Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts

December 26, 2012

Swinging by Teluk Batik

Salam a'laik. I spent my end year holiday at Seri Iskandar. Haruslah kaki nie tak reti duduk diam dan lepak di rumah je kan. Then, here we go.......................................The weather was so nice. Tak panas sangat. Redup je.


 







Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula dengan kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik orang-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut.

Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak.

Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.
 
 
 

 
 

Map to Teluk Batik
 
 
Bagi yang nak bermalam di Teluk Batik, ada banyak tempat penginapan menarik yang menawarkan harga yang berpatutan.
 
  • Teluk Batik Resort  |05-683 8688/telukbatiresort|
  • Homestay Apartment |019-2664618|
  • Mubin's Homestay @ Villa Mubin |05-6883 6004/012 566 7836/villamubin|
  • Chalet Kenangan Pak Man |05-683 5544|
  • Notti Resort |05-6892502/nottiresortworld|
  • Chalet Impian  |05-687 1369/impianchalet|
  •  
 
 
 
Nice weather plus great story of Iman Iskandar and Muslim Razin - beauty!
Selamat Bercuti!!
 
 
 
xoxo
aurikel
 


 
 

*some pictures above credit to mr google

August 30, 2012

Cuti-Cuti Malaysia: Homestay Seri Iskandar

Salam. 

Dengan rasa rendah diri saya mengaku saya budak bandar. Tiada kampung. T_T Sadis kan?? Tapi parents saya ada kampung. So, kira saya menumpang kampung atuk nenek jela. 

Hmmm..masih lagi dalam mood raya sebenarnya. Tak puas lagi!! hehehe Bila dah besar nie saya pulak yang jadi driver balik kampung. Tapi saya seronok konvoi naik kereta beramai-ramai balik kampung. Meriah you olls... 

Raya kali ini kami menginap di Bandar Universiti Seri Iskandar. Homestay En Musa. Kadar sewa yang dikenakan berpatutan. Hanya RM140/malam. 

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur (tidak termasuk bilik stor) dan 2 bilik air. Bilik tidur utama agak luas, lengkap dengan penghawa dingin dan perabot. 


master bedroom

2nd bedroom

3rd bedroom

Ruang tamu yang kemas, sederhana luas dan dilengkapi dengan perabot seperti sofa, meja kopi, televisyen dan juga meja makan. Sayangnya TV takde ASTRO. Tapi takpe walaupun takde ASTRO tapi siaran sangat jelas. 


Bahagian dapur kering juga agak luas dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan memasak seperti periuk nasi elektrik, electric kettle dan toaster. Kalau nak memasak memang tiada masalah. Sudip, senduk, sudu dan garpu semuanya telah tersedia. Selain itu, homestay ini juga mempunyai peti ais. Syok kan????



Manakala bahagian dapur basah pula diasingkan dari bahagian dapur kering. Walaupun agak sempit tetapi lengkap dengan periuk, kuali dan dapur gas. Jangan terkejut..lesung batu pun ada. hehehehe

Disebabkan lengkapnya peralatan yang ada, kami bukan main lagi memasak. Siap masak nasi lemak dengan sambal ikan bilis lagi masa hari terakhir di sini. Kelaassss kan..



Kawasan garaj juga agak luas dan boleh memuatkan 2 kereta sedan. Nak tambah 3-4 bijik motorsikal lagi pun boleh. 



Homestay ini terletak di Bandar Universiti Seri Iskandar Perak. Tidak jauh dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Uitm Seri Iskandar. Berhampiran jalan masuk utama kawasan ini terdapat pasaraya TESCO dan juga deretan pelbagai kedai. So, takde masalah kalau nak beli barangan keperluan. Restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald juga tidak jauh dari kawasan ini. 

Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati sepanjang menginap di sini. Kawasan rumah yang bersih, selesa dan tenang membuatkan kami rasa nak stay lebih lama je. Rasa nak beli rumah di kawasan nie pun ada hehehe 

K ar. Nanti cuti raya haji kami datang lagi! :DD


Regards,
aurikel





Related Posts with Thumbnails