Pehhh..hebat betul penangan chef pastri dalam cerita tue. 

Hajat di hati nak buat sendiri kek..cewahhh macam la reti. Tengok resepi macam senang. Gula, butter, tepung, telur, susu, esen vanila..hmmm semua bahan ada dalam kabinet. Tapi bila difikirkan semula. issskhh....beli jela.

 kek mocha-coklat & chocolate mousse cake

Hari nie memang murah rezeki ku. Macam tau-tau je aku tengah craving nak makan kek. Terima kasih daun keladi, next time belanja la lagi kepada cousin ku yang bermurah hati belanja aku chocolate mousse.  Yang kek mocha-coklat tue belongs to my cousin.

Kenapa pilih chocolate mousse cake?? sebab rupa dia ada ala-ala kek yang dalam cerita Antique Bakery tue. hahahahah Terpengaruh sungguh......

Just nak sharing kot ada yang tak tau lagi. Asalnya mousse (bukan mouse = tikus yerr) adalah sejenis hidangan pencuci mulut/dessert. Biasanya mousse dibuat daripada gabungan krim, telur, gula dan perasa. Mousse kek pula terhasil dari kombinasi berlapis-lapis antara mousse dan kek atau biskut. Yang paling penting, mousse tidak dibakar.

yummy....sedapnya...tapi tak boleh makan selalu!!


April 27, 2010

Sembang Kopi bersama Finalis TBLA Aaron Mokhtar

 This is LIVE & INSPIRE SERIES


Tarikh   : 29 April 2010
Hari      : Khamis
Lokasi  : Starbucks, Bangsar Village II, Level 2, Bangsar Kuala Lumpur
Waktu  : 8 mlm - 9 mlm

The SPEAKER: Aaron Mokhtar, Finalist of The Biggest Loser Asia Season 1

Mari berkongsi pengalaman dan inspirasi dengan Aaron tentang kehidupan dan kesihatan beliau. Sembang kopi kali ini berkisar tentang Mengawal Kehidupan @ Taking Control of Your Life.

AturCARA:
Pendaftaran sebelum jam 8 malam.
0800 pm : Introduction + coffee talk
0815 pm : SPEAKER session dan sesi soal jawab
0850 pm : Cabutan bertuah & penutup

30 pendaftaran pertama akan mendapat kopi percuma!!


**follow us on twitter: http://twitter.com/live_n_inspire and visit our series website http://www.liveandinspire.com/series

Saya Kenal Anak Perak

16 Januari. Di celah lautan manusia yang datang untuk memiliki Samsung Corby, ada dia. Dia cuma emisyntech. Sederhana tinggi. Berkaca mata. Bagaikan unsur kimia, Jen, Aku, Frazi dan dia sepakat melakukan terbangan musang (flyingfox) dek keciwa gagal membawa pulang Samsung Corby. 17 April kami bertemu lagi. Dia kini Anak Perak.


Amaran!!Post ini bukan luahan perasaan di celah-celah kehidupan. Post ini adalah sempena contest 'Saya Kenal Anak Perak'. Serius. Ini betul-betul Anak Perak punya contest. Bukan cobaan. 

Berminat menyertai contest ini? Sila layari http://anakperak.com.

3 sebab suka melepak di blog Anak Perak:
1. Blog selalu dikemaskini (update) dengan cerita menarik dan info terkini.
2. Anak Perak berpengetahuan dalam bidang IT. Ada masalah? Dia sedia membantu.
3. Bakal muncul dalam project alpha (propa je nie...hehehe). Sila vote audition video anak perak yang muka control gelak tue okehhh.. Layaaaaaaaaann.

                 

April 26, 2010

|Movie Review| The Losers (2010) - Awesome!


We watched The Losers last week. Awesome!!

Synopsis: The long-awaited big-screen adaptation of the graphic novel of the same name follows a former Special Forces team in the 90s, 'The Losers'. Betrayed by their handler, Max, and left for dead following the conclusion of their operation the team are intent on revenge.

Eager for the opportunity to remove their names from a secret CIA death list, the Losers regroup and conduct covert operations against the CIA and its interests, uncovering startling operations spearheaded by the enigmatic Max, whose influence within the CIA and US government is unparalleled.


Genre: Action / Adventure
Runtime: 1 hour 37 mins
The Losers trailer. Layan sini.

