Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 30, 2012

Cuti-Cuti Malaysia: Homestay Seri Iskandar

Salam. 

Dengan rasa rendah diri saya mengaku saya budak bandar. Tiada kampung. T_T Sadis kan?? Tapi parents saya ada kampung. So, kira saya menumpang kampung atuk nenek jela. 

Hmmm..masih lagi dalam mood raya sebenarnya. Tak puas lagi!! hehehe Bila dah besar nie saya pulak yang jadi driver balik kampung. Tapi saya seronok konvoi naik kereta beramai-ramai balik kampung. Meriah you olls... 

Raya kali ini kami menginap di Bandar Universiti Seri Iskandar. Homestay En Musa. Kadar sewa yang dikenakan berpatutan. Hanya RM140/malam. 

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur (tidak termasuk bilik stor) dan 2 bilik air. Bilik tidur utama agak luas, lengkap dengan penghawa dingin dan perabot. 


master bedroom

2nd bedroom

3rd bedroom

Ruang tamu yang kemas, sederhana luas dan dilengkapi dengan perabot seperti sofa, meja kopi, televisyen dan juga meja makan. Sayangnya TV takde ASTRO. Tapi takpe walaupun takde ASTRO tapi siaran sangat jelas. 


Bahagian dapur kering juga agak luas dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan memasak seperti periuk nasi elektrik, electric kettle dan toaster. Kalau nak memasak memang tiada masalah. Sudip, senduk, sudu dan garpu semuanya telah tersedia. Selain itu, homestay ini juga mempunyai peti ais. Syok kan????



Manakala bahagian dapur basah pula diasingkan dari bahagian dapur kering. Walaupun agak sempit tetapi lengkap dengan periuk, kuali dan dapur gas. Jangan terkejut..lesung batu pun ada. hehehehe

Disebabkan lengkapnya peralatan yang ada, kami bukan main lagi memasak. Siap masak nasi lemak dengan sambal ikan bilis lagi masa hari terakhir di sini. Kelaassss kan..



Kawasan garaj juga agak luas dan boleh memuatkan 2 kereta sedan. Nak tambah 3-4 bijik motorsikal lagi pun boleh. 



Homestay ini terletak di Bandar Universiti Seri Iskandar Perak. Tidak jauh dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Uitm Seri Iskandar. Berhampiran jalan masuk utama kawasan ini terdapat pasaraya TESCO dan juga deretan pelbagai kedai. So, takde masalah kalau nak beli barangan keperluan. Restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald juga tidak jauh dari kawasan ini. 

Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati sepanjang menginap di sini. Kawasan rumah yang bersih, selesa dan tenang membuatkan kami rasa nak stay lebih lama je. Rasa nak beli rumah di kawasan nie pun ada hehehe 

K ar. Nanti cuti raya haji kami datang lagi! :DD


Regards,
aurikel





August 29, 2012

|JJCM| Yogurt Bar

...
xoxo
...

Salam & Happy Wednesday!!! Have a nice day everyone!! Kalau waktu panas terik dapat makan sesuatu yang sejuk dan nyaman memang best kan??? I love Tutty Fruity tapi mahal sangatlah.. sebabnya Tutty Fruity price based on weight. So, normally I will go for JCool to fullfill my lust on frozen yogurt. I love frozen yogurt @ froyo so much. 

However, J.Cool froyo only available in original flavor and the quantity of single cup is not enough for me. So sad eh? T_T 

But not to worry, now I found a new frozen yogurt stall. Let me introduce Yogurt Bar. Taddaaaa....


Yogurt bar offers 4 flavor of froyo: original, strawberry, blueberry and butterscotch gold. They are all available in 3 size small (go lite), regular and large. Then, of course I'll go for the larger size. It only cost me RM8.90. 90cent for extra topping with variety of non-fruit topping such as choc chip, almond, honey star, coco crunch etc. If you prefer fruits as your topping then you need to add RM1.80. 


My cousins and I, we have tried all the flavors hahahahahaha So yummmmy..The quantity for large cup is double the quantity of JCool. Worth my money!! huhuhu The taste is great too. 


They also provide free colorful sugar bit topping and table and chair with very simple and nice decoration. It is really a good spot for leisure and yamcha with friends. 

Besides, they also offer yogurt blend (something like ice blended of yogurt) and yogurt parfait. 


