Beberapa kes Influenza A (H1N1) atau penyakit serupa influenza (ILI) dilaporkan semula di Malaysia. Terbaru, seorang wanita berumur 61 tahun disahkan meninggal dunia akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Lagi berita tentang H1N1 di sini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menasihatkan orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan segera mendapatkan pelalian vaksin A (H1N1) di 104 fasiliti yang disediakan kementerian di seluruh negara.
Maklumat lanjut berkenaan H1N1 boleh didapati dengan melayari laman web Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline di talian 03-88810200/0300.
- Selalu basuh tangan dengan sempurna
- Pakai penutup muka bagi yang mengalami batuk atau selsema
- Tutup mulut & hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin
- Elakkan bersesak-sesak di tempat awam sekiranya tiada keperluan
- Segera dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom-simpton H1N1