Introducing...THE LOSERS



My comment: Looking at the title, I wasn't expecting much from this movie. But it turned out to be awesome (exaggerate..).Morgan who plays as Clay really has charisma and physicality that make him believable as a leader, a romantic hero and a genuine action star. Saldana makes Aisha looks as destructive-hot-babe. I love Cougar and his hat. Cool and precise. Jensen provides most of the comic relief in this film. Balancing the stress and the humor.  Overall, I seriously enjoyed this movie.

My rating: 8/10

|Movie Review| Antique (2008 ) : Lelaki Jambu itu Gay

Lelaki jambu ≠ lelaki jual jambu. Lelaki jambu adalah istilah urban kepada lelaki yang berwajah cantik, cute atau berwajah keanak-anakan. Di Malaysia, semakin ramai lelaki jambu dikenal pasti. Fahrin Ahmad?? Maaf, itu contoh yang jelas, nyata dan terang seperti izhar halqi adalah sangat salah. Mesti wawan marah kalau kita kata Fahrin Ahmad yang macho itu lelaki jambu hanya kerana dia pernah menitiskan air mata di depan media. 

Adakah lelaki jambu Gay?? wahhh..statement bikin panas nampak. Tapi seriously, lelaki jambu yang aku nampak itu Gay. Dia memang gay. eeiii..geli pulak nengok laki kissing lelaki. eyewww....


Cerita ini diadaptasi dari sebuah manga bertajuk 'Antique bakery'. Jin-hyuk seorang pemuda kaya yang tak suka makan makanan manis. Lagi-lagi kek. 

Jin-hyuk kemudiannya membuka sebuah kedai kek dan menggaji seorang pembuat kek yang sangat berbakat bernama Sun-woo. Rupanya Sun-woo pernah menyukai Jin Hyuk ketika di bangku sekolah dulu. Selain mereka, seorang bekas juara boxing dan juga bodyguard yang good for nothing turut sama bekerja di kedai tersebut yang dinamakan Antique.  

Persoalannya, apakah motif Jin Hyuk buka kedai kek sedangkan dia tak suka kek? Buat kek langsung tak reti. Jenis kek dan namanya pun dia tak tahu. Berjayakah Sun-woo menggoda Jin Hyuk setelah direject suatu ketika dahulu?


Siapa rajin boleh download kat sini. Siapa tak rajin boleh contact aii. I can get it for you.
Download Antique.2008.CD1.rmvb.001
Download Antique.2008.CD1.rmvb.002
Download Antique.2008.CD2.rmvb.001
Download Antique.2008.CD2.rmvb.002


April 25, 2010

BN kembali menguasai Hulu Selangor

KEPUTUSAN PILIHANRAYA P.94 KAWASAN HULU SELANGOR.


Calon P. Kamalanathan (BN) : 24,997


Calon  Datuk Zaid Ibrahim (PKR) : 23,272

Majoriti Undi: 1,725 undi dimenangi oleh BN. Turut sama meraikan kejayaan ini di Hulu Selangor adalah DS Najib dan Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin dan juga beberapa pemimpin BN yang lain.

So, kepada YB yang dah menang, jangan janji tinggal janji udah le. Jalankanlah tanggungjawab dengan sebaiknya. Jangan masa berkempen je rajin turun padang. Bila dah menang, jangankan batang hidung, bayang pun tak nampak.


bisik buzzz: Adakah peribadi calon mempengaruhi undi? Almaklumlah..sebelum nie kan kecoh isu Datuk Zaid Ibrahim minum arak & berjudi.




Beautiful Blogger Award

Cik Fieda dengan murah hati telah memberi Beautiful Blogger Award ini kepada saya. Errr..layakkah? Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa...Merasa la aii dapat award. Nak harap menang AIM2010?? Sampai kucen kuar tanduk pun tak tentu dapek laie. 


 Dah pandai terima award tak reti-reti nak jawab tag?? heheheh iyola...den jawab la nie

 1. Thank & link the person that gave you the award
Terima kasih Cik Fieda. Dio nie kawan sjk sekolah rendah laie. Samo-samo belaja satu kelas. 

2. Pass this award onto bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
Sapo?? hmmm..since baru je jumpa blog midori sya @ cadburyslover.blogspot, kasik kat dia lah. 

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
Midori,  i just gave you this award!! lalallaaalaaa....