Yogurt bar is highly recommended. Yummmy!!! A must try! The taste and the quantity worth my money. :D

Another good news is from 1st - 30th September 2012, buy any frozen yogurt and get 50% off on 2nd cup of frozen yogurt. 
Terms and conditions: 
*Buy any frozen yogurt and get 50% off on 2nd cup of frozen yogurt
*Exclude toppings
*Offer while stocks last


Yogurt bar location: The Summit USJ.


Regards,,
aurikel




August 24, 2012

Aidilfitri 2012

...

xoxo
...


Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.


Regards,
aurikel










August 16, 2012

Rose Bouquet

...

xoxo
...

Salam. Ahoy nakama.. Let piccas do the talking eh?




Cute kan?? Nak jugak?? Do ask your special one to get them for you. RM38 per 10 stalks or RM68 for 20 stalks. Check this great deal at GROUPON MALAYSIA k. 

Kepada encik itu, thanks!! saya faham maksud yellow rose ..tapi saya bukan bunga minah bunga lahh..hehehe gomennasai..

Regards,
aurikel


August 15, 2012

Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps

...

xoxo
...

Salam. Hye ols..Currently, I'm reading this book title 'Why Men Don't Listen & Women Can't Read Map'. Saje..dah lama tak membaca bahan yang berbentuk ilmiah. Asyik layan anime dan drama korea je kan..hehehe

Isi kandungan?? I just read first chapter : Same Species; Different Worlds. Katanya wanita dan lelaki nie walaupun dari spesis yang sama tetap dunianya berbeza. 

SOME THINGS ARE OBVIOUS. Contohnya lelaki pergi tandas ada satu reason je tapi wanita boleh jadikan tandas sebagai tempat sosial dan terapi. Perasan tak ramai wanita selalu kutuk lelaki tak sensitif, tak caring, tak prihatin, tak nak dengar luahan hati wanita, tak komited terhadap hubungan, tak cukup menyayangi etc etc.. and the list goes on and on.

Lelaki pula selalu kritik cara pemanduan wanita, tak reti baca peta etc etc..Kalau wanita memandu dan sesat, selalunya wanita akan berhenti tepi jalan dan tanya arah. Tapi berbeza dengan lelaki. Bagi ramai lelaki, cara ini menunjukkan sifat lemah. 

Ramai lelaki lebih suka pusing-pusing cari jalan berjam-jam lamanya sampailah mereka jumpa. Bila dah jumpa mereka akan kata 'Yeayy..I've found a new way to get here.' Padahal....tutttt..dah nak kematu orang lain yang duduk sama dalam kereta. 

See the different???

Okay..to be continued. till then..ciou!!


Regards,
aurikel





Kaki Shopping! Victoria Secret

...

xoxo
...

Salam. Hye reader..Who love Victoria Secret?? ME!!! cewahh..laju je jawab. Sendiri tanya sendiri jawab kann.... Besides The Body Shop, Victoria Secret is another of my favourite. So....for this coming raya...taaadddaaaaaa...


And of course, this is my forever favourite smell among VS Fantasies. I took gift set which include 1 body mist, 1 lotion and 1 shower foam. Not to forget an extra body mist is Ravishing Love scent.

Rabak poket lagi... T_T

For those who love online shopping, don't waste your time and energy. You may purchase lots of great scent from cikmune onlineshop. 














Ehhh???!! Hari nie last la promo! Aigooo.. But..don't worry. Promo nie mungkin last hari nie tapi macam2 lagi product VS dijual dengan harga yang berpatutan.

Ciou!! Happy shopping girls!!


Regards,
aurikel


August 13, 2012

Monday Post

...

XOXO
...


Wish all of you a great and blessed Monday. 


Regards,
aurikel



August 9, 2012

Kaki Shopping! Karpet Jakel

...
xoxo
...

Salam. Macam dah lama tak shopping. Last week demi memenuhi tuntutan material jiwa raga kami berdesup pergi jualan karpet Jakel di seksyen 7, Shah Alam.

Sila layan...

 Lokasi :Seksyen 7 Shah Alam


Tikar buluh nie serius murah kot?? Dulu aku beli saiz 150x170 nie RM35


Pelbagai jenis karpet 


Karpet mesir. Cantik, berbulu tebal, besar & berat. So tak sesuai untukku.



Tadddaaa!!! Ini jelah hasil tangkapan aku pada hari tersebut. Jadi la kaaann...rabak gak poket aku. kuikuikui. Hajat asal nak beli karpet shaggy. Alaaa...yang bulu-bulu tebal macam bulu teddy bear tue..yeke macam bulu teddy bear?? Alaa... karpet yang kalau jalan atas tue tenggelam kaki tau... 