4. State 7 things about yourself.
(1)  I used to speak very fast..sekarang dah pandai control, dah reti cakap slow-slooowww
(2)  Big fan of cerita jepun, korea & english series. Juga kaki wayang.
(3)  Banyak-banyak senyum
(4)  Kadang-kadang serius
(5)  Jarang-jarang garang..ehhh, nape yang gelak bila aku kata aku garang?? hepp!!babab baru tau..
(6)  Suka jalan-jalan cari makan. Ingat nak cari geng la. Ada sape2 minat nak join??
(7)  Comel hahahahahahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh edisi perasan


bisik buzzzz: sila sediakan baldi tadah muntah hijau bila baca statement no 7.

April 24, 2010

Coughing & Sneezing

This is a quick update. 
..
..
..
..
..
..

yep..At night, I'm coughing like non-stop machine gun. Really can't have a good nite sleep. 


During daylight, I was like sneezing a lot like errr....whatever.! And the flu is running like water (water?? just exaggerating). My voice sounds like a rock-star. 

Dua lebih baik dari satu


I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, "Hey,"

Maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one

~~~ Boys Like Girls feat Taylor Swift ~~~

 


April 20, 2010

Bung Mokhtar -Zizie Mengaku Salah Berpoligami Tanpa Kebenaran


Ahli Parlimen Kinabatangan  Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku salah kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bersubahat dengan isterinya, aktress  Zizie Ezette Abdul Samad berkahwin tanpa kebenaran pendaftar. 

Mereka berkahwin 16 Disember tahun lalu di Taman Melawati. Keduanya didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor dan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kecua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Sumber dan berita oleh Berita Harian

Islam tak pernah mensyaratkan bahawa lelaki nak berpoligami mesti dapatkan kebenaran mahkamah dan juga kebenaran isteri pertama. Aku pernah dengar ada lelaki merungut, kenapa perlu menyusahkan perkara baik. Perkahwinan kan perkara baik. Islam tak kata pun kena mintak izin isteri. Lelaki berhak kahwin sampai 4 kalau mampu. 

Tue la dia perangai sesetengah lelaki. Bab nak kahwin je nak ikut agama. Bab nafkah, tanggungjawab, solat, zakat dan perkara-perkara lain tak kisah pun nak ikut agama.  Memang agama tak mewajibkan lelaki mintak izin isteri kalau nak berpoligami, tapi undang-undang tersebut dibuat untuk menjaga kemaslahatan/kebajikan para isteri. Undang-undang tersebut dibuat supaya wanita tak tertindas dengan suami yang tak bertanggungjawab. 

Ada lelaki kata ramai perempuan kedekut sebab tak nak berkongsi kasih. Ohhh..kalau perempuan tak mahu berkongsi kasih dipanggil kedekut, kalau lelaki yang pasang dua tiga perempuan tue boleh tak dipanggil TAMAK??!!


Gaun Bertatah Berlian bernilai RM400,000


Sehelai gaun bertatah berlian berharga RM400,000 serta gaun dan barangan kemas yang dipakai selebriti terkenal termasuk penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza adalah antara tarikan untuk mengamit pengunjung ke Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara yang bermula 15 April hingga 16 Mei.

Mak aii..gaun harga beratus-ratus ribu. Macam boleh beli sebijik rumah teres dua tingkat kat Shah Alam. Kalau kat kampung siap boleh buat sebijik rumah banglo.

Kalau buat belanja kahwin nie, dah lebih dari cukup. Isk2x...

Selain itu, turut dipamerkan adalah cincin perkahwinan pelakon dan penyanyi Erra Fazira, cincin perkahwinan Siti Nurhaliza, kerongsang loket perkahwinan Ning Baizura dan kerongsang mutiara pereka kasut antarabangsa Prof Datuk Jimmy Choo.

Pameran Pesona Mutiara Rafflesia ini dianjurkan Jewellery Circles dan Muzium Negara. Ia dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk RM2 bagi yang berumur 12 tahun ke atas dan percuma bagi yang berumur bawah 12 tahun.



April 19, 2010

Gatsby Street Fair memang Gempak


Sabtu lepas satu lagi sejarah dalam Malaysia book of recod telah pun tercipta,  The Largest Bloggers Gathering in Malaysia dibawakan khas oleh Gatsby. Event yang sangat happening. Boleh jumpa ramai blogger yang femes, yang meletop, yang otai-otai, yang suam2 kuku dan juga newbie blogger macam ai nie... hehehe 

Event nie dimulakan dengan pendaftaran dan juga majlis pelancaran. Semasa pelancaran telah diumumkan bahawa Gatsby Street Fair telah berjaya mengumpulkan seramai 518 orang blogger sekkaligus mencatat kejayaan sebagai perjumpaan blogger terbesar di Malaysia setakat ini. 

  Fokus adalah pada sijil M'sia Book of Record..sila abaikan dua model suam-suam kuku di atas..

Syok je tengok ramai bloggers berhimpun dengan t-shirt merah merembung. Meriahhh youuu...Jangan risau..Ini Gatsby Street Fair okay, bukan demonstrasi jalanan macam kat Thailand.  

Best dapat jumpa semula kawan-kawan dari event Samsung Corby dulu ||jen datang dengan 2 bodyguards, emi datang pura-pura anak perak tak glamer, shahrol photographer datang dengan kameranya, laila datang dengan seliparnya, bob datang dengan jari belum warna merahaus melankolik datang dengan gf, wawan dengan seorang bodyguard dan shawlnya yang cantik||. 

Aku jugak lone ranger. Di mana bodyguard ku?? Nasib Laila ada. Melalui laila kenal huda. Cantik dan pandainya Huda nie pakai tudung belit-belit tue. Selain itu, dapat kenal beberapa kawan baru lain... Nice meeting u girls.

Since, my kamera dah selamat hancus skrinnya memangla aku tak boleh nak tayang skill fotografiku. Nak harap kat kamera hp 2.0 nie tak dapekla den nak nolong. 

lunch dengan anak perak, shahrol & laila
shahrol kan fotographer..so dia mane leh ada dalam gambar hikhikhik
jen  pun ada tapi dia makan kat meja lain dengan anak-anaknya

(gambar cilok dari shahroll..since dah mencilok meh tolong promote sket. sape nak shooting gambar kawen, tunang, anak naik buai etc etc leh cari dia okay..)

Ada macam-macam games yang ala-ala fun fair berlangsung dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang. Setiap games yang kita menang, kita akan diberi kupon. Kemudian bolehla redeem kupon-kupon tue dengan produk Gatsby. Hoorayyyy!!!! 

Tapi sayangnya, produk Gatsby nie lebih kepada barangan keperluan lelaki. Next time, Nuffnang buatla event dengan company produk-produk perempuan tau... *wink..wink!!

nak main?? sila beratur yea..


Setelah beberapa kali tawaf main macam-macam permainan, dapatlah kupon dalam beberapa puloh keping. Masa nak redeem pening kepala nak pilih apa. Siap tanya kat petugas kaunter lagi, 'miss..produk for girls takde ke??'. Amoi tue sengih je. hehe Last-last aku pilihla barang-barang yang aku rasa relevan. 

nie je yang tinggal..yang lain dah kena sedekah


Gel rambut, 2 ketul deodorant dengan sebotol cool deodorant perfume spray dah selamat sedekah kat Paksu ngan Abang Chik. Dua botol perfume deodorant dah bagi kat my cousin yang satu lagi. Yang baki nie nak buat apa ek?? Gel rambut dengan deodorant boleh bagi kat Mr. ATB tapi yang 4 botol  deodorant perfume spray tue nak buat apa?? Takkan bagi semua kat orang...

Haaaa...Buat sembur bilik boleh??? Wangila Crystal Musk dengan Ocean Clear tue...serius..memang wangi.. Pagi semalam dengan pagi tadi dah testing-testing sembur kat bilik dah . hahahaaha



nota kuku: tQ Nuffnang & Gatsby. Walaupun tak cukup bertuah nak menang pape lucky draw tapi at least bawak balik produk Gatsby. 


**Gambar kredit to anak perak & Shahroll fotography



April 18, 2010

Karnival Kerjaya JobStreet @ MidValley Convention Centre

Karnival Kerjaya - Malaysia Career & Training Fair 2010 (MCTF) yang dianjurkan oleh JobStreet bermula Jumaat 16 April 2010 akan berakhir pada hari Ahad 18 April 2010. Ada lebih kurang 180 syarikat menawarkan pelbagai jawatan.

Bagi yang telah melakukan pra pendaftaran secara online, anda boleh terus masuk melalui kaunter ekspress dengan hanya menunjukkan kod unik anda. Bagi yang tak daftar, jangan risau. Anda tetap dialu-alukan hadir dan boleh masuk secara percuma. Tapi kena la isi borang pendaftaran dulu sebelum masuk.

Selepas pendaftaran, pengunjung akan diberikan sticker untuk ditampal pada baju anda.

 Tag/sticker sebagai peserta MCTF'10

Pengunjung terutamanya yang mencari peluang pekerjaan dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai. Ini kerana ada sesetengah yang syarikat yang turut menjalankan proses temuduga pada hari tersebut.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat kekosongan jawatan di syarikat-syarikat yang menyertai MCTF ini di setiap booth atau pun boleh semak pada papan kenyataan yang disediakan. 