Tapi pilihan corak yang ada agak terhad. Kualitinya juga agak kurang memuaskan hati. Sebabnya bulu karpet tue kurang tebal dan agak jarang-jarang. Boleh nampak lapisan bawah. Sekali tengok karpet shaggy kat situ macam rambut pelanggan Yun Nam Hair Care yang mengalami masalah keguguran rambut.  hehehe

Thus,  this shaggy carpet definitely is a big no for me. So, demi untuk menjadikan duit petrol dan tol untuk ke sini tidak sia-sia, maka aku pun beli la sehelai karpet jenis corak timbul. Not bad la. 

Pilihan karpet memang banyak. It is just a matter of korang berkenan ke tak suka ke tak. Taste kita kan lain-lain. Satu lagi yang penting korang mesti rajin tawar menawar. Kalau kat situ tulis harga RM699 then diorang dah turunkan sampai RM399, korang still boleh bargain lagi. Boleh turun sampai RM250. Jangan ambil then terus bayar je.

Tak caya?? Sila cuba..sebab aku berjaya hehehe Tapi kalau tak berjaya sila jangan salahkan aku.. Mungkin skill negotiation kurang tak cukup power lagi.

Tak rugi ringan mulut bertanya dan tawar menawar. Diorang pun baik je layan korang. Kalau korang rasa berkenan dengan mana-mana karpet yang bergulung, diorang sangat teruja nak tolong buka bagi korang tengok. Just ask any of their worker. 

Kalau tak silap aku, diorang pun ada happy hour time. Tapi tak lama. Lebih kurang 10 minit je. Masa nie diorang akan turunkan harga karpet kaw-kaw punya turun harga. So, siapa cepat dia dapat.!! 

K.ar Adiosssss...Happy shopping!!!


Regards,
aurikel


August 8, 2012

August 4, 2012

Forgiveness

...
xoxo
...

Forgiveness does not always lead to healed relationship.
Some people are not capable of love,
and it might be wise to let them go
along with your anger.

Just wish them well
and take care of yourself.


~word of wisdom~


Regards,
aurikel



August 3, 2012

Berakhirnya Dejavu di Kinabalu

...

xoxo
..


Yeayy..tamat sudah Dejavu di Kinabalu. Walaupun tak berjaya tonton setiap waktu dengan konsisten tapi plot cerita masih berjaya aku fahami. hehehe

Ending Dejavu di Kinabalu? Akhirnya Bazli menjadi pilihan terakhir Nadira untuk dijadikan suami. Cop..ada ke lelaki macam Bazli?? Baiknyaaaaa... Tapi aku suka ending drama nie. Tak la typical sangat. 

Aku sampai rumah beria tanya mak aku apa jadi. Mak aku cakap Nadira mati. (masa nie tengah iklan). Lepas iklan tengok besfrend Nadira kejut Nadira yang terbaring kat katil. Ingatkan dah mati. Rupanya tidur. huhuhu Saje nak buat suspen ler tue kan...

Selalunya masa nak tunggu akad nikah orang berdebar kan?? Nadira nie ada ke boleh tertidur kejap?? Hmm..nama pun drama kann...

Part ending yang memberi impak bila Nadira kata 'saya rasa apa yang awak rasa'. Then Nadira said apa yang dia rasa tue bukan disebabkan jantung dalam badan dia. 

Buat aku makin suka ending sebab ketika diorang bertembung semula, jantung Nadira masih berdegup kencang. Walaupun Nadira dah jalani pemindahan jantung baru. Seriously!!! Itu bermaksud memang benar bukan jantung tue jadi penyebab perasaan yang Nadira alami. 

Perghhhh..kemain aku bagi ulasan. lols.

Kesimpulan dari cerita nie: 
1. Mencintai tak semestinya memiliki. 
2. Lepaskanlah dengan rela hati andai orang yang kita cintai boleh hidup bahagia dengan orang lain.
3. Jodoh itu rahsia tuhan. Jodoh itu takdir yang boleh berubah. Namun, kita perlu berusaha. 
4. Hati manusia nie unik dan aneh. 
5. Jatuh cinta itu boleh jadi nikmat & boleh jadi sakit. 

Ketika waktu mendatangkan cinta


Aku putuskan  memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu


Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Nak nyanyi sampai abes lagu Butterfly nie, boleh klik di sini. Enjoice!

Ciou!!

Regards,
aurikel





Ramadhan 2012 & Secret Recipe

...
xoxo
...