Terdapat banyak syarikat-syarikat yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan baik untuk golongan profesional dan juga bukan profesional. Antara syarikat yang menyertai MCTF'10 ialah Panasonic, Western Digital, Sime Darby, Media Prima, Resorts World At Sentosa Pvt Ltd, Philip Morris, T-Systems, Dunham-Bush, Genting Malaysia Berhad, L'oreal Malaysia, Naza Group, Sony ECMS (Malaysia), SP Setia and many more.

Agak mengecewakan bagi mereka yang mempunyai latar belakang kejuruteraan kimia. Terlalu sedikit syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan bidang ini. Pihak JobStreet patut menjemput lebih banyak syarikat-syarikat gergasi dan multinational dalam bidang oil & gas bagi menambah bilangan kekosongan jawatan dalam bidang profesional dan kejuruteraan.

Pelajar-pelajar yang masih tercari-cari tempat latihan praktikal (intership) juga digalakkan ke sana. Banyak syarikat  yang sudi menawarkan organisasi mereka sebagai tempat latihan mereka.

pstt: jangan lupa bawa salinan resume banyak-banyak okay?? Selamat berjaya!

Achik Spin maut kemalangan ngeri

Al-fatihah buat Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin yang dilaporkan maut dalam kemalangan ngeri KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pada lewat petang 17 April 2010.

Achik dan rakannya dikatakan dalam perjalanan balik ke Seremban selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka  terbabas dan melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sumber dan berita lanjut @ Bernama.

Nota: Hidup ini sementara. Mati itu pasti. 

April 16, 2010

MCTF'10 (Malaysia Career & Training Fair 2010)

About Malaysia Career & Training Fair 2010:
  • Date: 16 - 18 April 2010
  • Time: 10am - 7pm
  • Venue:  Mid Valley Convention Centre
Registration:
You can register online at the MCTF QUICK REGISTRATION page for hassle free entry to the fair. Upon submission, a confirmation SMS would be delivered to your handphone on April, 2010 with a unique code. All you have to do is to show this code at the pre-registration counter to enter.
Each registration is good throughout the fair. Each person is required to have a separate registration, as each code is unique.

If you are unable to register online, you can still register on the day itself at the entrance

Dress code: 
You may be required to attend an interview on the spot by the participating companies, thus we advise smart casual attires. For example, long sleeve shirt for men and work wear for ladies.

How to apply job at that day:
You can apply via either of the following methods:

Method 1
You can submit your hard copy resume to the companies directly for the job that you are interested in. Please ensure that you bring along enough copies of resume. You may also wish to have a copy of your resume in a thumb drive. Please note that not all participating companies would have computers available at that time.

Method 2
SMS Job Apply
For JobStreet.com members, you can apply via SMS directly.
Follow steps below:

To apply to a specific job
  • Get JobCode from JobStreet.com booth no. PS1.
  • Type “JSA Apply JobCode”
  • SMS to 39665

To send a general application to a company without reference to a specific job:
  • Get CompanyCode from JobStreet.com booth no. PS1.
  • Type “JSA Apply CompanyCode”
  • SMS to 39665

note: Goodluck. Don't forget to bring extra copies of your resume.


April 15, 2010

World Cup Challenge! WIN all-expenses paid trip to South Africa


New Straits Times and YouthSays are big fans of football and are giving out Youthsays members an all-expenses paid trip to World Cup in South Africa! Be first one to participate in the World Cup Challenge and win your dream trip!

What you have to do to take part:

  1. Grab ONE friend to make a team (2 persons max).
  2. Shoot a video* of a youth giving their opinion on their favourite NST article of the day. It could be a friend or a stranger, but they must be under 35 years old.
  3. Upload the video on YouTube and post the YouTube link at http://youthsays.com/nst

How to win:

  • Upload as many videos as you want. The winning team will be the one with the most diverse set of youths and opinions across all videos.
  • The videos do not have to be 'fancy' either. The opinions matter!

When will winners be announced?

Your videos will be screened at YOUTH'10, Malaysia's Largest Youth Festival, and the winners will be announced on May 30, 2010.

Terms & Conditions

  • Opening date: April 12th, 2010
  • Closing date: April 25th, 2010
  • Team members cannot be older than 35 years old.
  • The youth in the video who comments on their favorite NST article of the day must be under 35 years old.
  • The youth must also hold / show the NST paper in the shot.
  • Each video must be under 1 minute.

note: hmm..i need to find a partner to participate & win this challenge. Anyone care to join me? Plus,  I'm too shy to be on Youtube  0_~

Suami-suami di Malaysia berkenan dengan Wanita dari Sumatera


Waduhh..waduh. Bikin panas la ini berita. Benarkah ramai suami di Malaysia berkenan sangat dengan wanita dari seberang (Sumatera) untuk dijadikan isteri yang nombor dua???

Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan bahawa secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Berita lanjut di Utusan Malaysia Online.

Agaknya, apalah sebab musabab lelaki-lelaki nie berminat dengan wanita dari Sumatera ek?? Sebab mereka cantik dek penangan pelbagai jenis jamu? Atau adakah wanita-wanita dari Sumatera nie lebih lemah lembut dari wanita di Malaysia? Berlambak-lambak wanita kat Malaysia ni..mengapa wanita seberang juga yang jadi pilihan. hmmm..ada sesiapa nak tolong jawab?



nota kuku: hebat kerana goyang gerudi kah??

April 14, 2010

Saya Mahu Ke Street Fair Deodoran Gatsby


Gatsby Deodorant Street Fair is just around the corner. hmmm..sampai hati nuffnang tak jemput ai. Kecik hati tau..naseb baik semalam dapat tiket wayang free. 

Walaupun tak dapat jemputan dari Nuffnang, tapi ai dah berjaya menggedik kat Budiey@ Sensasi Selebriti untuk dapat jemputan ke Gatsby Deodorant Street Fair. 


Biasala..di mana ada kemahuan, di situ ada highway kan..So, bolehla lalu highway NPE pada 17 April nie untuk ke Times Square.huhuhuuuu...

nota: Thanks Budiey@ Sensasi Selebriti



|Movie Review| Date Night (2010) @ TGV 1 Utama

 11.56 pm. Baru pulang dari Date Night screening di TGV, 1 Utama. Terima kasih uncles & aunties dari Nuffnang sebab bagi tiket percuma. Walaupun mengalami masalah teknikal pada awal tayangan, tapi filem nie memang lawak abes. Gegak gempita Hall 3 dengan gelak tawa kami menonton kisah pengalaman date night sepasang couple dari New Jersey yang bertukar menjadi pengalaman yang mencemaskan.



My 50cents: Simple & clear message. Credit to Steve Carell and Tina Fey who make this old-fashioned screwball comedy works. They are just perfect for the role. Really make me laugh out loud. 

My rating: 8/10

note: Thanks Nufnang!

April 13, 2010

No String Attached

Baby you're not the only one... (who gone mad by suck internet service)
Oh oh oh yeah
Hey yeah

I see the things he does to you (contracts, restriction)
All the pain that he puts you through (the slow connection, the high rate, the small quota usage)
And I see what's really going on (frustration..disappoinment)
Staying out at night while you're by the phone (keep calling the customer service asking why the connection is damn slow)

Take it from me
It's a lesson to be learned
Even the good guys get burned
Take it from me (the speed)
See I would give you love (no contract)
The kind of love that you've only dreamed of (higher quota usage)
Baby you're not the only one (who want an easy-to-carry modem)
You don't have to be afraid to fall in love (with WIGGY....)
And I know that you've hurt in the past
But if you want it, here's my heart
No strings attached (P1W1MAX WIGGY...)

Song: originally by Nsync and unsung by aurikel. ~~~~~

No string attached can refer to no special demands or limits that you have to accept. Just like W1GGY. Err...Who is this guy named WIGGY?? 

Hallooooo.... not a guy but it is a modem. Okay??

P1W1MAX brings you new W1GGY plans that give you:
  • affordable speed
  • higher usage quota
  • with no contracts
  • no restrictions