Salam Ramadhan. Kelmarin berbuka puasa dengan ditemani member kerja - LJS. Cun-cun je lepas habis kerja dalam 645pm kami bergerak ke Giant Kemuning. Hajat dihati mula-mula nak buka puasa di IOI. Kemudian boleh jalan-jalan shopping. Tapi bila difikirkan gaji bulan lepas yang dah makin kering, terpaksa lah batalkan niat nak shopping. 

Memandangkan niat nak shopping terpaksa ditangguhkan. Bukan batal yer..cuma tangguh. Dasar perempuan suka shopping kan??!!! Tekak nie mengada-ngada mintak nak disumbat dengan kek Secret Recipe. Maka, destinasi terdekat haruslah Giant Bukit Kemuning.

Kalau dah makan kat Secret Recipe, menu wajib aku mestilah marble cheese kek. Pernah menjadi kek wajib kegemaran aku & dia. Aku masih lagi suka gila kat marble cheese kek. Dia?? Mungkin dah tak suka marble cheese cake lagi kot. Sebab teringat kat dia boleh pulak aku terorder carrot slice. So menu berbuka puasa aku adalah marble cheese cake, carrot cake and water melon juice. 



Order kek sampai 2, siapa nak makan??? LJS dah la keep fit. Tak minat makan cheese. Dia just order thai seafood spaghetti dengan air sirap kalau tak silap. Betul la..memang air sirap. 

Nak habaq mai sket nie. Sempena bulan puasa ni Secret Recipe menawarkan promosi hidangan berbuka puasa. Setiap pesanan hidangan utama akan diberikan percuma air sirap dan kurma. LJS order promo nie la.   

Aku baru makan pasta kat Kenny Rogers hari sebelumnya. So, no more pasta. Kalau order makanan yang lain pasti tak berjaya nak habiskan. Maka, 2 potong kek dan air tembikai adalah sangat mencukupi. XD


Total bil kami? Jangan ditanya hehhehee demi ikutkan tekak aku nie, nipis poket tau. 


Regards, 
aurikel





Haterz

...
xoxo
...

Salam Ramadhan u ols.. Semalam ada kawan share this thing kat facebook. So, hari ni I pulak nak share kat blog I. Hmm.. u ols ingat retis je ada haters?? Kadang-kadang orang sekeliling kita pun boleh jadi haterz dalam diam tau. 



Dear stalker,
Doesn't matter how you feel about me. This is how I live my life. If you hate it, please stay away from me. okay???!!

Selamat berpuasa. Ciou!!


Regards,
aurikel

  

August 2, 2012

Ramadhan 2012 & Kenny Rogers

...
xoxo
...

Ramadhan 2012.
Tak sama macam ramadhan yang lepas. Banyak bezanya. Kadang-kadang aku rasa dah cukup kuat, dah hampir sembuh. Tapi bila ingatan tentang dia datang balik,  hujan turun mencurah-curah. 

Saya tau awak dah bahagia. Saya selalu doa agar tak ingat awak lagi. Bak kata Judika Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku..Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia.

Kelmarin berbuka dengan besfren di Kenny Rogers. Beb, kau macam pelik sangat bila aku tak nak pesan ayam Kenny Rogers. Pelik dia bila aku hanya minta dia tolong orderkan pasta. 

Alasan aku mudah. Kalau pesan hidangan set ayam Kenny Rogers confirm tak mampu aku habiskan. Jadi, pasta & ice lemon tea adalah menu terbaik untuk aku. Spaghetti chicken tue sedap tapi still aku tak berjaya nak kasi licin. Ice lemon tea tak berapa ummpp..manis sangat kot. 

Selama nie kalau makan di Kenny Rogers mesti dia yang tolong habiskan hidangan aku. Sekarang dia takde, siapa lagi nak tolong??? Hmm..gambar kami makan di Kenny Rogers dulu-dulu dah selamat aku delete dari external hard disk. Kononnya supaya aku tak sedih lagi or supaya aku tak ingatkan dia lagi. Tapi aku silap.. delete gambar kat external hard disk tak semestinya aku boleh terus delete dia dari ingatan aku. Aku masih boleh descibe baju apa yang dia pakai masa tue... Funny eh??

Sorry, saya bukan sengaja nak ingat kat awak lagi. Tapi kadang-kadang ingatan tue datang tiba-tiba. Mungkin takde orang yang faham kot. 

Apa kes lah aku merapu kat sini kan?? 
Cop!!!This is my blog. Suka hati aku lah kannn.. 
Sape-sape nak komplen..?? AAK?????  

I'm just a little unwell. Hormone imbalance kot. XD.

Ciou. 


Regards,
aurikel






Related Posts with Thumbnails