Now, you can have more Internet fun anywhere
with no strings attached

Waste NO TIME. This smart and cool modem makes internet surf easier. Register NOW

With No Strings Attached, Just PLUG and PLAY 



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

April 10, 2010

DiGi's The Next Level Reality TV Show!

Do you have your own business??
Doesn't matter whether your business is a

small business?? 
 or
medium ?
or
BIG ?


DiGi's The Next Level Reality TV Show is looking for an individual who
  • inspire to start their own business 
  • want to share their innovative ideas  
  • want to win RM50,000 in cash + a year’s business support from DiGi

Audition:
10 April 2010
Sri Pentas Bandar Utama
9am - 3pm

April 9, 2010

Clash of the Titans (2010) : Black Carpet

Hero filem box office Avatar, Jake Sully yang dilakonkan oleh Sam Worthington kini menggegarkan pawagam dengan filem epik terbaru berjudul Clash of the Titans (2010). Dalam filem ini Sam Worthington memegang watak sebagai Perseus, anak kacukan dewa Zeus dan manusia.

Synopsis: "Clash of the Titans" is set in the Greek city of Argos where a war is about to explode between man and the gods. Full synopsis, baca kat sini.

Full Plot: Baca kat situ

Fesyen black carpet Clash of the Titan:

 Perseus - bergaya dengan skirt besi bersama aksesori handbag perisai kulit scorpion,
gelang besi separuh lengan & bungkusan kepala medusa

 Zeus - baju kilat-kilat versi angkasawan

Io - pelakon putih melepak ini tampil sopan dengan fabrik dari jenis guni
lebih sopan daripada aktress zizie..oopss

Medusa lives in seclusion in a temple. Only man can enter- fesyen ularr tedung
 

 The Kraken - baju kulit, costum cerita ultraman

 Best Dress Winner 'Clash of the Titan'

Djin dengan gaya ala timur tengah, dengan elemen kain batik di bahagian tepi dan kain buruk serabai

 A group of Djinn, benevolent Sand-Demons with magical powers.
 Errr..ada macam muka Pikor, watak dalam komik dragon ball kan?



 My 50cents:  This movie  focuses on family values, friendship, brotherhood and self belief. Jalan cerita straight and clear. Fighting scene sangat okay. Tak pening kepala tengok. Cinematography is good and  with a couple of humorous scenes, (not too much),  I would say it is entertaining enough. Layan jela movie nie.
My rating: 7.5/10


nota: diserang penyakit malas. 

April 4, 2010

Showdown 2010 Melanda Malaysia


Pernah tengok filem Honey yang dilakonkan oleh Jessica Alba? ataupun filem Step Up? Tarian jalanan yang ada 'attitude' tersendiri. Kepada peminat-peminat tarian jalanan..hmmm..macam tak berapa best pulak sebut tarian jalanan. Kita sebut street dance jela ek. Pencarian krew tarian (street dance crew)  terhebat melalui street dance reality show telah pun bermula. Demam Showdown 2010 kini melanda Malaysia!!! 

“Krumping”, “Popping”, “Locking” , “Break Dancing”  dan pelbagai lagi aksi boleh disaksikan dalam Showdown 2010  yang bersiaran pada setiap hari Rabu, 31 Mac 2010 pada pukul 9.30 malam di saluran hip 8TV. 

Setiap Rabu
9.30pm
8TV

***********************************
Fun fact:
 Krumping: salah satu stail urban street dance yang berbentuk bebas dan sangat bertenaga yang melibatkan pergerakan tangan, kepala, kaki, dada dan kaki. Biasanya dilakukan ketika perlawanan street dance. 



Popping :  kalau korang tengok pergerakan yang ala-ala robot, badan kaku tapi tangan terkulai layu..ha.. tue  la contoh popping

Locking: Stail pergerakan berdasarkan konsep mengunci pergerakan (locking movement). Pergerakan tarian yang laju berubah menjadi kaku/tidak bergerak atau pun mengunci (locking) pergerakan menjadi kaku pada posisi tertentu.

Break Dancing, breaking, b-boying: Dicipta dan berkembang sebagai sebahagian dari budaya hip hop. mempunyai 4 pergerakan utama; toprock, downrock, power moves dan freezes/suicides. Penari yang melakukan tarian ini dipanggil b-boy, b-girl atau breaker.

More about street dance? Find it here.

Nota: Errr..apa hal pulak aku layan Showdown 2010 nie?? dah bosan2 layan drama melayu yg cliche dan boleh dijangka penyudahnya, sesekali layan street dance okeh jugak.


**facts and pics credit to  en.google

Related Posts with Thumbnails